بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Sunday, January 11, 2009

Dari Poland ke Palestine...

Di mana Demokrasi Yang Mereka Agungkan Selama ini??!!

Andai diumpama ISLAM seperti sebuah bangunan usang, yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka..Tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah…”

~As-Syahid Hasan Al-Banna~



Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah atas kekuatan dan kudrat yang masih diberikan kepada diri ini untuk terus bersama dalam kerja2 Islami...

Sedikit ulasan tentang Demonstrasi yang kami, Ikhwah2 di Poland sertai pada hari semalam, 10/01/09...

Kami agak gusar dan risau pada awalnya untuk menyertai Demonstrasi Aman Untuk Gaza ini kerana ini adalah kali pertama kami akan menyertainya di Poland... berdiskusi, mencari kekuatan, meneliti keadaan, menetapkan jalan.... akhirnya, kami diberi kekuatan untuk pergi berkumpul ke Palestin Embassy bersama mereka2 yang bersama2 dalam perarakan ke Israel Embassy...

Sangat menarik rasenye apabila kita bersama dgn manusia yang pelbagai bangsa, agama berkumpul atas satu niat yg sama iaitu untuk melahirkan kemarahan, ketidakpuasan, kegeraman atas apa yang diperlakukan oleh Israel Zionis Laknatullah ke atas rakyat Palestine di GAZA...

Sbhgn para demonstrator yang bersemangat melaungkan kebebasan Untuk paestine... hanan & hamdan =)


Bermula dgn ucapan bersemangat Organiser dan laungan2 supportive, kemudian kami bergerak dr Palestine Embassy ke Israel Embassy yang jaraknya lebih krg 2.7 km dgn diiringi dan dikawal oleh sepatron polis di sekeliling gerombolan kami....

Walaupun ia hanya sekadar berjalan dgn membawa sepanduk dan melaungkan sokongan kpd Palestine, tetapi semoga dgn usaha yang sgt kecil ini dapat memberi tahu kpd masyarakat dunia amnya dan masyarakat Poland khususnya (yang masih mempunyai populasi penduduk Yahudi) bhw kami xmerelakan mereka terus berbuat sesuka hati mereka, meratah daging dan meminum darah saudara2 kami di GAZA!!!

Gambar di atas adalah salah satu event yang amat menyentuh hati kami di mana anak kecil yang comel ni telah menjadi ketua kpd pelaung2 yang lain... dgn memegang mic dan melaungkan, "Wolna Palestyna" , "Barak Terrorysta", dan beberapa lg laungan yg gagal difahami oleh kami...
Sungguh, smgt mujahid cilik ini telah menyemarakkan smgt kami terus turut bersama.... ^_^

Gambar2 Sekitar Perarakan...

Shout: 'Wolna Palestyna' mean 'Free Palestine'

Sepanduk2 yang dibawa...


Bukanlah kuantiti menjadi ukuran, kualiti yang menjadi kekuatan

Untukmu Palestine... (-_-)

“…Jikalau kami gugur syahid dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya…

~Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin”)




[A tribute for GAZA from Poland]


2 comments:

Anonymous said...

salam..
pelajar2 malaysia berarak nie legally ke illegally ek?
kat india takde pun demonstrasi camnie.huhu..

Ansorullah said...

wslm...

legal and illegal tu sape yg punye ye??


demo ni mmg ade permit for this.. just utk kite menyuarakan suara kite...

asalkan bende yg kita buat ni xsalah di sisi Agama dan menjd salah satu usaha yg kite bleh smbgkn...
insyaAllah.. ^_^

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran