Satu Penyaksian... "Apakah harga seorang MUSLIM? Sekadar Nama dan Kebanggaan?" Slame Farm, Dublin (31 jan 09)
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan Ukhuwwah di hati2 kami...
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Hanya Satu Tujuan Yang Dituju.... Smg ditetapkan hati2 ini di jalanMU...
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..
Kukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran yang mendatang...
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. (As-Shaff, 61 : 4)
p/s : insyaAllah, banyak lagi gambar menyusul (picca time)... ^_^
3 comments:
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Al-Baqarah: 143)
salam'alayk..
Ad-da’watu qabla kulla syai’ walaisa ba’da kulla syai’- wa nahnu ad-daie qabla kulla syai’!!
waalaikumsalam wrh wbt..
"Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah: 140)
ape maksud ayat di atas tu ye?? xdapat tangkap walaupun sudah bertanya... =)
insyaAllah, spy Rasulullah menjadi saksi ke atas kita semua, dan kita menjad saksi kepada segenap manusia... ameen..
Salam'alayk.
Da'wa adalah sebelum setiap sesuatu, bukan selepas setiap sesuatu dan kita adalah daie sebelum segala-galanya =) wallahu'alam
Post a Comment