بسم الله الرحمن الرحيم
"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...
Monday, December 12, 2011
HO oh HO
Wednesday, December 8, 2010
..Yang Lahir..
Monday, December 6, 2010
.: Full Throttle :.
1- Kebaikan orang pada kita.
2- Keburukan kita pada orang.
2 Perkara yg perlu kita lupakan :
2- Keburukan orang pada kita.
Sunday, December 5, 2010
.:. Kisah Satu WinTer .:.

When in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough (dengan exams yang banyak dan bertimbun skrg),
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee !A professor stood before his philosophy class, [psychology pun boleh]
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.
The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous ‘yes.’The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.‘Now,’ said the professor, as the laughter subsided,
‘I want you to recognize that this jar represents your life.The golf balls are the important things – religion (about islam dan iman, tazkirah....), family (usrah2~!
), health (qowiyul jismi
), friends (ikhwah laa, sape lg
), passions (dakwah & tarbiyyah lah!!
) –
Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.
The pebbles are the other things that matter like your job (study laa kita, exam banyak kot!), house (nak berehat spy xmati kesejukan...x BM, Bereh, xbereh jugak, Dickensa ler) and car (skrg salji, asyik x on time je autobusem n tramwajej, xpun, jam!).
The sand is everything else –The small stuff (FB
, epl, laptop xde, nak beli ipad lah bleh?!, snow cap (la taghdob bro
), mafla, selipar winter [hehe, penting kot winter ni], ayam MBM
, nak makan ape esok ek?
ayam kat banglo dh hbis dan etc]
‘If you put the sand into the jar first,’ He continued,
‘there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.There will always be time to clean the house and fix the disposal.
‘Take care of the golf balls first –The things that really matter.Set your priorities. The rest is just sand.’One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.
The professor smiled.
‘I’m glad you asked’.It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there’s always room for a couple of cups of coffee with a colleague or a friend.’ [utk jaga lewat malam ah]
Huhu, insyaAllah, kita rase cm dah sibuk sgt dh dunia ni, tapi sbnarnya, still ade mase utk kita berkumpul bersama utk aktiviti, berkongsi cerita, dan main futsal bersama dan hidupkan hati2 kita bersama spy tak mati kesejukan di bumi ais ni...
InsyaAllah, hopefully, grab some points yg boleh kita amalkan... 'Ingat lah insan yang tersayang'
Saturday, December 4, 2010
Popularitas untuk siapa?
“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”
Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :
“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :
“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? “
Nabi menjawab :
“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :
“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :
“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”
Uwais menjawab :
“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi :
“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”
Uwais menjawab :
“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga. “
Ibunya berkata lagi :
“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. “
Uwais berkata :
“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. “
Ibunya menambah :
“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. ”
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :
“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”
Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.
” Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. “
Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :
“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. “
Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Friday, May 21, 2010
Mari menyumbang untuk Mu'az Firdausi !!
Assalamualaikum wrh wbt dan Salam Sejahtera...
Setiap hari, manusia pasti diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran.
Dengan segala ujian yang dilalui, manusia akan terus belajar dan mencari jalan keluar untuk menghadapinya. ..
Alhamdulillah, sahabat kita, pasangan suami isteri, baru sahaja menerima seorang cahaya mata lelaki pada 19 May 2010 yang lalu, diberi nama, Muaz Firdausi. Namun begitu, anak mereka lahir secara premature (tidak cukup bulan). Mereka,Sdr Hazilawaty, merupakan pelajar Malaysia yang merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan UEM yang sedang menuntut di dalam jurusan perubatan tahun ke-4 di Charles University, HK, Republik Czech dan suaminya, Sdr Khairul Izham Musa, pelajar Mechanical Engineering tahun ke-4 di University of Nottingham, UK.
Mungkin kebanyakan kita di sini telah mengenali Sdr Khairul Izham (bagi brother) & Sdri Hazilawaty (bagi sister).
Oleh kerana anaknya lahir tidak cukup bulan, maka kos tambahan yang diperlukan amat tinggi iaitu mencecah 25000Kc@ PLD4000.00@ EUR1000. 00 per day untuk incubator. So, sekiranya 40 hari, PLD160000.00 @ EUR 40000.00 adalah harga yang perlu dibayar untuk menyelamatkan nyawa seorang insan. Untuk pengetahuan lanjut, bolehlah dibaca secara first hand daripada blog suaminya, saudara Khairul Izham Musa.
Justeru, saya ingin memohon jasa baik sahabat-sahabat pelajar perubatan dan sesiapa yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada pasangan ini, boleh diajukan terus kepada Muhammad Saifullah Bin Shaarani (+48 505 851 263) atau Mohd Hamdan Bin Mohd Ibrahim (+48 514 100 870).
atau
terus melalui akaun bank suaminya (di United Kingdom), Khairul Izham;
Bank akaun: 34994368
Sort code: 77-22-18
Nota: sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada beliau di +44 789 498 9952 atau alamat emel beliau ialah: umbrella_86@ yahoo.com
Semoga anak ini dapat membesar dengan sihat berkat sumbangan ikhlas anda semua. Doakan juga untuk supaya mereka diberi kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang..

Thursday, May 20, 2010
Tomat...
Sharing means Caring...
Semalam, alhamdulillah, aku sempat menjengah ke kelas Medical First Aid yang dicepatkan masanya... Huhu, baru tahu kelas tersebut diawalkan...
Berlari-lari keluar dari library untuk mengejar bas, tersempak dgn kawanku, Musyari dan Ali Issa, antara pelajar2 Arab Saudi, yang jumlah mereka ramai sungguh di warsaw ni.
OK, i just smile and need to rush, had no answer for that. But for me, of course it is a class, maybe not for him. Alhamdulillah, berkat berusaha ke kelas hari ini, we have Paeditrics Intensive Care Unit Tour (PICUT) hari ni. Suke2 bagi nama singkatan. But PICUT is really great experience for me...
The Doctor In Charge (in Polish : Lekarz Dyzurny) for the class today is ... erk, i don't know his name.. But the most sempoi Dr for me for this course.
4 babies in ICU were shown to us. MasyaAllah, seeing babies in ICU is something new for me. During my 1st year summer practical, I had been practicing in adult ICU, did & learned nurses' works, which seriously not sooo easy.. huhu.. moral value : hargailah para jururawat yang bertugas di sekitar anda bila menjadi doktor kelak...
1st baby - Born without Aorta Arch
2nd baby - Born without eosophagus
3rd baby - Born at 30-week old
4th baby - Born at 23-week old (yang ni betul2 kecik!!! Astaghfirullah al'azim)
SubhanAllah, kesemua bayi ini masih bernyawa ketika itu. Walaupun si doktor mengatakan, mereka tidak mampu melakukan apa2 sangat... One sentence he said, "You know, we just put HOPE on them to survive. We are just human, only full with HOPE."
Ermm, manusia yang hanya penuh dengan harapan. Betul, aku setuju dengan kata2 nya dalam beberapa perkara. Segala-galanya pasti Allah SWT yang tetapkan untuk kita. Setiap yang kita usahakan, pastinya kepada Allah jualah kita sandarkan hasilnya. Namun bukan bermakna kita tak perlu berusaha! Usaha itu Sunnatullah untuk mendapat hasilnya! Jika tak berusaha, apalah hasil yang kita harapkan itu?
Ok, xnak menulis panjang2... banyak sgt yg perlu study.... mane nak dtg hasil tanpa usaha kan? Jadi work hard and then you have something to ask for! What else if it is not a success! insyaAllah, Pray hard, increase your tawakal, and increase your effort!
p/s : semua orang dlm exam mood jugak, so kena faham2 perasaan kawan2 ye... =) ... akhir2 ni, ramai org suka dgr lagu wali band plak... (mmg ada trend jugak.. dulu maher zain.. huhu) insyaAllah, tension2 study, bleh2 laa dengar... lastly, terlampau banyakkkk jemputan kenduri summer ni.. Alhamdulillah... nothing much to say (^_^)"
Tuesday, February 9, 2010
Selesai satu, yang lain menanti...
Kerapkali, tugas2 itu datang di hujung2 waktunya...
Alhamdulillah, selesai sudah jaulah UK yang dirancang selama 10 hari itu...
Banyak.. sangat banyak pengalaman berharga yang ditimba di sana...
Aku, hanya salah seorang yang dapat merasainya, alhamdulillah...
UK, memang tak sejuk kalo diikutkan suhunya berbanding dgn warsaw (org ckp, 2nd tersejuk after moscow, based on yg ade student msia, ntah la ye), tapi apabila ditambah dengan tiupan sayu anginnya, boleh tahan juge UK niyh... Perjalanan berkereta yang penuh dengan kisah dan cerita... Sukar sekali dinukilkan di sini... hehe... hanya yang bersama akan mengetahuinya... insyaAllah video menyusul kemudian.... =p
Ikhwah dan ukhuwwah mereka,
Arsenal tanpa tour, OT tour berserta pakej samannya,
Lamb Ribs dan KFC nya,
Al-Jazera dan Mindi House nya,
Kereta 90 dan bumper depan nya,
Futsal dan Bazuka Chicken nya,
High Bim dan policja nya,
Kita dan kenangan ini...
aku xmampu menceritakannya semuanya... sungguh, ukhuwwah ini membina kenangan yang cukup indah...dan semoga kenangan itu akan terus mengikat ukhuwwah antara kita untuk kekal di jalan ini... Jazakumullahu khairan jaza' wahai ikhwah london, birm, manchester, l'brough, notts, liverpool atas segalanya!! Moga Allah SWT memberi ganjaran sebaiknya atas layanan antum semua... Jemput ke Warsaw!! (^_^)
Apabila tugasan2 itu tiba, aku hanya mampu menerima... mengapa?
Mengikut hukum kanun manusia, setiap orang mempunyai haknya utk menolak dan menerima.. Yerp, sedia maklum... Cuma, apa hak kita untuk menolak amanah sang pencipta??
Adakah seorang hamba itu mampu ber'negotiate' dengan TuhanNYA untuk tidak melakukan apa yang perlu ia lakukan? Apakah hujah yang akan ia gunakan ketika berdiri dihadapanNYA kelak?
"Wahai orang-orang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah di jalan Allah," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di dunia hanyalah sedikit shaja. " (At-Taubah, 9 : 38)
Yerp, aku sedar itu bukan satu paksaan... Bukan dunia ini yang perlu kita kejarkan, tapi di sinilah kebunnya, ladangnya untuk kita menanam sebanyak mungkin amal-amal soleh, kebaikan dan 'logam2' itu... supaya ia akan bercambah dan menjadi bekal bagi kita di akhirat kelak... MasyaAllah...
Aku hanya mengharapkan agar ini menjadi salah satu usahaku yang sangat2 kecil ini dalam menegakkan agamamu di kemudian hari...
Memang lumrah, seorang yang ingin bekerja di jalan ini, sedia terima apa2 tugasan bila2 masa... sama seperti seorang doktor, sedia meng'diagnosis' pesakitnya bila2 mase, bukan hanya apabila telah selesai membaca buku shj...
p/s : "Ilmu itu bukan untuk disimpan di buku tapi perlu di sini dan di sini (sambil menunjukkan ke kepala dan dadanya)..." *Toyyib! (-_-)"*
Tuesday, January 19, 2010
- Sa'id bin 'Amir Al Jumahiy -
“Sa’id bin Amir merupakan lelaki yang membeli akhirat dengan dunia. Beliau mengutamakan keredhaan Allah dan RasulNya serta mengenepikan yang lain.” (Sejarawan).
SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHIY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, sebuah kampung yang terletak berhampiran kota Mekah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, iaitu salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang mereka jatuhi hukuman tanpa alasan (diberkas hasil tipu daya pengkhianatan).
Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id mampu bersesak dan mencelah di antara orang ramai sehingga sebaris dengan pembesar Quraisy, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain. Mereka berada di barisan hadapan perhimpunan dan dapat melihat tawanan Quraisy yang terikat.
Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka yang dibelenggu. Sementara para wanita, kanak-kanak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad s.a.w., serta melampiaskan sakit hati atas kekalahan mereka dalam perang Badar.
Ketika tawanan yang mereka arak sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan tenang dan mantap di celah-celah pekikan kaum wanita dan kanak-kanak, “Bolehkah kamu tinggalkan saya shalat dua raka’at sebelum saya mati....”
Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah) lalu menunaikan shalat dua raka’at. Alangkah bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Jika tidak kerana takut kamu beranggapan bahawa saya memanjangkan shalat karena takut mati, nescaya saya akan memanjangkan shalat saya.”
Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah dan memotong anggota badan Khubaib yang masih hidup. Mereka mengerat satu demi satu seraya berkata, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”
“Demi Allah! Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri....,” jawab Khubaib mantap dengan darah berlumuran di seluruh tubuhnya.
“Bunuh dia...! Bunuh dia...!” teriak orang banyak.
Sa’id melihat Khubaib yang telah dipakukan ke tiang salib, mendongakkan wajahnya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan dibiarkan mereka walau seorang jua pun!”
Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan pedang dan tusukan lembing yang tak terbilang jumlahnya.
* * *
Kaum kafir Quraisy kembali ke Mekah seperti biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa ngeri dan pembunuhan kejam Khubaib. Tetapi Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy yang baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau sedetik pun. Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua raka’at dengan khusyu’ dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara Khubaib mendoakan kaum kafir Quraisy. Karena itu Sa’id ketakutan kalau-kalau Allah s.w.t. segera mengabulkan do’a Khubaib. Jiwanya gementar, bimbang petir dan halilintar akan menyambar dan batu dari langit akan menghempapnya.
Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada Sa’id beberapa hal yang belum pernah diketahuinya selama ini.
Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan ‘akidah hingga ke titisan darah yang terakhir.
Kedua, iman yang teguh di hati seseorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.
Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang mendapat dukungan dari langit.
Sejak itu Allah s.w.t. membukakan hati Sa’id bin ‘Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala. Karena itu dia tidak mahu terlibat dalam kebodohan dan jeneyah yang dilakukan oleh Quraisy. Lalu dibuangnya berhala yang dipujanya selama ini. Kemudian diumumkannya bahwa mulai saat itu dia memeluk agama Islam.
* * *
Tidak lama sesudah itu, Sa’id menyusul kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Di sana dia sentiasa mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang bersama beliau, mula-mula dalam peperangan Khaibar. Kemudian dia selalu turut berperang dalam setiap peperangan berikutnya.
Setelah Nabi s.a.w. kembali ke rahmatullah, Sa’id tetap menjadi pembela setia Khalifah Abu Bakar dan ‘Umar. Dia menjadi teladan satu-satunya bagi orang orang mu’min yang membeli kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan keredhaan dan ganjaran Allah berbanding segala keinginan hawa nafsu dan tuntutan jasmani.
Kedua-dua orang khalifah, Abu Bakar dan ‘Umar bin Khattab, kenal benar dengan kejujuran dan ketakwaan Sa’id. Mereka mendengar nasihat bahkan mengambil pandangan beliau.
Pada sutu hari di awal pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khattab, Sa’id datang kepadanya memberi nasihat. Kata Sa’id, “Ya ‘Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menunaikan hak-hak Allah! Janganlah kata-katamu tidak bertepatan dengan perbuatan. Karena sebaik-baik perkataan ialah yang dibuktikan dengan perbuatan.”
“Hai Umar! Prihatinlah terhadap urusan rakyat yang dipertanggungjawabkan Allah kepadamu, sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Sayangilah mereka sebagaimana kamu menyayangi diri dan keluargamu. Lindungilah mereka daripada perkara yang tidak ingini sebagaimana kamu tidak ingin ia menimpa diri dan keluargamu. Bergelumanglah dalam kebenaran dan jangan gentar dengan celaan dalam menegakkan hukum Allah.”
“Siapakah yang sanggup melaksanakan semua itu, wahai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.
“Ia mampu dilakukan oleh individu sepertimu! Bukankah kamu telah dipercayai Allah memerintah ummat Muhammad ini? Bukankah antara kamu dengan Allah tidak ada lagi suatu penghalang?” jawab Sa’id meyakinkan.
Pada suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil Sa’id untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan.
“Hai Sa’id! Saya lantik kamu menjadi Gabenor di Hims!” kata Khalifah Umar.
“Wahai ‘Umar! Saya memohon kepada Allah semoga kamu tidak mendorong dan menyerahkan saya kepada dunia,” kata Sa’id.
“Kamu pikulkan beban pemerintahan ini ke tengkuk saya, tetapi kemudian kamu hendak berlepas tangan. Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan kamu bersikap begitu!” balas ‘Umar marah.
“Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan anda,” jawab Sa’id.
Kemudian Khalifah ‘Umar melantik Sa’id menjadi Gabenor di Hims.
Sesudah pelantikan, Khalifah ‘Umar bertanya kepada Sa’id, “Bukankah kami mesti menyediakan imbuhan untukmu?”
“Apa yang harus saya perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Mu’minin?” jawab Sa’id balik bertanya. “Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup?”
Setelah itu, Sa’id pun berangkat ke Hims.
* * *
Tidak berapa lama setelah Sa ‘id memerintah di Hims, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang dipercayai Khalifah untuk mengamati berjalannya pemerintahan di Hims.
Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Hims untuk diberikan bantuan. Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan juga nama Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy.
Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa’id bin ‘Amir yang kalian sebutkan ini?”
“Gabenor kami! “jawab mereka.
“Betulkah Gabenor kalian miskin?” tanya Khalifah kehairanan.
“Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),” jawab mereka meyakinkan.
Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah uncang berisi wang seribu dinar.
“Kembalilah kalian ke Hims. Sampaikan salamku kepada Gabenor Sa’id bin ‘Amir. Dan katakan kepada gabenormu: Amirul mukminin mengirimkan wang ini untukmu agar keperluan saraan harianmu tertunai” ucap ‘Umar sedih.
Setibanya di Hims, delegasi itu segera menghadap Gabenor Sa’id, rnenyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau. Setelah Gabenor Sa ‘id melihat uncang berisi wang dinar, uncang itu dijauhkan dari sisinya seraya berucap, ‘inna lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).”
Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Karena itu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, “Apa yang terjadi, hai ‘Sa’id? Meninggalkah Amirul Mu ‘minin?”
“Bahkan lebih besar dan itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentara muslimin kalah berperang?” tanya isterinya pula.
“Jauh lebih besar dari itu!” jawab Sa’id tetap sedih. “Apa pulakah gerangan yang lebih dari itu?” tanya isterinya tak sabar.
“Dunia telah datang untuk merosak akhiratku. Bencana telah rnenyusup ke rumah tangga kita,” jawab Sa’id mantap.
“Bebaskan dirimu daripadanya!” kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya uncang berisi wang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar.
“Mahukah Engkau menolongku berbuat demikian?” tanya Sa’id.
“Tentu...!” jawab isterinya bersemangat.
Maka Sa’id mengambil uncang berisi wang itu, lalu disuruhnya isterinya mengagihkan kepada fakir miskin.
* * *
Tidak berapa lama kemudian, Khalifah ‘Umar berkunjung ke wilayah Syria bagi melakukan tinjauan pemerintahan di sana. Dalam kunjungannya itu beliau singgah di Hims. Kota Hims pada masa itu dikenali juga dengan ‘al-Kuwaifah’ sebagai perbandingan dengan kota Kufah. Lantaran rakyatnya sering membuat pengaduan kepada pemerintah pusat tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap kakitangan kerajaan dan gabenor, sebagaimana kelakuan masyarakat Kufah.
Tatkala Khalifah singgah di sana, rakyat bertemu dan mengucapkan salam kepada beliau.
Khalifah bertanya kepada rakyat, “Bagaimana penilaian kamu tentang kebijakan Gabenormu?”
“Ada empat macam kelemahan yang hendak kami laporkan kepada Khalifah,” jawab rakyat. Satu demi satu disebut dan perangai yang terkemudian lebih buruk jika dibandingkan dengan yang sebelumnya.
“Saya akan pertemukan kamu dengan Gabenor kamu,” jawab Khalifah ‘Umar sambil mendo’a: “Semoga sangka baik saya selama ini kepada Sa’id bin ‘Amir tidak salah.”
Maka tatkala sernua pihak iaitu Gabenor dan masyarakat, telah lengkap berada di hadapan Khalifah, beliau bertanya kepada rakyat, “Apakah aduan kamu tentang Gabenormu?”
Pertanyaan Khalifah dijawab oleh seorang Jurubicara.
Pertama: “Gabenor selalu tiba di tempat tugas setelah matahari tinggi.”
“Apa katamu tentang aduan tersebut wahai Sa’id?” tanya Khalifah.
Gabenor Sa’id bin ‘Amir Al Jumahiy diam sejenak. Kemudian dia berkata: “Sesungguhnya saya keberatan memperkatakannya. Namun saya terpaksa berterus terang. Keluarga saya tidak mempunyai pembantu. Karena itu tiap pagi saya terpaksa bangun menguli tepung. Setelah itu saya perap adunan tersebut sehingga naik. Kemudian barulah saya bakar untuk makanan keluarga saya. Kemudian saya berwudhu’. Sesudah itu barulah saya berangkat ke tempat tugas untuk rnelayani masyarakat.”
“Apa lagi aduan kamu tentang beliau?” tanya Khalifah kepada hadirin.
Kedua: “Gabenor tidak bersedia melayani kami pada malam hari.”
“Apa katamu tentang aduan tersebut wahai Sa’id?” tanya Khalifah.
“Ini sesungguhnya lebih berat bagi saya memperkatakannya. terutama di hadapan umum seperti ini,” kata Sa’id. “Saya telah membahagi waktu saya, siang hari untuk rnelayani masyarakat, malam hari untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.” lanjut Sa’id.
“Apa lagi,” tanya Khalifah kepada hadirin.
Ketiga: “Dalam sebulan ada satu hari Gabenor tidak keluar bertemu kami.”
“Bagaimana pula dengan aduan ini, wahai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.
“Sebagaimana telah saya terangkan tadi, saya tidak mempunyai pembantu rumah tangga. Di samping itu saya hanya memiliki sepasang pakaian yang melekat di badanku ini. Saya mencucinya sekali sebulan. Bila saya mencucinya, saya terpaksa menunggu kering lebih dahulu. Sesudah itu barulah saya dapat keluar melayani masyarakat,” ucap Sa’id.
“Apa lagi aduan selanjutnya?” tanya Khalifah.
Keempat: “Sa’id sering pengsan. Ini menyebabkan beliau tidak menyedari sesiapa dalam majlisnya”
“Bagaimana dengan aduan ini, wahai Sa’id!” kata Khalifah ‘Umar.
“Ketika saya masih musyrik dulu, saya pernah menyaksikan peristiwa pembunuhan Khubaib bin ‘Ady oleh kaum Quraisy kafir. Saya menyaksikan mereka memotong anggota badan Khubaib sambil mereka bertanya Khubaib, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”
Ejekan mereka itu dijawab oleh Khubaib, “ Demi Allah, Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad tertusuk duri ...“
“Demi Allah...!” kata Sa’id. “Jika saya teringat akan tragedi ngeri tersebut, di waktu mana saya membiarkan Khubaib tanpa membelanya sedikit jua pun, maka saya merasa, bahwa dosaku tidak akan diampuni Allah s.w.t. sebab itulah saya jatuh pengsan.”
“Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakanku,” kata Khalifah ‘Umar mengakhiri dialog itu.
* * *
Sekembalinya ke Madinah, Khalifah ‘Umar mengirimi Gabenor Sa’id seribu dinar untuk memenuhi keperluan sehariannya.
Melihat jumlah wang sebanyak itu, isterinya berkata kepada Sa’id, “Segala puii bagi Allah yang mencukupi kita berkat pengabdianmu. Saya ingin wang ini kita gunakan untuk membeli makanan dan kelengkapan kelengkapan lain-lain. Dan saya ingin pula menggaji seorang pembantu rumah tangga untuk kita.”
“Adakah kamu ingin perkara yang lebih baik daripada itu?” tanya Sa’id kepada isterinya.
“Apa pulakah yang lebih baik dari itu? “ jawab isterinya balik bertanya.
“Kita bagi-bagikan saja wang ini kepada rakyat yang memerlukannya, sekalipun kita memerlukannya. Itulah yang lebih baik bagi kita,” jawab Sa’id.
“Mengapa....?” tanya isterinya.
“Kita pinjamkannya kepada Allah dalam bentuk pinjaman yang baik. Itulah cara yang lebih baik,” kata Said.
“Baiklah kalau begitu,” kata isterinya. “Semoga kita dibalasi Allah dengan balasan yang paling baik.”
Sebelum mereka meninggalkan majlis, wang itu dimasukkan Sa’id ke dalam beberapa uncang, lalu diperintahkannya kepada salah seorang keluarganya:
“Uncang ini berikan kepada janda si Fulan. Uncang ini kepada anak yatim Si Fulan. ini kepada si Fulan yang miskin... dan seterusnya.”
Semoga Allah s.w.t. meredhai Sa’id bin ‘Amir Al Jumahiy. Beliau lebih mengutamakan orang lain berbanding diri dan keluarganya sendiri meskipun mereka sendiri hidup dalam keadaan amat susah dan memerlukan. Beliau telah membeli akhirat dengan menghindari godaan kemewahan dunia, dan mengutamakan keredhaan Allah serta pahala yang berlipat ganda di akhirat, lebih dari segala-galanya. Amin!!!!