بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Wednesday, October 27, 2010

Muslim : Tamar

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk... membacalah utk faham ad-deen...

RAJIN MEMBACA TETAPI TIDAK FAHAM, DAN SEDIKIT MEMBACA TETAPI FAHAM

Tadabbur al-Quran atau penghayatan tentang isi al-Quran sangat penting untuk kita mengetahui apakah yang terkandung dalam ayat al-Quran. Yang manakah lebih banyak dapat pahala? Orang yang rajin membaca al-quran tetapi tidak memahaminya, atau orang yang sedikit membaca al-quran tetapi faham maksudnya? Tentulah orang yang banyak membaca al-quran tu kan?? Nabi sendiri ada menyatakan bahawa satu huruf al-Quran sama dengan satu kebaikan,

”maksudnya: sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak kata bahawa Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat Tarmizi)

Namun, kita dituntut supaya memhami maksud ayat2 al-quran yang dibaca. Para sahabat biasanya mempelajari sekitar sepuluh ayat dengan nabi dan mereka tidak akan melepasi ayat tersebut hinggalah mereka faham dan beramal dengannya. Oleh itu ada yang mengambil masa yang agak lama untuk menghafaz sesuatu surah. Ibn Umar juga menghafaz surah al-baqarah dalam tempoh yang agak panjang.

Daripada Abu Musa al-Asyari r.a katanya, sabda Rasulullah S.A.W,

“Bandingan seorang yang beriman yang membaca al-quran laksana buah utrujah, baunya harum dan rasanya sedap. Bandingan seorang yang beriman tetapi tidak membaca al-quran umpama buah tamar, tiada bau tetapi isinya manis, manakala orang munafik yang membaca al-quran ibarat pokok raihanah yang baunya harum tetapi rasanya pahit dan bandingan orang munafik yang tidak membaca al-quran umpama pokok handzolah yang tiada baud an rasanya pahit”. (riwayat bukhari dan muslim).

Begitulah Nabi SAW membuat perumpaan seorang muslim itu dengan buah tamar... =)

Allahu taala 'alam...

saifullah shaarani
warsaw, poland
1.41 am

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran