بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...
Showing posts with label Tarbiyyah Diri. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyyah Diri. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

beratnya rase untuk berubah?

Salam'alaykum wrh...

ketika melintasi dapur, aku terdengar satu perbualan drpd teman rumahku... otakku saat ni sdg sarat memikirkan exam microb 2 hr lg...

"weyh, member ak kat sne dh berubah laa".. "haah, kwn ak pun same.. kat sekola dlu ntah hape2,skrg dh lain... ak tgk fb dia.. pergh!"

berubah?? berubah jd ape? pastinya bkn ubah jd super saiya ke cicakman ke, tp cara dan misi hidupnya..

perbualan mereka mengingtkan aku akan satu kata2 ...

"bukan mudah hendak berubah.. iman yg terdorong dgn keinginan@azam yg kuat dismping xkesah apa org nk kate mampu membuatkn seseorang itu berubah.."

btol... byk dugaan bila nk berubah menjadi org yg soleh@solehah... aku pun kdg2 rs pelik... nnt kalo jd baik, xleh wat nakal2 dh.. is that really a statement? kenapa stil rs nak wat nakal2 sdgkn Allah Swt dh bg kita peluang utk sedar yang kita kena berubah menjadi hamba Allah yg sbnr???

Bukan semua manusia yg diketuk hatinya oleh hidayah Allah swt... kita tahu & merasakan yg memmmang kita kna berubah utk memegang amanah Allah ini, sbb kita semua dh tahu tggjwb kita... cuma hati kita ni je....kdg2 kita malu dan segan.. nnt nmpak baik sgt, cm ust/ustazah plak... lek2 sudah~...

Hati yg telah terjaga itu perlu segera diselimutkan dgn pakaian taqwa.. jgn biarkan ia terdedah lama dgn jahiliyyah2 kecil yg akhirnya menyebabkn ia tenteram kembali dlm dunia lamanya...

teruslah bermujahadah dlm memperbaiki dirimu... mungkin inilah kali terakhir hidayah Allah swt itu hinggap di hatimu.. jika ia tidak digenggam dgn seeratnya, mungkin ia tidak akan kembali.. yakinlah, Allah pasti menguatkan dirimu apb kamu berubah kerana Nya dan untuk mmgg risalah Allah swt ini... walaupun ia berat, kita tahu apa tujuannya... Di Sana.. 9:41

Allahu'alam.... maafkan diri ini kerana aku tak terlepas dari kesalahan tp aku ingin berubah memperbaiki diriku... tegurlah jika aku salah dan ikutlah jika ia membawa kebaikan...

saifullah shaarani
warsaw poland
4.25pm...10 rabiul awwal 1432h

Saturday, December 4, 2010

Popularitas untuk siapa?

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam''alayk...
" Majhul fil'ard, Ma'aruf fissama' " - Tak diketahui di bumi, Terkenal di Langit ...

Uwais Al-Qarni... Namanya begitu indah, sehebat peribadinya...

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :

“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :

“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :

“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? “

Nabi menjawab :

“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”


Siapa dia?

Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :

“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :

“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”

Uwais menjawab :

“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi :

“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”

Uwais menjawab :

“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga. “

Ibunya berkata lagi :

“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. “

Uwais berkata :

“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. “

Ibunya menambah :

“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. ”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :

“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”

Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.

” Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. “

Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :

“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. “

Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Subhanallah, hebatkan orang2 mcm ni. Bukan kemahsyuran dunia yang dikejar oleh nya, tapi keredhaan Allah SWT semata-mata. Kita, juga patut menjadi seperti itu, seperti kata seorang akhi kesayanganku, "Bukan pujian dan sanjungan orang yang aku nak, biarlah orang nak kata ape pada kita, asalkan kita jaga hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia, dan kita tahu batas2 & tugas kita..." (^_^)

Jzkk atas nasihat dan ingatan akhi~... Moga kita terus mengejar redhaNYA~...

Allahu'alam..

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
28 Zulhijjah 1431 H
10.50am

Sunday, November 28, 2010

Sucinya dunia!

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...

Snow is falling
From the sky above
Snow is falling
Put on scarf and glove

Snow is falling
Go look outside
Snow is falling
The old landscape it hide

Snow is falling
What a beautiful sight
Snow is falling
It sparkles in the light

Hari ini, bangun2, semua dah putih sepenuhnya... Alhamdulillah... Terasa ketenangan menyusup di hati... Best sungguh bila semua benda kita tengok rase tenang kan...

Sungguh hati yang tenang tu Allah juga adalah anugerah Allah kepada kita.. Ada orang yang banyak sgt duit, tapi xpernah tenang hatinya, dek memikirkan harta yang xpernah cukup... Ada orang yang sederhana shj kehidupannya, tapi cukup dan tenang shj kehidupannya. Jadi, Allah jugak ada mengingatkan kita, dalam ayat "IbadurRahman" Nya iaitu dalam Surah Al-Furqan, surah ke 25... Allah berfirman ;

"Adapun IbadurRahman (hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih) itu adalah orang yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan 'Salam'." (ayat 63)

"Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam mereka untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri." (ayat 64)

Indahkan... Tenangkan rasa kalau kita adalah orang-orang yang tergolong dalam IbadurRahman ni. Mereka sentiasa tawaduk, rendah diri dan bertawakal kepadaNya dalam menghadapi apa jua rintangan dan kepayahan yang melanda mereka. Apa pun yang mereka lakukan, mereka yakin, hanya Allah yang akan membalasnya dan mereka tidak mengharapkan selain daripadaNYA...

Jom, habiskan tgk ayat2 dalam Surah Furqan tu smp ayat ke 77 yang terakhir... ciri- ciri yang perlu kita didik dan tarbiyyah diri kita supaya mampu untuk sampai ke tahap 'IbadurRahman'... Sape xnak terpilih jadi Hamba-Hamba Tuhan dia yang Pengasih?? Mesti nak kan... Bukan susah dan bukan mustahil, yang perlu hanya 'action' dari diri kita yang hendak berubah dan melakukan perubahan...

Mari sucikan hati dan diri seperti mana salji telah mensucikan bumi ini! Subhanallah...

Allahu'alam..

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
22 Zulhijjah 1431
1.30pm

Tuesday, November 16, 2010

Refleksi Eid Adha


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk... Heart is like a drop of dew and petals of rose

Nak share dua ayat pada malam Aidil Adha ini.. Mungkin ada kena mengena juga dengan hari yang penuh dengan semangat pengorbanan ini... Ayat ni sangat memberikan kesan kepada hatiku tika ku membaca terjemahannya... Jika ditadabburkan pula, mungkin terasa kena tepat terhadap diriku sendiri...

Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (16:91)

Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya. (16:92)

Bila tgk ayat di atas, satu refleksi yang muncul di fikiran aku ialah, pengorbanan dalam menyebarkan Islam dan Deen ini ke seluruh alam. Bagaimanakah keadaan mereka yang menyebarkan risalah ini? Pastinya banyak keperitan yang harus ditempuh, pengorbanan dan kesabaran yang sangat2 tinggi diperlukan. Namun jika mereka ini mudah berputus asa dan berpaling ke belakang apabila berada di jalan dakwah ini, menghadapi ujian-ujian dunia ini, mungkinkah risalah ini sampai kepada aku pada masa ini?

Mereka, pemegang panji-panji ini, apabila telah melakukan ikrar dan sumpah mereka untuk berjuang dalam jalan ini, mereka tidak akan berpaling darinya. Mereka, penggerak gerabak dakwah ini, setelah menguatkan diri dalam saff ini, mereka tidak akan melarikan diri. Ia hanya menunggu sama ada kemenangan disambut atau syahid yang menanti. Mereka, penyeru haq dan penentang jahiliyyah, apabila telah menyimpulkan ikatan hati dan ukhuwwah dalam harakah ini, tidak akan memutuskan sanad yang telah dipatri tersebut. Ini lah mereka yang menggenggam dan melaksanakan amanah agung ini.

Aku bagaimana? Satu refleksi buat diriku. Cukupkah dengan apa yang telah aku lakukan untuk mengangkat kembali risalah ini? Adakah hendak aku menjadi seperti perumpaan ayat di atas 'perempuan yang membuka kembali pintalan benang yang telah kukuh diikatnya'? Diperdayakan oleh hawa nafsu sendiri dan syaitan yang wujud dalam 2 bentuk itu (jin dan manusia).

Perjuangan di jalan ini tiada persaraannya. Pengorbanan untuk risalah ini tidak menjanjikan apa yang selalu diimpikan manusia duniawi. Modalnya ialah Hati mu yang ikhlas dan diberi kefahaman terhadap ad-Deen ini. Sabda Nabi SAW;

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan bagi dirinya, akan diberi kefahaman dalam Deen"


Jari-jemari hanya mampu mengungkapkan. Namun, hati inilah raja yang menggerakkan.

"Daripada Aisyah ra, Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan menggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang marasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu saja" - Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah.


Allahu'alam.

Salam Eidul Adha, Salam Pengorbanan.

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
10 Zulhijjah 1431 H
12.00am

Monday, July 12, 2010

Kesusahan yang disengajakan ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam'alayk wrh wbt...

Lama sekali tidak diupdate blog ini... aku tidak mampu untuk menulis dengan kerap walaupun aku kerap sekali berada di depan laptop.

Bagi sesetengah orang, kekerapan duduk di hadapan laptop bukan bermakna bermakna sedang berada dalam keadaan lapang. Mungkin apb berada di hadapan komputer, nampak on9 memanjang, dia sedang menunggu jawapan dalam email, FB atau membuat tugasan2 yang sgt2 memerah otak... Mungkin juga sedang mencari maklumat atau menyudahkan presentation...

Pepatah Melayu "Masa itu emas" atau Pepatah Arab "Masa itu umpana pedang" hanya terpakai pada orang yang menghargainya dan menyibukkan diri mereka... Kdg2, kita xperlu menunggu tugasan diberikan, tapi kita lah yang secara proaktif mencari tugasan... Bukan mencari masalah... Tapi kesusahan itu ada masanye perlu disengajakan supaya diri x terdidik dengan hidup yang 'free' dan senang lenang... Mulalah mendidik diri kita... Peluang itu mungkin dtg hanya sekali...

Kerana lumrah jalan ini "Sha'bun, Thawiil, Bathii'un" iaitu "Susah, Panjang, dan Lambat"...

Fastabiqul Khairat~...

Saifullah Shaarani
Wangsa Maju. KL
+60193718655

"...Aku hanya bermaksud mendatangkan perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya dari Allah. KepadaNya aku bertawakkal dan kepadaNya (pula) aku kembali." [Surah Hud, 11 : ayat 88]

Monday, May 3, 2010

Be SMART aH ~~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam'alayk... (adapted from SMART planning for business or project)

Once you have planned your "USRAH @ programme", turn your attention to developing several goals that will enable you to be successful. Goals should be SMART - Specific, Measurable, Action-oriented, Realistic and Time-based.

A goal might be to hold a weekly "SYURA" with the key members of your team or to organise and run a continuous "MUJAHADAH & MUHASABAH" throughout the project.

The acronym SMART has a number of slightly different variations, which can be used to provide a more comprehensive definition for goal setting:

S - specific, significant, stretching

M - measurable, meaningful, motivational

A - agreed upon, attainable, achievable, acceptable, action-oriented

R - realistic, relevant, reasonable, rewarding, results-oriented

T - time-based, timely, tangible, trackable

H - Halal (follow the syari'ah)

This provides a broader definition that will help you to be successful in both your "dunya wal akhirah".

When you next run a "USRAH @ programme" take a moment to consider whether your goals are SMART goals.

SMART ~aH Goals (^_^)

Specific

  • Well defined
  • Clear to anyone that has a basic knowledge of the programme

Measurable

  • Know if the goal is obtainable and how far away completion is
  • Know when it has been achieved

Action-oriented

  • Agreement with all the team what the goals and actions should be

Realistic

  • Within the availability of resources, knowledge and time

Time Based

  • Targetting time to achieve the goal and examine the output
  • Not too much time, or lagging which can affect programme "natijah"
Halal
  • In everything we do, we have the guardline (Al-Quran & As-Sunnah). Follow them and we will gain the "Rahmah & Maghfirah" from Allah SWT.
InsyaAllah... in all we did, we should have our target and goal. Same go to
us, if we want to change ourself. Make the target and goal to achieve it. We are not 'malaikat' or angel. List out our problems and things to change, set the time period and lastly, have the people to support and give the 'nasihah'...


InsyaAllah... if we want the changes to happen, it starts within ourself first !


p/s: vote for change... =p selamat mengundi semua hari ini...




Wassalam...

Biarlah jahiliyyah itu ditinggalkan selama-lamanya....

Bukan pilihanku...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...

Jom muhasabah...





Adakah kita masih di tahap yang sama?

Masih dengan cita-cita menjadi doktor yang berjaya? Rumah yang besar? Kereta yang mewah? Hospital sendiri?

Terus menerus mengikut arus perdana yang menyalurkan kita entah ke mana?

Ayuh, bangkit dan sedar. Kita bukan manusia biasa. Kita lah sepatutnya khalifah di muka bumi ini, mentadbir alam dengan hukum-hukum Allah, bukan ditekan dengan hukum-hukum alam manusia.

Muhasabah diri dalam sedar, semoga ALLAH pilih kita sebagai pemimpin di kalangan ummat ini. insyaAllah... ameen.

@ BM...

Sunday, April 11, 2010

Kuatkan Iman - Tingkatkan Amal (KITA)...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...
Alhamdulillah, telah berakhir spring camp poland 2010 kali ini...
MasyaAllah, sungguh banyak pengalaman dan ibrah yang diperoleh drpd SCP kali ini...

InsyaAllah, sedikit update dari bumi Poland...
seperti semua tahu, Presiden Poland dan 1st Lady nye telah maut dalam nahas kapal terbang pagi smlm... Jadi, xperlulah ucapkan takziah kpd sy ye... because kita tak harus mendoakan utk mereka kan... spttnye kita yang berada di Poland, sepatutnya rasa bersalah, at least, sbb dgn mautnya mereka2 ni, (yang ni, yg kita tau), kita masih & telah gagal untuk menyampaikan kalimah Islam untuk mereka. Kita masih gagal untuk menyampaikan syahadah ni pada mereka... mungkin itulah perasaan yang sepatutnya kita ada dalam diri sbg seorang yang faham tugas sebagai daie di bumi ini. Adakah itu perasaan kita sahabat2?

InsyaAllah, siapa2 yang masih belum membaca ape berita pasal ni, bleh click here.

Sy teringin untuk berkongsi tadabbur beberapa ayat Quran yang sempat disembangkan semasa dalam perjalanan balik di dalam bas.

[Al-Hajj, 22 : ayat 38 - 40]
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur." (22:38)

"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). " (22:39)

- "Diizinkan perang" - ayat ini membenarkan perang bagi org2 Islam yang sebelum ini tidak dibenarkan. Sbb apa? mereka diperangi dan dianiayai. Sblm ni, mereka tidak dibenarkan melawan kaum2 musyrikin ini, kerana zaman Makkah, sblm Hijrah, itulah masa yang Allah sediakan untuk melihat kesabaran generasi awal Islam dalam menghadapi musuh2 mereka.

"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak menolak sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentu telah dirobohlah biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah kaum Yahudi, dan juga masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamaNya, sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa" (22:40)

- mereka ini diusir dan dihalau oleh si musyrikin ini kerana mereka meng'Rabb'kan Allah SWT. kemudian mereka menentang manusia2 penceroboh ini. Sbb ape Allah menolak sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain? Di situ terdapat 2 kumpulan yakni, manusia yang melawan satu kumpulan yang lain. Sekiranya Allah x membenarkan mereka, nescaya akan hancur runtuhlah semua rumah2 ibadah itu. Dan, jangan riso, Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamaNYA

Jadi, orang-orang benar2 menegakkan kalimah Allah SWT di muka bumi ini pasti akan diuji dengan berbagai-bagai ujian, sehinggakan meraka ini akan merasai diusir dari kampung halaman mereka sendiri. Begitulah gambaran yg telah Allah sampaikan kpd Rasulullah SAW dan seluruh kaum muslimin yang benar2 berjihad di jalan ini. Memang jalan ini tidak menjanjikan taburan bunga-bunga, hadiah dan rumah & kereta mewahan. Jika kita telah terlebih dari itu, mungkin kita sepatutnya sudah bermuhasabah dan melihat diri kita kembali, adakah kita berada di jalan yang betul...

Ingatan bersama.. Wallahu'alam

@ BM


- Lagu yang aku sangat2 minati semasa zaman kanak-kanak ku, semoga memberi kita kekuatan untuk terus beramal dengan muntij kerana Allah -

Saturday, April 3, 2010

Luahan...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...

Sekali lagi... aku berasa sedih pada diri ku sendiri...
Mudah sekali diri ini untuk mengeluh, berasa sukar & susah sudah hilang sabarnya, mulut mula mengeluarkan bait-bait keluhan, hati mula memberontak. Aku tidak pasti. Ke mana patut diluahkan? Ya, aku tahu tempat itu, satu-satunya tempat mengadu, tempat untukku meminta pertolongan, tempat ku melepaskan segala kerinduan ini. Namun, hati itu lah yang menjadi raja bagi perbuatan. Ia akan bergerak ke arah yang dipinta oleh si hati. Walaupun ku tahu dengan akalku, yang ini baik & yang itu tidak, sungguh tidak mudah untuk darah muda ini mengendalikannya.

Semakin banyak kata-kata yang dikeluarkan, sebenarnya, semakin banyaklah amal yang perlu dilakukan & ditingkatkan. Itulah konsepnya. Kerana, seorang daie, setiap kata-katanya perlulah selari dengan amalnya. Namun, yang sering berlaku, semakin sibuk dirinya dengan berprogram itu dan ini bersama mad'u nya, diri itu terlupa akan tarbiyyah dzatiyyah, hak dirinya sendiri. Semakin terumbang-ambing pula amalnya. Semakin banyak diskusi dan perbincangan, semakin kurang pula masa peruntukan dengan Al-Khaliq. Itulah yang aku takuti dan ujian yang perlu dihadapi. Ujian untuk meningkatkan diri supaya terus istiqamah dalam beramal jama'i ini.

Mari renungi satu kisah yang patut menjadi Qudwah bagi seorang Daie;

Imam Hassan Al-Basri ketika hayatnya mempunyai kelebihan mengubah tingkah laku masyarakat melalui khutbah Jumaatnya. Bila beliau berkhutbah tentang solat Tahajjud maka masyarakat pada minggu tersebut berlumba-lumba bangun Tahajjud pada setiap malam begitu juga jika beliau berkhutbah berkenaan puasa sunat maka dalam minggu tersebut masyarakat akan berpuasa sunat.

Hal ini diperhatikan oleh golongan hamba abdi pada ketika itu. Mereka telah datang berjumpa dengan Imam Hassan Al-Basri dan meminta kepada beliau supaya berkhutbah tentang kelebihan membebaskan hamba abdi. Hal ini dipersetujui oleh beliau. Menjelang hari Jumaat berikutnya para hamba abdi ini menunggu dengan penuh harapan tetapi hampa kerana beliau berkhutbah tentang tajuk yang tidak ada kena mengena dengan pembebasan hamba abdi. Begitu juga dengan Jumaat seterusnya sehingga beberapa lama.

Sehinggalah pada suatu Jumaat, Imam Hassan Al-Basri akhirnya berkhutbah tentang kelebihan membebaskan hamba abdi dan kesannya seperti yang diduga, ramailah pemilik hamba abdi yang membebaskan hamba mereka. Selepas dibebaskan, bekas hamba abdi ini datang berjumpa dengan Imam Hassan Al-Basri untuk mengucapkan terima kasih dan juga protes kenapa mengambil masa yang terlalu lama untuk menyampaikan khutbah seperti diminta. Beliau menjawab, “aku terpaksa menangguhkan khutbah tersebut kerana ketika kamu datang aku belum pernah membebaskan hamba abdi. Aku terpaksa mengumpul sejumlah wang sehingga aku dapat membeli seorang hamba abdi dan aku bebaskan dia”.
-sumber-


Semoga kisah di atas ada manfaatnya untuk kita semua dalam memahami peranan dan tanggungjawab yang kita pikul. Jangan kita menjadi seperti kaldai yang membawa kitab. Ilmu yang ada sekadar beban yang digalas bukan digunakan.

Amanah Dakwah ini amat berat, yang wajib dipikul. Setiap ketika, pasti ada yang bersama, melihat perbuatan & mendengar pertuturan kita. Demi dakwah yang suci, jangan dikotori dengan sikap-sikap jahiliyyah kita yang bertentangan dengannya kesyumulan & kesucian Islam itu. Jangan kita menjadi fitnah bagi mereka-mereka yang telah bekerja keras & bermujahadah dalam perjuangan yang panjang ini.

Wallahu'alam.

@ Baitul Muttaqin

"Tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyyah" - MM

Friday, April 2, 2010

Antara Sijjin & 'illiyyin

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...

Dalam hidup ini, kita sentiasa diberi 2 pilihan...
Sama ada ia akan membawa kita hampir kepada Sang Pencipta ataupun menjauhiNYA...
Sama ada ia akan membawa kita mengikut Iman & Taqwa ataupun menjadi mangsa sang Nafsu...

Kemuncaknya ialah sama ada kita dianugerahkan Syurga ataupun Neraka yang dijanjikan kepada hamba-hambaNYA...

"Sekali-kali jangan begitu! Sesungguhnya catatan orang yang durhaka benar-benar tersimpan dalam Sijjin. Dan tahukah engkau apakah Sijjin itu? (Iaitu) kitab yang berisi catatan amal. (83 : 7-9)"

"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya catatan orang-orang yang berbakti benar-benar tersimpan dalam 'Illiyyin. Dan tahukan engkau apakah 'Illiyyin itu? (Iaitu) kitab yang berisi catatan (amal). (83 : 18-20)"


Sama ada kita sedar atau tidak, kita sedang dalam satu perjalanan menuju kepada Allah SWT. Satu perjalanan yang penghujungnya pasti. Dan di SANA, kitab catatan amalan akan diserahkan.

"Maka adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang amat mudah, dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) dengan gembira." (84 : 7-9)

"Dan adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah belakang, maka dia akan berteriak, 'Celakalah aku!' Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." (84 : 10-12)

Segala yang diberi ini hanya beberapa perbandingan pilihan yang pasti kita tempuhi. Sama ada kita akan berasa bahagia atau celaka di akhirnya.

Semua kita pasti mahukan kebahagiaan, namun kebahagiaan seperti mana dan bagaimana yang kita kejar. Adakah yang bersifat sementara atau yang bersifat kekal? Kita yang berhak menentukan. Masih belum terlambat untuk muhasabah bersama dan terus berusaha mengejar kebahagiaan yang kekal di SANA. Allah SWT memberikan kita akal untuk berfikir, tenaga untuk berusaha dan yang paling penting, panduan untuk kita sepanjang perjalanan ini, Al-Quran dan As-Sunnah... insyaAllah..

Syed Qutb berkata: “Mereka yang melihat kezaliman di sepanjang jalan dan menemui pencerobohan di setiap tempat, tetapi tangan dan lidahnya tidak bergerak padahal mereka mampu menggerakkannya, mereka itulah yang tidak makmur hatinya dengan Islam. Sekiranya hati mereka makmur dengan Islam nescaya mereka berubah menjadi mujahidin.
Oleh itu, orang yang beriman yang berjiwa Islam adalah sentiasa bergerak dan menggerakkan. Mereka yang bersikap tunggu dan lihat dan berjanji hendak menggabungkan diri dalam dakwah setelah nampak bibit-bibit kejayaan Islam,
maka dia adalah orang yang lemah’ – Muntalaq

InsyaALLAH, rasa nak share a series of lecture about Sciences of Al-Quran daripada Sheikh Yasir Qadhi... InsyaAllah, a very very good speaker dan sheikh ni akan mengupaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran, kefahaman ttg Al-Quran, sejarah Al-Quran, pembacaan Al-Quran... bukanlah ia membincangkan perkara-perkara sains (biology, physics, chemistry) yang telah disebut dalam Al-Quran spt yang selalu kita bace atau dgr.

Selamat menonton, smg kita dapat memahami Al-Quran yang menjadi panduan & petunjuk kepada kita dalam perjalanan yang panjang ini. InsyaAllah... (^_^)



How can u defend the Al-Quran if u don't know about Al-Quran??

Tuesday, March 2, 2010

Video Pembunuh Mahmoud al Mabhouh...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam'alayk...
Masih ingat lagi? Syahid nya seorang pemimpin dan komander bg Brigade Al-Qassam pada 19 Jan 2010...



Darah Orang Palestin Juga Merah...

Setiap hari matahari bersinar, orang-orang Palestina terbangun dengan tindakan baru dan pelanggaran baru terhadap hak bangsa Palestina di semua tempat mereka berada.

Pada saat rakyat Palestina di Gaza mengalami proses pelaparan dan sekatan, rakyat Palestina di Tepi Barat mengalami hal yang sama melalui berbagai bentuk kekacauan yang dilakukan kelompok-kelompok pendatang pemukim Yahudi, dan semua itu terjadi di depan mata dan telinga seluruh dunia, di bawah perlindungan, meilisasi dan sokongan dari militer Zionis Israel dan para pemimpin pemerintahan mereka.

Mulai dari pembunuhan penduduk yang tidak bersalah, penyitaan tanah mereka, pembongkaran pohon-pohon dan penyerbuan rumah-rumah, hingga pembakaran masjid, perusakan tanaman, penghancuran rumah-rumah, penelantara puluhan warga setiap hari dan pengusiran mereka dari rumah-rumah dan properti mereka, sampai pada pengotoran semua yang nampak dan penodaan semua tempat suci serta penghancuran semua bangunan.

Kadang kita bisa memahami bahwa hal ini dilakukan oleh penjajah, baik dilakukan oleh militer atau pendatang pemukim Yahudi. Mereka semua, dalam hal permusuhan terhadap orang-orang Palestina, sama saja, tidak ada bezanya.

Namun kita tidak bisa memahami sikap diam membisu yang aneh, dari mereka yang meminta dan menganjurkan semua aksi jihad untuk membela yang benar, sehingga dengan aksi itu bisa membunuh atau melukai orang-orang Zionis.

Kita tidak bisa apat mengerti atau memahami ketidakmampuan orang-orang Arab, bahkan dengan hanya sekadar pernyataan atau protes terhadap apa yang terjadi pada warga Palestina di wilayah-wilayah pendudukan.

Jika kita mengerti atau memahami sikap mereka itu – dan apa yang harus kita lakukan – maka kita pasti tidak akan bisa mengerti atau memahami sikap Otoritas Palestina yang melihat kekacauan ini namun tidak berbuat apa-apa. Bahkan sebaliknya, melanjutkan operasi memburu para pejuang perlawanan, menangkapi para mujahidin dan menyiksa mereka, serta terus melanjutkan koordinasi keamanan yang memalukan dengan pihak penjajah Zionis Israel.

Sungguh, apa yang terjadi di Palestina bukanlah sebuah tindakan agresif atau pelanggaran, namun perang genosida terorganisasi dan perang pembersihan sistematik, yang bahayanya tidak hanya pada orang-orang Palestina saja, namun apinya akan membakar segala sesuatu dari dunia ARAB dan dunia ISLAM. Apakah orang-orang Arab menyadari fakta ini?!

Ataukah kita di sini, kita telah menjadi orang yang lebih tidak dipedulikan daripada orang lain?

Di mana mereka yang terbang bergegas panik dari ibukota ke ibukota lain dengan setiap aksi jihad mengkhawatirkan keamanan kawasan dan sangat peduli dengan stabilitinya?!

Realitinya tidak memberikan khabar baik, kawasan ini tidak menikmati keamanan dan perdamaian sepanjang para pendatang pemukim Zionis dan pemerintah mereka mendatangkan malapetaka dan kerusakan di bumi ini dan sepanjang orang Arab tidak peduli pada apa yang sedang terjadi, dan selama darah yang tertumpah adalah darah Palestina.

Apakah karena darah orang-orang Yahudi berwarna merah dan darah orang-orang Palestina berwarna biru???

Oleh: Husni Burini
(Anggota Dewan Legislatif Palestina)


Mari sama-sama kita fikirkan... Mulia sangatkah kita berbanding mereka yang berjihad di sana hingga melupakan mereka??

Monday, February 22, 2010

Tips Hati : Tombo Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam... mari kita belajar jawa skit... =)

Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane

Kaping pindo Sholat wengi lakonono

Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng engkang luwe
Kaping limo dzikir wengi engkang suwe

Salah sakwijine sopo biso ngelakoni

Mugi-mugi Gusti Alloh nyembadani


Yang ni dalam bahasa mudahnya :

Ubat hati ada lima perkaranya
Yang pertama - baca Quran dan maknanya

Yang kedua - solat malam dirikanlah

Yang ketiga - berkumpullah dengan orang soleh

Yang keempat - perbanyaklah berpuasa

Yang kelima - dzikir malam perpanjanglah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Allah Taala mencukupi


InsyaAllah... Jom, terus menjaga & memelihara hati kita... (^_^)..
mugi-mugi, rahmat Allah sentiasa bersama kita...


@ Rumah Rakyat, Warszawa

Saturday, February 13, 2010

Bukan salah ibu mengandung...

بسم الله الرحمن الرحيم


Dari jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Perumpamaanku dengan kamu sekelian ialah bagaikan seorang yang menyalakan api. Maka serangga-serangga berterbangan menjatuhkan diri ke dalam api itu. Padahal orang tersebut telah berusaha menghalaunya. Dan aku telah mencegah kamu semua agar tidak jatuh ke dalam api tetapi kamu meloloskan (melepaskan) diri dari tanganku.” (Riwayat Muslim)


Rasulullah SAW adalah rasul, utusan yang diutuskan memberi panduan dan tauladan kepada manuasia ke jalan yang Haq, yakni mengESAkan Allah SWT dan menegakkan syariatnya di muka bumi ini. Tugas baginda menyampaikan risalah-risalah ini kepada manusia telah dilakukan baginda dengan sebaik-baiknya... Ada yang menerimanya dan ada yang menolaknya... Itulah lumrah manusia... Namun, tugas tersebut tidak selesai selepas wafatnya baginda kerana masih ramai di luar sana dahagakan hidayah itu... Mereka masih dalam kesamaran, menunggu bilakan datangnya cahaya-cahaya yang akan menerangi jalan mereka...

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا... (١٤٣)

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu...”(2:143)


Apakah yang dimaksudkan dengan umat pertengahan itu? Mungkin dalam terjemahan quran yang kita baca, yang ada foot note tu, ia ditafsirkan sebagai umat yg adil atau umat di pertengahan zaman atau juga umat yang seimbang antara dunia dan akhirat... Namun umat pertengahan yang kita mahukan di sini ialah umat yang menjadi perantara antara risalah Allah SWT yang telah sampai kepada kita pada hari ini dengan umat manusia seluruhnya.... MasyaAllah.... Jika kita merasakan ini sebagai tanggungjawab kepada kita semua sbg yg mengaku MUSLIM, apakah profesion kita sebenarnya?

Profesion yang mungkin ramai orang mengidam-idamkannya sekarang antaranya ialah Doktor, Jurutera, Businessman, Geologist, Akauntan dan mcm2 lagi... Namun adakah dengan menjadi doktor kelak, kita adalah yang terbaik di hadapan Allah SWT?? Tidak, tidak cukup dengan itu sahabat2...

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?"
(Fussilat, 41 : 33)

Profesion yang terbaik di sisi Allah SWT adalah orang yang menyeru manusia kepada Allah SWT... Apakah yang kita dambakan dengan menjadi seorang yang hanya semata-mata doktor muslim yang baik pada pandangan manusia tanpa menjalankan amanah sebagai saksi kepada risalah Allah SWT ini?

Ayuhhh, tanamkan kesedaran ini dalam diri kita dan merasakan amanah berat ini... Mungkin hari ini, tika anda membacanya, mendengarnya anda tak terasa apa2, tapi renunglah firman Allah ini... Semoga Allah memberikan hidayahNYA kepada kita semua... ameen...

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَتَمَ شَهَادَةً عِنْدَهُ مِنَ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (١٤٠)....

".....dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan." (2:140)

.:. sesungguhnya kemenangan dan kekalahan kita bukanlah terletak pada faktor kekuatan teknikal dan perancangan yg smart semata-mata, namun hakikatnya, ia terletak pada faktor kesolehan kita.... insyaAllah... .:.

p/s : Alhamdulillah... semoga Allah permudahkan juga kerja & penyampaian antum di sana... doa kami untuk semua...

@ Rumah Rakyat (^_^)"

Monday, November 30, 2009

Bagaimana Hari Ini?

Salam sejahtera...

Alhamdulillah, kita masih dibangkitkan pada pagi ini.... "segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan..."

"dan kami menjadikan malam sebagai pakaian, dan siang untuk mencari penghidupan"
(78 : 10-11)


Bagaimana hari semalam kita? Bagaimana tarbiyyah diri kita? Sudah dipenuhikah hak hati dan ruh kita selain isian jasad yang sentiasa meminta?

InsyaAllah... terjumpa satu video ketika sedang search di you tube.... moga boleh jadi ingatan dan takzirah buat diri... tambahan dlm keadaan 'exams' yang tidak habis2 pula... Sabar lah diri...Teruskan Tarbiyyah Diri... Kerana itu prioriti yang paling utama buat dirimu.... Seperti diungkap oleh Sheikh Mustafa Masyur, "Tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyyah."

Ingat, Mulakan langkah pertama kaki kita dengan mentarbiyyah diri dengan sebetul-betulnya, sebelum meneruskan seribu langkah yang seterusnya, wahai diri dan ikhwah yang dikasihi sekalian... masih belum terlambat untuk memperbetulkan diri kita... insyaAllah...



Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? - Al-Baqarah, ayat 44

p/s: Ya Allah, tetapkan kesabaran di dalam hati ini...Sabar di atas Sabar...

Sunday, November 29, 2009

>> Wahai Orang Yang Bermujahadah <<


InsyaAllah terasa ingin berkongsi satu artikel dr seorang daie yang cukup hebat... sungguh mengesan di hati bagi mereka yang telah hidup dan berada dalam arena yang penuh dengan mehnah ini.... semoga same2 terus meningkatkan iman dan amal... doakan untuk saya juga...
...........................................................................................

Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunannya… kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.

Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:

“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Semak-semak dalam kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu… Telahkah kau buka setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telahkah kau ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendenganmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera Al Quran dan bacalah. Bacalah, itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Jiwa yang tidak membaca al Quran umpama talipon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna… Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al Quran segalanya tidak berguna.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu ‘menukar’ bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.
Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibokan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.

Ingatlah wahai orang yang bermujadahah… tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan…Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

sumber : http://genta-rasa.com/

...................................................................................................

- Uhibbukum Fillah -


Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran