Sahabat2 ku, patutkah kita masih lalai dan leka??
Pelbagai tanda dan peringatan telah Allah berikan kepada kita...
Adakah kita masih hendak membatukan hati dengan peringatan2 yang diberikan...
Kita, bukanlah maksum.... Kita, sentiasa lalai dan alpa....
Ya Allah, berilah hidayahMU kepada kami....
"Patutkah kita masih lalai sedangkan hari berlalu,
kita bermain sedangkan maut itu bukan mainan,
aku hairan terhadap mereka yang masih leka ini,
aku hairan, sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan
adakah patut seorang itu terus leka dan berseronok,
sedangkan dirinya akan mati dan rumahnya akan runtuh,
kita melihat apa yang kita lakukan selalunya,
tewas kepada setiap keseronokan.
kita melihat malam dan siang menyibukkan kita,
dan aku tak tahu yang manakah patut aku pilih,
dan setiap perkara itu ada tempoh yang perlu ditunaikan,
dan kepada semuanya itu ada catitan yang ditulis "
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)”
- Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi. -
No comments:
Post a Comment