Sedar tak sedar, sudah 12 hari kita berada dalam bulan Ramadhan...
Bulan yang dijanjikan kepada kita segala kelebihan dan kenikmatan yang sesungguhnya Allah SWT telah sediakan untuk hamba2Nya yang bertaqwa dan bersabar...
Mari kita sama2 refleksi diri selama 12 hari yang lepas:
Sudah memadaikah kita dengan amalan kita selama 12 hari yang lepas?
Bagaimana Puasa di Siang Hari kita?
Adakah dipenuhkan dengan amalan dan dihadapi dengan sabar? Adakah lagi banyak masa kita ber"FaceBooking" atau bermain game sementara menunggu berbuka? Atau mungkin tanpa kita sedari juga, telah dicuri 'Nilai'nya dengan boros dan tamaknya kita ketika berbuka??
Bagaimana Amalan di Malan Harinya pula?
Adakah telah cukup dihiasi dengan Terawih dan witir, Tadarus dan Qiam? Atau mungkin tanpa kita sedari, ditambah pula malam itu dengan membuang masa di hadapan TV atau laptop melihat pelbagai rancangan hiburan, manga atau cerita2 korea??
Bagaimana amalan2 lain yang sangat2 dianjurkan di bln Ramadhan ini??
- Solat jemaah setiap waktu di masjid/surau
- Tadarus Al-Quran
- Qiyamullail
- Amal Jariah @ Sedekah
- Memberi Iftar @ Moreh
- Membanyakkan Istighfar
- Membanyakkan membaca Al-Quran
InsyaAllah, sekadar muhasabah untuk diri ini dan sahabat2 yang dikasihi...
Jom, kita rebut masa yang masih berbaki ini, ikhlaskan hati, maximumkan amal, tingkatkan semangat, cintakan masjid, ringankan tulang... Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita...
p/s : Song that's really2 'touching' my heart whenever Ramadhan comes!!!
-Bercakaplah bila perlu, Bersabarlah dengan ujian dan tarbiyyah Ramadhan, dan Bersyukur dengan nikmat pemberian Tuhan - (^_^)
2 comments:
saif..
salam'alayk.
peminat setia Edcoustic eh.. kalau ade mp3 dyer.. send kat email leh x? (kalau free nnt la) =)
k slamat meneruskan perjuangan di bumi Poland.
Ramadhan Kareem.
p/s: nervous la plak lg 2 minggu je huhu
wslm wrh... Allahuakram.
insyaAllah, nie problemu (xde mslh)...
Ada sstgh dari lagu2 nye... yang best2 =)
berangkatlah sama ada dlm keadaan ringan atau berat (hati@mental@fizikal)... betulkan niat... smg dipermudahkan... i'A
p/s : gunakan mase yg berbaki ni sepenuhnya ea... blaja ape2 yg patut eh.. sabar2~~~
Post a Comment