Salam'alayk...
Banyak yang bermain di kepala ku skrg... cume, sedikit pesanan dan ingatanku terutama kpd diriku sendiri, kepada abang2, adik2, dan kakakku yang disayangi kerana Allah...
Ringkas dan tiada yang tersirat....
Jangan kita rasa lemah dan rendah diri kerana Islam mengajar kita izzah dan kuat dengan Islam.
Jangan kita rasa riak dan takbur dengan kejayaan kita kerana itulah sifat syaitan laknatullah.
Jangan kita rasa putus asa kerana apabila hinggapnya perasaan itu, hilanglah keyakinan kita kepada Allah SWT.
Jangan kita terus gembira ketika yang lain masih berduka dan bersusah-payah kerana itulah yang menghapuskan nilai ukhuwwah sesama muslim itu. Jadilah ibarat satu tubuh, satu anggotanya sakit, maka sakitlah seluruhnya.
Kadang-kadang kita lupa, Allah SWT telah berfirman kpd kita semua;
"Diwajibkan ke atas kamiu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenagi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)
Banyak yang mahu disampaikan namun, masih terbuku di dalam kepala dan lubuk hati ini. Moga Allah bg kekuatan kpd aku utk menyampaikannya... Wassalam...
2 comments:
huhu..
awak tabah, ye...
biasela tu... ujian idop...
manusia pun part of ujian idop...
awak sabar dan bertakwa, ok..
( 3 : 118 - 120)...
awak kena sabar..
awak kena takwa..
huhu...
sy slalu doakan awak... =)
Btol2 tu epoi...
nice tazkirah.
Doakan aku dpt study dgn baek.
next week dah final exam.
pastu internship kat Bangi (^_^)
Post a Comment