بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Monday, April 27, 2009

Aku Rindukan Mereka....


Teringat kata-kata Asy Syahid Hassan Al Banna, "medan cakap lebih luas daripada medan amal."

Apakah maksudnya? Bercakap lebih mudah daripada beramal; ramai orang boleh bercakap itu dan ini, tetapi yang hanya sedikit sahaja yang membenarkan apa yang dicakapkan melalui perbuatan.

Sambung Asy Syahid Hassan Al Banna lagi, " medan amal lebih luas daripada medan mujahadah."

Apakah maksudnya? Antara orang-orang yang beramal itu pula, tidak ramai pula yang mampu bermujahadah (beramal dengan sepenuh daya usaha sehingga tiada ruang upaya lagi).


Maka tidak hairanlah, ada orang yang mampu menjadi muhandis (engineer) yang hebat, seperti Asy Syahid Yahya Ayyash, yang mana dia mampu beramal dengan ilmu engineeringnya sehingga Yahudi Zionis menggelarnya ”The Fox” kerana kelicikannya dalam menyusun atur strategi untuk melawan tentera Israel. Beliau juga mempelopori penciptaan roket Al Qassam yang telah melalui evolusi sehingga kini mampu mencapai jarak 50 km. Di akhir hayatnya, dia menemui jalan kematian yang terbaik, iaitu mati syahid.

Maka tidak hairanlah juga, ada orang yang mampu menjadi doktor yang hebat, walau kelengkapan hospital telah lapuk menggunakan teknologi 10 tahun dahulu, dia masih mampu menjadi doktor yang hebat iaitu Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi. Mampu belajar medic yang selalu diwar-warkan sebagai ”toughest course at uni”, walau duduk di kem pelarian. Dia juga mengikut jejak langkah Asy Syahid Yahya Ayyash, untuk mati dalam keadaan terbaik.

Mereka berdua ini adalah contoh orang yang telah berada dalam medan mujahadah. Berapa ramai belia di Malaysia yang mampu menolak dirinya hingga masuk ke medan mujahadah? Di sekitarnya, ada tilam empuk, rancangan TV menyeronokkan, makanan yang enak dan pelbagai nikmat.

Manalah agaknya tempat kita di sisi Allah jika dibandingkan mereka? Aku, yang belajar MEDIC bagai nak rak, adakah itu matlamatku??!!!... Sahabat2, kita yang belajar sehebat2 ilmu, adakah ia nya untuk mencari REDHA ALLAH spt mereka2 di Palestin?? Sudikah kita menjual diri kita kepada ALLAH, sedangkan ALLAH sudi membelinya...


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah, 9 : 111)


Kasihan, kita terasa bahawa kita telah berada di syurga, tetapi sebenarnya kita terperangkap dengan dunia, yang nilainya apalah sangat di sisi Allah. Moga Allah ampunkan kita, dan beri kita taufiq dan hidayahNya.
Ya Allah, jadikan kami mujahidMU...



[unless u spread your wings, you will never know how high you can fly] ^_^

Wednesday, April 22, 2009

Salam Imtihan Sahabat2....




لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي

عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Maksud hadith:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

Sumber Hadith : Musnad Imam Ahmad

Too long break, it's hard to pick up back....

Di kala diasak dengan exam2 yang akan menjelang esok dan sambungan2 nya yang se'maximus'nya lepas ni, ada baik juga dengar lagu ni, mmg sgt2 memberi kekuatan dan semangat dalam meneruskan rencah kehidupan nie.... huhu...

Have nothing to say after a very2 tireful Spring Break in Poland.... need to focus for next 2 months.... Ya Allah, give me the strength.. Pray for my success and to all my frenz, Salam Imtihan, Salam Mujahadah dalam perjuangan kita mencari Redha Allah... ^_^

[Sudah merindui Emak di rumah, xsabar nak balik] =)

Saturday, April 4, 2009

Terima Kasih Pak Lah....

Salam Perpisahan....

Sudah berakhirlah perkhidmatan Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sbg perdana menteri Malaysia ke 5 dengan perlantikan dan pengisytiharan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak semalam, 03/04/09 sbg PM Malaysia yg ke 6 di Balairong Seri, Istana Negara.

Sekalung penghargaan kepada mantan PM ke 5 atas segala usaha yang cuba dilakukan oleh beliau dalam mentadbir negara ke arah yg lebih baik. Walaupun terdapat kelemahan2 dan kekurangan yg berlaku sepanjang perkhidmatan tersebut, janganlah kita memandang sepi perubahan yang cuba dibawa. Setiap pemimpin mempunyai cara dan pendekatan masing2... mungkin ada yg tidak kena pada sstgh jiwa manusia, namun kita ambillah yang jernih dan tapislah yang keruh...

Kita singkap kembali kisah sms Rasul junjungan tercinta, Nabi Muhammad SAW, apb turunnya risalah kepada baginda, baginda berkata kepada isterinya, "Habis sudah waktu untuk tidur, wahai Khadijah.". Kerna baginda tahu betapa beratnya amanah yang dipikul... Tapi sekiranya hanya menjadi pemimpin namun, tiada sbrg rs tangggungjawab dan takut akan yang amanah yang akan dihisab kelak di akhirat, maka lenyaplah ciri2 kepemimpinan yang telah diperwariskan oleh baginda SAW kepada sahabat2 baginda yakni Generasi Al-Quran dan para pemimpin Islam selepas mereka...


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi


Salam persaraan Pak Lah, Bapa Perubahan Malaysia (i hope so)... aku berdoa agar segala usaha mu diterima dan penggantimu adalah lebih baik dalam urusan Agamanya sterusnya dlm memimpin negara... '_'

[Adakah Malaysia bakal mengalami krisis kepemimpinan?? thinking~~~]

Monday, March 30, 2009

Berkualitikah aku???

Teringat aku akan salah satu wasiat Imam Hassan Al Banna yang 10 iaitu :
"Kewajiban kita melebihi masa yang ada"

Apakah kewajiban yang dimaksudkan itu?? Adakah kita sedar amanah yang wajib dipikul itu??

Berkualitinya sesuatu alat apabila ia berjaya menjalankan fungsi yang telah di'set'kan oleh perekanya... Begitu jugalah kita... Berkualitinya seseorang Manusia itu sekiranya dia melaksanakan apa yang telah disuruh oleh Penciptanya...

Secara umumnya, boleh kita sama2 merujuk kembali perlembagaan hidup kita sbg Muslim... apakah yang amanah yang diletakkan di bahu kita??
Abid@Hamba (51:56) , Daie (12:108), Khalifah (2:30)...

Jikalau hakim hendak menjatuhkan hukuman, perlu merujuk kepada hukuman dalam perlembagaan yang telah ditetapkan, apatah lg kita, sbg Muslim, dalam melaksanakan setiap perbuatan dan amalan kita, ada lah juga perlembagaan yang perlu dirujuk iaitu Kitabullah, Al-Quran Al-Karim...

Itulah peranan atau tugasan yang diberi kepada kita... Janganlah kita menjadi "alat" yang tidak berguna kepada Perekanya..... Setelah direka untuk menjalankan fungsi2 nya, tiada apa pun manfaat dan kebaikan dapat dipersembahkan kepada Perekanya... Betapa tidak berkualitinya diri ini jika amanah yang dipikul tidak dapat dilaksanakan....

Ya, kita perlu sentiasa diperingatkan kerana kdg2 kita terlupa dan alpa dalam tugasan kita pabila sibuk dgn hal2 dunia... Oleh itu, sahabat2 ku, sentiasa lah mengingat aku sekiranya aku alpa dan leka... jangan dibiarkan aku terus lalai dan hanyut dengan arus yang tidak keruan ni...

Terima kasih shbt2 ku di sini, yang sentiasa mengingatkan aku di kala aku perlukan pada bimbingan dan ingatan....

Teringat pepatah yang pernah disebut naqibku....
"Apabila kamu sukakan keindahan, kembalilah kepada sumber keindahan itu,
Apabila kamu sukakan kecantikan, kembalilah kepada sumber kecantikan itu,
Apabila kamu sukakan kekuatan, kembalilah kepada sumber kekuatan itu,
Apabila kamu sukakan kedamaian, kembalilah kepada sumber kedamaian itu,
Sesungguhnya sumber segalanya itu adalah Kembalinya kepada Allah SWT..."


(Terima kasih bro2 "SIX REYES" kerana sentiasa berada di samping ku dikala aku perlukan perhatian) ^_^

Thursday, March 26, 2009

Menghitung Diri

Pencerahan bukan untuk orang manja


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

Yang cepat mengalah,

Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.

Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.

Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

-Aku menghitung diri-


Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”


“Sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barangsiapa mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya. Tetapi kamu takkan mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh Allah maha Mengetahui maha Bijaksana.” (Al-Insan:29-30)


Salji kembali turun walaupun sudah masuk akhir bulan 3...
Subhanallah.. apakah petandaMU Ya Allah??

Ya Allah, jangan biarkan diri ni diBEKUkan hati bersama salji2 ini...


[Base dakwah ini ialah sayang dan base sayang ini ialah ALLAH] ^_^

Monday, March 23, 2009

Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Azamir Bin Mokhtar


Ya Allah, sedih rasanya hati ini,
Mengenangkan seorang sahabatku,
Yang lebih Engkau sayangi,
Yang telah kembali kepadaMU Ya Allah,
Sungguh, ajal maut tidak mengenal usia.

Ya Allah, kau rahmatilah sahabatku,
Allahyarham Mohd Azamir bin Mokhtar,
Hanya doa yang mampu ku panjatkan,
Agar rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
Ameen Ya Rabbal Alamin....

Innalillahi wainna ilaihirojiun...
Aku mendapat berita tentang pemergian sahabatku pada 22hb, tgh malam di sini yang lemas dan tidak sempat diselamatkan ketika bermandi di sebuah pantai di terengganu ...
Tidak dapatku bayangkan mendapat berita yang mengejutkan aku di sini....
memang tidak diduga dan dijangka, apatah lagi disangkal,
ajal memang tidak mengenal usia dan ketika...
5 thn bersama di sekolah, tidak pernah aku terfikir akan pemergian mu selamanya....
Dan kali terakhir bertemu di sekolah, itulah yang terakhir....
Kisah hidupku menjadi kisahmu bersama...
Pelbagai kenangan yang kembali menggamit akan kusimpan untuk ingatan....
buat diri ini yang selalu alpa dan leka....
akan kematian yang pasti menyusul tiba....
Ku doakan semoga Rohmu sentiasa tenang dan berbahagia di SANA...
Semoga kita ketemu kembali di sebaik2 tempat kembali... ameen ya rabbal alamin..

Same2 lah kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Azamir Bin Mokhtar...
Al-Fatihah....

Harian Metro Online

Kata-kata Fudhail ibn ‘Iyadh yang masyhur:


Dan cukuplah mati itu menjadi peringatan (buatmu)


Yang pergi tidak akan kembali, Yang hidup pasti akan menyusul jua

(Amer, engkau sentiasa dalam doa kami, insyaAllah)

Kematian Bukan Mainan


Sahabat2 ku, patutkah kita masih lalai dan leka??

Pelbagai tanda dan peringatan telah Allah berikan kepada kita...

Adakah kita masih hendak membatukan hati dengan peringatan2 yang diberikan...

Kita, bukanlah maksum.... Kita, sentiasa lalai dan alpa....

Ya Allah, berilah hidayahMU kepada kami....



"Patutkah kita masih lalai sedangkan hari berlalu,
kita bermain sedangkan maut itu bukan mainan,
aku hairan terhadap mereka yang masih leka ini,
aku hairan, sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan

adakah patut seorang itu terus leka dan berseronok,
sedangkan dirinya akan mati dan rumahnya akan runtuh,
kita melihat apa yang kita lakukan selalunya,
tewas kepada setiap keseronokan.

kita melihat malam dan siang menyibukkan kita,
dan aku tak tahu yang manakah patut aku pilih,
dan setiap perkara itu ada tempoh yang perlu ditunaikan,
dan kepada semuanya itu ada catitan yang ditulis
"


Sabda Nabi Muhammad SAW:


“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)”
- Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi. -


[ Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (51:55) ]

Saturday, March 21, 2009

Lazienki Park - Hadirnya Kedamaian dan Ketenangan

The road not taken.... Choose the right way...

"dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa."
(Al-An'aam, 6 : 153)




The pathway is clearly visible... choose it... dont take the middle way...

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
- Riwayat Bukhari & Muslim -




Harta yang dikumpulkan tidak dibawa ke hari penghitungan

"Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main,
dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?"
(Asy-Syu'araa', 26 : 128 - 129)



Banyakkan berzikir sang manusia... yang dicipta sebaik-baik kejadian, janganlah kamu dihina sehingga menjadi serendah-rendah penciptaan ke serendah-rendah tempat kembali...

" Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Al-Jumuah, 62 : 1)


"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki."
(Al-Hajj, 22 : 18)




Damainya Alam ciptaan-Nya ni.... semoga aku menjadi hambanya yang bersyukur dgn nikmatMU..
..


Lokasi : Lazienki Park, Warsaw, Poland... (okt 2008)

Ulasan :
Subhanallah, taman yang menggamit segala ketenangan dan kedamaian... Jazakumullahu khair to all my brothers and sisters for the nice "orientation day" here... Semoga dapat disambut junior baru x lama lg dgn lebih baik, meriah dgn ukhuwwah dan penuh pengisian lagi.. insyaAllah... ^_^
X sabar hendak ke sini semula... "Spring, Welcome!!!!"



[keRINDUan kepada Bonda tercinta di kampung halaman, terima kasih atas doamu utk anakanda di sini ^_^]

Saturday, March 14, 2009

Diari Kembaraku... Wroclaw : Satu permulaan ^_^


Subhanallah, sudah jauh perjalanan yang diteroka... Sungguh rugi dan malangnya diri ini sekiranya tiada apa yang dapat dikongsikan... InsyaAllah, sedikit ringkasan dan cebisan hati from Journey PMS 08...

18/12/08 - Pengembaraan pertama secara bersendirian dari bumi Warsaw, Poland.. Begitu berdebar2 rsnye hati, berada jauh dr bumi Malaysia, merantau bersendirian ke tempat yang ingin sangat dituju, yang pasti ramai sahabat2 menanti... Glasgow, Scotland... Sebaik shj selesai Lab Anatomy pada malam itu, terus shj bertolak ke Dworzec Centralny railway station...



Tempat pertama yang dituju , Wroclaw, di barat Poland... Wroclaw, bandar yang betul2 terletak bersebelahan dgn Germany... menarik2 =)


Ya Allah, permudahkan perjalananku dalam mencari RedhaMU




Wroclaw Central Train Station...

19/12/08 - Alhamdulillah, selamat tiba di Wroclaw Central train Station setelah perjalanan malam selama hampir 6 jam... Di waktu Subuh yang tenang... not many people yet here... namun, ujian Allah yg pertama, "I lost my Wallet!!".. kembali semula ke dalam gerabak keretapi.. Alhamdulillah, I found my wallet there but all the money inside had already gone... Alhamdulillah, i hd kept some of my money at other place, not only in the wallet... syukur sgt2, walaupun dah xde duit, tp stil ade dokumen2 lain... ^_^ Yang agak menarik, orang di sini hanya mengambil wangnya shj, tidak diambil sekali benda2 yg lain... terpikir plak, kalo kat Malaysia, habis dikebas semua skali kott... (professional wallet-picker ni)

(1st pengajaran - Janganlah disimpan semua duit di dalam dompet kalo nak berjalan, malang tidak berbau)


Town Square, Wroclaw...


Port Lotniczy IM. Mikolaja Kopernika...
Baru ku tahu, Nicolaus Copernicus is polish man.. ^_^


Copernicus Wroclaw Airport.... this airport was renamed after the famous Polish astronomer Nicolaus Copernicus...
alhamdulillah, selamat tiba di airport... dalam 20minit dr stesen keretapi dengan menaiki cab, 56zl... not bad...


RYANAIR, kapal terbang yang sedang menantiku... ak tidak sabar utk menaikimu buat kali pertama... ^_^

Perjalanan ku yang seterusnya adalah ke Glasgow International Airport... Jauh lagi perjalanan yang akan ditempuh... diri ini tidak tahu apa lg dugaan yang menanti di hadapan... walaupun ak tahu, Jalan Ini Bukan Mudah... Bukan Jalan Hendak Berseronok, Bukan Jalan Yang Hidup Menjadi Hamba Dunia... Permudahkan perjalanan ku yang seterusnya Yang Maha Merancang... (to be continued) ^_^

Dunia adalah penjara mukmin dan syurga bagi kaum kafir
Dari Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Dunia adalah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir." (HR.Muslim)


Yerp, Hometown is the best.... Malaysia yang tercinta tetap di hati... Semoga syiar Islam dapat ditegakkan di tanah airku....



(Ya Allah, berikanlah kefahaman kepadaku... semoga diri ni xterus lalai dalam nikmatMU)

Wednesday, March 11, 2009

Satu Memori, Satu Penyaksian


Satu Penyaksian... "Apakah harga seorang MUSLIM? Sekadar Nama dan Kebanggaan?" Slame Farm, Dublin (31 jan 09)

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya



Kekalkan Ukhuwwah di hati2 kami...


Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu




Hanya Satu Tujuan Yang Dituju.... Smg ditetapkan hati2 ini di jalanMU...



Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..





Kukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran yang mendatang...


Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. (As-Shaff, 61 : 4)





p/s : insyaAllah, banyak lagi gambar menyusul (picca time)... ^_^

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran