Apakah maksudnya? Bercakap lebih mudah daripada beramal; ramai orang boleh bercakap itu dan ini, tetapi yang hanya sedikit sahaja yang membenarkan apa yang dicakapkan melalui perbuatan.
Sambung Asy Syahid Hassan Al Banna lagi, " medan amal lebih luas daripada medan mujahadah."
Apakah maksudnya? Antara orang-orang yang beramal itu pula, tidak ramai pula yang mampu bermujahadah (beramal dengan sepenuh daya usaha sehingga tiada ruang upaya lagi).
Maka tidak hairanlah, ada orang yang mampu menjadi
muhandis (engineer) yang hebat, seperti
Asy Syahid Yahya Ayyash, yang mana dia mampu beramal dengan ilmu engineeringnya sehingga Yahudi Zionis menggelarnya ”The Fox” kerana kelicikannya dalam menyusun atur strategi untuk melawan tentera Israel. Beliau juga mempelopori penciptaan roket Al Qassam yang telah melalui evolusi sehingga kini mampu mencapai jarak 50 km. Di akhir hayatnya, dia menemui jalan kematian yang terbaik, iaitu mati syahid.
Maka tidak hairanlah juga, ada orang yang mampu menjadi
doktor yang hebat, walau kelengkapan hospital telah lapuk menggunakan teknologi 10 tahun dahulu, dia masih mampu menjadi doktor yang hebat iaitu
Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi. Mampu belajar medic yang selalu diwar-warkan sebagai ”toughest course at uni”, walau duduk di kem pelarian. Dia juga mengikut jejak langkah Asy Syahid Yahya Ayyash, untuk mati dalam keadaan terbaik.
Mereka berdua ini adalah contoh orang yang telah berada dalam medan mujahadah. Berapa ramai belia di Malaysia yang mampu menolak dirinya hingga masuk ke medan mujahadah? Di sekitarnya, ada tilam empuk, rancangan TV menyeronokkan, makanan yang enak dan pelbagai nikmat.
Manalah agaknya tempat kita di sisi Allah jika dibandingkan mereka? Aku, yang belajar MEDIC bagai nak rak, adakah itu matlamatku??!!!... Sahabat2, kita yang belajar sehebat2 ilmu, adakah ia nya untuk mencari REDHA ALLAH spt mereka2 di Palestin?? Sudikah kita menjual diri kita kepada ALLAH, sedangkan ALLAH sudi membelinya...
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah, 9 : 111)
Kasihan,
kita terasa bahawa kita telah berada di syurga, tetapi
sebenarnya kita terperangkap dengan dunia, yang nilainya apalah sangat di sisi Allah. Moga Allah ampunkan kita, dan beri kita taufiq dan hidayahNya.
Ya Allah, jadikan kami mujahidMU...[unless u spread your wings, you will never know how high you can fly] ^_^