بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Sunday, May 10, 2009

Engkaulah Ratu Hatiku, EMAK...


Bondaku Tercinta....
Tidak dapat aku ungkapkan kata2 yang lebih indah,
Lebih besar dan lebih menggamit jiwamu,
kerana segala-galanya yang telah engkau curahkan kepadaku,
sungguh, aku tidak akan mampu membalasnya....

Aku, hanyalah anak bongsumu,
Yang banyak membuat salah dan silap dek ke'manja'annya,
dalam usahaku untuk mematangkan diri ini,
yang mana, aku sangat2 mengharapkan doamu dan panduanmu,
dalam meneruskan pengembaraan yang sementara ini....

Bondaku Tersayang,
Ketahuilah, aku sangat menyayangimu dan merinduimu,
Engkaulah pengubat resah dan lelah di hatiku,
Terima kasih atas segala pengorbananmu untukku,
Sehingga aku boleh berdiri di sini pada hari ini,
Terima Kasih Ibuku... Terima Kasih Bondaku... Terima Kasih Emakku selamanya....

anakandamu yang merindui dr jauh,
warszawa, poland. 10/05/09


Firman Allah dalam Surah Al-Isra', 17 : ayat 24

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (ameen)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)



Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
(nada murni)


p/s : Lagu yang didedikasikan untukmu...Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih berada di samping kita.... ^_^

doakan anakmu di sini, di ambang final exam.. (aidilfitri 2007 sblm fly) ^_^...

[Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang telah bergelar IBU]

5 comments:

Bib said...

bittaufiq wannajah
slamat menghadapi exam~ :)

imtiyaz said...

owh...salam imtihan...
ma'at taufiq wannajah...
gud luck...
chaiyok3X...
semoga berjaya..
hehe~

Ansorullah said...

jazakumullah...
insyaAllah, smg Allah permudahkan segala urusan kita...

"ujian dunia sering difikirkan lebih berbanding ujian di Sana... Sediakah kita?" ^_^

nur akmal said...

salam saifullah,

ibu adalah insan yg paling mengerti dan pasti akan sentiasa bersama anaknya walau apa jua pon...

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

sangat bertuah bagi mereka yang masih punya permata hati~ibu~...hargai, sayangi, hormati mereka selayaknya...

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran