بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Monday, January 24, 2011

Sana...

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alaykum wbt... Long... So long...

Harap2, ini bukan yang terakhir...

Banyak tempat yang aku rindukan. Yang ingin aku jelajahi dalam hidupku ini. Banyak keinginan dan kehendak yang terbuku di hati. Apabila cuti bermula, berbagai destinasi bermain di fikiran. Sebelum aku tiba di bumi Europe, banyak tempat yang dalam senaraiku.
Turkey (done). Andalusia (in list, insyaAllah). Egypt (biiznillah). Bosnia (dekat di dalam peta, jauh dari ingatan hati). Just name few of them.

Namun, bila diingatkan akan kehidupan di SANA, pasti aku dan semua orang, hanya menginginkan untuk ke satu tempat sahaja. JANNAH. SYURGA. PARADISE. RAJ / NIEBO. HEAVEN. Apa2 sahaja yang perkataan yang kita nisbahkan. Tapi, tempat hanya itu satu sahaja.

Mengapa?

Dunia hanyalah tempat persinggahan. Jadi, banyak tempat yang hendak disinggahi. Bagi si pengembara. Pasti banyak keinginannya, namun KAWAL lah ia. Kerana itu hanya medan ujian kita.
Akhirat tempat yang kekal abadi. Jadi, pasti mahukan tempat yang terbaik untuk bermukim selama-lamanya. Semua orang tahu! Maka USAHA kan ia dengan AMAL kita. Sepenuh daya. Kerana itulah DESTINASI impian kita.

Muak mendengar perkara yang sama berulang kali. Ya, saya jua kadang-kadang ada perasaan itu. Namun, manusia perlu sentiasa diingatkan kerana sifat lupa nya. Semoga ini menjadi short, simple notice untuk diri ini terutamanya.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.

lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Allahu'alam.

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
9.20am, 20 Safar 1432H

"Sesungguhnya, apa yang aku takutkan terhadap umatku adalah syirik kepada ALLAH SWT, saya tidak mengatakan mereka menyembah matahari, atau bulan atau berhala, akan tetapi amal-amal yang ditujukan kepada selain kerana Allah SWT dan syahwat yang tersembunyi." (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran