بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Thursday, November 25, 2010

Explorasi Warsaw 1 : Fundacja Mevlana??


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk.... Berhati-hatilah dengan firasat hati orang mukmin...

Oh, tiba2, aku rasa tergerak untuk search about this foundation (refer previous posting)... So, one night, aku habiskan mase "berguru dengan internet" menggunakan laptop 'kalam hijau' mencari tentang Mevlana Foundation ni...

Hurmm, something strange for me... What do you think guys?



I asked one my Turkish friend, do you know about this foundation? He said, "I dont know about the foundation, but I know about Mevlana, he's so popular in Turkey with his philosophy, mystics, and poets. Also, the dwirling dance is one way of them to worship Allah. The dance is not normal dance for happiness. You understand me? Maybe one way of them to pray. It's very popular at only one part of Turkey."

Ok, kalo dia kate dance tu adalah satu culture, I still could think about it. But, when he said, salah satu cara sembahyang atau mendekatkan diri kepada Allah, then, yg ni aku susah nak terima... But he said, he doesn't know is it same situation with the foundation here... Ok, stop the zoon now, my brothers!


O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah ; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful.
(Al-Hujurat, 49 : 12)

Just pondering my thought..

Allahu'alam...

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
19 Zulhijjah 1431H
3.30pm

Wednesday, November 24, 2010

Explorasi Warsaw 1 : Turks Mosque 1

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk... Banyak lagi bumi Allah yang belum kau renungi...

Alhamdulillah, segala pujian aku panjatkan kepada Allah SWT atas kekuatan dan keizinanNYA untuk aku terus melangkahkan kaki di bumi yang fatamorgana ini...

Alhamdulillah, kelas ku pada minggu ini agak lapang. Mungkin ini minggu terakhir yang aku masih free di waktu pagi sbb lepas ni, my clinical classes akan start. Setiap hari selepas ini, pastinya, kelasku akan bermula pada pukul 8.00pagi. Jadi, kesempatan ini, aku menggerakkan kaki ku pada pagi yang sejuk ya amat ini, untuk menggeledah salah satu pelusuk warsaw yang belum aku jejaki dengan misi mencari "Turks Mosque" yang sering disebut2 orang. Mungkin, kalo orang lain yang xde kelas pagi cm aku, boleh selimut bawah comforter lagi lah.

Baiklah! Tempatnya : Ul Modularna 3D


Tempat ini boleh ditujui dengan menaiki Tram dari Dw. Centralny, no 7, 9, atau 35 yang kesemuanya menghala ke Okecie. Turun di stesen Cyprysowa, 1 stesen sebelum Okecie. It takes around 30 - 40 minutes.

Namun, aku bergerak dari wlochy pagi itu dengan menaiki bas 189, sampai ke Hynka dan kemudian naik tram ke Cyprysowa. Aku berjalan mencari masjid ini dengan berpandukan ingatan setelah melihat GoogleMap yang seriously sgt2 membantu!! Boleh tahan juga, dalam peta cm dekat je, tapi setelah 10 minit berjalan, baru aku nampak ul modularna tu, dan aku tiba di hadapan sebuah rumah. Di depannya tertulis Fundacja Mevlana (Mevlana Foundation). Oh, apekah ini?

Aku masuk ke dalamnya selepas tiada loceng hendak ditekan. Seorang makcik polish tiba2 ada depan pintu dan aku memberi salam kepadanya scr spontan. Kemudian, terus dia suruh aku naik atas. Aku masih blank. Betul ke tempat ni? Cm rumah orang pun ade! Kemudian seorang lelaki Turks sedang berada di atas. Oh, alhamdulillah, betullah ni masjid tu! Dia adalah imam di masjid ini. Imam Fatih namenye! Setelah kecek2 ngan dia, cite visi dan misi aku dtg, dia sgt happy dan gembira kalau ade org nak guna masjid ni. huhu.. Lepas tu, aku mintak izin untuk amik gambar dlm masjid ni...

Imam Fatih kata, dia bukan manager bagi Masjid ni.. Ada sorg lagi, namanya Fatih jugak, yang uruskan Fundacja Mevlana ni... Layan lah.. Semua orang kat cni nama Fatih... Mmg diorg bangga betul dengan 'the Conquerer' of Costatinople ni, Sultan Mehmet Fatih Han Fermani ni! Ingat ISK!

So, lepas habis melepak bersama Imam, aku mintak izin nak solat Zuhur dulu... Memang best sgt2 sbnrnya dapat kenal satu komuniti muslim lain sms berada di perantauan ni, di negara yang muslim minoriti. Rase semuanya cm our ikhwah lah. Kalo kat msia, mungkin kalo jumpa orang indonesi atau bangladeshi muslim, kita dh la x rase dia ni cm ikhwah, sedara seIslam kita, bahkan kita mungkin ada perasaan pandang rendah, atau hina pada para pendatang ni kan!! betul x? That's my experience! Itulah antara negative side berada di negara yang majoriti muslim ni. We totally lack the feeling of ukhuwwah and brotherhood. Bukan ke Brotherhood, the Foundation of Glory? ;)

InsyaAllah, cukup stakat ni dlu untuk Turks Mosque at Modularna ni... Pictures, maybe I will post later, insyaAllah... Semoga Allah memberkati segala usaha kita... Janganlah diharapkan pada manusia untuk membalasnya, kerana kita pasti akan kecewa dan sia-sia... Tawakaltu alAllah...

barakallahufeekum. (^_^)

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
18 Zulhijjah 1431 H
6.30pm

Sunduquna Juyubuna

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk... kurangkanlah soalan yang bakal ditanya
kepadamu nnt wahai ikhwah...

pernah suatu ketika, ada seorang brother berada dalam keadaan yang terdesak sekali. Dia hendak meminta tolong dari saudaranya, tapi dia risau, apa plak nnt yang dia fikir... Dalam fikirannya sudah bermain, "apa laa mintak2 duit dr org, cari laa sndiri..", ataupun "tu laa, siapa suruh xpandai simpan duit" ataupun, "hish dia ni, mintak duit kat orang plak.." dan mcm2 lagi...

begitulah fikiran2 yang akan bermain dlm dirinya, namun kemudian, dia menguatkan diri utk meng'sms', "ana tahu mungkin enta tak suka cm ni kan, ana minta maaf, tapi ana btol2 perlukan pertolongan enta skrg, ana nak pinjam dlu duit enta"... itu shj sms nya...

Namun, yang menerima sms terus menelefon brother nya itu, "apa masalah enta akhi? ceritalah. InsyaAllah, xde masalah... Ana akan cuba tolong."

Mungkin, brother itu tak terbayang, subhanallah, mudahnya dia nak bagi duitnya pd ku...

Sbb apa? Kerana itulah kefahaman kita... Sunduquna Juyubuna.. Duit kita berada di poket2 ikhwah... Duit kita untuk siapa lagi kalo bukan untuk dakwah? Mungkin dalam poket kita ada 100 zloty, maka itulah duit utk ikhwah kita juga...

Sepertimana juga segala harta, kelengkapan, kemudahan yang kita miliki... petikan dari blog sang murobbi,

Berapa kali kita teringat apa yang akan di tanya Allah nanti? Berapa kalikah rumah kita di gunakan untuk dakwah? Berapa kerap harta yang kita ada (komputer, pakaian, kenderaan, harta benda dan apa saja) di gunakan untuk dakwah? Jika kita tidak tahu bagaimana ia akan di gunakan, tawarkan kepada mereka yang giat berdakwah untuk menggunakan milik kita itu… agar ia akan mengurangkan soalan yang di tanya kepada kita di sana nanti….!

Dan teringat satu ketika, seorang akhi yang sgt2 kuat berkerja hingga hampir habislah segala wang perbelanjaannya... Namun, masih sanggup lagi mengeluarkan duit utk diberi kpd ikhwahnya... Apb ditolak duit itu oleh ikhwahnya, dia berkata, "Kalo xnak terima, simpanlah dalam tabung dakwah". Namun, ikhwah nya membalas, "Entalah TD kami"... Fikir-fikirkanlah...

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. - At Taubah, ayat 111

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
18 Zulhijjah 1431 H
1.40 am

Tuesday, November 16, 2010

Refleksi Eid Adha


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk... Heart is like a drop of dew and petals of rose

Nak share dua ayat pada malam Aidil Adha ini.. Mungkin ada kena mengena juga dengan hari yang penuh dengan semangat pengorbanan ini... Ayat ni sangat memberikan kesan kepada hatiku tika ku membaca terjemahannya... Jika ditadabburkan pula, mungkin terasa kena tepat terhadap diriku sendiri...

Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (16:91)

Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya. (16:92)

Bila tgk ayat di atas, satu refleksi yang muncul di fikiran aku ialah, pengorbanan dalam menyebarkan Islam dan Deen ini ke seluruh alam. Bagaimanakah keadaan mereka yang menyebarkan risalah ini? Pastinya banyak keperitan yang harus ditempuh, pengorbanan dan kesabaran yang sangat2 tinggi diperlukan. Namun jika mereka ini mudah berputus asa dan berpaling ke belakang apabila berada di jalan dakwah ini, menghadapi ujian-ujian dunia ini, mungkinkah risalah ini sampai kepada aku pada masa ini?

Mereka, pemegang panji-panji ini, apabila telah melakukan ikrar dan sumpah mereka untuk berjuang dalam jalan ini, mereka tidak akan berpaling darinya. Mereka, penggerak gerabak dakwah ini, setelah menguatkan diri dalam saff ini, mereka tidak akan melarikan diri. Ia hanya menunggu sama ada kemenangan disambut atau syahid yang menanti. Mereka, penyeru haq dan penentang jahiliyyah, apabila telah menyimpulkan ikatan hati dan ukhuwwah dalam harakah ini, tidak akan memutuskan sanad yang telah dipatri tersebut. Ini lah mereka yang menggenggam dan melaksanakan amanah agung ini.

Aku bagaimana? Satu refleksi buat diriku. Cukupkah dengan apa yang telah aku lakukan untuk mengangkat kembali risalah ini? Adakah hendak aku menjadi seperti perumpaan ayat di atas 'perempuan yang membuka kembali pintalan benang yang telah kukuh diikatnya'? Diperdayakan oleh hawa nafsu sendiri dan syaitan yang wujud dalam 2 bentuk itu (jin dan manusia).

Perjuangan di jalan ini tiada persaraannya. Pengorbanan untuk risalah ini tidak menjanjikan apa yang selalu diimpikan manusia duniawi. Modalnya ialah Hati mu yang ikhlas dan diberi kefahaman terhadap ad-Deen ini. Sabda Nabi SAW;

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan bagi dirinya, akan diberi kefahaman dalam Deen"


Jari-jemari hanya mampu mengungkapkan. Namun, hati inilah raja yang menggerakkan.

"Daripada Aisyah ra, Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan menggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang marasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu saja" - Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah.


Allahu'alam.

Salam Eidul Adha, Salam Pengorbanan.

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
10 Zulhijjah 1431 H
12.00am

Sunday, November 14, 2010

Bacalah...

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk... teruskan membaca dan buat kerja...

aku betol2 terasa betapa pentingnya perlu banyak membaca...
dengan membaca, aku tidak akan membuat sesuatu yang lebih sia-sia...
dengan membaca, ilmu pengetahuan dan tsaqofahku bertambah...
dengan membaca, aku dapat mendidik jiwaku...
dengan membaca, aku akan memahami apa dan kenapa semua ini berlaku di dunia sekarang...
dengan membaca, aku mampu melihat bagaimana sejarah mengubah dunia...
dengan membaca, idea dan pemikiran itu akan dapat disebarkan...
dengan membaca juga, aku akan mampu MENYAMPAI kan...
kerana itu, aku kena membaca...

sungguh, aku perlu banyak membaca dan menghadamnya!!!... (buku2 medic yang bertimbun lainnya harus juga ku baca! Doakan aku mampu...)

Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penulis) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

(Dr. Yusof Qaradawi)

Allahu'alam...

Bacalah dengan nama TuhanMU yang menciptakan....

saifullah shaarani
warsaw, poland
11.15am

Wednesday, October 27, 2010

Muslim : Tamar

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk... membacalah utk faham ad-deen...

RAJIN MEMBACA TETAPI TIDAK FAHAM, DAN SEDIKIT MEMBACA TETAPI FAHAM

Tadabbur al-Quran atau penghayatan tentang isi al-Quran sangat penting untuk kita mengetahui apakah yang terkandung dalam ayat al-Quran. Yang manakah lebih banyak dapat pahala? Orang yang rajin membaca al-quran tetapi tidak memahaminya, atau orang yang sedikit membaca al-quran tetapi faham maksudnya? Tentulah orang yang banyak membaca al-quran tu kan?? Nabi sendiri ada menyatakan bahawa satu huruf al-Quran sama dengan satu kebaikan,

”maksudnya: sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak kata bahawa Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat Tarmizi)

Namun, kita dituntut supaya memhami maksud ayat2 al-quran yang dibaca. Para sahabat biasanya mempelajari sekitar sepuluh ayat dengan nabi dan mereka tidak akan melepasi ayat tersebut hinggalah mereka faham dan beramal dengannya. Oleh itu ada yang mengambil masa yang agak lama untuk menghafaz sesuatu surah. Ibn Umar juga menghafaz surah al-baqarah dalam tempoh yang agak panjang.

Daripada Abu Musa al-Asyari r.a katanya, sabda Rasulullah S.A.W,

“Bandingan seorang yang beriman yang membaca al-quran laksana buah utrujah, baunya harum dan rasanya sedap. Bandingan seorang yang beriman tetapi tidak membaca al-quran umpama buah tamar, tiada bau tetapi isinya manis, manakala orang munafik yang membaca al-quran ibarat pokok raihanah yang baunya harum tetapi rasanya pahit dan bandingan orang munafik yang tidak membaca al-quran umpama pokok handzolah yang tiada baud an rasanya pahit”. (riwayat bukhari dan muslim).

Begitulah Nabi SAW membuat perumpaan seorang muslim itu dengan buah tamar... =)

Allahu taala 'alam...

saifullah shaarani
warsaw, poland
1.41 am

Wednesday, September 22, 2010

Muhasabah Ramadhan...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam'alayk... Taqabbalallahu minna waminkum...

JOM, muhasabah micro Syawal kita...

Berjaya dan menang kah kita di Syawal ni ?
- jom rujuk kembali ayat wajib puasa (Al-Baqarah, 2 : 183)

"Wahai Org2 Beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA"

- apa matlamatnya? - TAQWA -

- 4 Piawaian Saidina Ali ttg TAQWA :
i) Takut kpd Allah
ii) Beramal dgn Tanzim yg smp kpd Rasulullah
iii) Bersyukur dgn rezeki
iv) Ready bila2 mase utk berangkat bertemu Allah SWT

- jom tgk 'amal yang diterima (Maidah, 5 : 27)
".... sesungguhnya, Allah hanya menerima (amal) dari orang yang berTAQWA."
- Allah itu baik, Allah hanya menerima yang baik2...

- kesungguhan mereka berbanding kita. Kata ibn Rejab Al-Hambali :
"Salafussoleh telah berdoa 6 bln sblm Ramadhan untuk sampai ke Ramadhan. Setelah selesai Ramadhan, 6 bln selepas itu, mereka berdoa spy amalan mereka diterima."

- Bagaimana kita? Doa untuk amal diterima atau kita yang dgn sndiri menolak amalan itu drpd diterima. Bagaimana jadi cmtu? Dgn sambutan rayanya, dengan pergaulannya spjg ziarah2, dan bermacam2 lagi...

- Iman :::Yazid wa Yanquz:::
Bagaimana nak terus dgn smgt Tarbiyyah ni slps selesai madrasah Ramadhan lps?
i) Berdoa spy istiqamah (Robbana La Tuziqqulubana....)
ii) Berdamping dgn org yg baik2
iii) Membiasakan diri meneliti biografi org yg baik
iv) Jaga amalan sunat ("Buat berterusan, walau sedikit")
v) Jaga2 dengan perangkap musuh yang nyata bg kita iaitu syaitan

Allahu taala 'alam.

Dr kuliah subuh, Dr Fauzi Deraman...

InsyaAllah, moga Syawal yang berbaki ini kita rebut dengan berdoa spy amal2 kita diterima, habiskan puasa 6 Syawal kita, jangan jd alasan, sibuk ziarah beraya, rumah terbuka smp xsempat nak pose 6. Strive the best in everything we do.

saifullah shaarani
@ warsaw, poland

Monday, September 6, 2010

Back to HomeTown! Feel it??

salam'alayk... Ramadhan Kareem....

Lagi 3-4 hari berbaki Ramadhan ini... Muhasabah diri sudah sepatutnya dimulakan...

Aku, selesai sudah attachment ku di HKL minggu lepas... Alhamdulillah, thanks a lot to doctors who willingly 'melayan' my questions and inquires, especially Dr Y... Jazakumullahu khairan jaza'!

Hari ini, akan ku pulang ke kampung halaman ku yg mana ramai 'pakcik-pakcik' dan 'anak-anak muda' yang aku rindui berada di sana... Adakah masih dikenali diri ini?

It's ok.. not a big problem... Kenanganku, Pemandangan typical anak muda kampung melepak di senja hari, surau yang hanya dipenuhi orang-orang yang sudah separuh abad di malam nya, Zuhur & Asar yang banyak kalinya hanya bilal, imam dan 1-2 makmum, kuliah agama yang sebulan sekali, program gotong royong yang hidup di kala menjelang hari raya, atau pun semasa ada jiran tetangga yang akan mengahwinkan anaknya... huhu dan banyak lagi kenangan di kampung tercinta ini...

Adakah masih seperti itu? setelah hampir 3 bulan membebaskan diri di bumi lembah klang (LK), aku merasai satu nikmat yg sangat berbeza berbanding kenanganku selama aku di kpg... Sekdar satu contoh, orang yg hendak mencari ISLAM di LK sangat2 lah mudah... alhamdulillah, pergi sahajalah ke mana2 surau/masjid yang akan menyediakan kuliah untuk mengisi rohmu, menambah tsaqafahmu akan ilmu islam dan perkembangan semasa... vice versa, begitu jugalah, samalah hebatnya juga, pergilah ke mana2 pusat yang mahu hendak melempiaskan nafsu syahwatmu, ada sahaja di mana2... na'udzubilllah, jauhkan aku darinya Ya Rob..... Di KAMPUNG ku, dasar tertutup nya masih tebal... masyaAllah, susah sungguh aku mahu mendapati majlis ilmu sperti di LK, seperti anda hendak mencari sebiji butang (harap2 betullah penjodoh blgnnya, huhu) di dalam sebaldi manik... namun, jika mahukan segala-galanya yg lain, anda masih mampu mancari hiburannya...

Jadi, dengan melihat perbezaan itu, adakah aku mampu mengubahnya? Ya, aku anak kampung itu... masyarakat ku itu masih banyaknya dibelenggu... aku sayangkan mereka...

kata kuncinya, Tarbiyyah wa taghyir... insyaAllah, itu yang aku dambakan kepada mereka dan anak2 muda kampung ku... hanya dengan tabiyyah dan didikan, akan mampu mengubah...

"..... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelium mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Dan apb Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, tak ada yang dpt menolaknya, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Allah" (Ar-Ra'd, 13 : ayat 11)

Selamat menyambut 'Aidil Fitri...
Maafkan diri ku andai kata-kataku dan perlakuanku pernah mengguris hati kalian, sama ada kita pernah bersua atau tidak... Afwan jiddan.

Uhibbukum fillah ya ikhwah akhwat...
will be musafir to my hometown in 15 minutes time with mom, doa' for our safety journey,

barakallahufeekum, (^_^)
saifullah shaarani
27 ramadhan 1431H
11.44 am

Wednesday, September 1, 2010

Selamat MERDEKA kan diri....


salam'alayk... salam merdeka...

semalam, 31 ogos 2010, tarikh ulang tahun kemerdekaan ke 53 negara kita, Malaysia...
alhamdulillah, aku sebagai hamba Allah yang hidup di tanah yg bernama Malaysia merasa syukur atas nikmat yg diberikan Allah SWT ini... aku tidak memilih dan tidak berhak menentukan dimana aku dilahirkan, semestinya, aku sepatutnya melafazkan kesyukuran yg setinggi-tingginya..

mungkin ada berkata, "Nasib baik x dok kat afghanistan, iraq, kalo x mesti tgh berperang je..."
sedar ke kita, mereka yg hidup di sana, adakah mereka yg memilih utk lahir & menjalani kehidupan di sana? kita kdg2 xsedar apa yg kita ungkapkan...

ada juga aku membaca ungkapan salah seorang FaceBooker di FBnya, mengomen ttg protes indonesia ke atas malaysia, sehingga ada yg meng'hack' beberapa laman web di msia, "alahhh, xkesah pun... indonesia tu lagi kolot dari kita... buat laa ape2 pun, xde effect pun"

owhh, shbt ku, komenmu ini sungguh xmenyenangkan diriku yg membacanya... ape laa agaknya salah mereka... hingga kita merasakan kita lebih bagus dari mereka kerana mereka indonesia dan kita malaysia?? adakah mereka memilih untuk menjadi indonesia?

aku juga sgt2 terkilan dan sedih, dengan melihat beberapa gejala yg brlaku dalam masyarakat umum kita sejajar dengan menjelangnya tarikh kemerdekaan ini... dalam lingkungan seminggu sebelum menjelangnya 'merdeka' yg kita agungkan ini, mari kita melihat apa yg berlaku di tanah air kita... (ok, seminggu je k, not even setahun~, apatah lagi 53 tahun~)
- BuAnG BaYi
- 'NaJiS' MaSuK MaSJiD
- FiTnaH
- KuRanG TaQWa
- Ganyang MaLaYsiA
dan banyakkkk lg.... ini ape yg aku terbaca dan teringat...

ape cerit?? ni ke namenya "MERDEKA"... huhu.. aku malas nak menulis penghayatan2 merdeka di cni.. korang semua konfem boleh bace banyak di laman tazkirah lain... cumenya, aku nak kita same2 fikir, apa yg kita kena buat... KITA kena buat, bkn ustaz-ustazah, pemimpin kpg, tok imam je... tapi "KITA"...



Daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah radliallahu ‘anha, beliau berkata,

Aku berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Beliau menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni (Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).” (HR. Tirmidzi nombor 3513, Ibnu Majah nombor 3850 dan dishahihkan oleh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah nombor 3105)

barakallahufeekum... (^_^)
saifullah shaarani...
after iftar, malam 23 ramadhan...
mari pecut!~

Friday, August 27, 2010

Lost~

astaghfirullah al'azim...

apa kaba iman kamu hari ini?
dh masuk 17 ramadhan bang...
lame tak nampak g tadarus?
penat sgt ke attachment tu?

erm, tarawih tu lentok je bang
cmne ni... masuk tazkirah, khusyuk sudah
bukak pose kat mane hrni bang?
surau tu macam2 ada... tapi bazaar tu dh sebelah surau, nak wat camne...

macam2 kerja dibuat....
kepenatan sehari-hari,
kalo tak digunakan utk jalan da'wah dan tarbiyyah ini,
hanya kerana Allah,
alangkah ruginya bang....

17 ramadhan, 6.15am
sblm ke HKL

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran