بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Monday, September 6, 2010

Back to HomeTown! Feel it??

salam'alayk... Ramadhan Kareem....

Lagi 3-4 hari berbaki Ramadhan ini... Muhasabah diri sudah sepatutnya dimulakan...

Aku, selesai sudah attachment ku di HKL minggu lepas... Alhamdulillah, thanks a lot to doctors who willingly 'melayan' my questions and inquires, especially Dr Y... Jazakumullahu khairan jaza'!

Hari ini, akan ku pulang ke kampung halaman ku yg mana ramai 'pakcik-pakcik' dan 'anak-anak muda' yang aku rindui berada di sana... Adakah masih dikenali diri ini?

It's ok.. not a big problem... Kenanganku, Pemandangan typical anak muda kampung melepak di senja hari, surau yang hanya dipenuhi orang-orang yang sudah separuh abad di malam nya, Zuhur & Asar yang banyak kalinya hanya bilal, imam dan 1-2 makmum, kuliah agama yang sebulan sekali, program gotong royong yang hidup di kala menjelang hari raya, atau pun semasa ada jiran tetangga yang akan mengahwinkan anaknya... huhu dan banyak lagi kenangan di kampung tercinta ini...

Adakah masih seperti itu? setelah hampir 3 bulan membebaskan diri di bumi lembah klang (LK), aku merasai satu nikmat yg sangat berbeza berbanding kenanganku selama aku di kpg... Sekdar satu contoh, orang yg hendak mencari ISLAM di LK sangat2 lah mudah... alhamdulillah, pergi sahajalah ke mana2 surau/masjid yang akan menyediakan kuliah untuk mengisi rohmu, menambah tsaqafahmu akan ilmu islam dan perkembangan semasa... vice versa, begitu jugalah, samalah hebatnya juga, pergilah ke mana2 pusat yang mahu hendak melempiaskan nafsu syahwatmu, ada sahaja di mana2... na'udzubilllah, jauhkan aku darinya Ya Rob..... Di KAMPUNG ku, dasar tertutup nya masih tebal... masyaAllah, susah sungguh aku mahu mendapati majlis ilmu sperti di LK, seperti anda hendak mencari sebiji butang (harap2 betullah penjodoh blgnnya, huhu) di dalam sebaldi manik... namun, jika mahukan segala-galanya yg lain, anda masih mampu mancari hiburannya...

Jadi, dengan melihat perbezaan itu, adakah aku mampu mengubahnya? Ya, aku anak kampung itu... masyarakat ku itu masih banyaknya dibelenggu... aku sayangkan mereka...

kata kuncinya, Tarbiyyah wa taghyir... insyaAllah, itu yang aku dambakan kepada mereka dan anak2 muda kampung ku... hanya dengan tabiyyah dan didikan, akan mampu mengubah...

"..... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelium mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Dan apb Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, tak ada yang dpt menolaknya, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Allah" (Ar-Ra'd, 13 : ayat 11)

Selamat menyambut 'Aidil Fitri...
Maafkan diri ku andai kata-kataku dan perlakuanku pernah mengguris hati kalian, sama ada kita pernah bersua atau tidak... Afwan jiddan.

Uhibbukum fillah ya ikhwah akhwat...
will be musafir to my hometown in 15 minutes time with mom, doa' for our safety journey,

barakallahufeekum, (^_^)
saifullah shaarani
27 ramadhan 1431H
11.44 am

4 comments:

Dr Nurul Yaqeen said...

salam
It's good to hear that u've learnt something during the attachment period
I've been an attachment student myself..so..i really know how it feels:)
Eid mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum. Maaf zahir batin.
Till we meet again insyaAllah!

Nasrullah Jaafar said...

Selamat menyambut hari raya,sahabat (^_^)

Mohon ampun maaf,halal makan minum.
jumpa raya nanti tau (^_^)

Take care, Akhi (^_^)

hood@sunny said...

oh Dr Yaqeen ke~

Kecil sungguh dunia, luas sungguh rahmatnNya.

For me, Kesusahan mencari sebutir manik dalam sebaldi butang lebih susah daripada mencari sebiji butang dalam sebaldi manik..

Btw thanks for dropping by~

Moga Allah redha sama kamu.

Ansorullah said...

salam.. insyaAllah, moga Allah berikan kekuatan bagi kita untuk terus menggenggam dan mengangkat risalah ini.. 33:39

we dont have other choice... 2:208
take Islam as it is, not part by part as we like...

barakallahufeekum.

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran