بسم الله الرحمن الرحيم
Dahulu, The Zikr yang kini menjadi Raihan.
Salam'alayk...
aku tersentuh ketika membaca artikel di blog Ustaz Halim. ye, aku adalah antara generasi-generasi baru yang terlepas merasai hebatnya dan gahnya dakwah ketika era 1970an hingga 1980 an... Bagaimana dakwah itu bermula dan berkembang subur di era itu, dengan pemuda-pemuda yang sangat aku kagumi di zaman itu,* antaranya, Ustaz Abd Hadi Awang/PAS, Ustaz Ashaari/Al-Arqam dan Anwar Ibrahim/ABIM.
Subhanallah, bila mengenangkan itu, aku berasa pilu dan sedih. Pastinya momentum yg dahulu itu, kiranya mampu dikekalkan, pastilah realiti ISLAM di Malaysia bukan lagi seperti zaman ini. Sangkakan panas sampai ke petang, namun hujan di tengah hari. Mungkin itulah yg berlaku dan mungkin itu jugalah perasaan para du'at (daie-daie) yang bersama dalam dakwah ketika itu.
Namun, itu adalah antara sejarah permulaan dakwah di malaysia... Yang membangkitkan 'ruhul jadid fi jasadil ummah'. Roh-Roh Baru yang mengalir Dalam Jiwa Ummah ini. Semangat dan roh dari perjuangan mereka dahulu, sepatutnya memberikan kita, generasi baru ini lebih semangat untuk bekerja dan menjalankan tugas kita. Sebab, kita semua tahu dan sedar, Islam sebenarnya mampu bangkit! Islam sebenarnya pernah berada di satu level yang kita mungkin tidak dapat gambarkan sekarang!
Jadi, wahai duat, mari bergerak! Tak guna juga jika hanya mengingat sejarah2 yang lalu namun, kita masih statik bagai badak air berendam dalam lumpur, jadilah cheetah yang cergas berlari memburu mangsanya. Jadikan sejarah itu sebagai panduan dan semangat bagi kita. Semoga Allah mencucurkan rahmatNYA kepada para mujahid dan para duat yang telah berjuang di jalan ini pada sepanjang zaman.
Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad.(1937-2010)
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.
Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.
Lagu kegemaran aku di zaman hingusan dulu... Antara lagu2 Nada Murni yang dihasilkan di zaman kemuncak Al-Arqam. Sungguh Roh smgt itu masih dapat dirasai hingga kini.
p/s: mereka2 di atas adalah orang2 yang hebat di zaman mudanya juga, dgn pidato yang membangkitkan smgt org lain. Kita pemuda generasi kini pun harus mampu begitu...
* boleh bertanya lanjut kpd yang lebih arif... =)
Wallahu'alam.
@ Gen Zajaczka 15
2 comments:
bak kata almarhum tuan guru yusuf rawa
kita menerima kewujudan pelbagai jemaah jika ia sebagai suatu pengkhususan kerja namun bersatu dalam menghadapi musuh.
namun sesetengah musuh mencipta dan melahirkan jemaah islam yang baru sebagai suatu saingan kepada jemaah sedia ada.
Harapannya apabila akidah islam kembali subur, jemaah islam akan kembali bersatu.
check this..
http://www.youtube.com/watch?v=_PIXiwHj_ME&feature=player_embedded
sbb tuh kita kena xleh leka dan berpijak pada dunia realiti bro..buang sikap idealistik y menggunung dalam konteks y salah yang akhirnya mencetuskan perasaan eklusif..
salam sheikh cha yang sopan!
Jzkk atas komen yang sgt membina.
Smmgnya cbrn yg lebih sukar bukanlah membuat/membina tapi mengekalkannya stelah smp ke satu tahap yakni istiqamah...
Btol, ramai umat Islam sendiri buat hal msg2. Yang rasa nak bawa Islam pulak, yg xberapa ramai ini, bergerak dalam pelbagai jemaah. Namun, yg plg pnting adalah fikrah Islam yg dipegang adalah sama iaitu kita yakin bhw Islam akan bangkit semula dan kita bekerja ke arah itu.
spt dalam syarahan Sheikh Abul A'la Al-Maududi dalam penulisan Syahadatul Haq, smmgnya banyak jemaah yang akan wujud. Namun, jika ada yang telah mencapai kekuasaan, yakni khalifah, maka semua jemaah2 yg kecil ni perlu kembali bersatu, menadah setia pd yg telah naik. Jadi, skrg, semua sdg berusaha ke arah itu, dgn pelbagai wadah dan cara.
InsyaAllah, ni antara pendapat peribadi aku laa bro.. insyaAllah sila tegur diri ni sbb mmg aku sntiasa mengharap teguran dr korg semua. Kalo x, nnt aku terasa aku je btol. Susah tu. Yang penting ape? BERGERAK!
=)
Post a Comment