بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Wednesday, November 24, 2010

Explorasi Warsaw 1 : Turks Mosque 1

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam'alayk... Banyak lagi bumi Allah yang belum kau renungi...

Alhamdulillah, segala pujian aku panjatkan kepada Allah SWT atas kekuatan dan keizinanNYA untuk aku terus melangkahkan kaki di bumi yang fatamorgana ini...

Alhamdulillah, kelas ku pada minggu ini agak lapang. Mungkin ini minggu terakhir yang aku masih free di waktu pagi sbb lepas ni, my clinical classes akan start. Setiap hari selepas ini, pastinya, kelasku akan bermula pada pukul 8.00pagi. Jadi, kesempatan ini, aku menggerakkan kaki ku pada pagi yang sejuk ya amat ini, untuk menggeledah salah satu pelusuk warsaw yang belum aku jejaki dengan misi mencari "Turks Mosque" yang sering disebut2 orang. Mungkin, kalo orang lain yang xde kelas pagi cm aku, boleh selimut bawah comforter lagi lah.

Baiklah! Tempatnya : Ul Modularna 3D


Tempat ini boleh ditujui dengan menaiki Tram dari Dw. Centralny, no 7, 9, atau 35 yang kesemuanya menghala ke Okecie. Turun di stesen Cyprysowa, 1 stesen sebelum Okecie. It takes around 30 - 40 minutes.

Namun, aku bergerak dari wlochy pagi itu dengan menaiki bas 189, sampai ke Hynka dan kemudian naik tram ke Cyprysowa. Aku berjalan mencari masjid ini dengan berpandukan ingatan setelah melihat GoogleMap yang seriously sgt2 membantu!! Boleh tahan juga, dalam peta cm dekat je, tapi setelah 10 minit berjalan, baru aku nampak ul modularna tu, dan aku tiba di hadapan sebuah rumah. Di depannya tertulis Fundacja Mevlana (Mevlana Foundation). Oh, apekah ini?

Aku masuk ke dalamnya selepas tiada loceng hendak ditekan. Seorang makcik polish tiba2 ada depan pintu dan aku memberi salam kepadanya scr spontan. Kemudian, terus dia suruh aku naik atas. Aku masih blank. Betul ke tempat ni? Cm rumah orang pun ade! Kemudian seorang lelaki Turks sedang berada di atas. Oh, alhamdulillah, betullah ni masjid tu! Dia adalah imam di masjid ini. Imam Fatih namenye! Setelah kecek2 ngan dia, cite visi dan misi aku dtg, dia sgt happy dan gembira kalau ade org nak guna masjid ni. huhu.. Lepas tu, aku mintak izin untuk amik gambar dlm masjid ni...

Imam Fatih kata, dia bukan manager bagi Masjid ni.. Ada sorg lagi, namanya Fatih jugak, yang uruskan Fundacja Mevlana ni... Layan lah.. Semua orang kat cni nama Fatih... Mmg diorg bangga betul dengan 'the Conquerer' of Costatinople ni, Sultan Mehmet Fatih Han Fermani ni! Ingat ISK!

So, lepas habis melepak bersama Imam, aku mintak izin nak solat Zuhur dulu... Memang best sgt2 sbnrnya dapat kenal satu komuniti muslim lain sms berada di perantauan ni, di negara yang muslim minoriti. Rase semuanya cm our ikhwah lah. Kalo kat msia, mungkin kalo jumpa orang indonesi atau bangladeshi muslim, kita dh la x rase dia ni cm ikhwah, sedara seIslam kita, bahkan kita mungkin ada perasaan pandang rendah, atau hina pada para pendatang ni kan!! betul x? That's my experience! Itulah antara negative side berada di negara yang majoriti muslim ni. We totally lack the feeling of ukhuwwah and brotherhood. Bukan ke Brotherhood, the Foundation of Glory? ;)

InsyaAllah, cukup stakat ni dlu untuk Turks Mosque at Modularna ni... Pictures, maybe I will post later, insyaAllah... Semoga Allah memberkati segala usaha kita... Janganlah diharapkan pada manusia untuk membalasnya, kerana kita pasti akan kecewa dan sia-sia... Tawakaltu alAllah...

barakallahufeekum. (^_^)

Saifullah Shaarani
Warsaw, Poland
18 Zulhijjah 1431 H
6.30pm

2 comments:

Nasrullah Jaafar said...

We are brothers bro (^_^)

Ansorullah said...

Yes, we are brothers... Nothing can separate our bond...

أبي الإسلام لا أب ( لي ) سواه

Ertinya : Bapaku adalah Islam dan tiada bapa lain selainnya ( Tafsir Al-Kabir, 28/111)

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran