بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Saturday, December 19, 2009

Satu Kembara...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam'alayk...

Bumi Poland akan ku tinggalkan buat seketika... Cuti 2 minggu sempena sylvester telah bermula... Alhamdulillah =)

Jaulah ke Bumi Czech akan ku mulakan sebentar lagi buat mencari setiap butir mutiara dan permata untuk mengisi diri ini... kemudian, Bumi France pula menanti.. insyaAllah.

Setiap perjalanan pasti ada dugaan & ujian dariNya... Jadi, ingatan buat diri ini... Banyakkan bersabar (2:153) dan beristighfar... Semoga perjalanan ini dapat membuka hati-hati ini untuk lebih mengenaliMU...
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." (al-Israa', 17: 37)
Pasti layanan dan sambutan ikhwah adalah dengan thorbaek sekali.. Jadi,mari kita hormati & raikan dengan sebaiknya... semoga ukhwah ini akan terus bersemi keranaNya...
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya, Allah memperhitungkan segala sesuatu." (an-Nisaa', 4: 86)
Selamat memulakan kembara dan cuti bagi semua... Perjalanan ini hanya kerana satu... Mencari RedhaNYA... Doakan perjalanan kami ini selamat dan di dalam perlindunganNya...ameen. insyaAllah...

tumpang poster ye akh ijoy... =p.. jumpe di sane!

Thursday, December 17, 2009

Seusai bertambahnya usia...


Satu renungan buat kita bersama...

Sesungguhnya hitungan nafas telah ditetapkan, hitungan detik telah diperhitungkan.
Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi modal tapi tidak digunakannya,

Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi nafas tapi disia siakannya,

Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi waktu tapi disia siakannya,


Perjalanan hidup manusia,
Menempuh alam dunia
menghabiskan waktu, yang tiada lama
Usia bertambah makin senja, tiada terasa tak tersedar
Semakin dekatlah kematian, akan menjelang tiba

Sedarilah, usia amanah dari Ilahi

Sedarilah, ia pasti kan dimintai
Pertanggungjawabannya pada Ilahi
Sedarilah, jalani hidup ini penuh makna

Sedarilah, pastikan ia bererti di akhirat yang abadi.


Demi Allah, sesungguhnya semakin dekat ujung kehidupan kita,
Hisab semakin nyata, dan sesungguhnya Hisab Allah amatlah berat,
Saudaraku, Janganlah sia siakan nafas kita,
Jangan sia siakan waktu kita,

Sesungguhnya Hanya Allah lah tujuan kita...

Salam Maal Hijrah 1431 ... (^_^)

Sesungguhnya, marilah kita memasang azam untuk terus meningkatkan tarbiyyah diri spy lebih baik dari tahun sebelumnya, memasang azam untuk terus meningkatkan mujahadah dan toriq amal kita di jalan ini, dan terus berdoa supaya Allah SWT terus memilih kita untuk tsabat dan istiqamah di jalan ini semata-mata kerana NYA... ameen...

~Baraka Allahu Lakuma~ (playing inside me) =)

Tuesday, December 15, 2009

Diari Kembara (Part 2) : .:. Bumi HoloCaust .:.


Salam'alayk kpd jiwa-jiwa yang rindu kepada keadilan dan keamanan....


Berjalan, Melihat dan Mentafsir (-_-")


Seterusnya, ingin ku menceritakan serba sedikit secara ringkas tentang peristiwa ‘Holocaust’. InsyaAllah ini menurut pembacaan dan kefahamanku. Sekiranya ada yang tak kena, teguran kalian amat ku hargai.


‘Holocaust’ dalam bahasa Greek bermaksud ‘Whole Burnt’ adalah satu nama yang diberikan kepada pembunuhan terancang terhadap Bangsa Yahudi. Kawasan ini terletak di Krakow, satu bandar di selatan Poland, kira-kira 300km daripada ibu negara Poland, Warsaw tempatku menetap. Dikenali sebagai ‘Auschwitz Concentration Camp’, tempat ini bukanlah asing bagi pelancong-pelancong yang datang ke Poland. Ia menjadi tumpuan utama bagi para pelancong dan para pelajar untuk mengetahui sejarah pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap bangsa Yahudi oleh pihak NAZI di Poland. Terdapat beberapa bangsa lain turut terlibat dalam menjadi mangsa peristiwa tersebut iaitu bangsa Polish sendiri, bangsa Gipsi dari Romania, dan serpihan-serpihan dari negara berdekatan seperti Russia, Perancis, dan Ukraine.


Sebelum aku menjejakkan kaki, serba-sedikit rujukan dibuat untuk mendapatkan gambaran tentang peristiwa yang berlaku. Tiada jumlah yang benar-benar tepat direkodkan mengenai jumlah kematian mereka kerana rekodnya dikatakan telah dimusnahkan oleh pihak NAZI sendiri sebelum mereka meninggalkan Poland. Beberapa sejarawan mengatakan kira-kira 1.1 juta orang telah terbunuh namun beberapa pihak cuba mempertahankan sebanyak 4 juta orang telah terbunuh. Mengapa nak 4 juta jugak??! (-_~)


- Kawasan tahanan mangsa -


Dengan izin Allah SWT, aku berjaya tiba dan melihat sendiri tempat kejadian tersebut dikatakan berlaku. Apabila tiba di kawasan ini, aku dapat melihat betapa terancangnya mereka dalam melakukan pembunuhan ini. Dipertontonkan satu persatu di dalam muzium tersebut barang-barang peribadi mangsa pembunuhan, keadaan bilik tidur, tandas, cara kerja paksa, cara pembunuhan dan gambar-gambar mangsa yang sempat ditangkap sebagai rekod. Cara pembunuhan utama di Auschwitz Camp ini ialah dengan mengepung mangsa di dalam Bilik Gas Beracun @ 'Gas Chamber', menggunakan "Zyklon B", yang mempunyai Hydrogen Cyanide (HCN), gas tanpa warna yg sangat2 beracun. huu~


Terdapat satu slogan terukir di pintu masuk kem ini yang bertulis “Arbeit Macht Frei” dalam bahasa German yang bermaksud “Bekerja Membawa Kebebasan”. Slogan ini hanya satu penipuan dan kata-kata semangat yang palsu, kerana yang pasti, mereka tetap akan dibunuh di dalam kem tersebut.


- Di hadapan pintu pagar -


Suatu Perancangan?... (*_*)


Segalanya menggamit memori aku akan kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan oleh bangsa Yahudi ini pula terhadap rakyat Palestin di bumi Al-Quds sendiri. Bagaimana mereka dapat menjadikan peristiwa ini sebagai salah satu modal simpati dunia untuk melakukan kekejaman demi kekejaman dan pembunuhan demi pembunuhan terhadap bangsa Palestin dan demi mengambil tanah suci itu daripada umat Islam. Allahuakbar! Terfikirkah kita semua akan perkara ini?


Apabila selesai mengelilingi muzium dan kawasan Auschwitz Camp ini, aku dan beberapa orang sahabat cuba menghayati peristiwa ini dan menyimpulkannya sebagai satu KONSPIRASI. Mengapa aku katakan begitu? Antara sebabnya telah ku nyatakan di atas. InsyaAllah, jika diberikan kelapangan masa dan kerajinan, akan ku kupas dalam edisi yang akan datang. Yang pasti, Bumi Holocaust akan terus kekal di sini sebagai bukti kekejaman yang melahirkan simpati dunia terhadap bangsa Yahudi, namun bagaimana kita melihat dan menghayati sesuatu peristiwa lebih penting dalam menyelami sejarah sebuah ummah.

- Batu peringatan dari Presiden Israel (wujud sebuah negara nie??!) -

Wallahu’alam bissawab
...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Rad, 13:11)

Mari kita fahami sejarah dengan mata hati... segalanya berkaitan dengan kehidupan kita pada hari ini... Yakinlah, sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya...
salam dari bumi konspirasi (^_^)v

Saturday, December 12, 2009

Di Waktu Itu JanjiNya Buat mu...

بسم الله الرحمن الرحيم


salam'alayk...

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Aku dikejutkan di tengah2 malam waktu sini akan pemergian seorang akh selama-lamanya. Dan menambah kesedihan yang lebih mendalam di hati ku adalah masa kejadian berlaku adalah kira2 4 jam selepas arwah melangsungkan akad nikah bersama pasangan hidupnya... Astaghfirullah al azim... Aku hanya mampu beristighfar...

Ya Allah sesungguhnya kematian tidak mengira masa, ketika aku sedang bergembira dengan duniawi MU atau bersusah dengan perkara ukhrawi MU... Alhamdulillah arwah berserta kedua ibu bapanya selamat dikebumikan malam semalam juga.

Takziah kepada keluarga Akh Mohd Ariff Abd Kadir, ex-Nottingham... Semoga Allah mencucurikan rahmat kepada roh arwah dan kedua ibu bapanya serta sahabatnya yang pergi bersama... ameen... AL-FATIHAH.

Berita lanjut boleh dibaca di :

http://msmsheffield.wordpress.com/

http://www.malaysiakini.com/news/119662


“… Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat Meliputi PengetahuanNya”

[Luqman 31: 34]


Ya Allah, jadikan kematian itu peringatan buat diriku...

Friday, December 11, 2009

Diari Kembara (Part 1) - .:. Polska .:.

بسم الله الرحمن الرحيم




Salam'alayk....

Alhamdulillah... Lama rasanya tidak menceritakan kembara di bumi ghuraba' Poland ini... Semakin lama di sini, semakin rasa sayang pada tanah air tercinta... bukan atas semangat nasionalisme ek, insyaAllah membaranya sayang itu atas dasar kecintaan kepada kebangkitan Islam... Alang-alang, saya mulakan dengan kisah di permulaan pengembaraan...


Apakah itu?...


Ketika pertama kali melihat nama POLAND tertera di surat tawaran sebagai negara yang bakal menjadi bumi aku untuk menyambung pelajaran, terus ‘Mr Google’ dan ‘Mr Wikipedia’ ku jadikan mangsa. Sesungguhnya, apakah itu POLAND? Yang hanya bermain di kepala ketika itu hanyalah sebuah pasukan bola sepak, penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak dan juga pemandu Sauber Petronas F1 Team, Robert Kubica. Bagaimanakah aku boleh tercampak ke bumi asing ini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan mengatur perjalanan hambaNya.


Seterusnya, aku berjaya menjumpai beberapa maklumat penting untuk diriku dalam memulakan kehidupan serba baru di bumi Poland. Terletak di bahagian Eropah Timur, Poland dikelilingi German di sebelah barat, Czech Republik dan Slovakia di sebelah selatan dan Lithuania, Ukraine, dan Belarus di sebelah Timur. Di bahagian utara pula dipagari oleh Laut Baltic. Alhamdulillah, aku bukanlah ‘pioneer batch’ di sini, tetapi bakal menjadi pendokong kepada batch yang pertama ini. Setelah mempersiapkan diri dengan sebaiknya, dengan lafaz Bismillah, aku memulakan langkah pertama ke bumi ghuraba’ ini.


Poland Crooked House...ye ke cmni??


Persepsi...


Sudah menjadi lumrah, manusia bakal meletakkan persepsi pada setiap sesuatu. Tidak terlepas juga bagi diriku. Banyak yang bermain di fikiran, ditambah pula dengan kata-kata manusia yang hidup di sekitar aku. Keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kawan-kawan, bahkan anak-anak kecil pun turut menghidupkan suasana. Ada yang mengatakan, ini negara komunis, ada yang lain mengatakan ini negara kuat Yahudi dan tidak kurang juga mengatakan ini negara sekutu Amerika.


Pelbagai tafsiran dan andaian diberi. Aku yang tak keruan. Yang aku tahu, Poland merupakan negara bekas jajahan Komunis atau juga dikenali sebagai ‘Eastern Bloc’, yang telah terlepas dari kuasa Komunis ketika era kejatuhannya di tahun 1989. Seperti semua sedia maklum juga, Poland juga merupakan bekas negara taklukan NAZI dan mempunyai sebuah tempat pembunuhan kejam bersistematik khusus kepada bangsa Yahudi di Barat oleh pihak NAZI German ketika mereka menguasai dari tahun 1939 hingga 1945. Peristiwa tersebut dikenali di seluruh dunia sebagai ‘Holocaust’. Tahukah sahabat-sahabat, apakah itu ‘Holocaust’? (Pada yang xtahu, boleh laa nak tanya Mr. Wikipedia skrg) =p


InsyaAllah... akan disambung pada post seterusnya... Tak boleh panjang2 sangat... hehe...


Mari kita renung satu kata-kata;


"Orang Barat maju kerana meninggalkan Agamanya, Orang ISLAM mundur kerana meninggalkan AgamaNya."


InsyaAllah, mari kita tingkatkan azam, unutk terus belajar tentang Islam... Fahami Islam dan amalkan dalam kehidupan...Biar sedikit tapi istiqamah...


- qalilun qarra khairun min kathirin farra -

maksudnya: sedikit yang berulang-ulang (istiqamah) lebih baik daripada banyak yang lari (sekejap)



Wallahua'lam... (^_^)

:.: uczy @ eyes :.:

بسم الله الرحمن الرحيم

This nasheed is by Mishary Rashid Alafasy about a kid who loses his eye sight.


Bersyukur kita pada hari ini...
Masih diberi nikmat untuk melihat...
Segala kehebatan dan keajaiban ciptaanNya...
Posisikan diri mu di satu kondisi...
Yang pada awalnya buta dan kini dapat melihat semula...
Masih tak bersyukur kah kita?
Alhamdulillah3x...

Ya Allah, lembutkan hati-hati ini untuk mudah menerima nasihat2 dan teguran2...

Tuesday, December 8, 2009

Kenali Diri...

Salam'alayk wrh wbt...

Sudah lama tidak berupdate... hidup semakin dipenuhi dengan pelbagai urusan yang menggunakan masa-masa itu... Alhamdulillah, baru selesai 2 exams yang sgt mengugah kekuatan hati. sbb ape? tika itulah terfikir, nak bace Quran ke nak habiskan notes yang masih bertimbun ni?! Ah, Baca nantilah... Then, apa yang boleh terjadi? Boleh dipikirkan sendirikan. Sedangkan boleh je nak baca Quran dahulu 5 - 10 minit. Dan exams seterusnya yang menanti.

Baru selesai satu prgm juga, yang cuba 'top up' balik diri ni, terasa hati 'segar' semula, namun bukan mudah utk mengekalkan semangat itu. Pasti akan muncul perasaan 'berbelah bagi' tika memikirkan, mana satu yang perlu dilakukan, seakan penting belake dan perlu semuanya, tapi ada yang lebih penting dan lebih perlu... Key word : Prioriti!

Ah, Aku mungkin masih tidak mengenali diriku sendiri. Dan mungkin yang sedang membaca juga. Kerana setiap yang berlaku di sekeliling, masih sukar untuk kita mengambil pengajaran darinya. Mungkin bagi sstgh dari kita termasuk aku, ini hanyalah perkara2 yang cuba mewarnai kehidupan yang sementara ini, walaupun sedang hidup dlm kepompong tarbiyyah. Sedangkan kita sebenarnya dipengaruhi dan dikawal oleh persekitaran kita tersebut...

Apa dia yang membentuk kita?? Sistem yang diterapkan. Yer, bunyi seperti kecil dan mudah, tapi itulah yang membentuk cara fikir kita selama ini, perlakuan kita, perasaan kita, dan sebagainya. Dan amat bahaya sekali sekiranya kita tidak sedar atau buat2 xsedar akan sistem yang mengawal itu, kerana jika ia dalam suasana tarbiyyah, alhamdulillah, tp hampir kebanyakan yang ade ialah sebaliknya... Key Word : Peka!

Yer, manusia mmg tidak kenal akan dirinya... Sbb ape?? Kerana kalau manusia itu kenal akan dirinya, pasti Allah SWT tidak akan menceritakan kepada manusia perihal diri manusia itu... Sbb manusia mmg xbleh fikir sndiri ttg dirinya. Dan akibat berfikir sendiri inilah yang menghasilkan pelbagai teori 'kosong' spt Darwinism sedangkan dalam Al-Quran, Allah SWT sudah menghuraikan sejelas-jelasnya.
Manusia itu asalnya dari 2 unsur, iaitu Tanah & Roh;

"Yang memperindahkan segala sesuatu yang Ia ciptakan dan yang memulakan penciptaan manusia dari tanah" (32:7)

"Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-Nya ke dalam tubuhnya...." (32:9)

Dan kemudian Allah juga telah menceritakan sejarah kehidupan manusia yang terawal diciptakanNya, Adam & Hawa (7:11-25)

Segala-galanya yang tidak akan mampu utk manusia memikirkannya... Sbb itu Allah menceritakan segalanya kepada manusia. Dan apabila perkara2 itu di'scientific'kan mengikut akal, maka jadilah ia seperti orang yang rosak 'Wernicke's Area' nya, bercakap dengan lancar namun tak dapat difahami... Itulah manusia.

Dan Allah SWT tidak pula menurunkan Kitab Perubatan atau Kitab Engineering gedebuk kepada manusia, kerana Allah SWT tahu, akal manusia pasti akan mampu mengkaji dan memikirkannya.

Yer, aku juga hanya manusia. Banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan tanpa aku sedari. Kerana aku juga masih cuba belajar tentang diriku sendiri. Banyak benda yang dilakukan, seakan betul di hati, namun tidak kena di hati yang lain. Jadi, tegurlah, jangan disimpankan ia, kerana nasihat dan peringatan itu sangat penting buat diri ini. (51:55)
Ingat, Kita semua bukan malaikat! Ya Allah, aku takut perkara ini menimpa diriku... Klik di sini

Dan hanya kepada Allah SWT aku meletakkan pengharapan ini. Doakan untuk diri yang lemah lagi banyak kekurangan ini...

Peringatan untuk diri sendiri sebelum orang lain!

Monday, November 30, 2009

Bagaimana Hari Ini?

Salam sejahtera...

Alhamdulillah, kita masih dibangkitkan pada pagi ini.... "segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan..."

"dan kami menjadikan malam sebagai pakaian, dan siang untuk mencari penghidupan"
(78 : 10-11)


Bagaimana hari semalam kita? Bagaimana tarbiyyah diri kita? Sudah dipenuhikah hak hati dan ruh kita selain isian jasad yang sentiasa meminta?

InsyaAllah... terjumpa satu video ketika sedang search di you tube.... moga boleh jadi ingatan dan takzirah buat diri... tambahan dlm keadaan 'exams' yang tidak habis2 pula... Sabar lah diri...Teruskan Tarbiyyah Diri... Kerana itu prioriti yang paling utama buat dirimu.... Seperti diungkap oleh Sheikh Mustafa Masyur, "Tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyyah."

Ingat, Mulakan langkah pertama kaki kita dengan mentarbiyyah diri dengan sebetul-betulnya, sebelum meneruskan seribu langkah yang seterusnya, wahai diri dan ikhwah yang dikasihi sekalian... masih belum terlambat untuk memperbetulkan diri kita... insyaAllah...



Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? - Al-Baqarah, ayat 44

p/s: Ya Allah, tetapkan kesabaran di dalam hati ini...Sabar di atas Sabar...

Sunday, November 29, 2009

>> Wahai Orang Yang Bermujahadah <<


InsyaAllah terasa ingin berkongsi satu artikel dr seorang daie yang cukup hebat... sungguh mengesan di hati bagi mereka yang telah hidup dan berada dalam arena yang penuh dengan mehnah ini.... semoga same2 terus meningkatkan iman dan amal... doakan untuk saya juga...
...........................................................................................

Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunannya… kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.

Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:

“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Semak-semak dalam kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu… Telahkah kau buka setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telahkah kau ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendenganmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera Al Quran dan bacalah. Bacalah, itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Jiwa yang tidak membaca al Quran umpama talipon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna… Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al Quran segalanya tidak berguna.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu ‘menukar’ bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.
Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibokan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.

Ingatlah wahai orang yang bermujadahah… tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan…Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

sumber : http://genta-rasa.com/

...................................................................................................

- Uhibbukum Fillah -


Friday, November 27, 2009

.:. Bukti Kasih .:.

Salam Eid Mubarak...
Mari kita ingat, mari kita fikir, mari kita hayati...
Kisah-kisah mereka... Pengorbanan yang tiada tandingnya...
Yang menjadi inspirasi... Meningkatkan semangat...
Supaya usaha yang dibuat... Tidak kita berkira, berhitung...

Kerana pengorbanan sememangnya suatu kepayahan, keletihan, kesusahan...
Yang menghidupkan hati...
Hati yang melakukan pengorbanan, yang akan merasainya...
Jika tidak, yang hanya diingat, dibaca, tidak menyentuh ke Hati...
Islam perlu praktikalnya... kerana ia bukan agama teori...

Bukti cinta dan sayang Nabi...
bukanlah hanya berselawat, baca kisah2 hingga menitis air mata...
tapi tanda kecintaan yang terbesar adalah bila melakukan kerja-kerja nya...
Kerana dengan praktikalnya, baru terasa di Hati...
Itulah bukti cinta, bukti kasih, bukti sayang...
Yang memerlukan pengorbanan...
Pengorbanan yang tiada erti persaraan...



Salam rindu kepada suasana di kampung ketika Qurban... =)

Wednesday, November 25, 2009

.: Love is ONE :.

Allahu Akbar (many times)

If you ask me about love
And wanna know about it
I am so pleased
It's everything about Allah
The pure love, to our soul
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The ONE that made us all
And HE's the guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There's no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar (many times)

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And he knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar (many times)

Always Be There - Maher Zain

Allahuakbar... My Heart In LOVE, Ya Allah...
Aku tak mampu menjaganya jika Engkau tidak memeliharaNYA...

Jagalah CINTAku ini dengan Kasih SayangMU...

p/s : MasyaAllah, Great Job Maher Zain for the songs!!! Really touching.
Ya Allah, berkatilah masaku ini... examsss~

Friday, November 20, 2009

.: Hafal Sejarah VS Memahami Sejarah (^_^) :.


apa beza sejarah buku teks sekolah dengan "ini sejarah kita"?

sangat2 banyak bezanye =) .... nak tahu? Jom2... kita singgah sebentar di teratak Ciszewska 15....

insyaAllah, kita cube melihat bagaimana sejarah yang merubah dunia, menguasai pemikiran dan cara fikir, melahirkan insan2 agung dalam peradaban serta sunnatullah hidup kita di dunia dan banyak lg2!

p/s : bezanya, xyah hafal utk exam! yg penting, bawa "hati" bersame yer! =)

wallahua'alam bissawab... (^_^)


Monday, November 16, 2009

.: Take Vaccine Free at WUM :.

PolandKini dot com...

Society
Poland Confirms Its First Victim of H1N1 Flu
November 16, 2009
A 37 year-old man suspected of carrying the H1N1 virus died of pneumonia in Gdańsk on Friday becoming the country's first swine flu fatality.

So far in Poland this year, there have been 234 cases of H1N1 Flu.
Prime Minister Donald Tusk last week decided that Poland would not buy swine flu vaccines until they are proven to be safe and without side effects.

sumber : Warsaw Voice

Sungguh menarik dan menerujakan berita PolandKini pada pagi ini... Bukan ape, berita ini semacam sudah kedengaran 4 bulan yang lepas di bumi Malaysia semasa aku pulang bercuti untuk 'summer break'... atau di negara2 yg lain... mungkin sudah senyap pun di Malaysia...

Jadi, warga Polen yang dikasihi... Berhati2... Wabak itu baru mahu menjadi2 di cni... Nauzubillahi min zalik... So, jangan lupe amik "Vaksin Percuma" from Medical University of Warsaw whether u get the symptoms or not.... Because it's for free.... [sudah dijumpai ek vaksin nye?? xupdated sungguh! Alhamdulillah...]

Maksudnya : Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang zalim (Al-Quran) itu hanya akan menambah kerugian. (Al-Isra', 17 : 82)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah."
- maksud hadis riwayat Muslim -


Sekian dari PolandKini dot com... =)

p/s : InsyaAllah mari perbanyakkan doa dan membaca quran... Pada yang sedang demam, batuk dan selsema... SyafakAllah (^_^)...

Saturday, November 14, 2009

Memang berbeza...

Alhamdulillah....

Banyak sangat2 yang dipelajari minggu2 awal nie... Bukan sekadar physiology, biochemistry, cytophysiology dan subjek2 medical student 2nd year yang sememangnya sudah cukup menguji kekuatan mental, tapi jugak dr adik2 ku yang pelbagai ragamnya... Ada yang pendiam, ada yang periang bahkan ade juga yang penyayang (^_^).. MasyaAllah... Aku telah dikurniakan dengan mereka2 yang cerdas2 belaka ini Ya Allah...

Jadi sudah pasti tanggungjawab itu berat...Yer, Sangat berat!!... Tidak mampu diungkapkan di sini sbg luahan, tp cukuplah membayangkan betapa ruginya dakwah dan tarbiyyah dan betapa sedihnya hati2 ini jika mereka2 ini dibiarkan terlepas begitu shj... Cukuplah utk gambaran adik2 ku yang sangat2 menakjubkan ini...

Mereka itulah logam... Logam2 yang dicari... kemudian, dibentuk dan seterusnya digerakkan untuk Islam....

......................................................................................................................

Cukup kisah adik2 ku yang telah dirindui walaupun berpisah seketika...
Aku sangat tertarik dengan pengalaman adikku yang menceritakan ttg budaya di Poland ni... Yer... Benar skali...
Hidup di perantauan, di negara orang pastinya berbeza dengan hidup di Malaysia... Jangan dibayangkan segalanya indah.... kadang2 perkara yang kita x sangka di msia, itulah yang akan kita alami...

Secara peribadi, aku sendiri telah berkali-kali di ajak ke PUB and BAR oleh classmates ku, bukanlah hanya dr yang non-muslim, tapi turut dr yg muslim lagi (my saudi arabia's friends)... Ya ketika itu aku baru sebulan dua hidup di bumi baru ini... Masih mencari kekuatan dan kesesuaian jiwa ini... Namun yakinlah.. teruslah berkata pada mereka, anda tidak minum dan se'social' spt itu... Ya, mungkin mereka tidak tahu, akan Islam itu dan "prinsip" kita... insyaAllah kitalah yg wajib dan bertanggungjawab untuk memberi tahu... insyaAllah, doakanlah mereka akan paham dan turut diberi hidayahnya...

Oh, prinsip!!... Yes, ini juga sgt2 penting dalam hidup di perantauan... Jangan gadaikan prinsip yang telah dipegang dan dibentuk ini hanya kerana suasana kita yg berbeza... tapi sesuaikan mengikut waqi' itu tanpa menggadaikannya... Manusia yang lemah prinsipnya adalah yang lemah wibawanya... Jadi, mari teruskan mujahadah yang panjang dan perlukan kesabaran ini... insyaAllah... semoga Allah mudahkan urusan2 yang seterusnya...

oh, cukup... masa untuk belajar.... wallahu'alam.. =)

- Ya Allah satukan hati-hati ini kerana mengasihiMU -

.: Hati, Lembutlah :.

Sering terasa,
Diri ini bukan sesiapa,
Tak dapat diluahkan semuanya,
Namun perasaan seperti itu ada,

Sukar sekali untuk diungkapkannya,
Sangat bersalah rasanya pada mereka,
Yang terus memberi semangat,
Memberi tunjuk ajar, Menunjukkan amalinya,
Dengan tertib dan penuh hemah ,
Tanpa jemu dan malu,
Memberi dengan penuh kasih sayang dan harapan,

Jika masih keras hati ini,

Masih samar dan kabur di hadapan,
Alangkah sedihnya mereka,
bukan?
Di mana kesinambungannya?
Di mana terasa ikatannya?
Di mana hati2 yang telah dihidupkan?

Ya Allah, jangan Engkau keraskan hati2 ini, Lembutkan lah ia untuk mudah merasai segala nikmat kasih dan sayangMU, agar mampu untuk merealisasikan harapan yang menggunung di hadapan, dengan penuh yakin dan istiqamah melangkah,
untuk mengejar syurgaMU di sana... ameen~




Orang yang hidup untuk dirinya sendiri akan hidup seperti orang yang kerdil dan mati sebagai seorang yang kerdil. Tetapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagi orang yang 'besar' dan mati sebagai orang yang besar juga...

- jadikan hati ini hidup kerana mengasihimu Ya Allah -
- yang masih mencari & menanti -

Wednesday, November 11, 2009

Bimbang...


Banyak yang dirisaukan... yang dibimbangkan... yang difikirkan.... yang terus menerus menusuk kalbu dan fikiran...
Apakah di depan menanti
Bayangnya sering menghantui
Berdegup kencang jantung ini rasa
Memenuhi ruang hati

Makin hari makin hampir
Apakah ku sedia menanti
Cukup siagakah ku menghadapi
Saat itu hampir pasti

Terlepaskah dr genggaman
Segala yang dicengkam
Sudikah nanti ia bersamaku
Atau ia meninggalkan ku

Kenangan silamku
Menerpa setiap waktu
Alangkah indahnya hidupku
Jika kembalikan silamku

Masih menanti (masih mencari)
Cahaya pelangi
Mewarnai sinar hidup yang sepi
Masih menanti (masih mencari)
Kicauan penawar
Melagukan irama pengharapan

Hidup perlu dihargai
Setiap degup jantung ini
Kenangan pahit pernah dilalui
Ada hikmah tersembunyi

[Bimbang - Alarm Me]
Semoga Allah tunjukkan jalan keluarnya bagi menghadapi hari2 di hadapan... Sesungguhnya, cukuplah Allah bagiku (9:129)...

Sunday, November 8, 2009

selalu mengeluh...

Nak kongsi skit...

Beberapa kata-kata dari sahabat2 di sini, insyaAllah yang memberi kekuatan bagi diri untuk terus bersemangat meneruskan amal ini...

"I dont care about money, I care about ikhwah" - Bro Abobacr, Bilal of Warsaw Mosque, who will go to Marseille, France this evening. Bon Voyage! =)

"How are u today, my brother", I asked. "Alhamdulillah. Nothing to complain about. Everything comes from HIM, & I should accept whatever HE decides for me."- Ahmad, a young, talented Polish teenager, who will fly off to Al-Azhar, Egypt this Wednesday. Alhamdulillah3x! =)

"Just behave! Show a good behaviour of Muslim. That's enough if u cant do anything more. Dont be 'fitnah' to Islam." - Abu Illah, officer, Embassy of Saudi Arabia.

Terlalu berkira kah? Terlalu cepat mengeluh kah? Atau terasa sudah baik diri ini?

Perlu cepat2 muhasabah diri... Semoga Allah beri kekuatan dan bertambahnya iman dalam segala amalan yang diniatkan.. ameen!
Barangsiapa yang gembira kerana kebaikan dan sedih kerana kejahatan yang diperbuatnya, maka dia adalah seorang mukmin.“ - Hadith.


- Telah bekulah daya juang di hati manusia itu, Mereka leka mengejari kekayaan dan kehidupan yang rutin, Kealpaan orang-orang yang baik dan semangat orang-orang yang konfius, Hampir-hampir menggoncangkan semangat juangku. -
Al-Amiri

Thursday, October 29, 2009

Resepi Kejayaan Mereka...


Kepada sahabiah DaPo dan pembaca2 yang budiman... resepi kejayaan mereka...

Hadith ke 9 dr Hadith Arba'in An-Nawawiyah


Hadith 9 Arabic text


Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Shakhr ra. berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Apa yang aku larang kepada kalian, maka tinggalkanlah dan apa yang aku perintahkan kepada kalian, maka lakukanlah sesuai kemampuan kalian. Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka."


[ 9 : 100 ]


وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِينَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَـٰنٍ۬ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (9: 100)


Mereka, golongan "as-sabiquna al-awwalun", Muhajirin & Ansar yang sangat taat dan patuh kepada segala perintah dan larangan Rasulullah SAW hingga kan telah membawa mereka ke puncak kejayaan dan kemenangan yang sebenarnya. Mereka lah yang telah terjamin, sebaik-baik tempat kembali, yakni Syurga yang Hak dan Benar.

Dan juga Orang-Orang Yang Menurut Jejak Langkah Mereka....
Yang turut dijamin, untuk mendapat hak yang sama...
Jadi, adakah kita mahu dan terpilih menjadi "Insan-insan" tersebut??
Ya, PASTI kita mahu bukan... Hanya yang kurang warasnya sahaja tidak mahu SYURGA yang DIJAMIN di sana.
Soalnya, bagaimanakah hendak mengikut jejak langkah mereka itu?? Bersenang lenang begitu saja kah?? Tanpa perlu mengeluarkan apa-apa, tenaga, masa, wang zloty@euro, harta bahkan NYAWA dan KELUARGA?


[ 2 : 214 ]

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬

Adakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.


Tidak, tidak mudah seperti yang disangka. Bukan semuanya INDAH sama sekali. Mungkin yang Indah itu hanya mimpi di tengah hari.
Mereka itu dijamin setelah segala PENGORBANAN yang telah mereka lakukan demi menyebarkan seruan ini.
Kerja mereka tidak mengenal masa dan keadaan mereka. Sehinggalah mereka tahu, mereka akan kembali kepada Al-Khaliq yang menjadikan mereka tidak sia-sia, untuk melunaskan kesukaran di SINI demi kesenangan di SANA...

Adakah masih mahu bersama "Insan-Insan" tersebut ?
Relakan iman dan taqwa di hati yang menjawab setelah Ayat-Ayat CintaNYA sampai di corong-corong telinga dan pandangan tajam mata...

Mungkin mudah untuk menulis, tapi bukan mudah untuk menanggungnya kelak...
Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita semua dalam mengharungi cebisan hidup di tanah yang sementara ini.


p/s : warga DaPo, mari menghafalnya !!!

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran