بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Friday, December 11, 2009

Diari Kembara (Part 1) - .:. Polska .:.

بسم الله الرحمن الرحيم




Salam'alayk....

Alhamdulillah... Lama rasanya tidak menceritakan kembara di bumi ghuraba' Poland ini... Semakin lama di sini, semakin rasa sayang pada tanah air tercinta... bukan atas semangat nasionalisme ek, insyaAllah membaranya sayang itu atas dasar kecintaan kepada kebangkitan Islam... Alang-alang, saya mulakan dengan kisah di permulaan pengembaraan...


Apakah itu?...


Ketika pertama kali melihat nama POLAND tertera di surat tawaran sebagai negara yang bakal menjadi bumi aku untuk menyambung pelajaran, terus ‘Mr Google’ dan ‘Mr Wikipedia’ ku jadikan mangsa. Sesungguhnya, apakah itu POLAND? Yang hanya bermain di kepala ketika itu hanyalah sebuah pasukan bola sepak, penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak dan juga pemandu Sauber Petronas F1 Team, Robert Kubica. Bagaimanakah aku boleh tercampak ke bumi asing ini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan mengatur perjalanan hambaNya.


Seterusnya, aku berjaya menjumpai beberapa maklumat penting untuk diriku dalam memulakan kehidupan serba baru di bumi Poland. Terletak di bahagian Eropah Timur, Poland dikelilingi German di sebelah barat, Czech Republik dan Slovakia di sebelah selatan dan Lithuania, Ukraine, dan Belarus di sebelah Timur. Di bahagian utara pula dipagari oleh Laut Baltic. Alhamdulillah, aku bukanlah ‘pioneer batch’ di sini, tetapi bakal menjadi pendokong kepada batch yang pertama ini. Setelah mempersiapkan diri dengan sebaiknya, dengan lafaz Bismillah, aku memulakan langkah pertama ke bumi ghuraba’ ini.


Poland Crooked House...ye ke cmni??


Persepsi...


Sudah menjadi lumrah, manusia bakal meletakkan persepsi pada setiap sesuatu. Tidak terlepas juga bagi diriku. Banyak yang bermain di fikiran, ditambah pula dengan kata-kata manusia yang hidup di sekitar aku. Keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kawan-kawan, bahkan anak-anak kecil pun turut menghidupkan suasana. Ada yang mengatakan, ini negara komunis, ada yang lain mengatakan ini negara kuat Yahudi dan tidak kurang juga mengatakan ini negara sekutu Amerika.


Pelbagai tafsiran dan andaian diberi. Aku yang tak keruan. Yang aku tahu, Poland merupakan negara bekas jajahan Komunis atau juga dikenali sebagai ‘Eastern Bloc’, yang telah terlepas dari kuasa Komunis ketika era kejatuhannya di tahun 1989. Seperti semua sedia maklum juga, Poland juga merupakan bekas negara taklukan NAZI dan mempunyai sebuah tempat pembunuhan kejam bersistematik khusus kepada bangsa Yahudi di Barat oleh pihak NAZI German ketika mereka menguasai dari tahun 1939 hingga 1945. Peristiwa tersebut dikenali di seluruh dunia sebagai ‘Holocaust’. Tahukah sahabat-sahabat, apakah itu ‘Holocaust’? (Pada yang xtahu, boleh laa nak tanya Mr. Wikipedia skrg) =p


InsyaAllah... akan disambung pada post seterusnya... Tak boleh panjang2 sangat... hehe...


Mari kita renung satu kata-kata;


"Orang Barat maju kerana meninggalkan Agamanya, Orang ISLAM mundur kerana meninggalkan AgamaNya."


InsyaAllah, mari kita tingkatkan azam, unutk terus belajar tentang Islam... Fahami Islam dan amalkan dalam kehidupan...Biar sedikit tapi istiqamah...


- qalilun qarra khairun min kathirin farra -

maksudnya: sedikit yang berulang-ulang (istiqamah) lebih baik daripada banyak yang lari (sekejap)



Wallahua'lam... (^_^)

No comments:

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran