بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Saturday, April 3, 2010

Luahan...

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk...

Sekali lagi... aku berasa sedih pada diri ku sendiri...
Mudah sekali diri ini untuk mengeluh, berasa sukar & susah sudah hilang sabarnya, mulut mula mengeluarkan bait-bait keluhan, hati mula memberontak. Aku tidak pasti. Ke mana patut diluahkan? Ya, aku tahu tempat itu, satu-satunya tempat mengadu, tempat untukku meminta pertolongan, tempat ku melepaskan segala kerinduan ini. Namun, hati itu lah yang menjadi raja bagi perbuatan. Ia akan bergerak ke arah yang dipinta oleh si hati. Walaupun ku tahu dengan akalku, yang ini baik & yang itu tidak, sungguh tidak mudah untuk darah muda ini mengendalikannya.

Semakin banyak kata-kata yang dikeluarkan, sebenarnya, semakin banyaklah amal yang perlu dilakukan & ditingkatkan. Itulah konsepnya. Kerana, seorang daie, setiap kata-katanya perlulah selari dengan amalnya. Namun, yang sering berlaku, semakin sibuk dirinya dengan berprogram itu dan ini bersama mad'u nya, diri itu terlupa akan tarbiyyah dzatiyyah, hak dirinya sendiri. Semakin terumbang-ambing pula amalnya. Semakin banyak diskusi dan perbincangan, semakin kurang pula masa peruntukan dengan Al-Khaliq. Itulah yang aku takuti dan ujian yang perlu dihadapi. Ujian untuk meningkatkan diri supaya terus istiqamah dalam beramal jama'i ini.

Mari renungi satu kisah yang patut menjadi Qudwah bagi seorang Daie;

Imam Hassan Al-Basri ketika hayatnya mempunyai kelebihan mengubah tingkah laku masyarakat melalui khutbah Jumaatnya. Bila beliau berkhutbah tentang solat Tahajjud maka masyarakat pada minggu tersebut berlumba-lumba bangun Tahajjud pada setiap malam begitu juga jika beliau berkhutbah berkenaan puasa sunat maka dalam minggu tersebut masyarakat akan berpuasa sunat.

Hal ini diperhatikan oleh golongan hamba abdi pada ketika itu. Mereka telah datang berjumpa dengan Imam Hassan Al-Basri dan meminta kepada beliau supaya berkhutbah tentang kelebihan membebaskan hamba abdi. Hal ini dipersetujui oleh beliau. Menjelang hari Jumaat berikutnya para hamba abdi ini menunggu dengan penuh harapan tetapi hampa kerana beliau berkhutbah tentang tajuk yang tidak ada kena mengena dengan pembebasan hamba abdi. Begitu juga dengan Jumaat seterusnya sehingga beberapa lama.

Sehinggalah pada suatu Jumaat, Imam Hassan Al-Basri akhirnya berkhutbah tentang kelebihan membebaskan hamba abdi dan kesannya seperti yang diduga, ramailah pemilik hamba abdi yang membebaskan hamba mereka. Selepas dibebaskan, bekas hamba abdi ini datang berjumpa dengan Imam Hassan Al-Basri untuk mengucapkan terima kasih dan juga protes kenapa mengambil masa yang terlalu lama untuk menyampaikan khutbah seperti diminta. Beliau menjawab, “aku terpaksa menangguhkan khutbah tersebut kerana ketika kamu datang aku belum pernah membebaskan hamba abdi. Aku terpaksa mengumpul sejumlah wang sehingga aku dapat membeli seorang hamba abdi dan aku bebaskan dia”.
-sumber-


Semoga kisah di atas ada manfaatnya untuk kita semua dalam memahami peranan dan tanggungjawab yang kita pikul. Jangan kita menjadi seperti kaldai yang membawa kitab. Ilmu yang ada sekadar beban yang digalas bukan digunakan.

Amanah Dakwah ini amat berat, yang wajib dipikul. Setiap ketika, pasti ada yang bersama, melihat perbuatan & mendengar pertuturan kita. Demi dakwah yang suci, jangan dikotori dengan sikap-sikap jahiliyyah kita yang bertentangan dengannya kesyumulan & kesucian Islam itu. Jangan kita menjadi fitnah bagi mereka-mereka yang telah bekerja keras & bermujahadah dalam perjuangan yang panjang ini.

Wallahu'alam.

@ Baitul Muttaqin

"Tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyyah" - MM

No comments:

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran