بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Friday, February 19, 2010

.:. Jumaat ini .:.

بسم الله الرحمن الرحيم
Aku berpeluang ke masjid hari ini. Alhamdulillah. Lecture Biochem hari ini dibatalkan dan Lab Biochem next week baru mula.. Seperti biase, perjalanan dari rumah ke Centrum (maksudnya: centre) mengambil masa hampir 15 minit, kemudian terkejar-kejar Bas No. 422 dari Centrum ke masjid yang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Hanya satu bas ini sahaja menuju direct ke masjid dari Centrum, xperlu bertukar2 bas... Lepas satu, alamatnya lagi 20 minit laaa menunggu... Ada satu lagi, Bas No. 180, dari Nowy Swiat (maksudnya: New World), boleh tunggu di Bus stop Foksal. direct juga ke hadapan masjid... Hari ini, Jumaat, seperti biase jika aku berkemampuan ke masjid, aku akan mengejar2 Bas 422 ini... Hari ini bersama seorang housemate ku... Lagi 2 org ada kelas Lab Biochem...

Keluar dari rumah sudah terburu-buru, asalnya hendak menaiki Bas 116 terus ke Wilanow, kemudian tukar bas ke masjid... Smp bus stop, Bas 116 br terlepas... Alamak, kalo terlepas ini, gamaknya xsempat laa nak solat jumaat same2... (ni nak solat jumaat jemaah eh, bukan br nak start khutbah) huhu =(... Ok, 2nd plan, lari ke Centrum cm biase, ak suggest kat member ku... Bajet nak kejar Bas 422 pkul 11.59am tu, last2, Bas tu pun terlepas bila smp... Bas seterusnya 12.19pm ... Tawakal je laa.. Kalo sampai masih sempat solat, alhamdulillah... Xsempat, insyaAllah, Allah tahu niat kita...


Dalam bas, duduk2 je, ak trus pening kepala... Sbbnye, sebelah member aku ni, ade sorang pakcik ni, die minum "benda alah" tu (ibu segala maksiat). Berbau-bau laaa satu bas tu ngan benda tu... Ahh, pressure nye! [Sape boleh bayangkan baunya yang memeningkan tuh?!]


Lepas beberapa stop, pakcik tu turun, Alhamdulillah!! huuh, lega nya rase.. Tapi kepala aku masih pening dengan baunya ditambah lg dengan badan ku yang masih penat.. Member ku sudah mula membaca Pocket Book Guyton Physiology. Niatku nak membaca Surah Al-Kahf, masih tersangkut (sunnah membacanya malam @ hari Jumaat tau!). Perlukan fresh air... Beberapa lama kemudian, baru aku mampu membuka Quran Terjemahan ku...

Semasa aku sedang asyik, tiba2, seseorang memberi salam dan menghulurkan tangannya untuk berjabat. Oh, pakcik ni, biase sangat aku nampak dia di masjid... aku xtahu namenye... Kadang-kadang aku bersembang dengannya selepas solat jumaat, walaupun English nya hanya pada beberapa patah perkataan. insyaAllah, masih boleh difahami...


Dia bertanya, 'Ur name?'. *'Oh, Saifullah'.. 'This ur friend?'. *'Yes, he is my friend, Sofi'.. Aku tersenyum menatap wajah redup pakcik itu. Memberku yang time tu sedang khusyuk dengan physio nye spt terjaga dari lamunannya... Masih terkejut dengan sapaan tiba2, aku cakap pada nya, pakcik tu aku pernah sembang2, salam dengan die, baik sgt..


Kemudian, bas berhenti betul2 di hadapan pagar masjid. Bergegas aku turun, masuk ke dalam. Alhamdulillah, masih khutbah dalam Polish. Duduk sebentar, dan iqamah pun dilaungkan... Pakcik itu ada di sebelahku. Aku berdiri di saf sebelahnya. Tiba2 die menarik kepalaku, menggosok-gosok dan mencium kepalaku, kemudian menggosok manja kepalaku lagi. Owh, aku tersentak!!! Kenapa tiba2 kepada ku diperlakukan sebegitu? Aku merasa sesuatu menjalar dalam hatiku. Suatu perasaan yang sangat lama... lama tersimpan dilubuk hati ini... yer, terasa ia seperti baru....


Kejadian sebelum solat itu sungguh dekat dengan hatiku... Hati yang mudah tersentuh ini... (fragile nye yg sukar dijangka, maaf sahabat2 ku yang sering merasainya)... Ia seperti ulangan yang telah berlaku, lama dahulu... Mengingatkan aku pada seseorang yang sgt2 aku rindui, kasihi, sayangi... 2 hari lagi adalah hari lahirnya, 58 thn yg lalu.. Dan kejadian yang berlaku itu, sangat2 istimewa & menyentuh hati kecilku ini... MasyaAllah, sebak dadaku ketika solat Jumaat itu... Aku memandang wajahnya selepas solat, melihat matanya yg agak kemerahan juga. Hanya diam shj jawapannya..


Lantas mengingatkan tanggungjawab ku kepada NYA...
Darinya kita datang & Kepadanya kita kembali... Semoga doa-doaku ini, akan sentiasa bersamamu, abah.. Harapanku, agar doaku yang mengidamkan title 'anak soleh' itu, sampai kepada dirimu di Sana. Semoga Allah merahmati dirimu & meletakkanmu di kalangan orang2 yang beriman.... Ameen..

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].


"Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memeliharaku dan mendidikku semasa kecil."

2 comments:

Anonymous said...

salam epoi,

aish ko nie.. buat ak nangis lak malam2 buta.. hadey
jazakallah..

-ur sister in islam huhu

^_^ said...

semoga terus tabah mengharungi hidup ini sahabat..

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran