بسم الله الرحمن الرحيم
- @ Spindle Mlyn Ruv, Czech Rep-
Mari kita renung satu hadith...
- @ Spindle Mlyn Ruv, Czech Rep-
Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku, bukan semuanya indah belaka... Pasti ada yang bersifat menguji, memuji, mendidik, menduga dan sebagainya... Hari-hari yang bakal mendatang penuh dengan seribu tanda tanya, ketidaktentuan... Tiada siapa yang pasti apa yang akan berlaku sekali pun dia sudah merancang segalanya serapi mungkin... Perancangan kita hanyalah usaha dan ikhtiar diri, namun yang menetapkan dan menentukan keberhasilan sesuatu perancangan hanyalah Allah SWT... Usah merasa rugi berusaha dan berikhtiar... Itu semua tetap dikira pahala di sisi Allah SWT... Biar apa pun berlaku, teruskan usaha, usaha, dan berdoa... Kerana keterletakan hati kita adalah pada TAWAKAL kepada Allah SWT... Di situ kunci keyakinan kita kepadaNYA...
Allahuakbar! Mari kita renung satu hadith...
Dari Mu'az Ibn Jabal ra katanya, Suatu masa, aku bersama Rasulullah SAW dalam satu persafiran. Pada suatu hari, aku berada dekat dengannya semasa kami sedang berjalan, lalu aku berkata, "Ya Rasulullah! Ceritakan kepadaku amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam Syurga dan menjauhkan aku dari Neraka?" Jawab Rasulullah SAW, "Engkau bertanya perkara yang amat besar, tapi perkara ini amat mudah kepada orang yang ditaufiqkan Allah, iaitu hendaklah engkau menyembah Allah dan jangan sekutuiNya dengan suatu apa pun, hendaklah engkau tekun mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji ke Baitullah." Kemudian, baginda bersabda lagi, "Tidakkah engkau suka aku tunjukkan kepadamu segala pintu kebaikan?". Lalu aku menjawab, "Suka, Ya Rasullah!". Baginda pun bersabda; "Puasa itu perisai, sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api, solat di tengah malam adalah Syi'ar para Solihin", lalu baginda membaca ayat:تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Lambung-lambung (Pinggang) mereka jauh dari tempat-tempat tidur (mereka tidak tidur kerana mendirikan solat), mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan penuh ketakutan dan harapan (mendapatkan rahmatNya) dan mereka mengorbankan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan ke jalan Allah" (Surah as-Sajadah, 32 : 16)Kemudian baginda bersabda lagi, "Sukakah engkau aku ceritakan kepadamu perkara yang menjadi pokok pangkal, tiang seri dan kemuncak segala sesuatu?" Jawabku, "Benar Ya Rasulullah!" Lalu baginda bersabda, "Yang menjadi pokok pangkal segala sesuatu adalah Islam, yang menjadi tiang serinya ialah solat dan yang menjadi kemuncaknya adalah jihad . "Sukakah engkau aku ceritakanmu perkara yang menjadi teraju segala-galanya itu?" Jawabku, "Benar, Ya Rasulullah". Lalu baginda bersabda, "Jaga ini!", seraya menunjukkan kepada lidahnya. Aku terus bertanya, "Wahai Nabi Allah! Adakah kita diambil salah dengan apa yang kita kata?" Jawab baginda "Ibumu telah kehilanganmu. Bukankah orang-orang yang disembamkan di atas muka atau di atas hidung mereka di dalam Neraka itu merupakan mangsa tutur kata lidah mereka?"(Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad, at-Tarmizi, an-Nasa'i dan Ibn Majah)
No comments:
Post a Comment