Alhamdulillah, kita masih dibangkitkan pada pagi ini.... "segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan..."
"dan kami menjadikan malam sebagai pakaian, dan siang untuk mencari penghidupan"
(78 : 10-11)
(78 : 10-11)
Bagaimana hari semalam kita? Bagaimana tarbiyyah diri kita? Sudah dipenuhikah hak hati dan ruh kita selain isian jasad yang sentiasa meminta?
InsyaAllah... terjumpa satu video ketika sedang search di you tube.... moga boleh jadi ingatan dan takzirah buat diri... tambahan dlm keadaan 'exams' yang tidak habis2 pula... Sabar lah diri...Teruskan Tarbiyyah Diri... Kerana itu prioriti yang paling utama buat dirimu.... Seperti diungkap oleh Sheikh Mustafa Masyur, "Tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyyah."
Ingat, Mulakan langkah pertama kaki kita dengan mentarbiyyah diri dengan sebetul-betulnya, sebelum meneruskan seribu langkah yang seterusnya, wahai diri dan ikhwah yang dikasihi sekalian... masih belum terlambat untuk memperbetulkan diri kita... insyaAllah...
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? - Al-Baqarah, ayat 44
p/s: Ya Allah, tetapkan kesabaran di dalam hati ini...Sabar di atas Sabar...
1 comment:
sudah lm tdak menjenguk laman saiful nie akibt kesibukn mnghdapi test yg tidak putus2. InsyaAllah, tarbiyahkn diri secara bterusn. dan segla2nya bermula dgn lngkah pertama~ salam imtihan~
Post a Comment