بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Wednesday, September 22, 2010

Muhasabah Ramadhan...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam'alayk... Taqabbalallahu minna waminkum...

JOM, muhasabah micro Syawal kita...

Berjaya dan menang kah kita di Syawal ni ?
- jom rujuk kembali ayat wajib puasa (Al-Baqarah, 2 : 183)

"Wahai Org2 Beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA"

- apa matlamatnya? - TAQWA -

- 4 Piawaian Saidina Ali ttg TAQWA :
i) Takut kpd Allah
ii) Beramal dgn Tanzim yg smp kpd Rasulullah
iii) Bersyukur dgn rezeki
iv) Ready bila2 mase utk berangkat bertemu Allah SWT

- jom tgk 'amal yang diterima (Maidah, 5 : 27)
".... sesungguhnya, Allah hanya menerima (amal) dari orang yang berTAQWA."
- Allah itu baik, Allah hanya menerima yang baik2...

- kesungguhan mereka berbanding kita. Kata ibn Rejab Al-Hambali :
"Salafussoleh telah berdoa 6 bln sblm Ramadhan untuk sampai ke Ramadhan. Setelah selesai Ramadhan, 6 bln selepas itu, mereka berdoa spy amalan mereka diterima."

- Bagaimana kita? Doa untuk amal diterima atau kita yang dgn sndiri menolak amalan itu drpd diterima. Bagaimana jadi cmtu? Dgn sambutan rayanya, dengan pergaulannya spjg ziarah2, dan bermacam2 lagi...

- Iman :::Yazid wa Yanquz:::
Bagaimana nak terus dgn smgt Tarbiyyah ni slps selesai madrasah Ramadhan lps?
i) Berdoa spy istiqamah (Robbana La Tuziqqulubana....)
ii) Berdamping dgn org yg baik2
iii) Membiasakan diri meneliti biografi org yg baik
iv) Jaga amalan sunat ("Buat berterusan, walau sedikit")
v) Jaga2 dengan perangkap musuh yang nyata bg kita iaitu syaitan

Allahu taala 'alam.

Dr kuliah subuh, Dr Fauzi Deraman...

InsyaAllah, moga Syawal yang berbaki ini kita rebut dengan berdoa spy amal2 kita diterima, habiskan puasa 6 Syawal kita, jangan jd alasan, sibuk ziarah beraya, rumah terbuka smp xsempat nak pose 6. Strive the best in everything we do.

saifullah shaarani
@ warsaw, poland

Monday, September 6, 2010

Back to HomeTown! Feel it??

salam'alayk... Ramadhan Kareem....

Lagi 3-4 hari berbaki Ramadhan ini... Muhasabah diri sudah sepatutnya dimulakan...

Aku, selesai sudah attachment ku di HKL minggu lepas... Alhamdulillah, thanks a lot to doctors who willingly 'melayan' my questions and inquires, especially Dr Y... Jazakumullahu khairan jaza'!

Hari ini, akan ku pulang ke kampung halaman ku yg mana ramai 'pakcik-pakcik' dan 'anak-anak muda' yang aku rindui berada di sana... Adakah masih dikenali diri ini?

It's ok.. not a big problem... Kenanganku, Pemandangan typical anak muda kampung melepak di senja hari, surau yang hanya dipenuhi orang-orang yang sudah separuh abad di malam nya, Zuhur & Asar yang banyak kalinya hanya bilal, imam dan 1-2 makmum, kuliah agama yang sebulan sekali, program gotong royong yang hidup di kala menjelang hari raya, atau pun semasa ada jiran tetangga yang akan mengahwinkan anaknya... huhu dan banyak lagi kenangan di kampung tercinta ini...

Adakah masih seperti itu? setelah hampir 3 bulan membebaskan diri di bumi lembah klang (LK), aku merasai satu nikmat yg sangat berbeza berbanding kenanganku selama aku di kpg... Sekdar satu contoh, orang yg hendak mencari ISLAM di LK sangat2 lah mudah... alhamdulillah, pergi sahajalah ke mana2 surau/masjid yang akan menyediakan kuliah untuk mengisi rohmu, menambah tsaqafahmu akan ilmu islam dan perkembangan semasa... vice versa, begitu jugalah, samalah hebatnya juga, pergilah ke mana2 pusat yang mahu hendak melempiaskan nafsu syahwatmu, ada sahaja di mana2... na'udzubilllah, jauhkan aku darinya Ya Rob..... Di KAMPUNG ku, dasar tertutup nya masih tebal... masyaAllah, susah sungguh aku mahu mendapati majlis ilmu sperti di LK, seperti anda hendak mencari sebiji butang (harap2 betullah penjodoh blgnnya, huhu) di dalam sebaldi manik... namun, jika mahukan segala-galanya yg lain, anda masih mampu mancari hiburannya...

Jadi, dengan melihat perbezaan itu, adakah aku mampu mengubahnya? Ya, aku anak kampung itu... masyarakat ku itu masih banyaknya dibelenggu... aku sayangkan mereka...

kata kuncinya, Tarbiyyah wa taghyir... insyaAllah, itu yang aku dambakan kepada mereka dan anak2 muda kampung ku... hanya dengan tabiyyah dan didikan, akan mampu mengubah...

"..... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelium mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Dan apb Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, tak ada yang dpt menolaknya, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Allah" (Ar-Ra'd, 13 : ayat 11)

Selamat menyambut 'Aidil Fitri...
Maafkan diri ku andai kata-kataku dan perlakuanku pernah mengguris hati kalian, sama ada kita pernah bersua atau tidak... Afwan jiddan.

Uhibbukum fillah ya ikhwah akhwat...
will be musafir to my hometown in 15 minutes time with mom, doa' for our safety journey,

barakallahufeekum, (^_^)
saifullah shaarani
27 ramadhan 1431H
11.44 am

Wednesday, September 1, 2010

Selamat MERDEKA kan diri....


salam'alayk... salam merdeka...

semalam, 31 ogos 2010, tarikh ulang tahun kemerdekaan ke 53 negara kita, Malaysia...
alhamdulillah, aku sebagai hamba Allah yang hidup di tanah yg bernama Malaysia merasa syukur atas nikmat yg diberikan Allah SWT ini... aku tidak memilih dan tidak berhak menentukan dimana aku dilahirkan, semestinya, aku sepatutnya melafazkan kesyukuran yg setinggi-tingginya..

mungkin ada berkata, "Nasib baik x dok kat afghanistan, iraq, kalo x mesti tgh berperang je..."
sedar ke kita, mereka yg hidup di sana, adakah mereka yg memilih utk lahir & menjalani kehidupan di sana? kita kdg2 xsedar apa yg kita ungkapkan...

ada juga aku membaca ungkapan salah seorang FaceBooker di FBnya, mengomen ttg protes indonesia ke atas malaysia, sehingga ada yg meng'hack' beberapa laman web di msia, "alahhh, xkesah pun... indonesia tu lagi kolot dari kita... buat laa ape2 pun, xde effect pun"

owhh, shbt ku, komenmu ini sungguh xmenyenangkan diriku yg membacanya... ape laa agaknya salah mereka... hingga kita merasakan kita lebih bagus dari mereka kerana mereka indonesia dan kita malaysia?? adakah mereka memilih untuk menjadi indonesia?

aku juga sgt2 terkilan dan sedih, dengan melihat beberapa gejala yg brlaku dalam masyarakat umum kita sejajar dengan menjelangnya tarikh kemerdekaan ini... dalam lingkungan seminggu sebelum menjelangnya 'merdeka' yg kita agungkan ini, mari kita melihat apa yg berlaku di tanah air kita... (ok, seminggu je k, not even setahun~, apatah lagi 53 tahun~)
- BuAnG BaYi
- 'NaJiS' MaSuK MaSJiD
- FiTnaH
- KuRanG TaQWa
- Ganyang MaLaYsiA
dan banyakkkk lg.... ini ape yg aku terbaca dan teringat...

ape cerit?? ni ke namenya "MERDEKA"... huhu.. aku malas nak menulis penghayatan2 merdeka di cni.. korang semua konfem boleh bace banyak di laman tazkirah lain... cumenya, aku nak kita same2 fikir, apa yg kita kena buat... KITA kena buat, bkn ustaz-ustazah, pemimpin kpg, tok imam je... tapi "KITA"...



Daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah radliallahu ‘anha, beliau berkata,

Aku berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Beliau menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni (Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).” (HR. Tirmidzi nombor 3513, Ibnu Majah nombor 3850 dan dishahihkan oleh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah nombor 3105)

barakallahufeekum... (^_^)
saifullah shaarani...
after iftar, malam 23 ramadhan...
mari pecut!~

Friday, August 27, 2010

Lost~

astaghfirullah al'azim...

apa kaba iman kamu hari ini?
dh masuk 17 ramadhan bang...
lame tak nampak g tadarus?
penat sgt ke attachment tu?

erm, tarawih tu lentok je bang
cmne ni... masuk tazkirah, khusyuk sudah
bukak pose kat mane hrni bang?
surau tu macam2 ada... tapi bazaar tu dh sebelah surau, nak wat camne...

macam2 kerja dibuat....
kepenatan sehari-hari,
kalo tak digunakan utk jalan da'wah dan tarbiyyah ini,
hanya kerana Allah,
alangkah ruginya bang....

17 ramadhan, 6.15am
sblm ke HKL

Monday, July 12, 2010

Kesusahan yang disengajakan ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam'alayk wrh wbt...

Lama sekali tidak diupdate blog ini... aku tidak mampu untuk menulis dengan kerap walaupun aku kerap sekali berada di depan laptop.

Bagi sesetengah orang, kekerapan duduk di hadapan laptop bukan bermakna bermakna sedang berada dalam keadaan lapang. Mungkin apb berada di hadapan komputer, nampak on9 memanjang, dia sedang menunggu jawapan dalam email, FB atau membuat tugasan2 yang sgt2 memerah otak... Mungkin juga sedang mencari maklumat atau menyudahkan presentation...

Pepatah Melayu "Masa itu emas" atau Pepatah Arab "Masa itu umpana pedang" hanya terpakai pada orang yang menghargainya dan menyibukkan diri mereka... Kdg2, kita xperlu menunggu tugasan diberikan, tapi kita lah yang secara proaktif mencari tugasan... Bukan mencari masalah... Tapi kesusahan itu ada masanye perlu disengajakan supaya diri x terdidik dengan hidup yang 'free' dan senang lenang... Mulalah mendidik diri kita... Peluang itu mungkin dtg hanya sekali...

Kerana lumrah jalan ini "Sha'bun, Thawiil, Bathii'un" iaitu "Susah, Panjang, dan Lambat"...

Fastabiqul Khairat~...

Saifullah Shaarani
Wangsa Maju. KL
+60193718655

"...Aku hanya bermaksud mendatangkan perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya dari Allah. KepadaNya aku bertawakkal dan kepadaNya (pula) aku kembali." [Surah Hud, 11 : ayat 88]

Permasalahan Pemuda...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk wrh wbt...

Satu muhasabah buat diriku dan semua...

Permasalahan Para Pemuda


Sebagian pemuda mengeluh kerana kedua orang tuanya, atau salah satu dari mereka, menghalanginya untuk shalat jamaah di masjid, menghadiri seminar dan ceramah, atau beraktivitas bersama para pemuda lain yang memiliki komitmen dengan agama. Sehingga timbullah perdebatan, perselisihan, hingga pemboikotan. Hal ini terjadi sebenarnya kerana ketidakpahaman orang tua tentang hakikat dakwah yang sebenarnya, atau khawatir kalau anaknya terjerumus pada kekeliruan fatal yang dapat menyeret mereka pada berbagai persoalan dan urusan yang dapat mengantarkan mereka ke penjara dan tahanan, sebagaimana pernah mereka dengar dan baca dalam mass media.

Namun para pemuda itu, seringkali bila diminta orang tuanya untuk membantu keperluan rumah, seperti membeli makanan, mengantar saudara perempuannya ke dokter atau ke tempat belajar, mereka enggan memenuhi. Pada saat yang sama, mereka begitu asyik pergi dengan kawan-kawannya, disiplin mengikuti pertemuan, rihlah, ziarah, dan melakukan berbagai ke-giatan yang tidak ada gunanya dalam pandangan kedua orang tua yang tentu diingkarinya. Demikianlah, kedua orang tuanya memang belum memahami hakikat dakwah, tujuan-tujuanya, juga manhaj dalam tarbiyah.

Dalam kaitan ini, mereka berdua tentu dapat dimaklumi: "Barangsiapa tidak mengerti sesuatu maka ia memusuhinya". Sedangkan perasaan takut dan khawatir yang ada dalam diri mereka, merupakan fitrah yang tidak boleh diingkari. Lalu bagaimana solusinya?

Bila seorang anak taat pada kedua orang tuanya, perilaku dan sepak terjangnya mencerminkan akhlak yang tinggi, selalu unggul dalam studi, berinteraksi secara baik dengan saudara-saudaranya, dan tidak terlambat pulang malam yang dapat menggusarkan pikiran ke-luarganya, sudah pasti sang ibu akan menjadi mediator untuk membangun jalinan mesra antara dirinya dan ayahnya. Serta merta sang ayah pun akan mengizinkannya untuk mewujudkan apa pun yang diinginkan, yang sebelumnya tidak diperbolehkan. Inilah jalan untuk mencapai tujuan dan meraih simpati.

Abbas As‐Siisiy
Bagaimana Menyentuh Hati.


Bagaimanakah kita? Gunakanlah akhlak yang terbaik untuk meng'handle' sbrg perselisihan atau kurang faham yg berlaku... Jika mengikut jiwa muda yang mahu memberontak dan nak cepat dapat, mungkin kita akan menyulitkan keadaan yang berlaku... Akhlakmu lambang keindahan peribadimu yang membawa amanah dakwah ini..


Saifullah Shaarani
Wangsa Maju, KL
+60193718655 (boleh dihubungi dengan no ini di msia)

"Perkataan yang terbaik adalah perkataan yang sejajar dengan perbuatan"
- Sa'id bin 'Amir al-Jumahiy -

Wednesday, June 23, 2010

You are Terrorist!


Salam'alayk...

Aku terkejut dgn pelbagai berite mutakhir yang mengaitkan beberapa ulama' dan tokoh masyarakat sebagai pengganas. I'm googling Berita Harian Online. Banyak sgt berita malaysia yang aku terlepas since exams 2 minggu lepas. I have to update myself before going back.

Dr Asri, Dr Juanda Jaya, Ustaz Abdul Hadi Awang, Jemaah Islam Malaysia, semua ni dikaitkan dgn pengganas? Wait2, what happened to my country? (aku mcm buat xbiase plak). Aku bukan nak melatah, atau nak menuduh sesiapa, cuma, aku pelik kenapa masyarakat dan umara' yakni para pemerintah dan pemimpin skrg sangat mudah mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa atau kajian terlebih dahulu?

Rasulullah SAW telah bersabda:

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
" Apakah kamu tahu apa itu ghibah?" Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui."
Rasulullah bersabda: " Ghibah ialah engkau sebut sesuatu yang tidak di sukai oleh temanmu tentangnya."
Rasulullah s.a.w. di tanya: "Bagaimana jika ku ucapkan itu memang betul ada pada temanku itu?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Jika apa yang engkau ucapkan itu memang benar ada pada dirinya bererti kamu telah mengumpatnya."
Jika apa yang kamu katakan itu tidak benar apa ada padanya bererti kamu mengada-adakan (memfitnah)."
(riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, dan An Nasal) Tirmizi menyebut hadith ini Hasan sahih.

Mungkin benda ni nampak sgt remeh di mata kita, tapi sedarkah kita, inilah antara gejala masyarakat yang sangat merosakkan. "Tuduh tanpa usul periksa".

Just check out one of the news, one Malaysian student, who had just finished his Syari'ah Exam for Master's Degree had been detained by the Egyptian Authorities when he with his wife and 2 of their children are passing the immigration checkpoint at Cairo Airport to go back to Malaysia. What's the reason? Suspicion of Terrorist involvement. So easy right to arrest people? And this is his wife comment:

KUALA LUMPUR: It has been 10 days since Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria's arrest by Egyptian authorities but his wife is still in the dark over the reason for his detention. Zulkifli's wife, who only wanted to be known as Hidayah, 33, is demanding to know the reason for his arrest and his condition.

"I refuse to believe talk that he was arrested on suspicion of terrorist involvement as there was no ulterior motive for us to be in Egypt .

"We went there because Zulkifli was sitting his syariah examination at Zamalek University for his Master's degree," Hidayah told the New Straits Times in a phone interview from her home in Manjung. She said they were at Cairo International Airport with their two sons, aged 2 and 4, on June 13 after spending a month in Egypt.

"At the Immigration checkpoint, the children and I had no problems but they stopped my husband and took him to a holding room.

"I waited for him for quite some time until an officer came and told me that my husband would not be making the flight due to an Immigration matter.

"The officer asked me to board my flight, promising that my husband would board the next flight." Hidayah was hesitant at first but consented when Zulkifli sent her a text message to tell her to go on without him.

"That was the last contact I had with him," said the housewife. Zulkifli, 41, works as principal of a religious school in Manjung.
Hidayah said two days after the arrest, Zulkifli contacted his friend in Egypt, saying he was not being fed.

"I am very concerned about his condition there and conveyed this to Foreign Affairs Minister Datuk Seri Anifah Aman at a meeting with him on Monday." Hidayah said Anifah had promised to look into her husband's case and seek his immediate release. She confirmed that Zulkilfi had been detained under the Internal Security Act in 2001 because of alleged links to Kumpulan Militan Malaysia but was released unconditionally several years later.

A spokesman for the Malaysian embassy in Egypt said Zulkifli had been detained by a special anti-terrorism police unit. "The authorities allowed us only one visit to see Zulkifli and did not tell us of the reason for his arrest." Counsellor at the Egyptian embassy in Malaysia Tamer Galal Abdel Hamid Sidky El Mawaziny said the mission had yet to receive a report on Zulkifli's arrest from Cairo.

Read more: Wife: Why was he arrested? http://www.nst.com.my/nst/articles/11mes/Article#ixzz0rf2fEoEQ

Ok, insyaAllah, moga kita same2 fikirkan dan ikuti perkembangan semasa di negara kita.

Banyak benda perlu di'settle'kan dalam sehari dua ni. Hopefully Allah SWT melancarkan segalaNYA bagi kita.

Bagi adik2 ku yang akan exam paper last today, bittaufiq mannajah. InsyaAllah, the najjah will be with you. Believe in Allah.

p/s: Oh, b4 that, sblm ni, ramai orang tanye aku, cmne Poland ek? Cite laa skit. Adeyh, aku jenis org yg xpandai nak menggambarkan bagaimana keadaan Poland tu sendiri. Tapi kalo korg nak tahu, maybe tgk laa video ni, gambar2 yang ada dlm tu sume keadaan semasa di Poland insyaAllah, walaupun ia menceritakan sejarah Frederick Chopin, composer,musician kebanggaan Poland. You Get 2 in 1 at least. But make sure, we should learn & know more about our Prophet's Life and His great companions at the first place. Knowing others is knowledge to increase your 'tsaqafah', that's important too. =)



Wallahu'alam.

Generala Zajaczka 15

Tiada Full Stop ( . )


Salam'alayk...

Saudaraku,

Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang Muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok.
Waktu masih panjang dan hasrat terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka.
Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya, dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

"Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu."
(Al-Qashash, 28 : 5 - 6 )

Bersiap sedia dan berbuatlah, jangan menunggu datang esok hari. Kerana bisa engkau tidak berbisa berbuat apa-apa di esok hari.
Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangka, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
(Al-Ankabut, 29 : 69)

Hanya Allah satu-satunya harapan kita dan tempat kita berharap...

-HAB-

Sunday, June 20, 2010

Penting diri sendiri? Tarbiyyah Dzatiyyah...

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk

walaupun exam baru selesai, namun banyak benda lain masih xselesai. adeyh.

bile ade org ckp "aku mmg free slalu lepas exams" atau "adoi, bosannye xtau nak wat ape", pehhh~, aku cm gembira smcm je dgr... meh cni, bleh ak tlg bg bz skit, byk keje nak suh buat... cuma, yg pasti, kerja kita xpernah habis... mungkin kite hanya habis beberapa bhgn kerja @ amanah yg membukit, tapi kita sentiasa ada amanah dan tggjwb untuk diri sndri iaitu dalam mentarbiyyah dan mempertingkatkan diri kita sebagai seorang daie dan hambaNYA... namenye ialah 'tarbiyyah dzatiyyah'..

Tidak dapat disangkal bahwa Tarbiyah Dzatiyah menjadi kepribadian aktivis Islam. Bahkan Rasulullah saw. menilai hal ini sebagai prasyarat untuk para 'duta-duta' Islam dalam mengembangkan dakwah. Kerananya hal ini menjadi point sama ada mereka betul2 fit dan sesuai dalam menjalani tugasnya. Sehingga seseorang yang diutus ke suatu tempat, Nabi saw. mempertimbangkan kemampuannya dalam perkembangan integriti dirinya.

Hal ini sebagaimana yang dipertanyakan Rasulullah saw. kepada Muadz bin Jabal saat akan diutus ke Yaman. “Wahai Muadz, bila kamu berada di tempat yang baru nanti, jika menemukan suatu persoalan apa yang akan kamu putuskan?” Muadz menjawab, “Aku akan putuskan berdasarkan Kitab Allah.” Rasulullah saw. pun melanjutkan, “Bila tidak kamu temukan pada Kitab Allah, dengan apa kau putuskan?” Jawab Muadz, “Aku akan tetapkan berdasarkan Sunnah Rasulullah.” Nabi saw. kemudian menanyakan kembali, “Bila tidak juga kamu dapati di dalamnya, apa yang akan kamu lakukan?” Muadz menjawab, “Aku akan putuskan dengan akal pikiranku (ijtihadku).” Ternyata jawaban Muadz sangat memuaskan hati Rasulullah saw. Malah beliau memandang bahwa kualitas Muadz sudah memadai untuk mengemban tugas mulia tersebut.


so, are we fit enough huh?! muhasabah2... nak hantar balik ke rumah sndiri jer niyh... mampu ke?

let's see, what we can do lepas exams ni, especially yang akan cuti summer yg panjang.. huhu... aspek yang plg penting dalam tarbiyyah diri kita pastilah ar-Ruhiyyah, iaitu spiritual kita...

1) Banyakkan Bacaan buku2 ilmiah
- dah lame sgt kita bace buku2 medics & akademik ni... smp banyak buku2 fikrah yang kita terlepas dan x tersentuh.. jadi, inilah masenye untuk membanyakkan kembali bacaan buku2 yang dpt meningkatkan kefahaman kita kepada Islam dan kerja2 dalam dakwah...

2) Banyakkan menghafaz surah2 dan ayat2 quran
- mungkin, kita juga dah banyak lupe ape yg pernah kita hafaz dlu kan.. jadi, inilah masenye nak cover blk, sbb satu kesalahan bg kite kalo kita tidak berusaha untuk mengingati kembali ayat2 tersebut...

3) Perbaiki bacaan quran dan ikuti majlis ilmu
- insyaAllah, bile balik msia, pasti banyak sangat majlis ilmu yang ade di surau-surau dan di masjid-masjid. Kuatkan diri untuk hadir ke masjid untuk berjemaah. Di sini dh laa mmg ssh nak dgr tok sheikh2 berucap kecualilah dari Sheikh You Tube. Jadi, gunakan kesempatan ini. Bulan Ramadhan pulak, pasti ade tadarus QURAN waktu malam lepas tarawih tu kan. jangan lepas sebat moreh trus lari, tgu dan bertadarus bersama pakcik2, tok imam di sane.. Lantak laa kita je budak muda, xyah segan. Lg bagus, kalo bleh ajak2 kwn kita skali.. Sbb kita tahu, janji Allah pada pemuda2 yang hatinya bertaut dengan masjid... =)

4) Perbanyakkan ziarah...
- dah laa balik setahun sekali, pastu dok terperap je kat umah mcm anak dara. kalo ade yg tak terperap plak, asyik hilang je dari rumah, lepak2 ngan member. Ni laa masenye nak menziarahi saudara mara kita dengan family yg dh lame xjumpe.. Eratkan silaturrahim antara keluarga. InsyaAllah, mudah nak DF nnt.. Lepak ngan member pun bagus jika kita mahu menarik mereka ke arah yg lebih baik, tp jgn smp you mixed and blended with them...


Orait, insyaAllah cukuplah nota kaki aku buat diri sendiri buat hari ni, juga bagi yang sudi membaca dan mengambil manfaatnya. Jazakumullah. Nota yang menjadi peringatan buat diri sendiri yang akan pulang ke bumi msia bertuah dalam masa seminggu lagi. Doakan aku slamat tiba di msia untuk trus menjadi Hud-Hud...

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Al-Anfal: 27)

salam one islam...

p/s: IKRAM had already launched yesterday. Moga dakwah terus menyubur di bumi msia... ameen. news here

generala zajaczka

Sunday, June 13, 2010

BerGERAKlah wahai ruhul jadid...

بسم الله الرحمن الرحيم

Dahulu, The Zikr yang kini menjadi Raihan.

Salam'alayk...

aku tersentuh ketika membaca artikel di blog Ustaz Halim. ye, aku adalah antara generasi-generasi baru yang terlepas merasai hebatnya dan gahnya dakwah ketika era 1970an hingga 1980 an... Bagaimana dakwah itu bermula dan berkembang subur di era itu, dengan pemuda-pemuda yang sangat aku kagumi di zaman itu,* antaranya, Ustaz Abd Hadi Awang/PAS, Ustaz Ashaari/Al-Arqam dan Anwar Ibrahim/ABIM.

Subhanallah, bila mengenangkan itu, aku berasa pilu dan sedih. Pastinya momentum yg dahulu itu, kiranya mampu dikekalkan, pastilah realiti ISLAM di Malaysia bukan lagi seperti zaman ini. Sangkakan panas sampai ke petang, namun hujan di tengah hari. Mungkin itulah yg berlaku dan mungkin itu jugalah perasaan para du'at (daie-daie) yang bersama dalam dakwah ketika itu.

Namun, itu adalah antara sejarah permulaan dakwah di malaysia... Yang membangkitkan 'ruhul jadid fi jasadil ummah'. Roh-Roh Baru yang mengalir Dalam Jiwa Ummah ini. Semangat dan roh dari perjuangan mereka dahulu, sepatutnya memberikan kita, generasi baru ini lebih semangat untuk bekerja dan menjalankan tugas kita. Sebab, kita semua tahu dan sedar, Islam sebenarnya mampu bangkit! Islam sebenarnya pernah berada di satu level yang kita mungkin tidak dapat gambarkan sekarang!

Jadi, wahai duat, mari bergerak! Tak guna juga jika hanya mengingat sejarah2 yang lalu namun, kita masih statik bagai badak air berendam dalam lumpur, jadilah cheetah yang cergas berlari memburu mangsanya. Jadikan sejarah itu sebagai panduan dan semangat bagi kita. Semoga Allah mencucurkan rahmatNYA kepada para mujahid dan para duat yang telah berjuang di jalan ini pada sepanjang zaman.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad.(1937-2010)


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Lagu kegemaran aku di zaman hingusan dulu... Antara lagu2 Nada Murni yang dihasilkan di zaman kemuncak Al-Arqam. Sungguh Roh smgt itu masih dapat dirasai hingga kini.

p/s: mereka2 di atas adalah orang2 yang hebat di zaman mudanya juga, dgn pidato yang membangkitkan smgt org lain. Kita pemuda generasi kini pun harus mampu begitu...

* boleh bertanya lanjut kpd yang lebih arif... =)

Wallahu'alam.

@ Gen Zajaczka 15

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran