بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Wednesday, September 23, 2009

Mengejar Fajar Menyingsing

Nyenyak nya tidur kita, tanpa disedari, fajar telah menyingsing...
Ramai yang telah berlari ke hadapan, kita di belakang masih bertangguh...
Berbalah atas dasar nasionalisme dan fanatisme yang kering...
Kita melihat dari jauh, siapa yang hendak menangguk di air yang keruh...

Bukan tidak bijak, tidak berilmu, bahkan terlebih pula...
Perkara dibahas tanpa asas dikatakan fakta...
Teori dan amali sudah pasti perkara yang berbeza...
Dan kita, di mana prioritinya?...

Bila ilmu penuh di dada...
Jiwa terasa besar hendak menawan dunia...
Kata-kata kuat bergema, namun, "kerja" nya yang tak seberapa...
Pemikirannya tak dipapah, hatinya tak dijaga...

Kembali kepada kita, mahu atau tidak, memikirkan "amanah dakwah" di saki baki umur...
Tugas yang besar itu, sedang menunggu siapa yang bersedia menggalasnya...
Maka bersiap sedialah, bukan lagi untuk tidur...
Tapi untuk berjaga, dalam kepenatan dan kesusahan yang pasti, akan tibanya...

"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti" (8 : 23)

"Dan sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentu Dia jadikan mereka dapat mendengar (tidak ada kebaikan pada mereka itu). Dan jika Allah menjadikan mereka dapat mendengar, nescaya mereka berpaling, sedang mereka memalingkan diri." (8 : 24)



Dan itulah bezanya kita dan mereka...


Tuesday, September 22, 2009

'Eidul Fitri' 1430H @ Warsaw

Sunday, 20/09/09 :

Alhamdulillah, the Eid was on Sunday... I went for "Eidul Fitri" prayer for the 1st time in Poland... Last year, i missed it because attended my 1st Year registration on the 1st day of Syawal ... At the Warszawa Mosque, i met a lot of cheerful friends (arabski, polski, africanski and other -ski) , my kind lecturer (Dr Mansoor), my helpful doctor (Dr Muhammad), my Palestinian brother, Bro Amru, which was just married with Muslim polish lady 2weeks ago, and last but not least, the most important, charming, helpful, friendly and faithful brother , Bro Abu Bakr, the Bilal of the mosque...(act, no word to describe my appreciation to him).. Oh, I'm really3x thankful for all his benignity... MasyaAllah... May Allah rewards him for all his kindness.

Open House @ Warszawa :

Mr Azman, the officer of Msia Embassy made his annual Raya open house... seriously, I ate a lot~ - mee bandung, ketupat, rendang, and so on... "This is originally made from malaysia by malaysian", aah~ what a sarcastic saying.... not my words~~..

Next is ReYeS Open House @ HQ...
The ambassador, Pn Rosmidah also came for our OP.. What a surprised, welcoming guest and 'warmed' greeting from us. ahaa~ (is it a type of DF too??)
A tired day altho i just made a simple preparation... thanks everyone who came for our OP... May Allah bonds our hearts together in order to worship HIM...

Monday, 21/09/09 :

The 2nd day of Syawal also have another 2 Open House :
Mr Mohammad, another officer of Msia Embassy - (insyaAllah, this was his last open house @ Poland).. we will miss your spontaneous jokes En Mad, for sure... (>_<)

'Wonder Girl' Open House... i was already full... missed a lot of delicious food here...


*pictures will come soon insyaAllah, if necessary..~*


Jabir bin Abdillah radi 'anhu, he stated that he heard the Messenger of Allaah' alaihi wa sallam said, "Having one person was enough for two people. The food of two people was enough for four people. The food of four people is enough for eight people. "
(HR Muslim)

So, how do we eat during this "Eid"? Is it according to this hadith? Or maybe one eats like for 2 people food, apposite from it.
Astaghfirullah... Jazzakallah for the reminder my brother ... =)

p/s : to my elderly sisters@Poland, insyaAllah, i will try to put that "special recipe" here... as I said, just 'baling-baling', then finish... hehe... (^_^)... -Happy Eid Mubarak-

Saturday, September 19, 2009

Ingatan Tulus Ikhlas...

Selamat Hari Raya Aifilfitri... Maaf zahir & Batin dari saya... Semoga Syawal tahun ini menjadi titik tolak bagi membawa momentum untuk kita terus berusaha dan bergerak dalam mentarbiyyah diri dan meneruskan usaha dakwah setelah mengharungi sebulan di madrasah Ramadhan yang sungguh barakah...

Saya sertakan "Iklan-iklan Hari Raya dari Petronas" yang sangat mengesan di jiwa ketika Aidilfitri menjelang... Tahniah!! Memang "terbaek" la Petronas... Dan sungguh penuh dengan nilai2 moral yang mendalam utk ingatan dan tatapan kita semua...

Rank 1 - Iklan Raya 2006


Rank 2 - Iklan Raya 2002/2003



Rank 3 - Iklan Raya 2001


Rank 4 - Iklan Raya 2007



InsyaAllah, ranking tersebut hanya penilaian saya terhadap impak iklan tersebut kepada diri ni... mungkin juga bergantung kepada situasi orang yang melihatnya...
Terdapat pelbagai cara dalam kita menyampaikan mesej supaya orang memahami dan mendapat apa yang hendak kita sampaikan. .. InsyaAllah... smg bersama-sama kita mengambil pengajaran dan ibrah dr usaha2 tersebut...

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…



Ingatan Tulus Ikhlas, (^_^)
Saifullah Shaarani
2nd Year,
Medical University of Warsaw, Poland.

Ayam Raya !! [2]

Sambungan kisah bro Don...

Setelah bertungkus lumus berusaha mencari ayam, akhirnya ayam berjaya diperoleh 2 hari sebelum menjelang hari raya!! Alhamdulillah, mission accomplished, walaupun hanya "lower limb", kami sangat2 bersyukur masih mempunyai ayam utk berhari raya... at least~ haha...

Selesai urusan pembayaran dan pengiraan, Bro Don berkata, "Kena Kita!!"... haha~ (^_^)
walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur.... Maaf dari saya sekiranya tidak dapat membantu banyak... Bersyukurlah kerana kita masih dipertemukan dengan Ramadhan kali ini seterusnya menyambut Syawal dengan seadanya. Semoga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang...ameen...

Satu Hari Di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta
Pada NYA

Satu Hari Di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Aku gembira
Inilah kebahagian....



- Ya Allah, sediyh nye hati ini, bila teringat Bonda di kpg yang menyambut Syawal kali ini keseorangan-
Emak, maaf kan epoi di sini kerana tidak dapat menemankan mak di rumah tahun nie =(
semoga kita dipertemukan di Ramadhan akan datang... ameen...

** Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin **

Thursday, September 17, 2009

RaYa : DoS vs Don'tS

Ramadhan &amp; Syawal Pictures, Images and Photos

Salam... Tak sampai 3 hari lagi kita bakal menyambut Syawal... Jom2~ mari kita buat 'check-list', apa yang patut kita lakukan dan apa yang patut kita elakkan. Semoga Syawal kita tidak mencemarkan sebulan Ramadhan yang telah bertungkus lumus kita bangunkan untuk penyucian diri... barakallahufikum..

-Salam Aidilfitri dari Bumi Poland - (^_^)

DOS:

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.


DON'TS:

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ;

Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ;

Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ;

Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ;

Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; Kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ;

Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Rujukan di zaharuddin.net


"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

Semoga segala amalan soleh yang kita lakukan diterima di sisi Allah SWT.

Tuesday, September 15, 2009

Ayam Raya !! [1]



Ramadhan semakin meninggalkan kita. Syawal nak menjelma, maknenya, raya la xlame lg...
Jadi, sebelum raya tiba ingin rasenye berkongsi satu cerita. Cerita yang simple je...

Ada seorang peniaga ayam. Namanya, Don Rob. Dia merupakan penjual utama di kawasan perniagaannya. Kira satu-satunya tauke beso la. Bila Syawal kian menjelang, dia cuba mendapatkan bekalan ayam utk pembeli2 di kawasannya. Namun, hampir sume pembekal seperti tidak mahu membekalkan ayam kepadanya dengan 1001 alasan. Oh~ Dia menjadi riso. Para pembeli semakin mendesak. Kerana jika tiada ayam, maka tak sahlah raye nnt tanpa rendang ayam or masakan yg sewaktu dgnnya. Jadi dia terus berusaha keras untuk mendapatkan bekalan ayam demi tidak mengecewakan pelanggan setianya. Dia rase sgt2 bersalah sekiranya ayam itu tidak diterima oleh mereka. Kenapa susah sangat hendak mendapatkan ayam ni? Sembelih je la sendiri kan. Bunyi macam senang tapi tak semudah yang disangka. Macam-macam karenah birokrasi di tempatnya itu. Tidak mengapa Don Rob. Ramadhan masih berbaki 4 hari.

InsyaAllah, esok masih ada. Ayam, ayam jugak... Ibadah dan amalan-amalan Ramadhan perlu diutamakan...(^_^)

Kita pula bagaimana? ... kuih raye, baju raye, langsir raye, duit raye ...

p/s: baru belajar untuk menulis kisah2 yg berlaku di sekeliling. walau rase kelakar jugak penggunaan perkataan. dunia yg penuh dengan cerita. hanya maaf sekiranya terkasar bahasa dr saya. Saya ker?

Friday, September 11, 2009

House 02






Ul. Generala Zajaczka 13 M 38, 01-510 Warszawa....

Just measuring my new house from the Arcadia Shopping Centre.
6 minute walking distance.
(the largest in Central Europe?! owh, i dont realise that b4.. click here)...
Failure to plan is planning to Fail~~ (*_*)

Miss already this missing nin'~~ (^_^)

“Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dan berdoalah, "Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi, dan engkau sebaik-baik pemberi tempat". (Al-Mu’minun 23:29)


- looking forward to move in there later-
-insyaAllah- (^_^)

-navigating ur path b4 aviating-
[see you again m'sia next year] =)

Thursday, September 10, 2009

- Same Event , Different Outcomes -



Sudah Ramadhan ke berapakah kali ini? Kali ke 15? Ke 20? Atau lebih?

Masih statik dan pegun dalam ketidakpastian. Memburu yang tidak pasti sungguh menguji kekuatan dan keimanan. Namun, ganjaran di hadapan, bukan sekadar ilusi & bayangan, tapi lihatlah dan yakinlah seperti ia datang dalam genggaman.

Semoga Ramadhan kali ini bukan sekadar rutin tahunan. Anggaplah ini seperti yang terakhir, supaya amalannya semampu yang mungkin, semangatnya tinggi melangit, dan fokusnya teguh ke hadapan. Bukan sekadar mencari pahala di pinggiran, tapi dengan penuh harapan agar menjadi momentum untuk terus istiqamah dalam pengamalan. InsyaAllah~


وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"


“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)



"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin." (51:55)

p/s: salam mujahadah dlm amalan di akhir 10 ini... =) banyakkan berdoa untuk saudara2 kita di Palestin dan di mana shj mereka berada...

Ooh~


- Yang kecil ni, nak di'lenyek' ke di'ampung' nie -

Seorang ibu menidurkan anak lelaki kesayangannya, Aiman, dengan menceritakan suatu kisah dalam Al-Quran tentang Nabi Sulaiman dengan semut.


Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya dari Jin, Manusia dan Burung, lalu mereka berbaris dengan tertib.
(27:17)



"O0h~, taat sungguh mereka pada Nabi Sulaiman ye Bu."
"Ya, Man. Itulah yang kena ada pada diri seorang pengikut. Selagi ketua atau pemerintahnya tidak melanggari hukum syara', segala arahannya patut dipatuhi dan ditaati."


Hingga mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."
(27:18)


"O0h~, semut itu lagaknya seperti seorang ketua ya Bu. Sungguh bertanggungjawab kepada anak buahnya, bagi menyelamatkan diri dan mengelak dr mara bahaya."
"Ya Man. Seorang ketua atau pemerintah perlu prihatin dan bertanggungjawab akan kebajikan anak buahnya. Yang di'bawah' mencerminkan kepemimpinan yang di'atas'."


"Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-MU yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam golongan hamba-hamba-MU yang soleh."
(27:19)


"O0h~, sungguh mulia hatinya Bu. Walaupun berada di atas dan lebih besar, dia masih mendengar kata2 semut2 yang di bawah tu."
"Ya Man, itulah yang perlu ada pada diri setiap dari kita. Bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi walaupun sekecil-kecil nikmat. Dengan melihat kepada mereka yang lebih memerlukan di bawah, kita akan merasa lebih bersyukur akan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita."


"Kullukum raa'in Wa kullukum mas u'lun ann ra'iyyatihi"

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dimintai pertanggungjawaban tentang kepemimpinan kamu."
(HR Bukhari & Muslim)



-aku takut akan hisabMU-

p/s : only 10days left...(T_T).. sediyhnya, mari rebut malam2 yang terakhir nie!!

Saturday, September 5, 2009

Di manakah KITA ??

Salam...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Segala pujian hanya layak bagi Allah SWT yang memberikan kita pelbagai rezeki, nikmat dan kemudahan dalam meneruskan kewajiban puasa kita di bulan Ramadhan yang Barakah ini seterusnya masih mampu menjalankan ibadah2 sunat lain dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan....

Namun di sebalik kesenangan kita di bulan ini, Ingatkah kita lagi akan nasib saudara2 seIslam dan seAqidah kita di Gaza yang masih xsampai sthn sblmnya selalu diberitakan di mana2 saluran media akan penderitaan mereka disebabkan peperangan dgn Si Zionis Laknatullah? Masih ingatkah kita?

Adakah dengan diamnya berita2 di media, kita merasakan segalanya sudah aman dan selesai di sana? Tidak.. tidak wahai sahabat2 ku yang dikasihi... Sesungguhnya, pada bulan Ramadhan ini lah kita sepatutnya semakin 'ingat dan dekat' untuk merasai keperitan dan kesengsaraan mereka di sana... Kerana, dengan 'madrasah tarbiyyah Ramadhan' inilah sepatutnya kita mahu membina jiwa2 yang semakin dekat pada Allah SWT dan kasihkan saudara2 kita...

InsyaAllah, di bawah disertakan video pengalaman yang sungguh menyentuh hati ini tentang peperangan di medan Gaza ... Jzkk akh Firdaus Rahim atas video yang cukup menyedarkan ini...

Tugas kita tidak terhenti setakat memboikot, tidak setakat membara utk ber'DEMO' ketika ada isu. Banyak lagi yang perlu kita lakukan demi saudara2 kita di sana... Bagaimana dengan solat malam kita? Doa untuk mereka? Bantuan kemanusian dan seterus2nya... Kita sepatutnya sentiasa berfikir, "Apa yang perlu aku lakukan lagi dan lagi untuk mereka?". Apa lagi dan lagi yang boleh dilakukan...





"Mengapa anda masih tersenyum sedangkan kaki anda sudah kudung?", soalan ditanya kepada seorang anak perempuan kecil yang kudung kakinya kerana bom2 Israel...
"Aku tersenyum kerana kakiku telah mendahuluiku ke syurga", jawabnya... Subhanallah~~





"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(47 : 7)


p/s : Semoga tidak dikaburi mata kita dan dikecilkan skop pemikiran kita terhadap isu yang 'lebih besar' berbanding isu2 sampingan yang di'sensasi'kan.. isu politikus lompat2, SPRM, by-election, arak kepala lembu dan sebagainya... i'A. =)

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan dan Harapan

12 RAMADHAN 1430 H
Sedar tak sedar, sudah 12 hari kita berada dalam bulan Ramadhan...

Bulan yang dijanjikan kepada kita segala kelebihan dan kenikmatan yang sesungguhnya Allah SWT telah sediakan untuk hamba2Nya yang bertaqwa dan bersabar...


Mari kita sama2 refleksi diri selama 12 hari yang lepas:


Sudah memadaikah kita dengan amalan kita selama 12 hari yang lepas?


Bagaimana Puasa di Siang Hari kita?

Adakah dipenuhkan dengan amalan dan dihadapi dengan sabar? Adakah lagi banyak masa kita ber"FaceBooking" atau bermain game sementara menunggu berbuka? Atau mungkin tanpa kita sedari juga, telah dicuri 'Nilai'nya dengan boros dan tamaknya kita ketika berbuka??


Bagaimana Amalan di Malan Harinya pula?

Adakah telah cukup dihiasi dengan Terawih dan witir, Tadarus dan Qiam? Atau mungkin tanpa kita sedari, ditambah pula malam itu dengan membuang masa di hadapan TV atau laptop melihat pelbagai rancangan hiburan, manga atau cerita2 korea??


Bagaimana amalan2 lain yang sangat2 dianjurkan di bln Ramadhan ini??

- Solat jemaah setiap waktu di masjid/surau

- Tadarus Al-Quran

- Qiyamullail

- Amal Jariah @ Sedekah

- Memberi Iftar @ Moreh

- Membanyakkan Istighfar

- Membanyakkan membaca Al-Quran


InsyaAllah, sekadar muhasabah untuk diri ini dan sahabat2 yang dikasihi...


Jom, kita rebut masa yang masih berbaki ini, ikhlaskan hati, maximumkan amal, tingkatkan semangat, cintakan masjid, ringankan tulang... Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita...


p/s : Song that's really2 'touching' my heart whenever Ramadhan comes!!!




-Bercakaplah bila perlu, Bersabarlah dengan ujian dan tarbiyyah Ramadhan, dan Bersyukur dengan nikmat pemberian Tuhan - (^_^)

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran