بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...
Showing posts with label Warkah dariku. Show all posts
Showing posts with label Warkah dariku. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

..Yang Lahir..

بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk... sayang kerana siapa? Allah...

Bila teringatkan akan orang yang aku sgt rindui, yg sgt aku sayangi dan kasihi, aku terasa ingin segera menelefon, meng'sms' mereka, meng'email' mereka, bercakap dan berjumpa dengan mereka... Itulah perasaan yang lahir secara nalurinya, dengan sendirinya tanpa ku pinta . Namun, bukan semua mampu ku laksanakan... Hanya doa mampu ku utuskan untuk semua, antum yang berada sgt dekat di hatiku...

Bila teringat kepada Allah, apakah pula perasaan yang lahir??



(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.





















Uhibbukum fillah...
Pabila teringat yang dirindui... .

Saifullah Shaarani
warsaw, poland
2 Muharram 1432 H
10.54pm

Monday, July 12, 2010

Kesusahan yang disengajakan ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam'alayk wrh wbt...

Lama sekali tidak diupdate blog ini... aku tidak mampu untuk menulis dengan kerap walaupun aku kerap sekali berada di depan laptop.

Bagi sesetengah orang, kekerapan duduk di hadapan laptop bukan bermakna bermakna sedang berada dalam keadaan lapang. Mungkin apb berada di hadapan komputer, nampak on9 memanjang, dia sedang menunggu jawapan dalam email, FB atau membuat tugasan2 yang sgt2 memerah otak... Mungkin juga sedang mencari maklumat atau menyudahkan presentation...

Pepatah Melayu "Masa itu emas" atau Pepatah Arab "Masa itu umpana pedang" hanya terpakai pada orang yang menghargainya dan menyibukkan diri mereka... Kdg2, kita xperlu menunggu tugasan diberikan, tapi kita lah yang secara proaktif mencari tugasan... Bukan mencari masalah... Tapi kesusahan itu ada masanye perlu disengajakan supaya diri x terdidik dengan hidup yang 'free' dan senang lenang... Mulalah mendidik diri kita... Peluang itu mungkin dtg hanya sekali...

Kerana lumrah jalan ini "Sha'bun, Thawiil, Bathii'un" iaitu "Susah, Panjang, dan Lambat"...

Fastabiqul Khairat~...

Saifullah Shaarani
Wangsa Maju. KL
+60193718655

"...Aku hanya bermaksud mendatangkan perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya dari Allah. KepadaNya aku bertawakkal dan kepadaNya (pula) aku kembali." [Surah Hud, 11 : ayat 88]

Wednesday, June 23, 2010

You are Terrorist!


Salam'alayk...

Aku terkejut dgn pelbagai berite mutakhir yang mengaitkan beberapa ulama' dan tokoh masyarakat sebagai pengganas. I'm googling Berita Harian Online. Banyak sgt berita malaysia yang aku terlepas since exams 2 minggu lepas. I have to update myself before going back.

Dr Asri, Dr Juanda Jaya, Ustaz Abdul Hadi Awang, Jemaah Islam Malaysia, semua ni dikaitkan dgn pengganas? Wait2, what happened to my country? (aku mcm buat xbiase plak). Aku bukan nak melatah, atau nak menuduh sesiapa, cuma, aku pelik kenapa masyarakat dan umara' yakni para pemerintah dan pemimpin skrg sangat mudah mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa atau kajian terlebih dahulu?

Rasulullah SAW telah bersabda:

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
" Apakah kamu tahu apa itu ghibah?" Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui."
Rasulullah bersabda: " Ghibah ialah engkau sebut sesuatu yang tidak di sukai oleh temanmu tentangnya."
Rasulullah s.a.w. di tanya: "Bagaimana jika ku ucapkan itu memang betul ada pada temanku itu?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Jika apa yang engkau ucapkan itu memang benar ada pada dirinya bererti kamu telah mengumpatnya."
Jika apa yang kamu katakan itu tidak benar apa ada padanya bererti kamu mengada-adakan (memfitnah)."
(riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, dan An Nasal) Tirmizi menyebut hadith ini Hasan sahih.

Mungkin benda ni nampak sgt remeh di mata kita, tapi sedarkah kita, inilah antara gejala masyarakat yang sangat merosakkan. "Tuduh tanpa usul periksa".

Just check out one of the news, one Malaysian student, who had just finished his Syari'ah Exam for Master's Degree had been detained by the Egyptian Authorities when he with his wife and 2 of their children are passing the immigration checkpoint at Cairo Airport to go back to Malaysia. What's the reason? Suspicion of Terrorist involvement. So easy right to arrest people? And this is his wife comment:

KUALA LUMPUR: It has been 10 days since Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria's arrest by Egyptian authorities but his wife is still in the dark over the reason for his detention. Zulkifli's wife, who only wanted to be known as Hidayah, 33, is demanding to know the reason for his arrest and his condition.

"I refuse to believe talk that he was arrested on suspicion of terrorist involvement as there was no ulterior motive for us to be in Egypt .

"We went there because Zulkifli was sitting his syariah examination at Zamalek University for his Master's degree," Hidayah told the New Straits Times in a phone interview from her home in Manjung. She said they were at Cairo International Airport with their two sons, aged 2 and 4, on June 13 after spending a month in Egypt.

"At the Immigration checkpoint, the children and I had no problems but they stopped my husband and took him to a holding room.

"I waited for him for quite some time until an officer came and told me that my husband would not be making the flight due to an Immigration matter.

"The officer asked me to board my flight, promising that my husband would board the next flight." Hidayah was hesitant at first but consented when Zulkifli sent her a text message to tell her to go on without him.

"That was the last contact I had with him," said the housewife. Zulkifli, 41, works as principal of a religious school in Manjung.
Hidayah said two days after the arrest, Zulkifli contacted his friend in Egypt, saying he was not being fed.

"I am very concerned about his condition there and conveyed this to Foreign Affairs Minister Datuk Seri Anifah Aman at a meeting with him on Monday." Hidayah said Anifah had promised to look into her husband's case and seek his immediate release. She confirmed that Zulkilfi had been detained under the Internal Security Act in 2001 because of alleged links to Kumpulan Militan Malaysia but was released unconditionally several years later.

A spokesman for the Malaysian embassy in Egypt said Zulkifli had been detained by a special anti-terrorism police unit. "The authorities allowed us only one visit to see Zulkifli and did not tell us of the reason for his arrest." Counsellor at the Egyptian embassy in Malaysia Tamer Galal Abdel Hamid Sidky El Mawaziny said the mission had yet to receive a report on Zulkifli's arrest from Cairo.

Read more: Wife: Why was he arrested? http://www.nst.com.my/nst/articles/11mes/Article#ixzz0rf2fEoEQ

Ok, insyaAllah, moga kita same2 fikirkan dan ikuti perkembangan semasa di negara kita.

Banyak benda perlu di'settle'kan dalam sehari dua ni. Hopefully Allah SWT melancarkan segalaNYA bagi kita.

Bagi adik2 ku yang akan exam paper last today, bittaufiq mannajah. InsyaAllah, the najjah will be with you. Believe in Allah.

p/s: Oh, b4 that, sblm ni, ramai orang tanye aku, cmne Poland ek? Cite laa skit. Adeyh, aku jenis org yg xpandai nak menggambarkan bagaimana keadaan Poland tu sendiri. Tapi kalo korg nak tahu, maybe tgk laa video ni, gambar2 yang ada dlm tu sume keadaan semasa di Poland insyaAllah, walaupun ia menceritakan sejarah Frederick Chopin, composer,musician kebanggaan Poland. You Get 2 in 1 at least. But make sure, we should learn & know more about our Prophet's Life and His great companions at the first place. Knowing others is knowledge to increase your 'tsaqafah', that's important too. =)



Wallahu'alam.

Generala Zajaczka 15

Sunday, June 13, 2010

BerGERAKlah wahai ruhul jadid...

بسم الله الرحمن الرحيم

Dahulu, The Zikr yang kini menjadi Raihan.

Salam'alayk...

aku tersentuh ketika membaca artikel di blog Ustaz Halim. ye, aku adalah antara generasi-generasi baru yang terlepas merasai hebatnya dan gahnya dakwah ketika era 1970an hingga 1980 an... Bagaimana dakwah itu bermula dan berkembang subur di era itu, dengan pemuda-pemuda yang sangat aku kagumi di zaman itu,* antaranya, Ustaz Abd Hadi Awang/PAS, Ustaz Ashaari/Al-Arqam dan Anwar Ibrahim/ABIM.

Subhanallah, bila mengenangkan itu, aku berasa pilu dan sedih. Pastinya momentum yg dahulu itu, kiranya mampu dikekalkan, pastilah realiti ISLAM di Malaysia bukan lagi seperti zaman ini. Sangkakan panas sampai ke petang, namun hujan di tengah hari. Mungkin itulah yg berlaku dan mungkin itu jugalah perasaan para du'at (daie-daie) yang bersama dalam dakwah ketika itu.

Namun, itu adalah antara sejarah permulaan dakwah di malaysia... Yang membangkitkan 'ruhul jadid fi jasadil ummah'. Roh-Roh Baru yang mengalir Dalam Jiwa Ummah ini. Semangat dan roh dari perjuangan mereka dahulu, sepatutnya memberikan kita, generasi baru ini lebih semangat untuk bekerja dan menjalankan tugas kita. Sebab, kita semua tahu dan sedar, Islam sebenarnya mampu bangkit! Islam sebenarnya pernah berada di satu level yang kita mungkin tidak dapat gambarkan sekarang!

Jadi, wahai duat, mari bergerak! Tak guna juga jika hanya mengingat sejarah2 yang lalu namun, kita masih statik bagai badak air berendam dalam lumpur, jadilah cheetah yang cergas berlari memburu mangsanya. Jadikan sejarah itu sebagai panduan dan semangat bagi kita. Semoga Allah mencucurkan rahmatNYA kepada para mujahid dan para duat yang telah berjuang di jalan ini pada sepanjang zaman.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad.(1937-2010)


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Lagu kegemaran aku di zaman hingusan dulu... Antara lagu2 Nada Murni yang dihasilkan di zaman kemuncak Al-Arqam. Sungguh Roh smgt itu masih dapat dirasai hingga kini.

p/s: mereka2 di atas adalah orang2 yang hebat di zaman mudanya juga, dgn pidato yang membangkitkan smgt org lain. Kita pemuda generasi kini pun harus mampu begitu...

* boleh bertanya lanjut kpd yang lebih arif... =)

Wallahu'alam.

@ Gen Zajaczka 15

Tuesday, June 1, 2010

"Pak Cik" Poland : Kita Umpama Berperang

بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam kamus dewan edisi keempat, perkataan 'mujahadah' bererti perang, yakni perjuangan untuk mempertahankan agama Islam.

Sudah lame rase mahu menulis tentang perkara ini. Lagipun sudah ada ditulis juga ttgnya di
blog ini. Cuma, kerisauan aku di sini, dalam ramai yang telah disentuh dengan tarbiyyah, kitalah yang paling lemah dalam gerakan tarbiyyah tersebut. Kita juga telah salah faham akan tujuan tarbiyyah itu sendiri. Mengapa cmtu?

"Titik kekuatan sebenar bagi sesebuah gerakan melihat kepada orang yang paling lemah di antara orang-orang di dalamnya."

Mari kita lihat sebuah kisah di zaman Saidina Umar Al-Khattab, semasa Perang Al-Qadisiyyah, di mana tentera Parsi sedang bertembung dengan tentera Islam di bawah Panglima Perang, Saad Bin Abi Waqas. Saad telah menghantar Rabi' Bin Amir untuk bertemu dengan panglima perang tentera Parsi ketika itu, Jeneral Rustam.

Rabi’ masuk ke tempat Rustum yang penuh kemewahan dengan tetap memegang tombak dan
menuntun kudanya. Ketika Rustum bertanya, “Apa tujuan kalian?” dengan tegas Rabi’ menjawab, “Allah telah mengutus kami untuk membebaskan orang-orang yang dikehendaki-Nya dari penyembahan sesama manusia menuju penyembahan Allah semata, dan membebaskan manusia dari kesempitan menuju kelapangan hidup di dunia, dan dari penindasan berbagai agama yang sesat menuju agama Islam yang menuh keadilan.

Rustam bertanya lagi, "Apa yang kalian akan terima jika aku menolak?"
Rabi' mengatakan,"Kemangan jika kamu dapat kami tewaskan dan syuga jika kami Syahid!"
Rustum yang masih teruja dengan jawapan yang diberikan oleh Rabi' bertanya lagi,"Adakah kamu Ketua angkatan perang?".
Rabi' menjawab,"Aku adalah orang yang paling lemah di kalangan mereka."

Apa gambaran yang kita dapat daripada kisah di atas? Bagaimana perasaan orang apabila bertemu dengan orang yang sehebat, seberani dan semantap Rabi' bin Amir, dan menyangka dia adalah Ketua bagi mereka tetapi hanyalah sebahagian dari angkatan tenteranya. Pasti, itulah titik kekuatan bagi sesebuah angkatan. Jundi-jundi nya sahaja sudah sangat2 hebat dan mantap dengan tarbiyyah yang diberi.

Apabila kita ke medan perang, pastikan, kita telah bersiap sedia supaya kita tidak menjadi beban kepada yang lain. Sama ada perang itu secara fizikalnya, atau mentalnya apatah lagi ruhiy nya.. Hendaklah ia sudah kita perkentalkan.
Mujahadah kita, usaha yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh itu, sekiranya betul niat kita, insyaAllah, Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Jangan biarkan gerakan, jemaah atau apa sahaja yang bergerak dalam amal jama'i, menjadi lemah disebabkan oleh kita. Tarbiyyah bukanlah hendak mengubah kehebatan seseorang yang lantang bersuara kepada yang duduk senyap, tapi mengubah kelantangannya, kehebatannya itu ke arah mempertahankan Islam! Bukan kegarangan, ketegasan Saidina Umar yang diubah, tapi ke mana ianya disalurkan. InsyaAllah!

Mari terus muhasabah diri di kala musim exams yang seakan menghempit masa kita. Semoga tidak luput, atau terhapus masa untuk amal kita kerana exams.

Wallahua'lam...

p/s : kata2 PM Palestine Hamas, Ismael Haniyah yang sgt2 memberi semangat!! Allahuakbar!

"Your blood reached the shores of Gaza before your aid, and that is the most precious thing you could have given" - "If ships reach Gaza - victory, if terrorized by Zionists - victory."

Compilation & Preservation of Quran...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...

Sabtu lepas, semasa usrahku, satu soalan telah ditanyakan oleh salah seorang anak usrahku,
"Macam mane Al-Quran tu disusun ek?"

Aku pernah mendengar Talk bersiri - "The Sciences of Al-Quran" dari Sheikh Yasir Qadhi tentang perkara tu. Alhamdulillah... Aku cuba menerangkan sebaik mungkin agar difahami, namun, aku bukanlah si sheikh untuk menerangkan segalanya berserta contoh-contoh dan dalil2 nya... Jadi, insyaAllah, supaya tidak menyiakan-nyiakan peluang untuk berkongsi, jom dgr siri ke 9 & 10 dari si syeikh... (^_^)




"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami pula yang akan memeliharanya." (Al-Hijr,15 : 9)

InsyaAllah, mari doakan untuk sukarelawan2 Freedom Flotilla yang sedang menghadapi ujian-ujian yang telah ditetapkanNYA untuk mereka... Moga Allah SWT akan memberi kemenangan kepada orang-orang yang benar dan orang-orang yang sabar! ameen...

Recep Tayyip Erdogan, Turkey's prime minister, says the flotilla was carefully inspected before departure:

I want to say to the world, to the heads of state and the governments, that these boats that left from Turkey and other countries were checked in a strict way under the framework of the rules of international navigation and were only loaded with humanitarian aid."


There was no one on board "other than civilian volunteers" he said.



Live Streams for News of Freedom Flotilla
:

Friday, April 16, 2010

Fantashiru Fil Ardhi...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...

Alhamdulillah, suka sangat bile ada orang forward this Video... Jazakallah akhi!!
Hadith 40 Imam Nawawi with arabic narration by Sheikh Saad Al-Ghamidi and english translation...
MasyaAllah, best3!! Apa lagi??? Bleh laa dgr hadith2 tu dalam arab nya dan hafal laa ye... huhu(xsusah nak hafal if kita btol2 nak! if tahu & belajar bhs Arab, masyaAllah lg laa mudah).. =)



InsyaAllah... azam2!!

Carilah kunci untuk membuka pintu... Carilah api untuk menyalakan lilin...
Carilah ilmu Allah & fahami Islam itu di mana2 pun kita berada untuk mengejar hidayah Allah SWT...
"Wahai orang-orang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengINGATI ALLAH & tinggalkanlah jual beli. Yang demikian lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila solat telah dilaksanakan, maka ber-TEBARAN-lah kamu di bumi; carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung."
(62:9-10)

p/s: doakan kejayaan kita bersama dalam exam2 yg bakal menjelang ini... ILMU SIHIR tu perlu jugak... btol x? =)


- (^_^)" kasih sayang kita kerana Allah & jalan dakwah ini -

Wednesday, March 31, 2010

Liga Muzulmanska - Bractwo Muzulmanskie. Is it???

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...
Lama sekali tidak dinukilkan sesuatu di sini... Banyak yang bermain di kepala, cuma tidak mampu untuk dikongsikan di sni... Rasa nye, bukan mudah untuk menceritakan setiap perkara yang berlaku di sekelilingku ini... memang seronok dan rase mudah melihat mereka2 yang menulis pengalaman, suka duka dalam dakwah dan kehidupan yang penuh dengan hikmah dan perasaan, sehingga mampu membangkitkan semangat dalam diri pembacanya... Tapi, bila aku yang menulis pula, mungkin rasenye tidak hidup perasaan ketika itu bagi orang yang membacanya.. Mungkin itulah yang dikatakan menulis dengan sepenuh hati dan sejujur-jujurnya... aku masih jauh ke arah tu...

Ketika ini, bumi Poland agak hangat dengan berita demonstrasi menentang pembinaan masjid baru di Warsaw... Masjid yang dalam pembinaan, dan dijangka siap hujung tahun ini tu ditentang oleh beberapa pihak di Poland yang antara sebabnya mengatakan ia bakal menjadi pusat@sarang bagi pengganas, gerakan terrorism... mereka juga mengaitkan Muslim League of Poland, yang menguruskan pembinaan masjid ini dengan Ikhwanul Muslimin (IM)... oh, inilah kali pertama aku terdengar kaitan IM di Poland... walaupun bagiku, ini hanya dijadikan sbg spekulasi bagi golongan penentang...

Click to join msianpln
sumber : Warsaw Voice

Aku, yang mendengar berita ni dari seorang sahabat arab saudi 2 hari lepas masih tak pasti apa yang patut ku komen kan.. Pihak kedutaan juga telah menasihati supaya tidak terlibat dalam ape2 demonstrasi pasal masjid baru ini... Yang aku pasti, they really have distorted mind about Islam as a whole... that's the only thing can i say... and this should be explained clearly to them, as the media will be loved to play this issue... aku tak merasakan kesemua mereka ini bersalah atau benar2 faham, namun cukuplah dengan segelintir yang memainkan isu dan sentimen keagamaan & keganasan, ia pasti mewujudkan havoc di mana-mana pun...

Ni juga video yang berkaitan dgn demonstrasi terbabit... of coz, dalam bahasa polish spt biase... namun, boleh lah cuba utk difahami, insyaAllah... =) aku sendiri tidak dapat memahaminya sincerely... but it wrote there, 'wersja radykalna' = 'radical version'....


at 1 minute 50 s, there was an interview with the President of Muslim League of Poland, Dr Samir Ismail, works as a paediatrist consultant, that are really highly respected by us, the Muslim community here.



the poster shows 'Liga Muzulmanska'-'Bractwo Muzulmanskie' means 'Muslim League'-'Muslim Brotherhood'.. as what they accused.. is it?


Aku tak pasti sama ada semua Malaysian Muslim here aware about this... Hopefully u all guys always take precaution steps, and don't involved or be togethered with these demonstraters...

InsyaAllah, as reminder, mari kita renung firman Allah dalam Surah al-Insyiqaq, 84 : ayat 21 - 25
"Dan apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak (mahu) sujud. Bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya). Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka). Maka sampaikanlah kepada mereka (ancaman) azab seksa yang pedih. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat pahal yang tidak putus-putus." (84: 21 - 25)

Aku berdoa agar segala apa yang dituliskan ini dapat memberi kesedaran dan kebaikan bagi siapa pun yang membacanya, serta memberi kekuatan kpd kita dalam terus bersama gelombang kebangkitan Islam di seluruh pelusuk bumi ini.. Tidak ada sesuatu yang baik, jika ia tidak ditentang kerana itulah lumrah bagi sebuah perjuangan...

wallahu'alam...

@ baitul muttaqin...

Tuesday, January 19, 2010

.:. Kemuncak Itu .:.

بسم الله الرحمن الرحيم

- Jualan buah-buahan semasa musim panas (rindu kan summer, Ya Allah..!!) -

Alhamdulillah... setelah tepat sebulan aku ditarbiyyah hidup tanpa laptopku (yang selalu 24/7 on9), akhirnya, hari ini siap juga laptop ini diperbaiki... lama sungguh masa yang diambil disebabkan masalah2 teknikal yang berlaku... Duit yang dikeluarkan juga mengalir laju, selaju jari-jariku aku menaip di sini... =(

Ampun dan maaf kepada sahabat2 sekalian kerana tidak dapat membalas dengan segera email2 kalian serta memberi pandangan, update yang sewajarnya... Terima kasih kepada bro aizuddin dan 'adik' sopi @ kembar Jawa tersayang, (>.<)v yang banyak memberiku ruang untuk terus mendapatkan update dan berinteraksi...

Ah, banyak sungguh kerja & pertanggungjawaban yang masih tidak ku selesaikan... Astaghfirullah... Aku tahu, aku tak berdaya untuk melakukan semuanya serentak... Aku tahu, tahap kemampuan diriku... Aku tahu juga, fokus dan teratur dalam gerak kerja itu paling utama... Namun, "ana manusia je sheikh!". Ini ayat excuse paling xbleh blah!!... Jangan!! Bukan itu caranya... Itu bukan sikap yang patut ada bagi seorang muslim... Ingat, Allah SWT sangat sayang pada kita, hamba-hambaNYA... DIA tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuan dirinya... kan kan.. (^_^)

Oh ye, pada adik2 @ abang2 ku tersayang, aku yakin, korang semua tidak mudah mengalah!! Terus SEMANGAT keyh... LULUS GAGAL exams tu salah satu ujian2 yang Allah sediakan untuk kita... Al-maklum, memang banyak exams kat sini, jadi persediaan, kesabaran dan tawakal kita semua kena semakin tinggi... Berjaya nya kita dalam melepasi ujian2 ini adalah bila kita berSABAR bila diuji dengan kegagalan dan berSYUKUR bila diuji dengan kejayaan....
OK KE BRO?? (^_-)"

Namun, kemuncak bagi segalanya berbalik kepada diriku jua... Jangan mampu menulis, memberi kata2 motivasi, tapi diriku sendiri tidak setabah itu... Ya, dugaan itu silih berganti... Aku perlu bersedia, berlapang dada... Dugaan ini cukup besar buat mu!! Aku tahu!! Hanya rintihan DOA & PENGHARAPAN dariku untukmu... Moga dirimu sentiasa tenang, dimudahkan mengharungi segala ujian ini... Ya Allah Ya Rahim, permudahkan lah, permudahkan lah, permudahkan lah.. ameen!!!

"Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memeliharaku dan mendidikku semasa kecil."

-Tram di tengah2 bandar Warsaw... yang mempunyai sesungut itu...(-_-)" -

- Bas Awam di hadapan Centralny Main Train Station... berlatar belakangkan Culture & Science Tower, mase summer~~ (winter is getting worse for me.. astaghfirullah!!) -

~~ yang merindui semua yang berada di malaysia (emak!!!).. summer please come faster... ~~

Thursday, December 17, 2009

Seusai bertambahnya usia...


Satu renungan buat kita bersama...

Sesungguhnya hitungan nafas telah ditetapkan, hitungan detik telah diperhitungkan.
Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi modal tapi tidak digunakannya,

Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi nafas tapi disia siakannya,

Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi waktu tapi disia siakannya,


Perjalanan hidup manusia,
Menempuh alam dunia
menghabiskan waktu, yang tiada lama
Usia bertambah makin senja, tiada terasa tak tersedar
Semakin dekatlah kematian, akan menjelang tiba

Sedarilah, usia amanah dari Ilahi

Sedarilah, ia pasti kan dimintai
Pertanggungjawabannya pada Ilahi
Sedarilah, jalani hidup ini penuh makna

Sedarilah, pastikan ia bererti di akhirat yang abadi.


Demi Allah, sesungguhnya semakin dekat ujung kehidupan kita,
Hisab semakin nyata, dan sesungguhnya Hisab Allah amatlah berat,
Saudaraku, Janganlah sia siakan nafas kita,
Jangan sia siakan waktu kita,

Sesungguhnya Hanya Allah lah tujuan kita...

Salam Maal Hijrah 1431 ... (^_^)

Sesungguhnya, marilah kita memasang azam untuk terus meningkatkan tarbiyyah diri spy lebih baik dari tahun sebelumnya, memasang azam untuk terus meningkatkan mujahadah dan toriq amal kita di jalan ini, dan terus berdoa supaya Allah SWT terus memilih kita untuk tsabat dan istiqamah di jalan ini semata-mata kerana NYA... ameen...

~Baraka Allahu Lakuma~ (playing inside me) =)

Saturday, December 12, 2009

Di Waktu Itu JanjiNya Buat mu...

بسم الله الرحمن الرحيم


salam'alayk...

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Aku dikejutkan di tengah2 malam waktu sini akan pemergian seorang akh selama-lamanya. Dan menambah kesedihan yang lebih mendalam di hati ku adalah masa kejadian berlaku adalah kira2 4 jam selepas arwah melangsungkan akad nikah bersama pasangan hidupnya... Astaghfirullah al azim... Aku hanya mampu beristighfar...

Ya Allah sesungguhnya kematian tidak mengira masa, ketika aku sedang bergembira dengan duniawi MU atau bersusah dengan perkara ukhrawi MU... Alhamdulillah arwah berserta kedua ibu bapanya selamat dikebumikan malam semalam juga.

Takziah kepada keluarga Akh Mohd Ariff Abd Kadir, ex-Nottingham... Semoga Allah mencucurikan rahmat kepada roh arwah dan kedua ibu bapanya serta sahabatnya yang pergi bersama... ameen... AL-FATIHAH.

Berita lanjut boleh dibaca di :

http://msmsheffield.wordpress.com/

http://www.malaysiakini.com/news/119662


“… Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat Meliputi PengetahuanNya”

[Luqman 31: 34]


Ya Allah, jadikan kematian itu peringatan buat diriku...

Monday, November 16, 2009

.: Take Vaccine Free at WUM :.

PolandKini dot com...

Society
Poland Confirms Its First Victim of H1N1 Flu
November 16, 2009
A 37 year-old man suspected of carrying the H1N1 virus died of pneumonia in Gdańsk on Friday becoming the country's first swine flu fatality.

So far in Poland this year, there have been 234 cases of H1N1 Flu.
Prime Minister Donald Tusk last week decided that Poland would not buy swine flu vaccines until they are proven to be safe and without side effects.

sumber : Warsaw Voice

Sungguh menarik dan menerujakan berita PolandKini pada pagi ini... Bukan ape, berita ini semacam sudah kedengaran 4 bulan yang lepas di bumi Malaysia semasa aku pulang bercuti untuk 'summer break'... atau di negara2 yg lain... mungkin sudah senyap pun di Malaysia...

Jadi, warga Polen yang dikasihi... Berhati2... Wabak itu baru mahu menjadi2 di cni... Nauzubillahi min zalik... So, jangan lupe amik "Vaksin Percuma" from Medical University of Warsaw whether u get the symptoms or not.... Because it's for free.... [sudah dijumpai ek vaksin nye?? xupdated sungguh! Alhamdulillah...]

Maksudnya : Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang zalim (Al-Quran) itu hanya akan menambah kerugian. (Al-Isra', 17 : 82)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah."
- maksud hadis riwayat Muslim -


Sekian dari PolandKini dot com... =)

p/s : InsyaAllah mari perbanyakkan doa dan membaca quran... Pada yang sedang demam, batuk dan selsema... SyafakAllah (^_^)...

Sunday, May 10, 2009

Engkaulah Ratu Hatiku, EMAK...


Bondaku Tercinta....
Tidak dapat aku ungkapkan kata2 yang lebih indah,
Lebih besar dan lebih menggamit jiwamu,
kerana segala-galanya yang telah engkau curahkan kepadaku,
sungguh, aku tidak akan mampu membalasnya....

Aku, hanyalah anak bongsumu,
Yang banyak membuat salah dan silap dek ke'manja'annya,
dalam usahaku untuk mematangkan diri ini,
yang mana, aku sangat2 mengharapkan doamu dan panduanmu,
dalam meneruskan pengembaraan yang sementara ini....

Bondaku Tersayang,
Ketahuilah, aku sangat menyayangimu dan merinduimu,
Engkaulah pengubat resah dan lelah di hatiku,
Terima kasih atas segala pengorbananmu untukku,
Sehingga aku boleh berdiri di sini pada hari ini,
Terima Kasih Ibuku... Terima Kasih Bondaku... Terima Kasih Emakku selamanya....

anakandamu yang merindui dr jauh,
warszawa, poland. 10/05/09


Firman Allah dalam Surah Al-Isra', 17 : ayat 24

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (ameen)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)



Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
(nada murni)


p/s : Lagu yang didedikasikan untukmu...Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih berada di samping kita.... ^_^

doakan anakmu di sini, di ambang final exam.. (aidilfitri 2007 sblm fly) ^_^...

[Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang telah bergelar IBU]

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran