بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Tuesday, February 22, 2011

...Sel kita...


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alaykum wrh...

Cells are the basic structural unit of living things. Cells can live independently - as a single-cellular organism, or they can be part of an intricate networking of specialized cells.


Francis Fukuyama dalam artikalnya "End Of History" mengungkapkan, Barat sedang menunggu masa kejatuhan kerana sel-sel terkecilnya iaitu sistem kekeluargaan sedang menuju kehancuran.

Bagaimana sel-sel kita? Adakah kita membinanya dengan baik? Apakah 'zat-zat' yang kita masukkan ke dalamnya?

Didiklah ia... Tarbiyyah... Bentuklah ia... Tansyiah... sebaiknya... kerana sel-sel itu perlu dijaga dan dibentuk seperti mana sebiji benih yang ditanam, kemudian ditutupi dengan tanah, disirami dan dibajai, tumbuh membesar menjadi sepohon pokok dan akhirnya berbunga dan mengeluarkan buah (hasilnya)... Itulah sel-sel yang kita... kerana sel-sel itulah juga harapan dan modal yang membawa kepada 'Nahdatul Ummah'... Kebangkitan sebuah ummah... Allahu akbar!

Nak kongsi satu lagu... Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang x pernah. Moga satu tazkirah dan pembakar semangat bagi kita semua insyaAllah.... =)


Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia


"Which cells are we?" (-_-)'

Saifullah Shaarani

Warsaw, Poland

9.28pm, 19 Rabiul Awal 1432 H

Berkhidmat untuk Ummah...

Thursday, February 17, 2011

The Best Tazkirah of the Day... =)

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alaykum wrh... Basahkan lidahmu dengan selawat kepada Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, segala sujud dan syukur buat Tuhan seluruh Alam. Sekiranya Dia mahu, mudah sahaja kita ini dijerumuskan ke lembah kehinaan seperti yang ditimpakan kepada Abdul Uzza Bin Abdul Mutallib. Siapa? (rujuk kisah surah al-lahab). Namun dengan sifat RahmatNya, Allah Swt masih memberi kita kesempatan untuk bertaubat dan melakukan sebanyak2 amalan kepadaNya. Oleh itu, sebagai hamba yang bersyukur, sepatutnya kita menambahkan ilmu dan kefahaman terhadap agama dan risalah ini.

InsyaAllah... =)

Ada satu quote yang agak menarik hari ini. Dalam kelas pertama History of Medicine hrni, lecturer kesayangan kami semua, Pawel Lukow, huhu ;) memberikan satu quotation ;

"Not everyone can be a doctor, but everyone can get sick soon or later... Everyone can be sick person but not a patient if there's no doctor or responsible person to take care of them..."

huhu, faham ke? mmg kelas tentang falsafah.. penuh dengan kata2 sayu, senada, yang menusuk jiwa2 yang selalu terlelap. Memang itulah lumrah belajar medic di Poland. Setiap tahun, pasti ada subjek yang akan menyebabkan anda termangu, tak keruan, tak ketahuan, etc mendengar syarahan 2-3 jam pasal falsafah, sociology, psychology dan sbgnya. Huhu. Tapi disebabkan attendance wajib, so, wajib dengar jugaklah... Kalo lah ada attendance wajib dengar pengisian prgm, mesti best!! haha.

And one more thing that he said that i could remember,

"It is misfortunate to be a patient, but it's even shameful and pitiful to be a sick person without anyone willing to treat you..."

"in other word, i would say,
sometimes, you could feel a bit stress,
to be scheduled and planned by your naqib or murobbi, here and there,
but be thankful because there is still somebody that love you so much,
always wants the best for you, and most important,
would sacrifice, his/her time, energy, family, money..
to bring you closer to the Deen of Allah Swt..."
Alhamdulillah 3x. -this my word- =)

Ok, cukup lah sikit2 dengan psychology ni. Moga menjadi halwa fikri yang boleh kita fikir2 kan bersama....

Oh, one more interesting event occured this morning, featuring my internal med doc, Dr Nowak. We have one patient with such terrible condition. To make it short, she suffered from hepatorenal syndrome... (bleh wiki2 kalo nak tahu ape).. Then, after finishing our interview and history taking with this patient, Dr Nowak called us out from the ward.

"You know right, this lady, 3 months before, she was a happy, cheerful manager of such successful company in Poland. Suddenly, now, she is just a patient who lying on the bed. Totally different than before. So, always put in mind about this."

Fuuhh~ basah rasa hari ni... tazkirah hari ini memang thorbaek! Sangat2 membuatkan aku terfikir, even mereka hanya seorang doctor, professor, yang masih belum beriman kepada Allah swt, mereka ada cara sendiri untuk mengingatkan diri sendiri dan org lain. I really feel be in 'UsRaH' when go thru all these paths of life, sbb usrah kan dimula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al-fatihah... (^_^)"

Bagaimana dengan kita? Apa yang telah kita usahakan untuk agama dan risalah Allah hari ini?

Fazakkir, innama anta muzakkir...

Allahu'alam...

Saifullah Shaarani
warsaw, poland
14 rabiul awal 1432h
11.00pm


Saturday, February 12, 2011

beratnya rase untuk berubah?

Salam'alaykum wrh...

ketika melintasi dapur, aku terdengar satu perbualan drpd teman rumahku... otakku saat ni sdg sarat memikirkan exam microb 2 hr lg...

"weyh, member ak kat sne dh berubah laa".. "haah, kwn ak pun same.. kat sekola dlu ntah hape2,skrg dh lain... ak tgk fb dia.. pergh!"

berubah?? berubah jd ape? pastinya bkn ubah jd super saiya ke cicakman ke, tp cara dan misi hidupnya..

perbualan mereka mengingtkan aku akan satu kata2 ...

"bukan mudah hendak berubah.. iman yg terdorong dgn keinginan@azam yg kuat dismping xkesah apa org nk kate mampu membuatkn seseorang itu berubah.."

btol... byk dugaan bila nk berubah menjadi org yg soleh@solehah... aku pun kdg2 rs pelik... nnt kalo jd baik, xleh wat nakal2 dh.. is that really a statement? kenapa stil rs nak wat nakal2 sdgkn Allah Swt dh bg kita peluang utk sedar yang kita kena berubah menjadi hamba Allah yg sbnr???

Bukan semua manusia yg diketuk hatinya oleh hidayah Allah swt... kita tahu & merasakan yg memmmang kita kna berubah utk memegang amanah Allah ini, sbb kita semua dh tahu tggjwb kita... cuma hati kita ni je....kdg2 kita malu dan segan.. nnt nmpak baik sgt, cm ust/ustazah plak... lek2 sudah~...

Hati yg telah terjaga itu perlu segera diselimutkan dgn pakaian taqwa.. jgn biarkan ia terdedah lama dgn jahiliyyah2 kecil yg akhirnya menyebabkn ia tenteram kembali dlm dunia lamanya...

teruslah bermujahadah dlm memperbaiki dirimu... mungkin inilah kali terakhir hidayah Allah swt itu hinggap di hatimu.. jika ia tidak digenggam dgn seeratnya, mungkin ia tidak akan kembali.. yakinlah, Allah pasti menguatkan dirimu apb kamu berubah kerana Nya dan untuk mmgg risalah Allah swt ini... walaupun ia berat, kita tahu apa tujuannya... Di Sana.. 9:41

Allahu'alam.... maafkan diri ini kerana aku tak terlepas dari kesalahan tp aku ingin berubah memperbaiki diriku... tegurlah jika aku salah dan ikutlah jika ia membawa kebaikan...

saifullah shaarani
warsaw poland
4.25pm...10 rabiul awwal 1432h

Monday, January 24, 2011

Sana...

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alaykum wbt... Long... So long...

Harap2, ini bukan yang terakhir...

Banyak tempat yang aku rindukan. Yang ingin aku jelajahi dalam hidupku ini. Banyak keinginan dan kehendak yang terbuku di hati. Apabila cuti bermula, berbagai destinasi bermain di fikiran. Sebelum aku tiba di bumi Europe, banyak tempat yang dalam senaraiku.
Turkey (done). Andalusia (in list, insyaAllah). Egypt (biiznillah). Bosnia (dekat di dalam peta, jauh dari ingatan hati). Just name few of them.

Namun, bila diingatkan akan kehidupan di SANA, pasti aku dan semua orang, hanya menginginkan untuk ke satu tempat sahaja. JANNAH. SYURGA. PARADISE. RAJ / NIEBO. HEAVEN. Apa2 sahaja yang perkataan yang kita nisbahkan. Tapi, tempat hanya itu satu sahaja.

Mengapa?

Dunia hanyalah tempat persinggahan. Jadi, banyak tempat yang hendak disinggahi. Bagi si pengembara. Pasti banyak keinginannya, namun KAWAL lah ia. Kerana itu hanya medan ujian kita.
Akhirat tempat yang kekal abadi. Jadi, pasti mahukan tempat yang terbaik untuk bermukim selama-lamanya. Semua orang tahu! Maka USAHA kan ia dengan AMAL kita. Sepenuh daya. Kerana itulah DESTINASI impian kita.

Muak mendengar perkara yang sama berulang kali. Ya, saya jua kadang-kadang ada perasaan itu. Namun, manusia perlu sentiasa diingatkan kerana sifat lupa nya. Semoga ini menjadi short, simple notice untuk diri ini terutamanya.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.

lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Allahu'alam.

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
9.20am, 20 Safar 1432H

"Sesungguhnya, apa yang aku takutkan terhadap umatku adalah syirik kepada ALLAH SWT, saya tidak mengatakan mereka menyembah matahari, atau bulan atau berhala, akan tetapi amal-amal yang ditujukan kepada selain kerana Allah SWT dan syahwat yang tersembunyi." (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Wednesday, December 8, 2010

..Yang Lahir..

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk... sayang kerana siapa? Allah...

Bila teringatkan akan orang yang aku sgt rindui, yg sgt aku sayangi dan kasihi, aku terasa ingin segera menelefon, meng'sms' mereka, meng'email' mereka, bercakap dan berjumpa dengan mereka... Itulah perasaan yang lahir secara nalurinya, dengan sendirinya tanpa ku pinta . Namun, bukan semua mampu ku laksanakan... Hanya doa mampu ku utuskan untuk semua, antum yang berada sgt dekat di hatiku...

Bila teringat kepada Allah, apakah pula perasaan yang lahir??



(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.





















Uhibbukum fillah...
Pabila teringat yang dirindui... .

Saifullah Shaarani
warsaw, poland
2 Muharram 1432 H
10.54pm

Monday, December 6, 2010

.: Full Throttle :.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk... Ingat mati untuk hidup, full throttle...

No time to waste.. Lots of things to do in the last 2 weeks b4 christmas break approaching.. 5 exams in a row, more qudrat for thinking [or 'think tank' eh] needed, fully-packed programmes are waiting in front, nothing less important than others...

Pray for me my 'smart&sweet' ikhwah =)... Tawakal alAllah...

Muhasabah given from my beloved akhi : (^_^)

2 Perkara yg perlu kita ingat :

1- Kebaikan orang pada kita.
2- Keburukan kita pada orang.

2 Perkara yg perlu kita lupakan :

1- Kebaikan kita pada orang.
2- Keburukan orang pada kita.

Salam Maal Hijrah 1432!

Saifullah Shaarani...
warsaw, poland
30 Zulhijjah 1432
10.50 pm

Sunday, December 5, 2010

.:. Kisah Satu WinTer .:.

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk... Inginkan ketenangan , kembalilah kepada Pencipta ketenangan itu...

tak tenang ambo rase... macam2 bermain di kepala dengan pelbagai perkara yang memerlukan kudrat utk berfikir...hurm..

smg Allah campakkan ketenangan yang diciptakanNYA kpd hati kita semua... read this!

When in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough (dengan exams yang banyak dan bertimbun skrg),
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee !

A professor stood before his philosophy class, [psychology pun boleh]
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous ‘yes.’

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.

‘Now,’ said the professor, as the laughter subsided,
‘I want you to recognize that this jar represents your life.

The golf balls are the important things – religion (about islam dan iman, tazkirah....), family (usrah2~!), health (qowiyul jismi ), friends (ikhwah laa, sape lg), passions (dakwah & tarbiyyah lah!!)

Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job (study laa kita, exam banyak kot!), house (nak berehat spy xmati kesejukan...x BM, Bereh, xbereh jugak, Dickensa ler) and car (skrg salji, asyik x on time je autobusem n tramwajej, xpun, jam!).

The sand is everything elseThe small stuff (FB, epl, laptop xde, nak beli ipad lah bleh?!, snow cap (la taghdob bro), mafla, selipar winter [hehe, penting kot winter ni], ayam MBM, nak makan ape esok ek? ayam kat banglo dh hbis dan etc]

‘If you put the sand into the jar first,’ He continued,
‘there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

There will always be time to clean the house and fix the disposal.

‘Take care of the golf balls first –
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.’

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled.
‘I’m glad you asked’.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there’s always room for a couple of cups of coffee with a colleague or a friend.’ [utk jaga lewat malam ah]

Huhu, insyaAllah, kita rase cm dah sibuk sgt dh dunia ni, tapi sbnarnya, still ade mase utk kita berkumpul bersama utk aktiviti, berkongsi cerita, dan main futsal bersama dan hidupkan hati2 kita bersama spy tak mati kesejukan di bumi ais ni...

InsyaAllah, hopefully, grab some points yg boleh kita amalkan... 'Ingat lah insan yang tersayang'


Allahu'alam...

with luv to my beloved ikhwah,

saifullah shaarani
warsaw, poland
29 zulhijjah 1431 h
12.47am

Saturday, December 4, 2010

Popularitas untuk siapa?

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam''alayk...
" Majhul fil'ard, Ma'aruf fissama' " - Tak diketahui di bumi, Terkenal di Langit ...

Uwais Al-Qarni... Namanya begitu indah, sehebat peribadinya...

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :

“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :

“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :

“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? “

Nabi menjawab :

“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”


Siapa dia?

Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :

“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :

“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”

Uwais menjawab :

“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi :

“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”

Uwais menjawab :

“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga. “

Ibunya berkata lagi :

“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. “

Uwais berkata :

“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. “

Ibunya menambah :

“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. ”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :

“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”

Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.

” Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. “

Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :

“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. “

Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Subhanallah, hebatkan orang2 mcm ni. Bukan kemahsyuran dunia yang dikejar oleh nya, tapi keredhaan Allah SWT semata-mata. Kita, juga patut menjadi seperti itu, seperti kata seorang akhi kesayanganku, "Bukan pujian dan sanjungan orang yang aku nak, biarlah orang nak kata ape pada kita, asalkan kita jaga hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia, dan kita tahu batas2 & tugas kita..." (^_^)

Jzkk atas nasihat dan ingatan akhi~... Moga kita terus mengejar redhaNYA~...

Allahu'alam..

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
28 Zulhijjah 1431 H
10.50am

Sunday, November 28, 2010

Sucinya dunia!

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...

Snow is falling
From the sky above
Snow is falling
Put on scarf and glove

Snow is falling
Go look outside
Snow is falling
The old landscape it hide

Snow is falling
What a beautiful sight
Snow is falling
It sparkles in the light

Hari ini, bangun2, semua dah putih sepenuhnya... Alhamdulillah... Terasa ketenangan menyusup di hati... Best sungguh bila semua benda kita tengok rase tenang kan...

Sungguh hati yang tenang tu Allah juga adalah anugerah Allah kepada kita.. Ada orang yang banyak sgt duit, tapi xpernah tenang hatinya, dek memikirkan harta yang xpernah cukup... Ada orang yang sederhana shj kehidupannya, tapi cukup dan tenang shj kehidupannya. Jadi, Allah jugak ada mengingatkan kita, dalam ayat "IbadurRahman" Nya iaitu dalam Surah Al-Furqan, surah ke 25... Allah berfirman ;

"Adapun IbadurRahman (hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih) itu adalah orang yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan 'Salam'." (ayat 63)

"Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam mereka untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri." (ayat 64)

Indahkan... Tenangkan rasa kalau kita adalah orang-orang yang tergolong dalam IbadurRahman ni. Mereka sentiasa tawaduk, rendah diri dan bertawakal kepadaNya dalam menghadapi apa jua rintangan dan kepayahan yang melanda mereka. Apa pun yang mereka lakukan, mereka yakin, hanya Allah yang akan membalasnya dan mereka tidak mengharapkan selain daripadaNYA...

Jom, habiskan tgk ayat2 dalam Surah Furqan tu smp ayat ke 77 yang terakhir... ciri- ciri yang perlu kita didik dan tarbiyyah diri kita supaya mampu untuk sampai ke tahap 'IbadurRahman'... Sape xnak terpilih jadi Hamba-Hamba Tuhan dia yang Pengasih?? Mesti nak kan... Bukan susah dan bukan mustahil, yang perlu hanya 'action' dari diri kita yang hendak berubah dan melakukan perubahan...

Mari sucikan hati dan diri seperti mana salji telah mensucikan bumi ini! Subhanallah...

Allahu'alam..

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
22 Zulhijjah 1431
1.30pm

Friday, November 26, 2010

Explorasi Warsaw 1 : Tylko zdjęcia...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk... as saying goes, a picture paints thousand words...

Turecki Meczet, Ul Modularna 3, Warszawa, Polska

Meeting Room



Waiting Room



Dapur



Prayer Hall

insyaAllah, around 50 - 70 people can fit in, maybe more. ;)

Mosque Compound

like my kindergarden, long time ago... =)

Jeszcze? InsyaAllah, to wszystko mam (that's all i have...)! May Allah bless all of us...

رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ

"(He is) The Lord of the two Easts (i.e. the two extremes from where the sun appears to rise in summer and in winter) and the Lord of the two Wests (i.e. the two extremes where the sun appears to set in summer and in winter). (He has complete command over the entire solar system and controls the seasons, bringing things into existence, nourishing, sustaining, maintaining, regularising, and directing them from their earliest state to that of ultimate completion and perfection)" (Ar-Rahman, 55 : 17)

Winter comes! So 'Mr Snowy' is coming too... (-_-)"

Jazakumullahu khairan katheera...

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
20 Zulhijjah 1431
9.30am

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran