بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Monday, April 27, 2009

Aku Rindukan Mereka....


Teringat kata-kata Asy Syahid Hassan Al Banna, "medan cakap lebih luas daripada medan amal."

Apakah maksudnya? Bercakap lebih mudah daripada beramal; ramai orang boleh bercakap itu dan ini, tetapi yang hanya sedikit sahaja yang membenarkan apa yang dicakapkan melalui perbuatan.

Sambung Asy Syahid Hassan Al Banna lagi, " medan amal lebih luas daripada medan mujahadah."

Apakah maksudnya? Antara orang-orang yang beramal itu pula, tidak ramai pula yang mampu bermujahadah (beramal dengan sepenuh daya usaha sehingga tiada ruang upaya lagi).


Maka tidak hairanlah, ada orang yang mampu menjadi muhandis (engineer) yang hebat, seperti Asy Syahid Yahya Ayyash, yang mana dia mampu beramal dengan ilmu engineeringnya sehingga Yahudi Zionis menggelarnya ”The Fox” kerana kelicikannya dalam menyusun atur strategi untuk melawan tentera Israel. Beliau juga mempelopori penciptaan roket Al Qassam yang telah melalui evolusi sehingga kini mampu mencapai jarak 50 km. Di akhir hayatnya, dia menemui jalan kematian yang terbaik, iaitu mati syahid.

Maka tidak hairanlah juga, ada orang yang mampu menjadi doktor yang hebat, walau kelengkapan hospital telah lapuk menggunakan teknologi 10 tahun dahulu, dia masih mampu menjadi doktor yang hebat iaitu Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi. Mampu belajar medic yang selalu diwar-warkan sebagai ”toughest course at uni”, walau duduk di kem pelarian. Dia juga mengikut jejak langkah Asy Syahid Yahya Ayyash, untuk mati dalam keadaan terbaik.

Mereka berdua ini adalah contoh orang yang telah berada dalam medan mujahadah. Berapa ramai belia di Malaysia yang mampu menolak dirinya hingga masuk ke medan mujahadah? Di sekitarnya, ada tilam empuk, rancangan TV menyeronokkan, makanan yang enak dan pelbagai nikmat.

Manalah agaknya tempat kita di sisi Allah jika dibandingkan mereka? Aku, yang belajar MEDIC bagai nak rak, adakah itu matlamatku??!!!... Sahabat2, kita yang belajar sehebat2 ilmu, adakah ia nya untuk mencari REDHA ALLAH spt mereka2 di Palestin?? Sudikah kita menjual diri kita kepada ALLAH, sedangkan ALLAH sudi membelinya...


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah, 9 : 111)


Kasihan, kita terasa bahawa kita telah berada di syurga, tetapi sebenarnya kita terperangkap dengan dunia, yang nilainya apalah sangat di sisi Allah. Moga Allah ampunkan kita, dan beri kita taufiq dan hidayahNya.
Ya Allah, jadikan kami mujahidMU...



[unless u spread your wings, you will never know how high you can fly] ^_^

5 comments:

Anonymous said...

salam..

insyaAllah, kite cube akhi.. kite all out utk agama tercinta ini.. islah nafsak wad'u ghoirak (bersih diri, ajak org lain)..

tetapi ade terusan dr kata ISHAB tu.. "dalam medan mujahadah, tidak ramai yang mampu bermujahadah dengan muntij".. sume ini adalah ringkasan atau kesimpulan yg ISHAB buat daripada kisah jalut dan jalut dalam surah albaqarah..

good job akhi.. insyaAllah..

wslm

Ansorullah said...

salam...

Jazakallah akhi atas ingatan dan penambahan...

"Dalam Medan Mujahadah, tidak ramai yang mampu bermujahadah dengan muntij"... Apakah maksudnya akhi?? insyaAllah kalo ana xsalah, keproduktifan kita dalam berdakwah... Contohilah generasi awal (assabiqu nal awwalun), generasi sahabat2, yang telah mempersiapkan diri mereka dgn se'optimum' mungkin untuk membawa Risalah2 Rasulillah SAW... jiwa pemuda2 yang ditarbiyyah dgn Tarbiyyah Rasulullah SAW...

Moga salah silap moga boleh diperbaiki... Allahu'alam... ^_^

aisyah ismail ♥ said...

'Sesiapa yang akhirat tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah susun urusannya, Dan dunia akan datang dalam keadaan hina (dalam keadaan dirinya mulia). Siapa yang menjadikan dunia tujuan utamanya, maka Allah letakkan kefakiran antara dua matanya, Allah cerai beraikan urusan hidupnya. Dan dunia tidak akan datang melainkan apa yang ditakdirkan (iaitu dalam keadaan dirinya hina).

Hadith riwayat Tirmidzi dinilai hasan oleh Albani.

BarakAllahufik Saif.

Ahmad Eisa said...

Mati yg terbaik adalah mati syahid. Semua org patut ade cite2 utk itu.... Semua sahabat nabi pun ade cita2 tu. Namun Allah memilih siape yg dikehendakinya. Oleh itu banyakkan berdoa dan berusaha ke arah itu. Berjuanglah dgn ikhlas

Ansorullah said...

InsyaAllah... Jazakallah akh eisa atas nasihat tu... semoga dpt dibetulkan dan diistiqamahkan niat di hati ni... selamat berjuang di sana... ^_^

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran