بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Saturday, September 5, 2009

Di manakah KITA ??

Salam...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Segala pujian hanya layak bagi Allah SWT yang memberikan kita pelbagai rezeki, nikmat dan kemudahan dalam meneruskan kewajiban puasa kita di bulan Ramadhan yang Barakah ini seterusnya masih mampu menjalankan ibadah2 sunat lain dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan....

Namun di sebalik kesenangan kita di bulan ini, Ingatkah kita lagi akan nasib saudara2 seIslam dan seAqidah kita di Gaza yang masih xsampai sthn sblmnya selalu diberitakan di mana2 saluran media akan penderitaan mereka disebabkan peperangan dgn Si Zionis Laknatullah? Masih ingatkah kita?

Adakah dengan diamnya berita2 di media, kita merasakan segalanya sudah aman dan selesai di sana? Tidak.. tidak wahai sahabat2 ku yang dikasihi... Sesungguhnya, pada bulan Ramadhan ini lah kita sepatutnya semakin 'ingat dan dekat' untuk merasai keperitan dan kesengsaraan mereka di sana... Kerana, dengan 'madrasah tarbiyyah Ramadhan' inilah sepatutnya kita mahu membina jiwa2 yang semakin dekat pada Allah SWT dan kasihkan saudara2 kita...

InsyaAllah, di bawah disertakan video pengalaman yang sungguh menyentuh hati ini tentang peperangan di medan Gaza ... Jzkk akh Firdaus Rahim atas video yang cukup menyedarkan ini...

Tugas kita tidak terhenti setakat memboikot, tidak setakat membara utk ber'DEMO' ketika ada isu. Banyak lagi yang perlu kita lakukan demi saudara2 kita di sana... Bagaimana dengan solat malam kita? Doa untuk mereka? Bantuan kemanusian dan seterus2nya... Kita sepatutnya sentiasa berfikir, "Apa yang perlu aku lakukan lagi dan lagi untuk mereka?". Apa lagi dan lagi yang boleh dilakukan...





"Mengapa anda masih tersenyum sedangkan kaki anda sudah kudung?", soalan ditanya kepada seorang anak perempuan kecil yang kudung kakinya kerana bom2 Israel...
"Aku tersenyum kerana kakiku telah mendahuluiku ke syurga", jawabnya... Subhanallah~~





"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(47 : 7)


p/s : Semoga tidak dikaburi mata kita dan dikecilkan skop pemikiran kita terhadap isu yang 'lebih besar' berbanding isu2 sampingan yang di'sensasi'kan.. isu politikus lompat2, SPRM, by-election, arak kepala lembu dan sebagainya... i'A. =)

1 comment:

aisyah ismail ♥ said...

heh rupanya... tajuk post same eh? haha siyesyly x tiru.. n x perasan pon sama.. huhu sorry2

neway bersama kte doakan kesejahteraan rakyat Palestine.. moga Allah membela mereka.

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran