بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Tuesday, January 27, 2009

Mengharungi samudera kehidupan....


Jauh berliku, terjahnya tebing, curamnya jurang, bukanlah sesuatu yg mengerikan... yang paling mengerikan adalah kehilangan keberanian untuk menghadapi kehidupan.. Siapapun yang berani mengharungi kehidupan, dia harus menikmati hiruk pikuk kesulitan, terjanya masalah, dalamnya kepiluan, kerna dibalik semua itu, tersimpan hikmah yang dalam bg pencari kebenaran.... kenikmatan adalah untuk terus mencari, mengharungi samudera kehidupan....


Alhamdulillah lame sudah tidak diupdate blog nie ...

Banyak peristiwa yg berlaku yg bleh di'summarize'kn...
Di cni, snow sudah mula melarikan diri dr kebahangan sang mentari...
"Winter Holiday" sudah mula dipalu sejak tamatnya Exam last week, ditambah dgn ramainya sahabat2 lain yg sdah memulakan pengembaraan bersejarah di Bumi Eropah... itulah antara nikmat berada di negara Eropah sms cuti...

Top of all those things....
Diri ini telah menerima 2 org baru dalam keluarga dlm mase seminggu.... Alhamdulillah, segala pujian dan syukur dipanjatkan kepadaNya atas rezeki yang diberi tidak putus2...



Dahulu berdua, kini bertiga.. ^_^

-Mariam Nadirah yg comeyl-
Muka kita same laa ye... ramai org ckp cmtu... ^_^



17 jan 2009 - 1st is my 1st ever anak sedara.... Congratz kak nyah & abg jaws for ur first baby, Mariam Nadirah... erm, ape maksudnye ye?? Extraordinary Mariam?!! InsyaAllah, aminnn... erm, x jauh sgt dr my besday ^_^... Ramai og kate muke kita sam mariam.... smg menjadi serikandi Islam yg solehah...



selamat mendirikan syurga di dunia, smg berkekalan hingga ke akhirat... ^_^

24 jan 2009 - 2nd is my 2nd brother-in-law... Alhamdulillah, smg kak yang & abg li kekal bahagia sehingga akhir usia dlm menempuh alam rumah tangga yg byk cabarannya.. aminnn...

Those are two good news that i got while i'm here.... althought i dont be there, but i hope everything is going well, mayb this is one of the challenges for the overseas' students... I will miss a lot of my family's events while i'm studying away from Malaysia.... Tabahkan hatimu, cekalkan jiwamu... hurm, teringat plak kat satu hadith nie...


"Tuntut lah ilmu smp ke negeri China"... itulah antara hadith yg slalu kite dgr... walaupun ade yg mengatakan hadith ini palsu, dhoif dan sbgnya, namun diri ini xmampu utk menghukumnya... tp ape yg hendak saya tekankan ialah point nye tetap ade di ctu yakni kita diseru utk pergi menuntut ilm walau sejauh mane pn kerana ilmu itu ade di mana2 dan kite perlulah berusaha untuk mendapatkannya...

Imam Al-Ajouni ketika menukilkan huraian al-Baihaqi dengan katanya : “Hadis ini (menuntut kita) untuk mempelajari ilmu yang bersifat umum yang mana seseorang tidak patut jahil mengenainya. Ataupun ia bermaksud satu tuntutan menimba ilmu-ilmu yang bersifat khusus. Atau yang dimaksudkan dengan tuntutan “Menuntut ilmu satu kefardhuan bagi setiap individu muslim” sehingga seseorang itu mampu melaksanakan tuntutan yang memenuhi keatas dirinya…”

Dalam kesibukan kita bercuti dan berjaulah ke tempat org, janganlah kita melupakan adab2 yang patut kita amalkan dan tunjkkan sbg seorang Muslim... Sesungguhnya kita hendaklah kita selalu beringat bhw kita bkn hanya membawa imej Malaysia shj di bumi Poland ini, tp kita yg lebih utama kita membawa imej Islam itu sendiri... Janganlah kita menjadi FITNAH kepada agama kita sendiri dek kerana perbuatan, percakapan dan pemakaian yg mencacatkan wajah Islam yg indah...

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan." (Al-Furqaan - ayat 63)

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." (Al-Isra' - ayat 37)


So, sahabat2, beringatlah selalu bahawa kita sntiasa berhubung dgn manusia walau di mana kite berada... jagalah adab2 kita di smpg menunjukkan nilai2 Islami yg sebenar... smg dgn hanya nilaian yg baik dan mulia ini dapat mendekatkan lagi insan lain dgn Islam... Sesungguhnya, Rasulllah SAW sendiri berjaya menyentuh hati org2 kafir dgn akhlak mulia yg dimiliki baginda...


"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah."(Al-Ahzab - ayat 21)

Sungguhpun kita tidak dapat menjadi sesempurna nabi, tetapi... berazamlah untuk memperbaiki akhlak dan peribadi... Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita, dan Dia sentiasa menolong hamba-Nya yang suka kepada kebaikan.... insyaAllah....





["Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."]

10 comments:

aisyah ismail ♥ said...

Salam'alayk

Alhamdulillah n congrates for having new family members!

Aisyah doakan Allah berkati u n ur family =)

Ansorullah said...

Waalaikumsalam...

Alhamdulillah...
Jazakallah for the wish...

Macam mane interview hrtu ye??

Hope Allah bless all of us today and always... ^_^

Ibnurashidi said...

Salam ziarah akhie..

Memang dalam pembelajaran saya, ulama' telah menyatakan hadis itu dhoif sanadnya. Apapun, kita boleh ambil faedahnya sebagai fadhailu a'mal.

Tuntutlah ilmu!ilmu itu cahaya, jahil itu zulmat.

Ansorullah said...

salam akhi Ibnurashidi...

Jazakallah atas perkongsian yg diberi akhi...

Hadith2 dhoif boleh kita gunakan sbg fadhilat amal dgn mane kita mesti yakin dgn hadith tersebut utk diamalkan...

Akhi mmg menuntut dlm bdg ini, harap perbetulkan yg mane yg xtepat...

wassalam...

Musafir Kelana said...

Assalamualaikum WBKT...

Terjumpa blog ni...hehehe...

Sila-silakan melawat blog aku ek...semoga berbahagia di Poland...

Tak buat artikel pasal PMS ke?

Ansorullah said...

Waalaikumsalam WBT..

owh akhi Pali... pekaba??
haha... jenuh mencari blog ko...
alhamdulillah, kat poland ok je stakat ni... smg berkekalan...

insyaallah, stakat ni xde kesempatan lg nak cite psal PMS n mcm2 lg events...

^_^

aisyah ismail ♥ said...

Salam'alayk.. just finish all my 3 interview.. =) alhamdulillah..
insyaAllah may Allah make everything easy for me.. lately.. banyak nyer ujian n dugaan dr Nya..

anyways.. saje je ni.. =)

k salam'alayk

Ansorullah said...

wslm wbt...

insyaAllah smg dipermudahkan segala urusan aisyah...

Dugaan dalam jalan INI mmg banyak, sedangkan Nabi SAW yang kekashNya sendiri diuji dgn pelbagai ujian yg berat..

Semakin banyak kita diuji, semakin dekat Allah dengan kita... kerana ujian itu spy kita kembali kpd penciptaNya..
insyaAllah..

saje jugak... ^_^

wassalam...

Anonymous said...

Assalamua'laikum.

jumpe gak blog saiful! hihi..

subhanallah,
comel sgguh anak kak azie.mmg sbijikla muka dgn paksu dia. dahla sama birthday dgn akak...=)(yeiyy stkt ni dh 3 org birthdaymate...)

alhamdulillah, stlh skian lama tgk saiful mmg dh adapt well kat sna.

apepun keep up d good work, 'be tough' n truskan perjuangan k..

"Jadilah permata Islam yg bersinar wlw dimana saja dicampakkan"..

Insyaallah
Sirru a'la barakatillah Dr Saifullah!=)

Aslih nafsak, wad'u ghairak~

-Kak Ahyana/
Schwester Dr

Ansorullah said...

waalaikumsalam...

jazakillah kak ahyana...

mmg byk dugaan yang ada, cume antara ketabahan hati untuk berhadapan atau mengelak nya shj... Jika dielak pasti ada mudarat mase mendatang...

insyaAllah... doakan saya dan shbt2 kat cni spy terus istiqamah ... salam'alayk... ^_^

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran