بسم الله الرحمن الرحيم
"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...
Wednesday, September 22, 2010
Muhasabah Ramadhan...
Monday, September 6, 2010
Back to HomeTown! Feel it??
Wednesday, September 1, 2010
Selamat MERDEKA kan diri....

Thursday, September 17, 2009
RaYa : DoS vs Don'tS
Salam... Tak sampai 3 hari lagi kita bakal menyambut Syawal... Jom2~ mari kita buat 'check-list', apa yang patut kita lakukan dan apa yang patut kita elakkan. Semoga Syawal kita tidak mencemarkan sebulan Ramadhan yang telah bertungkus lumus kita bangunkan untuk penyucian diri... barakallahufikum..
-Salam Aidilfitri dari Bumi Poland - (^_^)
DOS:RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
DON'TS:
RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ;
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ;
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ;
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ;
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; Kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
Rujukan di zaharuddin.net
Semoga segala amalan soleh yang kita lakukan diterima di sisi Allah SWT.
Thursday, September 10, 2009
- Same Event , Different Outcomes -
Sudah Ramadhan ke berapakah kali ini? Kali ke 15? Ke 20? Atau lebih?
Masih statik dan pegun dalam ketidakpastian. Memburu yang tidak pasti sungguh menguji kekuatan dan keimanan. Namun, ganjaran di hadapan, bukan sekadar ilusi & bayangan, tapi lihatlah dan yakinlah seperti ia datang dalam genggaman.
Semoga Ramadhan kali ini bukan sekadar rutin tahunan. Anggaplah ini seperti yang terakhir, supaya amalannya semampu yang mungkin, semangatnya tinggi melangit, dan fokusnya teguh ke hadapan. Bukan sekadar mencari pahala di pinggiran, tapi dengan penuh harapan agar menjadi momentum untuk terus istiqamah dalam pengamalan. InsyaAllah~
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
Wednesday, September 2, 2009
Ramadhan dan Harapan
-Bercakaplah bila perlu, Bersabarlah dengan ujian dan tarbiyyah Ramadhan, dan Bersyukur dengan nikmat pemberian Tuhan - (^_^)
Saturday, August 29, 2009
Nilai Syahadah MU...
Bukan sekadar sebaris perkataan yang dilafazkan, tapi 'amanah berat' dan 'peranan besar' dari lafaz itu sekaligus meresap dalam jiwanya.
"Aku sedang berpuasa".
Bagaimana dengan kita?
Tapi, kita masih ada satu 'turning point' yakni dari - tidak memahami - kepada - memahami -.
Jazakallah akh. You really 'give' me something each day I met you.
>La haula wala quwwata illa billah<
Tuesday, August 25, 2009
"Are You Muslim Already?"
"Oh, yea", answered by me spontaneously.
"Really!? Alhamdulillah, Allahuakbar, Allahuakbar", praised him to Allah SWT.
Alhamdulillah, I'm already a Muslim right now.
Peristiwa yang berlaku Maghrib smlm di Warsaw Mosque sewaktu aku hendak "Iftar" buat kali pertama di bumi Poland sungguh meninggalkan kesan yang mendalam kepadaku.
Sepanjang aku berbuka puasa smlm, aku hanya terfikirkan akan soalan yang sungguh 'unexpected' dan sangat2 'unpredictable' tersebut.
Sememangnye, Aku telah berada di dalam masjid tersebut,
dan aku sudah memakai "baju Melayu" untuk bersolat dan berbuka puasa bersama di situ.
Soalan yang mustahil akan ditanya sekiranya aku berada di mana2 masjid di Malaysia... Subhanallah, indah sungguh tarbiyyahMu...
Adakah dengan hanya keberadaan Ku di dalam masjid dan memakai "baju Melayu" menandakan aku sudah selesai sbg Muslim?
Is it the Question really for me? Althou i know maybe Ibrahim mismatch me with my another China's friends, Hwang that will be converted to Muslim (or already converted, not sure).
But even if he mistook me yesterday, still the question is likely 'hunted' me for my concrete answered.
Am I doing everything as a Muslim as I declared?
OR Am I just 'cheating' myself by declaring that?
Back to basic 'saif'....
Where I come from?
For What I was created?
Where I'm going to?
So should I just stand there without proving that I'm Muslim?
51:56 , 12:108 , 2:30
There's a lot more to do...
A lot more to sacrifice...
A lot more to think and to take action...
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya".
Kata2 hikmah yang acapkali digunapakai ketika suatu musibah menimpa diri.
Namun, dlm suasana yang aman damai, gelak ketawa, dan bergembira, mungkinkah ia akan diingati?? Kerana kita tidak merasekan semua itu dari Allah SWT yakni kegembiraan, keseronokan dan kesedihan yang menimpa diri...
Astaghfirullah... Ampunkan hambaMu yang Lemah lagi Hina ini Ya Allah...
Dan yang pasti peristiwa semalam merupakan proses muhasabah diri terbaik bagiku,
untuk memulakan Ramadhan AlMubarak, bulan Tarbiyyah dari Mu ini Ya Allah...
“ TIDAK AKAN KAMU BERPERASAAN GUNDAH JIKA KAMU TAHU APA YANG KAMU CARI DALAM HIDUPMU”—Saidina Umar al-Khatab.
Sunday, August 23, 2009
Khutbah Jumaat: Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Malam ini kita akan menerima kunjungan bulan Ramadhan yang dinanti-nanti. Bulan yang menyediakan segala kebaikan, dilimpahi dengan segala kemuliaan, dihiasi dengan segala ketaatan, bulan manusia membangunkan diri mereka demi mengejar nilai TAQWA, sebagaimana yang dipesankan saban minggu di atas mimbar Jumaat ini.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa"
Namun tidak semua manusia dengan mudah, dapat memahami apa yang dikehendaki oleh Allah melalui ibadah ini.
Sejarah mencatat, pada tahun 1961 umat Islam digemparkan apabila Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutama dari kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan perintah ini, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai dengan mesej, "kami memaksudkan apa yang kami kata!"
Alasan Habib Bourguiba menghalang puasa di bulan Ramadhan itu ialah, puasa mengurangkan produktiviti negara!
Apa pendirian kita?
Apakah kita bercita-cita untuk melihat ada pemimpin negara ini yang menjejaki polisi Habib Bourguiba? Naudhubillah min Dzaalik!
Kita mungkin marah dengan Habib Bourguiba. Pandangannya itu amat bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Malah ia menyalahi seluruh catatan sejarah umat Islam. Apakah Habib Bourguiba tidak tahu, bahawa di bulan puasa itulah, umat Islam mencapai kemenangan di dalam Perang Badar? Kota Mekah dibebaskan di bulan Ramadhan. Ketibaan Islam di Andalus dan mengasaskan pemerintahan Islam 700 tahun, berlaku di bulan Ramadhan. Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar berlaku di bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi juga berlaku di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang hebat bagi umat Islam.
Apakah Habib Bourguiba buta sejarah?
Beliau mungkin buta sejarah. Beliau juga mungkin tidak buta sejarah. Namun apa yang penting ialah, ia adalah SEJARAH. Ia buat semasa. Ia bukan kita. Ia adalah sejarah.
Bagaimana pula dengan apa yang ada di depan mata?
Lupakan seketika Tunisia. Lihat sahaja budaya kita di Malaysia. Apakah kita hebat di bulan Ramadhan? Apakah kita produktif di bulan Ramadhan? Di bulan Ramadhan, mesyuarat sangat sukar untuk dijayakan kerana semua orang kebuntuan idea, menguap dan tumpul kepala di dalamnya. Di bulan Ramadhan, kita tangguhkan projek-projek penting ke lepas raya. Jika di bulan lain kita habis bekerja pada jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan.
Tidakkah semua itu mengiyakan apa yang didakwa oleh Habib Bourguiba? Tidakkah semua itu petanda bahawa kita memang tidak produktif di bulan Ramadhan? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.
Namun, silapnya Habib Bourguiba itu adalah pada kedunguannya menyalahkan puasa dan Islam. Suatu pemikiran yang cacat.
Jika anda melihat sebuah kereta Mercedez terbengkalai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan syarikat Mercedez dan teknologinya? Mustahil. Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez. Sebaliknya kita akan tunding kesalahan itu kepada pemandunya. Setelah diberi Mercedez, masih boleh melanggar tiang lampu. Tetapi bagaimana pula dengan Islam dan Muslim? Mengapakah kelemahan umat Islam, kecacatan umat Islam, justeru Islam yang dipersalahkan?
Bacaan lanjut di sini : saifulislam.comFriday, August 21, 2009
RaMaDHaN KaReem....
Fasting is prescribed to you to those before you,
That you may learn self-restrain"
(Quran 2: 183)
Ramadan is upon us,
Are you prepared for it O the believers?
It will come sooner,
No matter where you are stated and stranded,
Or what you are looked alike,
Of course nothing will change unless you are willingly to change them,
with your "Heart & Soul"...
"...Verily never will Allah change the condition of a people, until they change it themselves (with their own souls)...",
(Quran 13:11)
Do you realise O the believers,
This "Ummah month" isn't come to you "annually" for nothing,
This holiest month,
Come to us as a part of our precious moments,
It's the best time...,
To seek the forgiveness and mercy of Allah,
To reap great spiritual rewards for acts of devotion,
To empathise with those less fortunate than ourselves,
And a lot lot more to seek and to search for...
And everything depends on You O Believers!
Whether WE want to grab these opportunities,
Or just let them flying away without any "hesitation" and "tension"...
O My Truly Faithful Friends!!
Let's WE work out together,
Turn aside from worldly distractions,
Prevent the blessed month from merely passing us by,
Because, WE are waiting and Ramadhan is coming...
Here WE Go...
"Ramadhan Kareem, Allahu Akram!!!"
- one 'kalimah"with, one "understanding" of it, and one "work" for it... make us together.... -
(^_^)
Saturday, September 13, 2008
Masak Kari!!
wahh mmg sedap baunye... cume xleh makan je lagi sebb blom time buka pose... =)
hehe, kena laa blaja masak2 ni kn... kat sane kna masak sndri....
"lu mau makan lu masak laa sendri", bak kata nabil... hehe
sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang antara lain berbunyi;
"bagi orang yang berpuasa itu ada 2 kegembiraan, pertama, gembira ketika berbuka puasa dan kedua gembira ketika bertemu Tuhannya.."
semasa berbuka, marilah same2 kita banyakkan berdoa kerana di situ antara waktu mustajab untuk kite berdoa.... jangan kerana hanya igt nak bukak pose, kita melepaskan peluang utk berdoa di waktu itu....
Selamat Berbuka ~~~
Waktu berbuka bg Zon 2 Perak (13 Ramadhan 1429) - 7.19 mlm...