Perlunya bagi kita berfikir dan menentukan aktiviti-aktiviti kita seharian. Untuk membezakan aktiviti yang prioriti dan bermanfaat bagi kita dengan yang hanya untuk mengisi masa lapang semata-mata. Banyak perkara yang kita lakukan, sekiranya tidak dilakukan adalah mungkin lebih baik bagi kita.Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW telah bersabda ;Di antara (ciri) baiknya keislaman seseorang adalah ia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya."
(Hadith Hasan diriwayatkan Tirmidzi dan lainnya)
Hadith di atas menekankan betapa pentingnya bagi kita "FOKUS" dalam kehidupan seharian kita, "BIJAK" menentukan kepentingan dan manfaat bagi kehidupan kita dan juga "BERANI" untuk mengatakan -TiDaK- untuk meninggalkan perkara yang tidak memberi manfaat kepada kita sedangkan kita mempunyai tugasan yang lebih penting untuk dilaksanakan. Ini juga merupakan salah satu ciri kesempurnaan seseorang Muslim itu.
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun (67 : 2)
Antara penekanan yang lain ialah kita perlu juga melihat akibat sesuatu perkara yang kita lakukan itu bukan hanya bagi diri kita sahaja, malah natijahnya juga kepada keluarga dan masyarakat di sekitar kita. Mungkin bagi kita, perkara itu hanya "small matter", tetapi kesannya kepada masyarakat adalah jauh lebih besar. Sebagai contoh, kita adalah pemimpin bagi suatu persatuan pelajar, kita mungkin rasa perbuatan keluar ke kelab2 malam, memakai seluar "tak cukup kain", hanya bagi diri kita seorang sahaja, namun "mata-mata di bawah" yang melihat akan merasakan perbuatan itu tidak salah dan normal apatah lagi dilakukan sendiri oleh ketua mereka.
Tidak salahkah kita? Sudahlah tidak dapat manfaatnya kepada orang lain, kemudian membawa contoh negatif dan mudarat pula kepada orang sekeliling kita...
Kita juga semakin hari didesak dengan teknologi yang terus menggila. Tengok sahaja ke"Fanatik"an kita kepada kehidupan maya di "Facebook", yang sebelum ini ialah "Friendster, My Space" & sebagainya. Terdapat pelbagai permainan, kuiz, aktiviti, yang dihitung tak habis-habis bagi kita untuk menyelesaikannya. Ada juga bermacam jemputan lain lagi seperti ke kelab malam, ke Panggung Wayang, menonton hingga ke tengah malam dan seterusnya yang wajar kita tapis dan fikirkan. Mungkin kita perlu menekan butang "Pause" seketika dan semak kembali, bermanfaatkah masa berFacebooking, berclubbing, berwayangan itu kepada kita berbanding masa yang boleh kita peruntukkan untuk membaca dan sebagainya. Ya, tekanlah butang "Pause" dan muhasabah aktiviti kita sehari-hari seketika. Cukup bagi kita untuk mengetahui, bermanfaat atau tidak semua itu bagi kita. InsyaAllah.
Dari Abu Hurairah ra menjelaskan bahwa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW ;"Berilah nasihat kepadaku." Nabi SAW bersabda, "Jangan Marah." Beliau mengulangi beberapa kali dan baginda bersabda, "Jangan Marah." (HR Bukhari)
Semoga Allah melimpahkan petunjuk dan rahmatNya kepada kita dalam melaksanakan amal-amal di dunia yang sementara ini. Supaya kita menjadi hamba yang bersyukur atas nikmatNya yang sementara ini.
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya kita mengetahui."(29 : 64)
2 comments:
salam akhi..
insyaAllah.. jom revise balik siapa kita dan knapa kita di sini?
mustahillah tanpa tujuan.. yang pasti bukan tujuan sekadar bersenda gurau dan menghiburkan hati..
gud reminder..
wslm
salam akhi...
insyaAllah.... bila kita ingat, "syndrome kemalasan" pun boleh diubati... =)
barakallahufik..
Post a Comment