بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Monday, March 30, 2009

Berkualitikah aku???

Teringat aku akan salah satu wasiat Imam Hassan Al Banna yang 10 iaitu :
"Kewajiban kita melebihi masa yang ada"

Apakah kewajiban yang dimaksudkan itu?? Adakah kita sedar amanah yang wajib dipikul itu??

Berkualitinya sesuatu alat apabila ia berjaya menjalankan fungsi yang telah di'set'kan oleh perekanya... Begitu jugalah kita... Berkualitinya seseorang Manusia itu sekiranya dia melaksanakan apa yang telah disuruh oleh Penciptanya...

Secara umumnya, boleh kita sama2 merujuk kembali perlembagaan hidup kita sbg Muslim... apakah yang amanah yang diletakkan di bahu kita??
Abid@Hamba (51:56) , Daie (12:108), Khalifah (2:30)...

Jikalau hakim hendak menjatuhkan hukuman, perlu merujuk kepada hukuman dalam perlembagaan yang telah ditetapkan, apatah lg kita, sbg Muslim, dalam melaksanakan setiap perbuatan dan amalan kita, ada lah juga perlembagaan yang perlu dirujuk iaitu Kitabullah, Al-Quran Al-Karim...

Itulah peranan atau tugasan yang diberi kepada kita... Janganlah kita menjadi "alat" yang tidak berguna kepada Perekanya..... Setelah direka untuk menjalankan fungsi2 nya, tiada apa pun manfaat dan kebaikan dapat dipersembahkan kepada Perekanya... Betapa tidak berkualitinya diri ini jika amanah yang dipikul tidak dapat dilaksanakan....

Ya, kita perlu sentiasa diperingatkan kerana kdg2 kita terlupa dan alpa dalam tugasan kita pabila sibuk dgn hal2 dunia... Oleh itu, sahabat2 ku, sentiasa lah mengingat aku sekiranya aku alpa dan leka... jangan dibiarkan aku terus lalai dan hanyut dengan arus yang tidak keruan ni...

Terima kasih shbt2 ku di sini, yang sentiasa mengingatkan aku di kala aku perlukan pada bimbingan dan ingatan....

Teringat pepatah yang pernah disebut naqibku....
"Apabila kamu sukakan keindahan, kembalilah kepada sumber keindahan itu,
Apabila kamu sukakan kecantikan, kembalilah kepada sumber kecantikan itu,
Apabila kamu sukakan kekuatan, kembalilah kepada sumber kekuatan itu,
Apabila kamu sukakan kedamaian, kembalilah kepada sumber kedamaian itu,
Sesungguhnya sumber segalanya itu adalah Kembalinya kepada Allah SWT..."


(Terima kasih bro2 "SIX REYES" kerana sentiasa berada di samping ku dikala aku perlukan perhatian) ^_^

No comments:

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran