بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...
Showing posts with label Zikir Fikir. Show all posts
Showing posts with label Zikir Fikir. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

...Sel kita...


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alaykum wrh...

Cells are the basic structural unit of living things. Cells can live independently - as a single-cellular organism, or they can be part of an intricate networking of specialized cells.


Francis Fukuyama dalam artikalnya "End Of History" mengungkapkan, Barat sedang menunggu masa kejatuhan kerana sel-sel terkecilnya iaitu sistem kekeluargaan sedang menuju kehancuran.

Bagaimana sel-sel kita? Adakah kita membinanya dengan baik? Apakah 'zat-zat' yang kita masukkan ke dalamnya?

Didiklah ia... Tarbiyyah... Bentuklah ia... Tansyiah... sebaiknya... kerana sel-sel itu perlu dijaga dan dibentuk seperti mana sebiji benih yang ditanam, kemudian ditutupi dengan tanah, disirami dan dibajai, tumbuh membesar menjadi sepohon pokok dan akhirnya berbunga dan mengeluarkan buah (hasilnya)... Itulah sel-sel yang kita... kerana sel-sel itulah juga harapan dan modal yang membawa kepada 'Nahdatul Ummah'... Kebangkitan sebuah ummah... Allahu akbar!

Nak kongsi satu lagu... Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang x pernah. Moga satu tazkirah dan pembakar semangat bagi kita semua insyaAllah.... =)


Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia


"Which cells are we?" (-_-)'

Saifullah Shaarani

Warsaw, Poland

9.28pm, 19 Rabiul Awal 1432 H

Berkhidmat untuk Ummah...

Thursday, February 17, 2011

The Best Tazkirah of the Day... =)

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alaykum wrh... Basahkan lidahmu dengan selawat kepada Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, segala sujud dan syukur buat Tuhan seluruh Alam. Sekiranya Dia mahu, mudah sahaja kita ini dijerumuskan ke lembah kehinaan seperti yang ditimpakan kepada Abdul Uzza Bin Abdul Mutallib. Siapa? (rujuk kisah surah al-lahab). Namun dengan sifat RahmatNya, Allah Swt masih memberi kita kesempatan untuk bertaubat dan melakukan sebanyak2 amalan kepadaNya. Oleh itu, sebagai hamba yang bersyukur, sepatutnya kita menambahkan ilmu dan kefahaman terhadap agama dan risalah ini.

InsyaAllah... =)

Ada satu quote yang agak menarik hari ini. Dalam kelas pertama History of Medicine hrni, lecturer kesayangan kami semua, Pawel Lukow, huhu ;) memberikan satu quotation ;

"Not everyone can be a doctor, but everyone can get sick soon or later... Everyone can be sick person but not a patient if there's no doctor or responsible person to take care of them..."

huhu, faham ke? mmg kelas tentang falsafah.. penuh dengan kata2 sayu, senada, yang menusuk jiwa2 yang selalu terlelap. Memang itulah lumrah belajar medic di Poland. Setiap tahun, pasti ada subjek yang akan menyebabkan anda termangu, tak keruan, tak ketahuan, etc mendengar syarahan 2-3 jam pasal falsafah, sociology, psychology dan sbgnya. Huhu. Tapi disebabkan attendance wajib, so, wajib dengar jugaklah... Kalo lah ada attendance wajib dengar pengisian prgm, mesti best!! haha.

And one more thing that he said that i could remember,

"It is misfortunate to be a patient, but it's even shameful and pitiful to be a sick person without anyone willing to treat you..."

"in other word, i would say,
sometimes, you could feel a bit stress,
to be scheduled and planned by your naqib or murobbi, here and there,
but be thankful because there is still somebody that love you so much,
always wants the best for you, and most important,
would sacrifice, his/her time, energy, family, money..
to bring you closer to the Deen of Allah Swt..."
Alhamdulillah 3x. -this my word- =)

Ok, cukup lah sikit2 dengan psychology ni. Moga menjadi halwa fikri yang boleh kita fikir2 kan bersama....

Oh, one more interesting event occured this morning, featuring my internal med doc, Dr Nowak. We have one patient with such terrible condition. To make it short, she suffered from hepatorenal syndrome... (bleh wiki2 kalo nak tahu ape).. Then, after finishing our interview and history taking with this patient, Dr Nowak called us out from the ward.

"You know right, this lady, 3 months before, she was a happy, cheerful manager of such successful company in Poland. Suddenly, now, she is just a patient who lying on the bed. Totally different than before. So, always put in mind about this."

Fuuhh~ basah rasa hari ni... tazkirah hari ini memang thorbaek! Sangat2 membuatkan aku terfikir, even mereka hanya seorang doctor, professor, yang masih belum beriman kepada Allah swt, mereka ada cara sendiri untuk mengingatkan diri sendiri dan org lain. I really feel be in 'UsRaH' when go thru all these paths of life, sbb usrah kan dimula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al-fatihah... (^_^)"

Bagaimana dengan kita? Apa yang telah kita usahakan untuk agama dan risalah Allah hari ini?

Fazakkir, innama anta muzakkir...

Allahu'alam...

Saifullah Shaarani
warsaw, poland
14 rabiul awal 1432h
11.00pm


Monday, January 24, 2011

Sana...

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alaykum wbt... Long... So long...

Harap2, ini bukan yang terakhir...

Banyak tempat yang aku rindukan. Yang ingin aku jelajahi dalam hidupku ini. Banyak keinginan dan kehendak yang terbuku di hati. Apabila cuti bermula, berbagai destinasi bermain di fikiran. Sebelum aku tiba di bumi Europe, banyak tempat yang dalam senaraiku.
Turkey (done). Andalusia (in list, insyaAllah). Egypt (biiznillah). Bosnia (dekat di dalam peta, jauh dari ingatan hati). Just name few of them.

Namun, bila diingatkan akan kehidupan di SANA, pasti aku dan semua orang, hanya menginginkan untuk ke satu tempat sahaja. JANNAH. SYURGA. PARADISE. RAJ / NIEBO. HEAVEN. Apa2 sahaja yang perkataan yang kita nisbahkan. Tapi, tempat hanya itu satu sahaja.

Mengapa?

Dunia hanyalah tempat persinggahan. Jadi, banyak tempat yang hendak disinggahi. Bagi si pengembara. Pasti banyak keinginannya, namun KAWAL lah ia. Kerana itu hanya medan ujian kita.
Akhirat tempat yang kekal abadi. Jadi, pasti mahukan tempat yang terbaik untuk bermukim selama-lamanya. Semua orang tahu! Maka USAHA kan ia dengan AMAL kita. Sepenuh daya. Kerana itulah DESTINASI impian kita.

Muak mendengar perkara yang sama berulang kali. Ya, saya jua kadang-kadang ada perasaan itu. Namun, manusia perlu sentiasa diingatkan kerana sifat lupa nya. Semoga ini menjadi short, simple notice untuk diri ini terutamanya.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.

lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Allahu'alam.

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
9.20am, 20 Safar 1432H

"Sesungguhnya, apa yang aku takutkan terhadap umatku adalah syirik kepada ALLAH SWT, saya tidak mengatakan mereka menyembah matahari, atau bulan atau berhala, akan tetapi amal-amal yang ditujukan kepada selain kerana Allah SWT dan syahwat yang tersembunyi." (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Friday, August 27, 2010

Lost~

astaghfirullah al'azim...

apa kaba iman kamu hari ini?
dh masuk 17 ramadhan bang...
lame tak nampak g tadarus?
penat sgt ke attachment tu?

erm, tarawih tu lentok je bang
cmne ni... masuk tazkirah, khusyuk sudah
bukak pose kat mane hrni bang?
surau tu macam2 ada... tapi bazaar tu dh sebelah surau, nak wat camne...

macam2 kerja dibuat....
kepenatan sehari-hari,
kalo tak digunakan utk jalan da'wah dan tarbiyyah ini,
hanya kerana Allah,
alangkah ruginya bang....

17 ramadhan, 6.15am
sblm ke HKL

Friday, June 11, 2010

Kena banyak fikir nai...

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk...

Beberapa hari lalu, selepas kejadian Flotilla, kapal bantuan 10 000 tan makanan ke GAZA diserang oleh si Israel Laknatullah, aku terbaca pula satu ayat dalam surah al-baqarah,ayat 164:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan." (2:164)

Astaghfirullah. Aku terpana ketika membacanya. Seperti ayat ini memang diturunkan untuk hari itu. Saidina Umar ra ketika mendengar kembali ayat surah Ali-Imran, ayat 144, terduduk, terhenyak setelah sahabat karibnya, Saidina Abu bakar ra membacakan ayat tersebut di hadapannya. Terasa seperti baru itu ia diturunkan, walaupun ia sudah lama diturunkan. Sebabnya benda itu tidak berlaku. Sungguh sukar rasenye mengambil ibrah darinya.

Yerp, pasti semua pernah membaca, mendengar, mengikuti scr jauh atau dekat peristiwa Flotilla ni. Seperti ayat di atas, segala yang berlaku di dunia ini sepatutnya menjadi muhasabah bagi diri kita, sejauh mana kita merasai ISLAM itu HIDUP dalam KEHIDUPAN kita.

Kita tidak akan dapat merasai sesuatu jika kita tidak cuba memahami dan menghayatinya. Manusia, selagi benda itu tidak berlaku pada dirinya, selagi itulah ia merasakan segalanya bukan untuk dirinya. Sungguh, manusia itu perlu berfikir.

Kita, yang memahami kepentingan dakwah & mempunyai fikrah Islam sepatutnya akan sensitif dengan isu-isu yang menimpa umat Islam. Peka dan ambil tahu. Bukan hangat kerana isu. Bagaimana jiwa yang tidak sensitif dengan saudara-saudara seaqidahnya hendak berkongsi syurga dengan mereka? Mereka yang telah dijanjikan ke syurga Allah taala adalah semua nya orang-orang yang sensitif, peka dan berjuang dengan seluruh yang ada pada dirinya pada jalan Allah. Dan kita, jika hanya duduk senang lenang, masih mampu bermimpi syurga?

Ketika menelaah Immunology untuk final tempoh hari, aku terfikir kembali apa yang pernah disebut oleh shbt ku tempoh hari. Apa la yang ada pada kita ni sgt smp kita nak bangga dan bongkak dengan Allah? Kalo Allah takdirkan satu cell dalam berbillion2 cell dalam tubuh kita ni jd autoreactive, become tumor, kemudian benign, malignant then metastasize pulak, ape pun kita xmampu nak halang. Tu pun susah sgt nak syukur!

Btol2. Kita ni xlebih ape2 pun dari mereka yang lain di luar sana. Mungkin bila tengok orang afrika (at least World Cup 2010 kat cni!), kurus kering, xpakai baju semua, kita rase jijik. Tapi pernahkah kita terfikir, mereka yang di sana mungkin lebih baik dari kita yang ade mcm2 ni. They don't even know about Islam, ataupun kata mudah org2 JAHIL. Xda duit, xda harta, dan semua serba kekurangan. Tapi kita yang tahu ttg ISLAM, belajar pendidikan Islam dari darjah 1 smp tgkat 5 scr formal, semua dapat, tapi tak buat ape pun jugak bila Islam dipermainkan! So fikir-fikirkan lah.

InsyaAllah, moga ape yg terlintas dalam kepala ketika ini mampu menghidupkan hati-hati yang mahu berfikir dan merasai. (hati pun pikir ek?)..

get to move to friday prayer now!! Hayya Alassolah ~ Hayya Alalfalah ~

Wallahu'alam.

@ Gen Zajaczka 15


Saturday, April 17, 2010

.:. Lupa .:.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... Kadang-kadang, sukar sekali untuk kita mengucapkan lafaz kesyukuran ini. Atas segala-gala nikmat yang DIA kurniakan kepada kita.

Mudah sahaja bagi ALLAH untuk menempelak kembali kebongkakan, kesombongan manusia.

Sekali ditunjukkan kekuasaanNYA, seluruh ummat manusia akan terkesima, kemudian, selepas reda, mereka kembali menjadi pelupa.

Itulah manusia...

* Kira-kira 6 thn yg lalu, 26 Disember 2004, Tsunami melanda lautan Hindi... manusia hilang arah seketika. kini mungkin ramai yang sudah lupa.

Kemudian, berbagai-bagai lagi... Dan yang terkini Volcano yang meletus di Iceland... sehingga hampir seluruh penerbangan di kwsn Eropah terpaksa dibatalkan. Sungguh mudah bagi Allah untuk menangguhkan urusan manusia, ada yang hendak ke program sana & ke meeting sini... Semua tergendala...

Bukan saja-saja ALLAH tunjukkan ini kepada kita... Mungkin soalan yang terbaik ditanya kpd kita ialah "hangpa masih tak sedaq2 lagi ka??"... mungkin...

Bukankah Allah telah mengatakan di dalam banyak firmanNYA bahawa ini semua adalah tanda-tanda bagi orang-orang yang mampu berfikir dan mengambil peringatan.

Namun, sedikit sekali yang mengambil pelajaran darinya...

Janganlah kita menjadi manusia yang lupa & tidak bersyukur pada TuhanNYA..

*6 thn yang lalu, 17 April 2004, tarikh syahidnya, As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi dibedil Apache ketika keluar dr rumahnya... semoga perjuangannya terus menjadi semangat & inspirasi bagi seluruh umat muslim... Al-Fatihah....

p/s: alhamdulillah, Q selamat smp... doakan kami tsabat di sini... (^_^)

Friday, April 2, 2010

Antara Sijjin & 'illiyyin

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...

Dalam hidup ini, kita sentiasa diberi 2 pilihan...
Sama ada ia akan membawa kita hampir kepada Sang Pencipta ataupun menjauhiNYA...
Sama ada ia akan membawa kita mengikut Iman & Taqwa ataupun menjadi mangsa sang Nafsu...

Kemuncaknya ialah sama ada kita dianugerahkan Syurga ataupun Neraka yang dijanjikan kepada hamba-hambaNYA...

"Sekali-kali jangan begitu! Sesungguhnya catatan orang yang durhaka benar-benar tersimpan dalam Sijjin. Dan tahukah engkau apakah Sijjin itu? (Iaitu) kitab yang berisi catatan amal. (83 : 7-9)"

"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya catatan orang-orang yang berbakti benar-benar tersimpan dalam 'Illiyyin. Dan tahukan engkau apakah 'Illiyyin itu? (Iaitu) kitab yang berisi catatan (amal). (83 : 18-20)"


Sama ada kita sedar atau tidak, kita sedang dalam satu perjalanan menuju kepada Allah SWT. Satu perjalanan yang penghujungnya pasti. Dan di SANA, kitab catatan amalan akan diserahkan.

"Maka adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang amat mudah, dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) dengan gembira." (84 : 7-9)

"Dan adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah belakang, maka dia akan berteriak, 'Celakalah aku!' Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." (84 : 10-12)

Segala yang diberi ini hanya beberapa perbandingan pilihan yang pasti kita tempuhi. Sama ada kita akan berasa bahagia atau celaka di akhirnya.

Semua kita pasti mahukan kebahagiaan, namun kebahagiaan seperti mana dan bagaimana yang kita kejar. Adakah yang bersifat sementara atau yang bersifat kekal? Kita yang berhak menentukan. Masih belum terlambat untuk muhasabah bersama dan terus berusaha mengejar kebahagiaan yang kekal di SANA. Allah SWT memberikan kita akal untuk berfikir, tenaga untuk berusaha dan yang paling penting, panduan untuk kita sepanjang perjalanan ini, Al-Quran dan As-Sunnah... insyaAllah..

Syed Qutb berkata: “Mereka yang melihat kezaliman di sepanjang jalan dan menemui pencerobohan di setiap tempat, tetapi tangan dan lidahnya tidak bergerak padahal mereka mampu menggerakkannya, mereka itulah yang tidak makmur hatinya dengan Islam. Sekiranya hati mereka makmur dengan Islam nescaya mereka berubah menjadi mujahidin.
Oleh itu, orang yang beriman yang berjiwa Islam adalah sentiasa bergerak dan menggerakkan. Mereka yang bersikap tunggu dan lihat dan berjanji hendak menggabungkan diri dalam dakwah setelah nampak bibit-bibit kejayaan Islam,
maka dia adalah orang yang lemah’ – Muntalaq

InsyaALLAH, rasa nak share a series of lecture about Sciences of Al-Quran daripada Sheikh Yasir Qadhi... InsyaAllah, a very very good speaker dan sheikh ni akan mengupaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran, kefahaman ttg Al-Quran, sejarah Al-Quran, pembacaan Al-Quran... bukanlah ia membincangkan perkara-perkara sains (biology, physics, chemistry) yang telah disebut dalam Al-Quran spt yang selalu kita bace atau dgr.

Selamat menonton, smg kita dapat memahami Al-Quran yang menjadi panduan & petunjuk kepada kita dalam perjalanan yang panjang ini. InsyaAllah... (^_^)



How can u defend the Al-Quran if u don't know about Al-Quran??

Wednesday, February 24, 2010

Our Golden Ages !!! really!! =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam'alayk...

Where are "we" when they said, it was the Dark Ages??
Where are the Caliphs of Islam and its outstanding Civilization during "their's" Dark Ages??
What are the Dark Ages that they pretend to say Yes??

Let's search for the truth...

Have a look!! Enjoy the Secret of the Secrets...





InsyaAllah, may Allah open our HEARTs to search for truth...

p/s: really busy and hectic semester are coming for me and all of us here... Maan Najah Ma'a Bad... All the best to all my friends... Pray for us!! exams are exams...(^_^)"

Tuesday, January 19, 2010

- Sa'id bin 'Amir Al Jumahiy -

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah... Ingin berkongsi satu kisah, satu cerita perjuangan seorang sahabat yang sangat menyentuh hati...


“Sa’id bin Amir merupakan lelaki yang membeli akhirat dengan dunia. Beliau mengutamakan keredhaan Allah dan RasulNya serta mengenepikan yang lain.” (Sejarawan).


SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHIY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, sebuah kampung yang terletak berhampiran kota Mekah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, iaitu salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang mereka jatuhi hukuman tanpa alasan (diberkas hasil tipu daya pengkhianatan).

Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id mampu bersesak dan mencelah di antara orang ramai sehingga sebaris dengan pembesar Quraisy, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain. Mereka berada di barisan hadapan perhimpunan dan dapat melihat tawanan Quraisy yang terikat.

Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka yang dibelenggu. Sementara para wanita, kanak-kanak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad s.a.w., serta melampiaskan sakit hati atas kekalahan mereka dalam perang Badar.

Ketika tawanan yang mereka arak sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan tenang dan mantap di celah-celah pekikan kaum wanita dan kanak-kanak, “Bolehkah kamu tinggalkan saya shalat dua raka’at sebelum saya mati....”

Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah) lalu menunaikan shalat dua raka’at. Alangkah bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Jika tidak kerana takut kamu beranggapan bahawa saya memanjangkan shalat karena takut mati, nescaya saya akan memanjangkan shalat saya.”

Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah dan memotong anggota badan Khubaib yang masih hidup. Mereka mengerat satu demi satu seraya berkata, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”

“Demi Allah! Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri....,” jawab Khubaib mantap dengan darah berlumuran di seluruh tubuhnya.

“Bunuh dia...! Bunuh dia...!” teriak orang banyak.

Sa’id melihat Khubaib yang telah dipakukan ke tiang salib, mendongakkan wajahnya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan dibiarkan mereka walau seorang jua pun!”

Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan pedang dan tusukan lembing yang tak terbilang jumlahnya.

* * *

Kaum kafir Quraisy kembali ke Mekah seperti biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa ngeri dan pembunuhan kejam Khubaib. Tetapi Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy yang baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau sedetik pun. Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua raka’at dengan khusyu’ dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara Khubaib mendoakan kaum kafir Quraisy. Karena itu Sa’id ketakutan kalau-kalau Allah s.w.t. segera mengabulkan do’a Khubaib. Jiwanya gementar, bimbang petir dan halilintar akan menyambar dan batu dari langit akan menghempapnya.

Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada Sa’id beberapa hal yang belum pernah diketahuinya selama ini.

Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan ‘akidah hingga ke titisan darah yang terakhir.

Kedua, iman yang teguh di hati seseorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.

Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang mendapat dukungan dari langit.

Sejak itu Allah s.w.t. membukakan hati Sa’id bin ‘Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala. Karena itu dia tidak mahu terlibat dalam kebodohan dan jeneyah yang dilakukan oleh Quraisy. Lalu dibuangnya berhala yang dipujanya selama ini. Kemudian diumumkannya bahwa mulai saat itu dia memeluk agama Islam.

* * *

Tidak lama sesudah itu, Sa’id menyusul kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Di sana dia sentiasa mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang bersama beliau, mula-mula dalam peperangan Khaibar. Kemudian dia selalu turut berperang dalam setiap peperangan berikutnya.

Setelah Nabi s.a.w. kembali ke rahmatullah, Sa’id tetap menjadi pembela setia Khalifah Abu Bakar dan ‘Umar. Dia menjadi teladan satu-satunya bagi orang orang mu’min yang membeli kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan keredhaan dan ganjaran Allah berbanding segala keinginan hawa nafsu dan tuntutan jasmani.

Kedua-dua orang khalifah, Abu Bakar dan ‘Umar bin Khattab, kenal benar dengan kejujuran dan ketakwaan Sa’id. Mereka mendengar nasihat bahkan mengambil pandangan beliau.

Pada sutu hari di awal pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khattab, Sa’id datang kepadanya memberi nasihat. Kata Sa’id, “Ya ‘Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menunaikan hak-hak Allah! Janganlah kata-katamu tidak bertepatan dengan perbuatan. Karena sebaik-baik perkataan ialah yang dibuktikan dengan perbuatan.”

“Hai Umar! Prihatinlah terhadap urusan rakyat yang dipertanggungjawabkan Allah kepadamu, sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Sayangilah mereka sebagaimana kamu menyayangi diri dan keluargamu. Lindungilah mereka daripada perkara yang tidak ingini sebagaimana kamu tidak ingin ia menimpa diri dan keluargamu. Bergelumanglah dalam kebenaran dan jangan gentar dengan celaan dalam menegakkan hukum Allah.”

“Siapakah yang sanggup melaksanakan semua itu, wahai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.

“Ia mampu dilakukan oleh individu sepertimu! Bukankah kamu telah dipercayai Allah memerintah ummat Muhammad ini? Bukankah antara kamu dengan Allah tidak ada lagi suatu penghalang?” jawab Sa’id meyakinkan.

Pada suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil Sa’id untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan.

“Hai Sa’id! Saya lantik kamu menjadi Gabenor di Hims!” kata Khalifah Umar.

“Wahai ‘Umar! Saya memohon kepada Allah semoga kamu tidak mendorong dan menyerahkan saya kepada dunia,” kata Sa’id.

“Kamu pikulkan beban pemerintahan ini ke tengkuk saya, tetapi kemudian kamu hendak berlepas tangan. Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan kamu bersikap begitu!” balas ‘Umar marah.

“Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan anda,” jawab Sa’id.

Kemudian Khalifah ‘Umar melantik Sa’id menjadi Gabenor di Hims.

Sesudah pelantikan, Khalifah ‘Umar bertanya kepada Sa’id, “Bukankah kami mesti menyediakan imbuhan untukmu?”

“Apa yang harus saya perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Mu’minin?” jawab Sa’id balik bertanya. “Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup?”

Setelah itu, Sa’id pun berangkat ke Hims.

* * *

Tidak berapa lama setelah Sa ‘id memerintah di Hims, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang dipercayai Khalifah untuk mengamati berjalannya pemerintahan di Hims.

Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Hims untuk diberikan bantuan. Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan juga nama Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy.

Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa’id bin ‘Amir yang kalian sebutkan ini?”

“Gabenor kami! “jawab mereka.

“Betulkah Gabenor kalian miskin?” tanya Khalifah kehairanan.

“Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),” jawab mereka meyakinkan.

Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah uncang berisi wang seribu dinar.

“Kembalilah kalian ke Hims. Sampaikan salamku kepada Gabenor Sa’id bin ‘Amir. Dan katakan kepada gabenormu: Amirul mukminin mengirimkan wang ini untukmu agar keperluan saraan harianmu tertunai” ucap ‘Umar sedih.

Setibanya di Hims, delegasi itu segera menghadap Gabenor Sa’id, rnenyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau. Setelah Gabenor Sa ‘id melihat uncang berisi wang dinar, uncang itu dijauhkan dari sisinya seraya berucap, ‘inna lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).”

Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Karena itu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, “Apa yang terjadi, hai ‘Sa’id? Meninggalkah Amirul Mu ‘minin?”

“Bahkan lebih besar dan itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentara muslimin kalah berperang?” tanya isterinya pula.

“Jauh lebih besar dari itu!” jawab Sa’id tetap sedih. “Apa pulakah gerangan yang lebih dari itu?” tanya isterinya tak sabar.

“Dunia telah datang untuk merosak akhiratku. Bencana telah rnenyusup ke rumah tangga kita,” jawab Sa’id mantap.

“Bebaskan dirimu daripadanya!” kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya uncang berisi wang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar.

“Mahukah Engkau menolongku berbuat demikian?” tanya Sa’id.

“Tentu...!” jawab isterinya bersemangat.

Maka Sa’id mengambil uncang berisi wang itu, lalu disuruhnya isterinya mengagihkan kepada fakir miskin.

* * *

Tidak berapa lama kemudian, Khalifah ‘Umar berkunjung ke wilayah Syria bagi melakukan tinjauan pemerintahan di sana. Dalam kunjungannya itu beliau singgah di Hims. Kota Hims pada masa itu dikenali juga dengan ‘al-Kuwaifah’ sebagai perbandingan dengan kota Kufah. Lantaran rakyatnya sering membuat pengaduan kepada pemerintah pusat tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap kakitangan kerajaan dan gabenor, sebagaimana kelakuan masyarakat Kufah.

Tatkala Khalifah singgah di sana, rakyat bertemu dan mengucapkan salam kepada beliau.

Khalifah bertanya kepada rakyat, “Bagaimana penilaian kamu tentang kebijakan Gabenormu?”

“Ada empat macam kelemahan yang hendak kami laporkan kepada Khalifah,” jawab rakyat. Satu demi satu disebut dan perangai yang terkemudian lebih buruk jika dibandingkan dengan yang sebelumnya.

“Saya akan pertemukan kamu dengan Gabenor kamu,” jawab Khalifah ‘Umar sambil mendo’a: “Semoga sangka baik saya selama ini kepada Sa’id bin ‘Amir tidak salah.”

Maka tatkala sernua pihak iaitu Gabenor dan masyarakat, telah lengkap berada di hadapan Khalifah, beliau bertanya kepada rakyat, “Apakah aduan kamu tentang Gabenormu?”

Pertanyaan Khalifah dijawab oleh seorang Jurubicara.

Pertama: “Gabenor selalu tiba di tempat tugas setelah matahari tinggi.”

“Apa katamu tentang aduan tersebut wahai Sa’id?” tanya Khalifah.

Gabenor Sa’id bin ‘Amir Al Jumahiy diam sejenak. Kemudian dia berkata: “Sesungguhnya saya keberatan memperkatakannya. Namun saya terpaksa berterus terang. Keluarga saya tidak mempunyai pembantu. Karena itu tiap pagi saya terpaksa bangun menguli tepung. Setelah itu saya perap adunan tersebut sehingga naik. Kemudian barulah saya bakar untuk makanan keluarga saya. Kemudian saya berwudhu’. Sesudah itu barulah saya berangkat ke tempat tugas untuk rnelayani masyarakat.”

“Apa lagi aduan kamu tentang beliau?” tanya Khalifah kepada hadirin.

Kedua: “Gabenor tidak bersedia melayani kami pada malam hari.”

“Apa katamu tentang aduan tersebut wahai Sa’id?” tanya Khalifah.

“Ini sesungguhnya lebih berat bagi saya memperkatakannya. terutama di hadapan umum seperti ini,” kata Sa’id. “Saya telah membahagi waktu saya, siang hari untuk rnelayani masyarakat, malam hari untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.” lanjut Sa’id.

“Apa lagi,” tanya Khalifah kepada hadirin.

Ketiga: “Dalam sebulan ada satu hari Gabenor tidak keluar bertemu kami.”

“Bagaimana pula dengan aduan ini, wahai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.

“Sebagaimana telah saya terangkan tadi, saya tidak mempunyai pembantu rumah tangga. Di samping itu saya hanya memiliki sepasang pakaian yang melekat di badanku ini. Saya mencucinya sekali sebulan. Bila saya mencucinya, saya terpaksa menunggu kering lebih dahulu. Sesudah itu barulah saya dapat keluar melayani masyarakat,” ucap Sa’id.

“Apa lagi aduan selanjutnya?” tanya Khalifah.

Keempat: “Sa’id sering pengsan. Ini menyebabkan beliau tidak menyedari sesiapa dalam majlisnya”

“Bagaimana dengan aduan ini, wahai Sa’id!” kata Khalifah ‘Umar.

“Ketika saya masih musyrik dulu, saya pernah menyaksikan peristiwa pembunuhan Khubaib bin ‘Ady oleh kaum Quraisy kafir. Saya menyaksikan mereka memotong anggota badan Khubaib sambil mereka bertanya Khubaib, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”

Ejekan mereka itu dijawab oleh Khubaib, “ Demi Allah, Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad tertusuk duri ...“

“Demi Allah...!” kata Sa’id. “Jika saya teringat akan tragedi ngeri tersebut, di waktu mana saya membiarkan Khubaib tanpa membelanya sedikit jua pun, maka saya merasa, bahwa dosaku tidak akan diampuni Allah s.w.t. sebab itulah saya jatuh pengsan.”

“Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakanku,” kata Khalifah ‘Umar mengakhiri dialog itu.

* * *

Sekembalinya ke Madinah, Khalifah ‘Umar mengirimi Gabenor Sa’id seribu dinar untuk memenuhi keperluan sehariannya.

Melihat jumlah wang sebanyak itu, isterinya berkata kepada Sa’id, “Segala puii bagi Allah yang mencukupi kita berkat pengabdianmu. Saya ingin wang ini kita gunakan untuk membeli makanan dan kelengkapan kelengkapan lain-lain. Dan saya ingin pula menggaji seorang pembantu rumah tangga untuk kita.”

“Adakah kamu ingin perkara yang lebih baik daripada itu?” tanya Sa’id kepada isterinya.

“Apa pulakah yang lebih baik dari itu? “ jawab isterinya balik bertanya.

“Kita bagi-bagikan saja wang ini kepada rakyat yang memerlukannya, sekalipun kita memerlukannya. Itulah yang lebih baik bagi kita,” jawab Sa’id.

“Mengapa....?” tanya isterinya.

“Kita pinjamkannya kepada Allah dalam bentuk pinjaman yang baik. Itulah cara yang lebih baik,” kata Said.

“Baiklah kalau begitu,” kata isterinya. “Semoga kita dibalasi Allah dengan balasan yang paling baik.”

Sebelum mereka meninggalkan majlis, wang itu dimasukkan Sa’id ke dalam beberapa uncang, lalu diperintahkannya kepada salah seorang keluarganya:

“Uncang ini berikan kepada janda si Fulan. Uncang ini kepada anak yatim Si Fulan. ini kepada si Fulan yang miskin... dan seterusnya.”

Semoga Allah s.w.t. meredhai Sa’id bin ‘Amir Al Jumahiy. Beliau lebih mengutamakan orang lain berbanding diri dan keluarganya sendiri meskipun mereka sendiri hidup dalam keadaan amat susah dan memerlukan. Beliau telah membeli akhirat dengan menghindari godaan kemewahan dunia, dan mengutamakan keredhaan Allah serta pahala yang berlipat ganda di akhirat, lebih dari segala-galanya. Amin!!!!


- Dunia telah datang untuk merosak akhiratku -

Monday, January 4, 2010

.:. OnE AiM .:.

بسم الله الرحمن الرحيم

- @ Spindle Mlyn Ruv, Czech Rep-

Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku, bukan semuanya indah belaka... Pasti ada yang bersifat menguji, memuji, mendidik, menduga dan sebagainya... Hari-hari yang bakal mendatang penuh dengan seribu tanda tanya, ketidaktentuan... Tiada siapa yang pasti apa yang akan berlaku sekali pun dia sudah merancang segalanya serapi mungkin... Perancangan kita hanyalah usaha dan ikhtiar diri, namun yang menetapkan dan menentukan keberhasilan sesuatu perancangan hanyalah Allah SWT... Usah merasa rugi berusaha dan berikhtiar... Itu semua tetap dikira pahala di sisi Allah SWT... Biar apa pun berlaku, teruskan usaha, usaha, dan berdoa... Kerana keterletakan hati kita adalah pada TAWAKAL kepada Allah SWT... Di situ kunci keyakinan kita kepadaNYA...
Allahuakbar!

Mari kita renung satu hadith...
Dari Mu'az Ibn Jabal ra katanya, Suatu masa, aku bersama Rasulullah SAW dalam satu persafiran. Pada suatu hari, aku berada dekat dengannya semasa kami sedang berjalan, lalu aku berkata, "Ya Rasulullah! Ceritakan kepadaku amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam Syurga dan menjauhkan aku dari Neraka?" Jawab Rasulullah SAW, "Engkau bertanya perkara yang amat besar, tapi perkara ini amat mudah kepada orang yang ditaufiqkan Allah, iaitu hendaklah engkau menyembah Allah dan jangan sekutuiNya dengan suatu apa pun, hendaklah engkau tekun mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji ke Baitullah." Kemudian, baginda bersabda lagi, "Tidakkah engkau suka aku tunjukkan kepadamu segala pintu kebaikan?". Lalu aku menjawab, "Suka, Ya Rasullah!". Baginda pun bersabda; "Puasa itu perisai, sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api, solat di tengah malam adalah Syi'ar para Solihin", lalu baginda membaca ayat:

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Lambung-lambung (Pinggang) mereka jauh dari tempat-tempat tidur (mereka tidak tidur kerana mendirikan solat), mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan penuh ketakutan dan harapan (mendapatkan rahmatNya) dan mereka mengorbankan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan ke jalan Allah" (Surah as-Sajadah, 32 : 16)


Kemudian baginda bersabda lagi, "Sukakah engkau aku ceritakan kepadamu perkara yang menjadi pokok pangkal, tiang seri dan kemuncak segala sesuatu?" Jawabku, "Benar Ya Rasulullah!" Lalu baginda bersabda, "Yang menjadi pokok pangkal segala sesuatu adalah Islam, yang menjadi tiang serinya ialah solat dan yang menjadi kemuncaknya adalah jihad . "Sukakah engkau aku ceritakanmu perkara yang menjadi teraju segala-galanya itu?" Jawabku, "Benar, Ya Rasulullah". Lalu baginda bersabda, "Jaga ini!", seraya menunjukkan kepada lidahnya. Aku terus bertanya, "Wahai Nabi Allah! Adakah kita diambil salah dengan apa yang kita kata?" Jawab baginda "Ibumu telah kehilanganmu. Bukankah orang-orang yang disembamkan di atas muka atau di atas hidung mereka di dalam Neraka itu merupakan mangsa tutur kata lidah mereka?"
(Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad, at-Tarmizi, an-Nasa'i dan Ibn Majah)

MasyaAllah... semoga kita sama2 dapat menjaga LIDAH kita yang bergerak dan bergetar setiap hari ini...
Semoga diamku difahami, dan tutur kataku tidak disalah erti... Hanya doa dan munajat mampu ku panjat kepadaMU...
- One AiM! with Ibn Al-Khalifah...(^_^) -

Saturday, August 29, 2009

Nilai Syahadah MU...

"I'm really happy because we are all muslim", said Ibrahim.
"Me too", i replied to support his sudden statement just now.
"You know, before I'm muslim...", he just lost his word, maybe its difficult for him to express them.
"It was like a very loooong road, here is me right now and that one is my past life", he showed the direction by all hands he has.
"We have a lot to say to people (read : da'wah)"
"Al-Quran, Hadith, Sunnah.. Subhanallah"

Subhanallah, aku kagum sendirian mendengar luahan hati seorang saudara baru yang 5 bulan lalu memeluk agama Islam ini. Sungguh menggetarkan hatiku.
Mungkin perkara utama yang hinggap pada hati orang sepertinya adalah makna 'lafaz syahadah' itu sendiri.


شْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”


Bukan sekadar sebaris perkataan yang dilafazkan, tapi 'amanah berat' dan 'peranan besar' dari lafaz itu sekaligus meresap dalam jiwanya.
Seperti kisah Abu Dzar Al-Ghiffari, yang baru sahaja menerima kalimah syahadah terus dengan 'himmah'nya mengumumkan pengIslamannya dan menda'wahkan apa yang ia percayai.. Sungguh 'syadid' jiwa2 mereka ini Ya Allah.

Kelmarin... ketika sedang menunggu waktu isyak, aku yang hampir terlelap terkejut dengan satu sergahan suara di sebelahku. Rupanya seorang lelaki Arab dengan marahnya sedang mengherdik ke arah sahabat baru ini. Aku sendiri tidak memahami ape yang diherdikkan, cuma yang dapat ku tangkap ialah "...halal haram, halal haram...". Apa pula yang diseru oleh Ibrahim ini kepada pak Arab yang panas baran nie? Hmm, mujur ade seorang lagi Pak Arab yang dipanggil gelaran Doctor menenangkan keadaan.. Alhamdulillah..

Sabda Rasululah SAW,
Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah – sesungguhnya aku ini sedang berpuasa. (riwayat Bukhari)

"Aku sedang berpuasa".
Kurangkan pertelingkahan dan perdebatan, leraikan dengan ukhwah dan persamaan.
InsyaAllah.

Bagaimana dengan kita?
Aku mengatakan kepadanya, "Like me, I dont have the turning point where I was born as Muslim already. So, most of us dont have desire and endeavour you have."

Tapi, kita masih ada satu 'turning point' yakni dari - tidak memahami - kepada - memahami -.
Mungkin kelihatan tidak sebesar itu dari 'Jahil' kepada mengetahui dan memahami, namun itulah 'ramuan' yang kita perlukan dalam gerak kerja ini. Sedarkan yang masih tidur.

Jazakallah akh. You really 'give' me something each day I met you.
May Allah SWT bless us with HIS Jannah and help us each second in our way to call for HIS
Mardhotillah...



>La haula wala quwwata illa billah<

Monday, March 23, 2009

Kematian Bukan Mainan


Sahabat2 ku, patutkah kita masih lalai dan leka??

Pelbagai tanda dan peringatan telah Allah berikan kepada kita...

Adakah kita masih hendak membatukan hati dengan peringatan2 yang diberikan...

Kita, bukanlah maksum.... Kita, sentiasa lalai dan alpa....

Ya Allah, berilah hidayahMU kepada kami....



"Patutkah kita masih lalai sedangkan hari berlalu,
kita bermain sedangkan maut itu bukan mainan,
aku hairan terhadap mereka yang masih leka ini,
aku hairan, sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan

adakah patut seorang itu terus leka dan berseronok,
sedangkan dirinya akan mati dan rumahnya akan runtuh,
kita melihat apa yang kita lakukan selalunya,
tewas kepada setiap keseronokan.

kita melihat malam dan siang menyibukkan kita,
dan aku tak tahu yang manakah patut aku pilih,
dan setiap perkara itu ada tempoh yang perlu ditunaikan,
dan kepada semuanya itu ada catitan yang ditulis
"


Sabda Nabi Muhammad SAW:


“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)”
- Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi. -


[ Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (51:55) ]

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran