بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Tuesday, September 16, 2008

Perantau.... Dunia hanya satu Perjalanan...


Lagu yang agak menyentuh perasaan ble didengar sms berada di perantauan....
Semoga terus istiqamah dalam meneruskan perjuangan dlm menegakkan & mengembangkn syiar Islam di Bumi Allah ni...



Perantau
by The zikr

Perantau musafir perjuangan

Tabahkanlah hatimu

Berjuang di rantau orang

Sedih pilu hanya engkau yang tahu



Ingatlah anak dan isteri

Janganlah menghiris hatimu

Kerinduan desa nan permai

Janganlah melemahkan semangat juangmu



Di waktu ujian badai terus melanda

engkau tetap gigih berjuang

membenarkan sabda junjungan

Terus memburu menuntut janji

Pastilah Islam gemilang lagi



Tapi pejuang kembara perjuangan

Ujian bukan batu penghalang

Kerana itulah syarat dalam berjuang



Oh pejuang

Di manapun ada ketenangan

Di manapun ada kebahagiaan

Bila insan kenal pada Tuhan

Kasih sayang dan pembelaan-Nya

bagi insan yang menyerahkan

Jiwa dan raga, anak dan isteri

Kepada Allah

Saturday, September 13, 2008

Masak Kari!!

alhamdulillah selesai sudah masak masakan kari cara bonda tersayang....
wahh mmg sedap baunye... cume xleh makan je lagi sebb blom time buka pose... =)

hehe, kena laa blaja masak2 ni kn... kat sane kna masak sndri....
"lu mau makan lu masak laa sendri", bak kata nabil... hehe

sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang antara lain berbunyi;
"bagi orang yang berpuasa itu ada 2 kegembiraan, pertama, gembira ketika berbuka puasa dan kedua gembira ketika bertemu Tuhannya.."

semasa berbuka, marilah same2 kita banyakkan berdoa kerana di situ antara waktu mustajab untuk kite berdoa.... jangan kerana hanya igt nak bukak pose, kita melepaskan peluang utk berdoa di waktu itu....

Selamat Berbuka ~~~
Waktu berbuka bg Zon 2 Perak (13 Ramadhan 1429) - 7.19 mlm...

Salam Ramadhan Al-Mubarak

sudah masuk 13 hari kite berpuase... dan blog ini pon di"launch" ketika bulan pose... haha... konon nye laaa... still quite blank2 lagi nak tulis, biase laa jarang memblog2 ni.. suke bace org nye je..

cepat sungguh mase berlalu sehingga aku x perasan sudah 13 hari umat Islam berpuasa...
ramai sungguh sahabat2 yang akan fly dan telah fly pada bln ramadhan rahmat nie... huhu...
selamat menyambung pelajaran sahabat2 ku di mana pun anda berada....

sudah 19 thn hidup , merasai ramadhan yang cukup ku rasa seroonok skali.... sbb dlm bln ni laa nmpak surau di kampung ku ini penuh jemaahnya pada wktu malam....

kronologi ringkasnya:
- malam pertama ramadhan.... jemaah Subhanallah melimpah ruah smp ke muka pintu surau... huhu xsangka btol ramai jugak jemaah kat kpg aku ni....
- malam kesepuluh ramadhan.... jemaah nampak agak berkurangan... hurm... biase laa, org2 kpg cakap, "dh makin masuk tengah2 pose ni, penat skit...."

bagaimana lak pula ble msuk malam ke 20 puluh nye.... malam 10 terakhir yang di dlmnya terdapat malam yang lebih baik ade seribu bulan.... adakah kita masih mahu mensia-siakan nye...

terpulang kpd diri sendri untuk menentukannya....
harap2 aku x terlepas beberapa malam di hjg2 ramadhan nnt sbb flight tgh malam... insyaAllah sempat nak solat tarawih...

p/s ; bilekah tarikh flight akan diketahui nie??!!! Semoga dipermudahkan....

Friday, September 12, 2008

Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Al-Khaliq, Allah SWT kerana masih diberi nikmat iman & Islam kepada diri ini untuk terus bermunajat dan mengabdikan diri di atas muka bumi yang sementara ini...

Semoga diberi kekuatan kepada diri ini untuk menukilkan sesuatu yang berharga dan berguna untuk peringatan bagi diri ini sendiri serta sahabat2 sekalian... Segala salah silap & kelemahan harap di tegur dan diberi tunjuk ajar...

InsyaAllah....

"Innama A'malubil Niat"

- Sesuatu amalan itu bermula dengan niat-


*Salam Ramadhan Al-Mubarak*
*Semoga niat yang ikhlas ini deberkati Allah SWT*

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran