بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Wednesday, December 8, 2010

..Yang Lahir..

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk... sayang kerana siapa? Allah...

Bila teringatkan akan orang yang aku sgt rindui, yg sgt aku sayangi dan kasihi, aku terasa ingin segera menelefon, meng'sms' mereka, meng'email' mereka, bercakap dan berjumpa dengan mereka... Itulah perasaan yang lahir secara nalurinya, dengan sendirinya tanpa ku pinta . Namun, bukan semua mampu ku laksanakan... Hanya doa mampu ku utuskan untuk semua, antum yang berada sgt dekat di hatiku...

Bila teringat kepada Allah, apakah pula perasaan yang lahir??



(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.





















Uhibbukum fillah...
Pabila teringat yang dirindui... .

Saifullah Shaarani
warsaw, poland
2 Muharram 1432 H
10.54pm

1 comment:

Nasrullah Jaafar said...

uhibbuka fillah aidho ya akhi (^_^)

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran