Pernah dengar cerita sejarah berdiri? Pasti pernah bukan.
Kalau tak pernah tahu, boleh la baca di media2 elektronik kini atau mmg tak minat nak ambil tahu, alhamdulillah tak mengapalah. Diri ini bukan hendak mengomen panjang berkenaan "Sejadah Berdiri" (SB) tersebut, cuma hendak melontarkan apa yang terlintas di kepala selepas membaca beberapa artikel dan respon dari "orang2 hebat" di luar sane. Barangkali sekadar celoteh di pagi hari di sini, melihat tanah air tecinta penuh dengan sensasi.
Pertama kali membaca mengenai kisah sejadah ini berdiri selama 8jam, rasa tertarik hati yang lemah ini untuk melihatnya. Namun, setelah beberapa gambaran dipaparkan, rasa tercuit pula hati ini. Subhanallah, tidak sekali-kali mahu mengecilkan "keajaiban" seperti yang disangkakan sedang berlaku, namun, mungkin tak perlu rasanya berita ini dihebah-hebahkan sebegitu rupa. Ya, Hidayah dari Allah mungkin datang dari pelbagai cara.
Ya, mungkin juga kisah "SB" ini boleh memberi impak positif pada orang ramai, berduyun-duyun pergi ke masjid atau surau terbabit untuk melihat sendiri, bagaimana berdirinya sejadah tersebut, sehingga penuh solat fardu pada beberapa selang waktu, namun sejauh manakah impak ni akan berterusan? Pergi ke surau/masjid kerana berdirinya sejadah tersebut di situ, namun bagaimana pula amalan hari2 seterusnya? Adakah memerlukan keajaiban seperti itu untuk terus ke masjid seperti mana kaum-kaum terdahulu yang memerlukan keajaiban demi keajaiban dari TuhanNya untuk beriman?
Kisah Nabi Isa dan pengikut2nya ketika diminta turunnya "hidangan dari langit" (5:114) harus dijadikan teladan bagi kita kerana Allah SWT mampu sahaja menunjukkan segala keajaiban tersebut kepada kita namun, jika dengan itu, kita masih ingkar dan alpa, apa lagi ada pada kita?
Allah berfirman, "Sungguh, aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, tetapi barang siapa kafir di antaramu setelah (turun hidangan) itu, maka sungguh, Aku akan mengazabnya dengan azab yang tidak pernah aku timpakan kepada seorang pun di antara umat manusia (seluruh alam)." (5:115)
Namun, gambaran ini juga menunjukkan bahawa umat Islam memang mudah terpengaruh dengan perkara-perkara pelik ini. Kondisi yang mana mudah untuk menyebabkan kita lari dari fokus utama kita, atau lebih paling berat ialah terpesongnya aqidah sesudah itu, naudzubillahi minzalik. Ya, Sensitiviti dan Prioritinya tidak kena pada tempatnya. Adakah Islam memerlukan kepelikan seperti ini untuk menunjukkan kebenarannya? Cukuplah Al-Quran tersebut menjadi ke'ajaib'an bagi kita semua untuk terus membaca dan memahamikannya.
Semoga Allah memelihara hati kita untuk terus fokus melaksanakan tuntutannya dan terpelihara dari terpengaruh dengan perkara-perkara yang menjauhkan diri dari mengEsakanNya lantaran kenipisan iman dan ilmu kita. ameen.
Ulasan lanjut boleh dilihat di sini : UZAR
“Orang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan yang saling kuat menguat satu sama lain” [Muttafaq ‘alaih]
p/s : mungkinkah kaedah ke'ajaib'an perlu lebih banyak digunakan untuk menarik mad'u kepada kita?? begitukah?? (~_~)
2 comments:
salam..
hurm, mungkin boleh gunakan 'keajaiban' boleh berakhlak seperti rasulullah SAW dan boleh mengamalkan ajaran islam yang sebenar dalam kehidupan dan menggapai kejayaan dengan pertolonganNya...
"action speaks louder than words"
wslm....
jzkk utk cdgn ke'ajaib'an yang terbaik.. mmg tepat skali...
sungguh sukar mengadaptasikan amal berbanding perkataan dan ucapan...
sungguh indah jika akhlak Rasulullah SAW sentiasa didahulukan & difikirkan sebelum melaksanakan sesuatu perbuatan... =)
Post a Comment