بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Tuesday, December 8, 2009

Kenali Diri...

Salam'alayk wrh wbt...

Sudah lama tidak berupdate... hidup semakin dipenuhi dengan pelbagai urusan yang menggunakan masa-masa itu... Alhamdulillah, baru selesai 2 exams yang sgt mengugah kekuatan hati. sbb ape? tika itulah terfikir, nak bace Quran ke nak habiskan notes yang masih bertimbun ni?! Ah, Baca nantilah... Then, apa yang boleh terjadi? Boleh dipikirkan sendirikan. Sedangkan boleh je nak baca Quran dahulu 5 - 10 minit. Dan exams seterusnya yang menanti.

Baru selesai satu prgm juga, yang cuba 'top up' balik diri ni, terasa hati 'segar' semula, namun bukan mudah utk mengekalkan semangat itu. Pasti akan muncul perasaan 'berbelah bagi' tika memikirkan, mana satu yang perlu dilakukan, seakan penting belake dan perlu semuanya, tapi ada yang lebih penting dan lebih perlu... Key word : Prioriti!

Ah, Aku mungkin masih tidak mengenali diriku sendiri. Dan mungkin yang sedang membaca juga. Kerana setiap yang berlaku di sekeliling, masih sukar untuk kita mengambil pengajaran darinya. Mungkin bagi sstgh dari kita termasuk aku, ini hanyalah perkara2 yang cuba mewarnai kehidupan yang sementara ini, walaupun sedang hidup dlm kepompong tarbiyyah. Sedangkan kita sebenarnya dipengaruhi dan dikawal oleh persekitaran kita tersebut...

Apa dia yang membentuk kita?? Sistem yang diterapkan. Yer, bunyi seperti kecil dan mudah, tapi itulah yang membentuk cara fikir kita selama ini, perlakuan kita, perasaan kita, dan sebagainya. Dan amat bahaya sekali sekiranya kita tidak sedar atau buat2 xsedar akan sistem yang mengawal itu, kerana jika ia dalam suasana tarbiyyah, alhamdulillah, tp hampir kebanyakan yang ade ialah sebaliknya... Key Word : Peka!

Yer, manusia mmg tidak kenal akan dirinya... Sbb ape?? Kerana kalau manusia itu kenal akan dirinya, pasti Allah SWT tidak akan menceritakan kepada manusia perihal diri manusia itu... Sbb manusia mmg xbleh fikir sndiri ttg dirinya. Dan akibat berfikir sendiri inilah yang menghasilkan pelbagai teori 'kosong' spt Darwinism sedangkan dalam Al-Quran, Allah SWT sudah menghuraikan sejelas-jelasnya.
Manusia itu asalnya dari 2 unsur, iaitu Tanah & Roh;

"Yang memperindahkan segala sesuatu yang Ia ciptakan dan yang memulakan penciptaan manusia dari tanah" (32:7)

"Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-Nya ke dalam tubuhnya...." (32:9)

Dan kemudian Allah juga telah menceritakan sejarah kehidupan manusia yang terawal diciptakanNya, Adam & Hawa (7:11-25)

Segala-galanya yang tidak akan mampu utk manusia memikirkannya... Sbb itu Allah menceritakan segalanya kepada manusia. Dan apabila perkara2 itu di'scientific'kan mengikut akal, maka jadilah ia seperti orang yang rosak 'Wernicke's Area' nya, bercakap dengan lancar namun tak dapat difahami... Itulah manusia.

Dan Allah SWT tidak pula menurunkan Kitab Perubatan atau Kitab Engineering gedebuk kepada manusia, kerana Allah SWT tahu, akal manusia pasti akan mampu mengkaji dan memikirkannya.

Yer, aku juga hanya manusia. Banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan tanpa aku sedari. Kerana aku juga masih cuba belajar tentang diriku sendiri. Banyak benda yang dilakukan, seakan betul di hati, namun tidak kena di hati yang lain. Jadi, tegurlah, jangan disimpankan ia, kerana nasihat dan peringatan itu sangat penting buat diri ini. (51:55)
Ingat, Kita semua bukan malaikat! Ya Allah, aku takut perkara ini menimpa diriku... Klik di sini

Dan hanya kepada Allah SWT aku meletakkan pengharapan ini. Doakan untuk diri yang lemah lagi banyak kekurangan ini...

Peringatan untuk diri sendiri sebelum orang lain!

1 comment:

Mohd Nazrin bin Mohd Yassin , Siti Hajar Abdullah said...

Salam Perjuangan Kepada Saifullah,

Kami begitu teruja dengan penulisan anda tentang perjuangan Islam. Pastinya anda memiliki kepimpinan yang terbaik.

Kami ingin mengajak anda bersama kami dalam perjuangan HPA- Produk Halal Tanggungjawab Bersama.

Sila Lawati blog kami di http://myhpafamily.blogspot.com untuk mengetahuinya.

Terima Kasih dan Jumpa Lagi
Nazrin

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran