بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Friday, May 21, 2010

Mari menyumbang untuk Mu'az Firdausi !!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wrh wbt dan Salam Sejahtera...

Setiap hari, manusia pasti diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran.

Dengan segala ujian yang dilalui, manusia akan terus belajar dan mencari jalan keluar untuk menghadapinya. ..


Alhamdulillah, sahabat kita, pasangan suami isteri, baru sahaja menerima seorang cahaya mata lelaki pada 19 May 2010 yang lalu, diberi nama, Muaz Firdausi. Namun begitu, anak mereka lahir secara premature (tidak cukup bulan). Mereka,Sdr Hazilawaty, merupakan pelajar Malaysia yang merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan UEM yang sedang menuntut di dalam jurusan perubatan tahun ke-4 di Charles University, HK, Republik Czech dan suaminya, Sdr Khairul Izham Musa, pelajar Mechanical Engineering tahun ke-4 di University of Nottingham, UK.

Mungkin kebanyakan kita di sini telah mengenali Sdr Khairul Izham (bagi brother) & Sdri Hazilawaty (bagi sister).

Oleh kerana anaknya lahir tidak cukup bulan, maka kos tambahan yang diperlukan amat tinggi iaitu mencecah 25000Kc@ PLD4000.00@ EUR1000. 00 per day untuk incubator. So, sekiranya 40 hari, PLD160000.00 @ EUR 40000.00 adalah harga yang perlu dibayar untuk menyelamatkan nyawa seorang insan. Untuk pengetahuan lanjut, bolehlah dibaca secara first hand daripada blog suaminya, saudara Khairul Izham Musa.

Justeru, saya ingin memohon jasa baik sahabat-sahabat pelajar perubatan dan sesiapa yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada pasangan ini, boleh diajukan terus kepada Muhammad Saifullah Bin Shaarani (+48 505 851 263) atau Mohd Hamdan Bin Mohd Ibrahim (+48 514 100 870).

atau

terus melalui akaun bank suaminya (di United Kingdom), Khairul Izham;

Nama: Mr K Musa
Bank akaun: 34994368
Sort code: 77-22-18

Nota: sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada beliau di +44 789 498 9952 atau alamat emel beliau ialah: umbrella_86@ yahoo.com

Semoga anak ini dapat membesar dengan sihat berkat sumbangan ikhlas anda semua. Doakan juga untuk supaya mereka diberi kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang..




p/s: Baru kelmarin aku melihat bayi-bayi di ICU, dan semalam pula, aku menerima berita ini! Astaghfirullah... Realiti & Ujian itu sangat dekat... Bila-bila masa sahaja kita akan diuji... Doakan untuk mereka dan juga untuk semua...

1 comment:

丽 娜 said...

salam, Saifullah, Kak Zilla student Prague, bukan HK. Moga tcapai nilai yg diperlukn sbb sygkn baby tu ada high change.

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran