بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam kamus dewan edisi keempat, perkataan 'mujahadah' bererti perang, yakni perjuangan untuk mempertahankan agama Islam.
Sudah lame rase mahu menulis tentang perkara ini. Lagipun sudah ada ditulis juga ttgnya di blog ini. Cuma, kerisauan aku di sini, dalam ramai yang telah disentuh dengan tarbiyyah, kitalah yang paling lemah dalam gerakan tarbiyyah tersebut. Kita juga telah salah faham akan tujuan tarbiyyah itu sendiri. Mengapa cmtu?
"Titik kekuatan sebenar bagi sesebuah gerakan melihat kepada orang yang paling lemah di antara orang-orang di dalamnya."
Mari kita lihat sebuah kisah di zaman Saidina Umar Al-Khattab, semasa Perang Al-Qadisiyyah, di mana tentera Parsi sedang bertembung dengan tentera Islam di bawah Panglima Perang, Saad Bin Abi Waqas. Saad telah menghantar Rabi' Bin Amir untuk bertemu dengan panglima perang tentera Parsi ketika itu, Jeneral Rustam.
Rabi’ masuk ke tempat Rustum yang penuh kemewahan dengan tetap memegang tombak dan
menuntun kudanya. Ketika Rustum bertanya, “Apa tujuan kalian?” dengan tegas Rabi’ menjawab, “Allah telah mengutus kami untuk membebaskan orang-orang yang dikehendaki-Nya dari penyembahan sesama manusia menuju penyembahan Allah semata, dan membebaskan manusia dari kesempitan menuju kelapangan hidup di dunia, dan dari penindasan berbagai agama yang sesat menuju agama Islam yang menuh keadilan.
Rustam bertanya lagi, "Apa yang kalian akan terima jika aku menolak?"
Rabi' mengatakan,"Kemangan jika kamu dapat kami tewaskan dan syuga jika kami Syahid!"
Rustum yang masih teruja dengan jawapan yang diberikan oleh Rabi' bertanya lagi,"Adakah kamu Ketua angkatan perang?".
Rabi' menjawab,"Aku adalah orang yang paling lemah di kalangan mereka."
Apa gambaran yang kita dapat daripada kisah di atas? Bagaimana perasaan orang apabila bertemu dengan orang yang sehebat, seberani dan semantap Rabi' bin Amir, dan menyangka dia adalah Ketua bagi mereka tetapi hanyalah sebahagian dari angkatan tenteranya. Pasti, itulah titik kekuatan bagi sesebuah angkatan. Jundi-jundi nya sahaja sudah sangat2 hebat dan mantap dengan tarbiyyah yang diberi.
Apabila kita ke medan perang, pastikan, kita telah bersiap sedia supaya kita tidak menjadi beban kepada yang lain. Sama ada perang itu secara fizikalnya, atau mentalnya apatah lagi ruhiy nya.. Hendaklah ia sudah kita perkentalkan.
Mujahadah kita, usaha yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh itu, sekiranya betul niat kita, insyaAllah, Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Jangan biarkan gerakan, jemaah atau apa sahaja yang bergerak dalam amal jama'i, menjadi lemah disebabkan oleh kita. Tarbiyyah bukanlah hendak mengubah kehebatan seseorang yang lantang bersuara kepada yang duduk senyap, tapi mengubah kelantangannya, kehebatannya itu ke arah mempertahankan Islam! Bukan kegarangan, ketegasan Saidina Umar yang diubah, tapi ke mana ianya disalurkan. InsyaAllah!
Mari terus muhasabah diri di kala musim exams yang seakan menghempit masa kita. Semoga tidak luput, atau terhapus masa untuk amal kita kerana exams.
Wallahua'lam...
p/s : kata2 PM Palestine Hamas, Ismael Haniyah yang sgt2 memberi semangat!! Allahuakbar!
"Your blood reached the shores of Gaza before your aid, and that is the most precious thing you could have given" - "If ships reach Gaza - victory, if terrorized by Zionists - victory."
No comments:
Post a Comment