بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Saturday, December 19, 2009

Satu Kembara...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam'alayk...

Bumi Poland akan ku tinggalkan buat seketika... Cuti 2 minggu sempena sylvester telah bermula... Alhamdulillah =)

Jaulah ke Bumi Czech akan ku mulakan sebentar lagi buat mencari setiap butir mutiara dan permata untuk mengisi diri ini... kemudian, Bumi France pula menanti.. insyaAllah.

Setiap perjalanan pasti ada dugaan & ujian dariNya... Jadi, ingatan buat diri ini... Banyakkan bersabar (2:153) dan beristighfar... Semoga perjalanan ini dapat membuka hati-hati ini untuk lebih mengenaliMU...
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." (al-Israa', 17: 37)
Pasti layanan dan sambutan ikhwah adalah dengan thorbaek sekali.. Jadi,mari kita hormati & raikan dengan sebaiknya... semoga ukhwah ini akan terus bersemi keranaNya...
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya, Allah memperhitungkan segala sesuatu." (an-Nisaa', 4: 86)
Selamat memulakan kembara dan cuti bagi semua... Perjalanan ini hanya kerana satu... Mencari RedhaNYA... Doakan perjalanan kami ini selamat dan di dalam perlindunganNya...ameen. insyaAllah...

tumpang poster ye akh ijoy... =p.. jumpe di sane!

Thursday, December 17, 2009

Seusai bertambahnya usia...


Satu renungan buat kita bersama...

Sesungguhnya hitungan nafas telah ditetapkan, hitungan detik telah diperhitungkan.
Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi modal tapi tidak digunakannya,

Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi nafas tapi disia siakannya,

Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi waktu tapi disia siakannya,


Perjalanan hidup manusia,
Menempuh alam dunia
menghabiskan waktu, yang tiada lama
Usia bertambah makin senja, tiada terasa tak tersedar
Semakin dekatlah kematian, akan menjelang tiba

Sedarilah, usia amanah dari Ilahi

Sedarilah, ia pasti kan dimintai
Pertanggungjawabannya pada Ilahi
Sedarilah, jalani hidup ini penuh makna

Sedarilah, pastikan ia bererti di akhirat yang abadi.


Demi Allah, sesungguhnya semakin dekat ujung kehidupan kita,
Hisab semakin nyata, dan sesungguhnya Hisab Allah amatlah berat,
Saudaraku, Janganlah sia siakan nafas kita,
Jangan sia siakan waktu kita,

Sesungguhnya Hanya Allah lah tujuan kita...

Salam Maal Hijrah 1431 ... (^_^)

Sesungguhnya, marilah kita memasang azam untuk terus meningkatkan tarbiyyah diri spy lebih baik dari tahun sebelumnya, memasang azam untuk terus meningkatkan mujahadah dan toriq amal kita di jalan ini, dan terus berdoa supaya Allah SWT terus memilih kita untuk tsabat dan istiqamah di jalan ini semata-mata kerana NYA... ameen...

~Baraka Allahu Lakuma~ (playing inside me) =)

Tuesday, December 15, 2009

Diari Kembara (Part 2) : .:. Bumi HoloCaust .:.


Salam'alayk kpd jiwa-jiwa yang rindu kepada keadilan dan keamanan....


Berjalan, Melihat dan Mentafsir (-_-")


Seterusnya, ingin ku menceritakan serba sedikit secara ringkas tentang peristiwa ‘Holocaust’. InsyaAllah ini menurut pembacaan dan kefahamanku. Sekiranya ada yang tak kena, teguran kalian amat ku hargai.


‘Holocaust’ dalam bahasa Greek bermaksud ‘Whole Burnt’ adalah satu nama yang diberikan kepada pembunuhan terancang terhadap Bangsa Yahudi. Kawasan ini terletak di Krakow, satu bandar di selatan Poland, kira-kira 300km daripada ibu negara Poland, Warsaw tempatku menetap. Dikenali sebagai ‘Auschwitz Concentration Camp’, tempat ini bukanlah asing bagi pelancong-pelancong yang datang ke Poland. Ia menjadi tumpuan utama bagi para pelancong dan para pelajar untuk mengetahui sejarah pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap bangsa Yahudi oleh pihak NAZI di Poland. Terdapat beberapa bangsa lain turut terlibat dalam menjadi mangsa peristiwa tersebut iaitu bangsa Polish sendiri, bangsa Gipsi dari Romania, dan serpihan-serpihan dari negara berdekatan seperti Russia, Perancis, dan Ukraine.


Sebelum aku menjejakkan kaki, serba-sedikit rujukan dibuat untuk mendapatkan gambaran tentang peristiwa yang berlaku. Tiada jumlah yang benar-benar tepat direkodkan mengenai jumlah kematian mereka kerana rekodnya dikatakan telah dimusnahkan oleh pihak NAZI sendiri sebelum mereka meninggalkan Poland. Beberapa sejarawan mengatakan kira-kira 1.1 juta orang telah terbunuh namun beberapa pihak cuba mempertahankan sebanyak 4 juta orang telah terbunuh. Mengapa nak 4 juta jugak??! (-_~)


- Kawasan tahanan mangsa -


Dengan izin Allah SWT, aku berjaya tiba dan melihat sendiri tempat kejadian tersebut dikatakan berlaku. Apabila tiba di kawasan ini, aku dapat melihat betapa terancangnya mereka dalam melakukan pembunuhan ini. Dipertontonkan satu persatu di dalam muzium tersebut barang-barang peribadi mangsa pembunuhan, keadaan bilik tidur, tandas, cara kerja paksa, cara pembunuhan dan gambar-gambar mangsa yang sempat ditangkap sebagai rekod. Cara pembunuhan utama di Auschwitz Camp ini ialah dengan mengepung mangsa di dalam Bilik Gas Beracun @ 'Gas Chamber', menggunakan "Zyklon B", yang mempunyai Hydrogen Cyanide (HCN), gas tanpa warna yg sangat2 beracun. huu~


Terdapat satu slogan terukir di pintu masuk kem ini yang bertulis “Arbeit Macht Frei” dalam bahasa German yang bermaksud “Bekerja Membawa Kebebasan”. Slogan ini hanya satu penipuan dan kata-kata semangat yang palsu, kerana yang pasti, mereka tetap akan dibunuh di dalam kem tersebut.


- Di hadapan pintu pagar -


Suatu Perancangan?... (*_*)


Segalanya menggamit memori aku akan kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan oleh bangsa Yahudi ini pula terhadap rakyat Palestin di bumi Al-Quds sendiri. Bagaimana mereka dapat menjadikan peristiwa ini sebagai salah satu modal simpati dunia untuk melakukan kekejaman demi kekejaman dan pembunuhan demi pembunuhan terhadap bangsa Palestin dan demi mengambil tanah suci itu daripada umat Islam. Allahuakbar! Terfikirkah kita semua akan perkara ini?


Apabila selesai mengelilingi muzium dan kawasan Auschwitz Camp ini, aku dan beberapa orang sahabat cuba menghayati peristiwa ini dan menyimpulkannya sebagai satu KONSPIRASI. Mengapa aku katakan begitu? Antara sebabnya telah ku nyatakan di atas. InsyaAllah, jika diberikan kelapangan masa dan kerajinan, akan ku kupas dalam edisi yang akan datang. Yang pasti, Bumi Holocaust akan terus kekal di sini sebagai bukti kekejaman yang melahirkan simpati dunia terhadap bangsa Yahudi, namun bagaimana kita melihat dan menghayati sesuatu peristiwa lebih penting dalam menyelami sejarah sebuah ummah.

- Batu peringatan dari Presiden Israel (wujud sebuah negara nie??!) -

Wallahu’alam bissawab
...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Rad, 13:11)

Mari kita fahami sejarah dengan mata hati... segalanya berkaitan dengan kehidupan kita pada hari ini... Yakinlah, sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya...
salam dari bumi konspirasi (^_^)v

Saturday, December 12, 2009

Di Waktu Itu JanjiNya Buat mu...

بسم الله الرحمن الرحيم


salam'alayk...

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Aku dikejutkan di tengah2 malam waktu sini akan pemergian seorang akh selama-lamanya. Dan menambah kesedihan yang lebih mendalam di hati ku adalah masa kejadian berlaku adalah kira2 4 jam selepas arwah melangsungkan akad nikah bersama pasangan hidupnya... Astaghfirullah al azim... Aku hanya mampu beristighfar...

Ya Allah sesungguhnya kematian tidak mengira masa, ketika aku sedang bergembira dengan duniawi MU atau bersusah dengan perkara ukhrawi MU... Alhamdulillah arwah berserta kedua ibu bapanya selamat dikebumikan malam semalam juga.

Takziah kepada keluarga Akh Mohd Ariff Abd Kadir, ex-Nottingham... Semoga Allah mencucurikan rahmat kepada roh arwah dan kedua ibu bapanya serta sahabatnya yang pergi bersama... ameen... AL-FATIHAH.

Berita lanjut boleh dibaca di :

http://msmsheffield.wordpress.com/

http://www.malaysiakini.com/news/119662


“… Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat Meliputi PengetahuanNya”

[Luqman 31: 34]


Ya Allah, jadikan kematian itu peringatan buat diriku...

Friday, December 11, 2009

Diari Kembara (Part 1) - .:. Polska .:.

بسم الله الرحمن الرحيم




Salam'alayk....

Alhamdulillah... Lama rasanya tidak menceritakan kembara di bumi ghuraba' Poland ini... Semakin lama di sini, semakin rasa sayang pada tanah air tercinta... bukan atas semangat nasionalisme ek, insyaAllah membaranya sayang itu atas dasar kecintaan kepada kebangkitan Islam... Alang-alang, saya mulakan dengan kisah di permulaan pengembaraan...


Apakah itu?...


Ketika pertama kali melihat nama POLAND tertera di surat tawaran sebagai negara yang bakal menjadi bumi aku untuk menyambung pelajaran, terus ‘Mr Google’ dan ‘Mr Wikipedia’ ku jadikan mangsa. Sesungguhnya, apakah itu POLAND? Yang hanya bermain di kepala ketika itu hanyalah sebuah pasukan bola sepak, penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak dan juga pemandu Sauber Petronas F1 Team, Robert Kubica. Bagaimanakah aku boleh tercampak ke bumi asing ini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan mengatur perjalanan hambaNya.


Seterusnya, aku berjaya menjumpai beberapa maklumat penting untuk diriku dalam memulakan kehidupan serba baru di bumi Poland. Terletak di bahagian Eropah Timur, Poland dikelilingi German di sebelah barat, Czech Republik dan Slovakia di sebelah selatan dan Lithuania, Ukraine, dan Belarus di sebelah Timur. Di bahagian utara pula dipagari oleh Laut Baltic. Alhamdulillah, aku bukanlah ‘pioneer batch’ di sini, tetapi bakal menjadi pendokong kepada batch yang pertama ini. Setelah mempersiapkan diri dengan sebaiknya, dengan lafaz Bismillah, aku memulakan langkah pertama ke bumi ghuraba’ ini.


Poland Crooked House...ye ke cmni??


Persepsi...


Sudah menjadi lumrah, manusia bakal meletakkan persepsi pada setiap sesuatu. Tidak terlepas juga bagi diriku. Banyak yang bermain di fikiran, ditambah pula dengan kata-kata manusia yang hidup di sekitar aku. Keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kawan-kawan, bahkan anak-anak kecil pun turut menghidupkan suasana. Ada yang mengatakan, ini negara komunis, ada yang lain mengatakan ini negara kuat Yahudi dan tidak kurang juga mengatakan ini negara sekutu Amerika.


Pelbagai tafsiran dan andaian diberi. Aku yang tak keruan. Yang aku tahu, Poland merupakan negara bekas jajahan Komunis atau juga dikenali sebagai ‘Eastern Bloc’, yang telah terlepas dari kuasa Komunis ketika era kejatuhannya di tahun 1989. Seperti semua sedia maklum juga, Poland juga merupakan bekas negara taklukan NAZI dan mempunyai sebuah tempat pembunuhan kejam bersistematik khusus kepada bangsa Yahudi di Barat oleh pihak NAZI German ketika mereka menguasai dari tahun 1939 hingga 1945. Peristiwa tersebut dikenali di seluruh dunia sebagai ‘Holocaust’. Tahukah sahabat-sahabat, apakah itu ‘Holocaust’? (Pada yang xtahu, boleh laa nak tanya Mr. Wikipedia skrg) =p


InsyaAllah... akan disambung pada post seterusnya... Tak boleh panjang2 sangat... hehe...


Mari kita renung satu kata-kata;


"Orang Barat maju kerana meninggalkan Agamanya, Orang ISLAM mundur kerana meninggalkan AgamaNya."


InsyaAllah, mari kita tingkatkan azam, unutk terus belajar tentang Islam... Fahami Islam dan amalkan dalam kehidupan...Biar sedikit tapi istiqamah...


- qalilun qarra khairun min kathirin farra -

maksudnya: sedikit yang berulang-ulang (istiqamah) lebih baik daripada banyak yang lari (sekejap)



Wallahua'lam... (^_^)

:.: uczy @ eyes :.:

بسم الله الرحمن الرحيم

This nasheed is by Mishary Rashid Alafasy about a kid who loses his eye sight.


Bersyukur kita pada hari ini...
Masih diberi nikmat untuk melihat...
Segala kehebatan dan keajaiban ciptaanNya...
Posisikan diri mu di satu kondisi...
Yang pada awalnya buta dan kini dapat melihat semula...
Masih tak bersyukur kah kita?
Alhamdulillah3x...

Ya Allah, lembutkan hati-hati ini untuk mudah menerima nasihat2 dan teguran2...

Tuesday, December 8, 2009

Kenali Diri...

Salam'alayk wrh wbt...

Sudah lama tidak berupdate... hidup semakin dipenuhi dengan pelbagai urusan yang menggunakan masa-masa itu... Alhamdulillah, baru selesai 2 exams yang sgt mengugah kekuatan hati. sbb ape? tika itulah terfikir, nak bace Quran ke nak habiskan notes yang masih bertimbun ni?! Ah, Baca nantilah... Then, apa yang boleh terjadi? Boleh dipikirkan sendirikan. Sedangkan boleh je nak baca Quran dahulu 5 - 10 minit. Dan exams seterusnya yang menanti.

Baru selesai satu prgm juga, yang cuba 'top up' balik diri ni, terasa hati 'segar' semula, namun bukan mudah utk mengekalkan semangat itu. Pasti akan muncul perasaan 'berbelah bagi' tika memikirkan, mana satu yang perlu dilakukan, seakan penting belake dan perlu semuanya, tapi ada yang lebih penting dan lebih perlu... Key word : Prioriti!

Ah, Aku mungkin masih tidak mengenali diriku sendiri. Dan mungkin yang sedang membaca juga. Kerana setiap yang berlaku di sekeliling, masih sukar untuk kita mengambil pengajaran darinya. Mungkin bagi sstgh dari kita termasuk aku, ini hanyalah perkara2 yang cuba mewarnai kehidupan yang sementara ini, walaupun sedang hidup dlm kepompong tarbiyyah. Sedangkan kita sebenarnya dipengaruhi dan dikawal oleh persekitaran kita tersebut...

Apa dia yang membentuk kita?? Sistem yang diterapkan. Yer, bunyi seperti kecil dan mudah, tapi itulah yang membentuk cara fikir kita selama ini, perlakuan kita, perasaan kita, dan sebagainya. Dan amat bahaya sekali sekiranya kita tidak sedar atau buat2 xsedar akan sistem yang mengawal itu, kerana jika ia dalam suasana tarbiyyah, alhamdulillah, tp hampir kebanyakan yang ade ialah sebaliknya... Key Word : Peka!

Yer, manusia mmg tidak kenal akan dirinya... Sbb ape?? Kerana kalau manusia itu kenal akan dirinya, pasti Allah SWT tidak akan menceritakan kepada manusia perihal diri manusia itu... Sbb manusia mmg xbleh fikir sndiri ttg dirinya. Dan akibat berfikir sendiri inilah yang menghasilkan pelbagai teori 'kosong' spt Darwinism sedangkan dalam Al-Quran, Allah SWT sudah menghuraikan sejelas-jelasnya.
Manusia itu asalnya dari 2 unsur, iaitu Tanah & Roh;

"Yang memperindahkan segala sesuatu yang Ia ciptakan dan yang memulakan penciptaan manusia dari tanah" (32:7)

"Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-Nya ke dalam tubuhnya...." (32:9)

Dan kemudian Allah juga telah menceritakan sejarah kehidupan manusia yang terawal diciptakanNya, Adam & Hawa (7:11-25)

Segala-galanya yang tidak akan mampu utk manusia memikirkannya... Sbb itu Allah menceritakan segalanya kepada manusia. Dan apabila perkara2 itu di'scientific'kan mengikut akal, maka jadilah ia seperti orang yang rosak 'Wernicke's Area' nya, bercakap dengan lancar namun tak dapat difahami... Itulah manusia.

Dan Allah SWT tidak pula menurunkan Kitab Perubatan atau Kitab Engineering gedebuk kepada manusia, kerana Allah SWT tahu, akal manusia pasti akan mampu mengkaji dan memikirkannya.

Yer, aku juga hanya manusia. Banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan tanpa aku sedari. Kerana aku juga masih cuba belajar tentang diriku sendiri. Banyak benda yang dilakukan, seakan betul di hati, namun tidak kena di hati yang lain. Jadi, tegurlah, jangan disimpankan ia, kerana nasihat dan peringatan itu sangat penting buat diri ini. (51:55)
Ingat, Kita semua bukan malaikat! Ya Allah, aku takut perkara ini menimpa diriku... Klik di sini

Dan hanya kepada Allah SWT aku meletakkan pengharapan ini. Doakan untuk diri yang lemah lagi banyak kekurangan ini...

Peringatan untuk diri sendiri sebelum orang lain!

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran