Salam'alaykum warahmatullah....
Begitu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini, membuatkan ku lebih banyak berfikir dan memuhasabah diri. Sungguh benar sekali, kehidupan ini mengajar kita dengan pengalaman yang diperoleh tanpa perlu kita memintanya, kita hanya perlu melaluinya. Maka, dari pengalaman2 yang dilalui tersebut, sejauh mana kita hendak mengambil pelajaran dan nilai darinya, itulah yang menentukan.
Beberapa ketikanya, aku merasakan diri ini sungguh memerlukan orang-orang yang ada di sekitarku. Memberi inspirasi, mengajar dan belajar bersama, menggantikan keuzuran diri, menguatkan semangat untuk meneruskan perjalanan di medan ini.
Sekali lagi, aku diinspirasi untuk menulis di sini kerana orang-orang ini.
Sekarang aku berada di Wad klinikal Kardiologi di hospital Banacha selama 2 minggu. Dan, aku yakin, tidak susah untuk mereka yang ada di wad tersebut untuk mengenali kami yang muslim ini. Suatu masa, semasa sedang membuat 'physical examination' untuk seorang pesakit, kami memberitah u kepada doktor yang mungkin pesakit ini perlu juga ke dermatologist untuk lihat 'mole' nya. Lalu, pesakit itu secara tiba-tiba menjawab, "InsyaAllah". Pada masa itu, aku yang sedang meletakkan stetoscope di paru-paru nya, terpaku sekejap. Di hatiku berkata, "Oh, pakcik! Muslim ke?"
Setelah selesai, aku bertemu pesakit ini, dan dia bercerita, ramai kawan-kawannya adalah orang islam semasa dia bekerja di Libya selama 6 tahun. Jadi, dia telah biasa dengan amalan ini dan 'InsyaAllah' adalah perkataan rutin yang disebut apabila menyatakan persetujuan / keputusan sesuatu. Oh!
Terfikir pula aku kepada kita, adakah kita menyebut lafaz mulia yang dirakamkan dalam ayat 24, surah Al-Kahf (18) ini sebagai tanda amal kita? Atau kiranya kita menyebutnya, adakah ia hanya menjadi satu rutin kepada kita tanpa memahami inti pernyataannya?
Allah kareem.
saifullah
6 mac 2012
-persediaan ke BM-
(Maksud BM, rujuklah artikel di : http://engineeredforummah.blogspot.com/)