بسم الله الرحمن الرحيم
salam'alayk... kurangkanlah soalan yang bakal ditanya
kepadamu nnt wahai ikhwah...
pernah suatu ketika, ada seorang brother berada dalam keadaan yang terdesak sekali. Dia hendak meminta tolong dari saudaranya, tapi dia risau, apa plak nnt yang dia fikir... Dalam fikirannya sudah bermain, "apa laa mintak2 duit dr org, cari laa sndiri..", ataupun "tu laa, siapa suruh xpandai simpan duit" ataupun, "hish dia ni, mintak duit kat orang plak.." dan mcm2 lagi...
begitulah fikiran2 yang akan bermain dlm dirinya, namun kemudian, dia menguatkan diri utk meng'sms', "ana tahu mungkin enta tak suka cm ni kan, ana minta maaf, tapi ana btol2 perlukan pertolongan enta skrg, ana nak pinjam dlu duit enta"... itu shj sms nya...
Namun, yang menerima sms terus menelefon brother nya itu, "apa masalah enta akhi? ceritalah. InsyaAllah, xde masalah... Ana akan cuba tolong."
Mungkin, brother itu tak terbayang, subhanallah, mudahnya dia nak bagi duitnya pd ku...
Sbb apa? Kerana itulah kefahaman kita... Sunduquna Juyubuna.. Duit kita berada di poket2 ikhwah... Duit kita untuk siapa lagi kalo bukan untuk dakwah? Mungkin dalam poket kita ada 100 zloty, maka itulah duit utk ikhwah kita juga...
Sepertimana juga segala harta, kelengkapan, kemudahan yang kita miliki... petikan dari blog sang murobbi,
Berapa kali kita teringat apa yang akan di tanya Allah nanti? Berapa kalikah rumah kita di gunakan untuk dakwah? Berapa kerap harta yang kita ada (komputer, pakaian, kenderaan, harta benda dan apa saja) di gunakan untuk dakwah? Jika kita tidak tahu bagaimana ia akan di gunakan, tawarkan kepada mereka yang giat berdakwah untuk menggunakan milik kita itu… agar ia akan mengurangkan soalan yang di tanya kepada kita di sana nanti….!
Dan teringat satu ketika, seorang akhi yang sgt2 kuat berkerja hingga hampir habislah segala wang perbelanjaannya... Namun, masih sanggup lagi mengeluarkan duit utk diberi kpd ikhwahnya... Apb ditolak duit itu oleh ikhwahnya, dia berkata, "Kalo xnak terima, simpanlah dalam tabung dakwah". Namun, ikhwah nya membalas, "Entalah TD kami"... Fikir-fikirkanlah...
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. - At Taubah, ayat 111
Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
18 Zulhijjah 1431 H
1.40 am
No comments:
Post a Comment