بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Monday, December 12, 2011

HO oh HO

Bismillahirrahmanirrahim...

AsSalam'alaykum semua pembaca yang budiman dan berusaha...

Lama tidak dinukilkan apa2 di blog ini.... Tiba2, terasa satu rangsangan apabila membaca tulisan seorang akh yang sangat dirindui, yang kembali muncul dan menulis di blog... Allahu kareem, sungguh tersentuh apabila melihat kegigihan dirinya menyusur kehidupan sebagai seorang HO di bumi bertuah Malaysia... memang banyak yang perlu diperhalusi dalam menentukan hala tuju hidup ini. Jika semata2 ingin menjadi seorang doktor, yang bakal mempunyai gaji 6 angka, rumah besar, kereta besar etc, maka mungkin lebih baik menjadi businessman daripada bersusah payah belajar medic selama 6 tahun, meringkuk mencari makanan halal di bumi poland, menelaah buku setiap hari walau jemu, exam setiap bulan penuh jenuh, dan pelbagai karenah lagi...

apa lagi yang kita perlukan dalam kehidupan ini? pasti jawapan nya tidak mudah dilafazkan. kerana banyak kepentingan2 dan neraca yang menjadi pertimbangan kita sebagai seorang manusia. Kerjaya, family, anak2, dan sebagainya... Namun, di satu sudut lain, kita melakukan solat, ibadah dan berdoa kepada Al-Khaliq supaya diberikan kemudahan dan kesenangan dalam menghadapi hidup ini...

Mudah untuk ditulis, tak mudah untuk dibuat... Kekangan masa dan kehidupan sebagai HO dan pelajar perubatan adalah satu tarbiyyah dan ujian Allah sebelum kita melangkah ke gerbang yang tiada hadnya... Sebab hidup ini tak lama... Diamati, average umur ummat Nabi Muhammad SAW adalah sekitar usia baginda, lingkungan 60 thn...Bagaimana kita memanfaatkan hidup ini, itu adalah tanggungjawab yang akan ditanya kepada kita kelak...

Jadikanlah kesibukan sementara ini sebagai modal dan hujah kita untuk meminta kelapangan selamanya kelak... Kesibukan itu untuk apa? Untuk kejar dunia? Nahh, ambillah dunia yang dikejari itu... Kejar akhirat dengan amal2 dakwah dan pengorbanan masa yang tiada belah bahaginya... Keletihan itu pasti tidak sia2, pastikan niatnya jelas dan ikhlas, caranya syar'ie dan waqi'i...

insyaAllah, DIA tahu kita penat... takkan kita nak berehat sedangkan DIA masih beri kita time dan peluang bernafas... jom guna masa yang ada ini untuk kerja2 islami sampai DIA cakap 'time up!' kepada kita... Moga2, kita boleh menarik nafas lega ketika itu dan tak bermimpi nak overtime yang pasti hanya rintihan sendiri...

teringat kata2 Syeikh Salih Al-Maghamisi, "kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan muslim, yakni Allah beri kita Islam tanpa kita memintanya, maka moga Allah mengurniakan kita syurga ketika kita memintanya..........." T_T

Allahu kareem...

saifullah
warsaw, poland
3.35am , 17 Muharram 1433

4 comments:

Nasrullah Jaafar said...

Aku rindu Kamu...
Ombak Rindu...
haha....

Epoi!!!!!!!!!!!!!!
dgr tak aku jerit dr Tronoh ni (^_^)

anakmithali said...

insyaALLAH akhi,

moga ijazah kite ini tidak melupakan kite dari risalahNYA...

aminnnn...

Mari coretkan kisah dakwah di bumi Poland!!

Syuhada Salleh said...

memang agak lama blog nih menyepi....
xper...mudah2an hidup kita yang sibuk nih sentiasa dipayungi rahmat Allah =)

Ansorullah said...

@Nasrullah Jaafar :
Erkk, I cant hear you... hehe... mai laa datang sini... baru bleh buat 'pillow talk'(strictly boys only)! *_*

@Anak Mithali
insyaAllah!! jom2, mari tinggalkan dunia ini dengan manusia yang tersiap cetak... bukan sekadar rumah separuh siap, tunggu masa ditiup angin winter... (sejukkk!)

@imtiyaz
Jazakillahu khair... moga Allah redho dan permudahkan juga dalam menelusuri mehnah dan tribulasi di jalan ini... ameen..

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran