Si Hati,
Sering Aku hilang di tengah lautan,
Yang dalamnya tidakku sedari,
Aku mencuba menjagamu,
tapi, dalam masa yang sama,
Aku turut menodaimu.
Si Hati,
Adakah aku menjagamu?,
Adakah Aku memberimu makan,
dengan kalimah2 Pencipta engkau dan aku,
atau hanya sampah dan najis yang aku suapkan,
setiap pagi dan sore.
Si Hati,
Aku berfikir, cukupkah didikan selama ini,
yang aku berikan untukmu,
supaya kata-katamu dapat menentukan,
antara kebaikan dan keburukan,
untuk diriku ini yang sering berada di persimpangan.
Si Hati,
Layakkah aku,
mendambakan cinta yang lain,
sedangkan cinta Yang Satu belum ku penuhi,
untuk bertakhta di dalammu...
Warszawa, 29/04/09, 10.25pm
“Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram jiwa padanya, dan tenteram pula dalam hati. Dan dosa itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa, dan ragu-ragu dalam hati, meski orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.”
(HR Muslim)
Mencari Hikmah Yang Hilang... ^_^
[Aku yang mahu terus memburu]
3 comments:
salam akhi..
wah, puitis benar ye (bace dlm tone indonesia).. hehe..
insyaAllah, mari same2 kita mendidik hati.. kerana pentarbiyyah pertama yg dilakukan oleh nabi juga bermula dengan hati.. membuang segala jahiliyyah dan berhala2 dr hati sahabat2.. sehingga mereka sendiri yang meruntuhkan berhala2 di mekah..
kitalah mutarobbi dan murobbi!!
wslm
salam...
btol tu akhi... banyak sgt hiburan2 dunia yang masih bertakhta di hati...
skrg, mungkin 'berhala' tu bleh digantikan ngan 'PSP, Manga, X-box, EPL' dan sbgnya... huhu..
Semoga 'Si Hati' tidak Dirasuki oleh 'Si Bangga'.... http://smalldeeds.wordpress.com/2009/04/27/si-bangga/
Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…
Buku : Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang) by Tuan Sabariah Tuan Ishak.... (isteri TGNA) ^_^
Post a Comment