بسم الله الرحمن الرحيم

"The greatest weakness of most humans Is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them While they're alive."
"It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing,” he said the day after he was chosen Hamas leader in Gaza. “Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache" - Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, My Inspirational DR...

Thursday, October 29, 2009

Resepi Kejayaan Mereka...


Kepada sahabiah DaPo dan pembaca2 yang budiman... resepi kejayaan mereka...

Hadith ke 9 dr Hadith Arba'in An-Nawawiyah


Hadith 9 Arabic text


Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Shakhr ra. berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Apa yang aku larang kepada kalian, maka tinggalkanlah dan apa yang aku perintahkan kepada kalian, maka lakukanlah sesuai kemampuan kalian. Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka."


[ 9 : 100 ]


وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِينَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَـٰنٍ۬ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (9: 100)


Mereka, golongan "as-sabiquna al-awwalun", Muhajirin & Ansar yang sangat taat dan patuh kepada segala perintah dan larangan Rasulullah SAW hingga kan telah membawa mereka ke puncak kejayaan dan kemenangan yang sebenarnya. Mereka lah yang telah terjamin, sebaik-baik tempat kembali, yakni Syurga yang Hak dan Benar.

Dan juga Orang-Orang Yang Menurut Jejak Langkah Mereka....
Yang turut dijamin, untuk mendapat hak yang sama...
Jadi, adakah kita mahu dan terpilih menjadi "Insan-insan" tersebut??
Ya, PASTI kita mahu bukan... Hanya yang kurang warasnya sahaja tidak mahu SYURGA yang DIJAMIN di sana.
Soalnya, bagaimanakah hendak mengikut jejak langkah mereka itu?? Bersenang lenang begitu saja kah?? Tanpa perlu mengeluarkan apa-apa, tenaga, masa, wang zloty@euro, harta bahkan NYAWA dan KELUARGA?


[ 2 : 214 ]

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬

Adakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.


Tidak, tidak mudah seperti yang disangka. Bukan semuanya INDAH sama sekali. Mungkin yang Indah itu hanya mimpi di tengah hari.
Mereka itu dijamin setelah segala PENGORBANAN yang telah mereka lakukan demi menyebarkan seruan ini.
Kerja mereka tidak mengenal masa dan keadaan mereka. Sehinggalah mereka tahu, mereka akan kembali kepada Al-Khaliq yang menjadikan mereka tidak sia-sia, untuk melunaskan kesukaran di SINI demi kesenangan di SANA...

Adakah masih mahu bersama "Insan-Insan" tersebut ?
Relakan iman dan taqwa di hati yang menjawab setelah Ayat-Ayat CintaNYA sampai di corong-corong telinga dan pandangan tajam mata...

Mungkin mudah untuk menulis, tapi bukan mudah untuk menanggungnya kelak...
Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita semua dalam mengharungi cebisan hidup di tanah yang sementara ini.


p/s : warga DaPo, mari menghafalnya !!!

Saturday, October 24, 2009

Teknik Menarik Untuk Tertarik...



Pernah dengar cerita sejarah berdiri? Pasti pernah bukan.

Kalau tak pernah tahu, boleh la baca di media2 elektronik kini atau mmg tak minat nak ambil tahu, alhamdulillah tak mengapalah. Diri ini bukan hendak mengomen panjang berkenaan "Sejadah Berdiri" (SB) tersebut, cuma hendak melontarkan apa yang terlintas di kepala selepas membaca beberapa artikel dan respon dari "orang2 hebat" di luar sane. Barangkali sekadar celoteh di pagi hari di sini, melihat tanah air tecinta penuh dengan sensasi.

Pertama kali membaca mengenai kisah sejadah ini berdiri selama 8jam, rasa tertarik hati yang lemah ini untuk melihatnya. Namun, setelah beberapa gambaran dipaparkan, rasa tercuit pula hati ini. Subhanallah, tidak sekali-kali mahu mengecilkan "keajaiban" seperti yang disangkakan sedang berlaku, namun, mungkin tak perlu rasanya berita ini dihebah-hebahkan sebegitu rupa. Ya, Hidayah dari Allah mungkin datang dari pelbagai cara.

Anda mampu membuatnya??

Ya, mungkin juga kisah "SB" ini boleh memberi impak positif pada orang ramai, berduyun-duyun pergi ke masjid atau surau terbabit untuk melihat sendiri, bagaimana berdirinya sejadah tersebut, sehingga penuh solat fardu pada beberapa selang waktu, namun sejauh manakah impak ni akan berterusan? Pergi ke surau/masjid kerana berdirinya sejadah tersebut di situ, namun bagaimana pula amalan hari2 seterusnya? Adakah memerlukan keajaiban seperti itu untuk terus ke masjid seperti mana kaum-kaum terdahulu yang memerlukan keajaiban demi keajaiban dari TuhanNya untuk beriman?

Kisah Nabi Isa dan pengikut2nya ketika diminta turunnya "hidangan dari langit" (5:114) harus dijadikan teladan bagi kita kerana Allah SWT mampu sahaja menunjukkan segala keajaiban tersebut kepada kita namun, jika dengan itu, kita masih ingkar dan alpa, apa lagi ada pada kita?
Allah berfirman, "Sungguh, aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, tetapi barang siapa kafir di antaramu setelah (turun hidangan) itu, maka sungguh, Aku akan mengazabnya dengan azab yang tidak pernah aku timpakan kepada seorang pun di antara umat manusia (seluruh alam)." (5:115)

Namun, gambaran ini juga menunjukkan bahawa umat Islam memang mudah terpengaruh dengan perkara-perkara pelik ini. Kondisi yang mana mudah untuk menyebabkan kita lari dari fokus utama kita, atau lebih paling berat ialah terpesongnya aqidah sesudah itu, naudzubillahi minzalik. Ya, Sensitiviti dan Prioritinya tidak kena pada tempatnya. Adakah Islam memerlukan kepelikan seperti ini untuk menunjukkan kebenarannya? Cukuplah Al-Quran tersebut menjadi ke'ajaib'an bagi kita semua untuk terus membaca dan memahamikannya.

Semoga Allah memelihara hati kita untuk terus fokus melaksanakan tuntutannya dan terpelihara dari terpengaruh dengan perkara-perkara yang menjauhkan diri dari mengEsakanNya lantaran kenipisan iman dan ilmu kita. ameen.

Ulasan lanjut boleh dilihat di sini : UZAR

“Orang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan yang saling kuat menguat satu sama lain” [Muttafaq ‘alaih]

p/s : mungkinkah kaedah ke'ajaib'an perlu lebih banyak digunakan untuk menarik mad'u kepada kita?? begitukah?? (~_~)

Friday, October 23, 2009

-TIDAK- pada yang -TIDAK-


Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW telah bersabda ;
Di antara (ciri) baiknya keislaman seseorang adalah ia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya."
(Hadith Hasan diriwayatkan Tirmidzi dan lainnya)


Perlunya bagi kita berfikir dan menentukan aktiviti-aktiviti kita seharian. Untuk membezakan aktiviti yang prioriti dan bermanfaat bagi kita dengan yang hanya untuk mengisi masa lapang semata-mata. Banyak perkara yang kita lakukan, sekiranya tidak dilakukan adalah mungkin lebih baik bagi kita.

Hadith di atas menekankan betapa pentingnya bagi kita "FOKUS" dalam kehidupan seharian kita, "BIJAK" menentukan kepentingan dan manfaat bagi kehidupan kita dan juga "BERANI" untuk mengatakan -TiDaK- untuk meninggalkan perkara yang tidak memberi manfaat kepada kita sedangkan kita mempunyai tugasan yang lebih penting untuk dilaksanakan. Ini juga merupakan salah satu ciri kesempurnaan seseorang Muslim itu.

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun (67 : 2)

Antara penekanan yang lain ialah kita perlu juga melihat akibat sesuatu perkara yang kita lakukan itu bukan hanya bagi diri kita sahaja, malah natijahnya juga kepada keluarga dan masyarakat di sekitar kita. Mungkin bagi kita, perkara itu hanya "small matter", tetapi kesannya kepada masyarakat adalah jauh lebih besar. Sebagai contoh, kita adalah pemimpin bagi suatu persatuan pelajar, kita mungkin rasa perbuatan keluar ke kelab2 malam, memakai seluar "tak cukup kain", hanya bagi diri kita seorang sahaja, namun "mata-mata di bawah" yang melihat akan merasakan perbuatan itu tidak salah dan normal apatah lagi dilakukan sendiri oleh ketua mereka.

Tidak salahkah kita? Sudahlah tidak dapat manfaatnya kepada orang lain, kemudian membawa contoh negatif dan mudarat pula kepada orang sekeliling kita...

Kita juga semakin hari didesak dengan teknologi yang terus menggila. Tengok sahaja ke"Fanatik"an kita kepada kehidupan maya di "Facebook", yang sebelum ini ialah "Friendster, My Space" & sebagainya. Terdapat pelbagai permainan, kuiz, aktiviti, yang dihitung tak habis-habis bagi kita untuk menyelesaikannya. Ada juga bermacam jemputan lain lagi seperti ke kelab malam, ke Panggung Wayang, menonton hingga ke tengah malam dan seterusnya yang wajar kita tapis dan fikirkan. Mungkin kita perlu menekan butang "Pause" seketika dan semak kembali, bermanfaatkah masa berFacebooking, berclubbing, berwayangan itu kepada kita berbanding masa yang boleh kita peruntukkan untuk membaca dan sebagainya. Ya, tekanlah butang "Pause" dan muhasabah aktiviti kita sehari-hari seketika. Cukup bagi kita untuk mengetahui, bermanfaat atau tidak semua itu bagi kita. InsyaAllah.

Dari Abu Hurairah ra menjelaskan bahwa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW ;
"Berilah nasihat kepadaku." Nabi SAW bersabda, "Jangan Marah." Beliau mengulangi beberapa kali dan baginda bersabda, "Jangan Marah." (HR Bukhari)

Semoga Allah melimpahkan petunjuk dan rahmatNya kepada kita dalam melaksanakan amal-amal di dunia yang sementara ini. Supaya kita menjadi hamba yang bersyukur atas nikmatNya yang sementara ini.

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya kita mengetahui."
(29 : 64)

Thursday, October 22, 2009

Pabila ku lihat dia...


Pabila ku lihat dia,
Ku tahu, aku harus bersyukur,

Aku masih mampu terus belajar,

Meneruskan kehidupan di sini seperti biasa,
Tidak perlu membebankan hidup,
Untuk bekerja, mencari sekelumit wang,

Semata mencari ilmu & pendidikan yang dicita.

Pabila ku lihat dia,
Ku tahu, aku masih jauh dari ujianMU,

Aku masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa,
Meneruskan saki baki umur tanpa derita,
Tidak perlu lagi bagiku mengerahkan tulang empat kerat ini,
Untuk melihat sinar cahaya di hujung sana,
Semata mengubah nasib bagi masyarakat yang pasrah segalanya.

Pabila ku lihat dia,

Ku tahu, aku perlu bersedia,

Bukan sekadar cukup dinamakan sebagai Muslim,
Kerana aku pasti, ujian itu akan tiba,
Untuk mereka yang mengejar RedhaMU,
Agar aku akan terus berada di sini,

Hingga ke hujung nafasku yang terakhir...

* aku yang melihat ramai mereka di luar sana yang terus bersemangat walaupun kian diuji dan ditekan demi menegakkan yang haq dan mencegah yang batil. Adakah mampu untuk aku untuk kekal di sini seperti mereka jika diri tidak terus dipertambah dan dibajai? Segalanya adakah dengan hidayah dan kasih sayangMU jua Ya Allah.

* satu kisah yang menyedihkan jua, semasa Relief Mission Cambodia 09, mari kita sama2 berazam utk menyumbangkan bantuan bagi mereka yang sebenarnya hanya memerlukan sedikit perhatian dari kita, namun kita yang sering terlupa...
click here --> http://makerolyadoctor.blogspot.com/


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik ra. menjelaskan bahwa Rasullah SAW bersabda; "Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (HR Bukhari dan Muslim)


Friday, October 16, 2009

2 E : 1 M


All your armies, all your fighters
All your tanks, and all your soldiers
Against a boy holding a stone
Standing there all alone
In his eyes I see the sun
In his smile I see the moon
And I wonder, I only wonder
Who is weak, and who is strong?
Who is right, and who is wrong?
And I wish, I only wish
That the truth has a tongue

Do We Hear That? Or Not?



MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com




Why we have 2 Ears and only 1 Mouth?
Yes, We can hear more than talking...
So, we can say something when we know, what others want to hear from us...
And we can understand why we shouldn't say like that,
because we know it might hurt somebody...
And the most important is we know what we said,
because we have ears at both sides to catch the words come from a mouth...

Teach ourselves to be a good listener rather than only the best debater... (^_^)

~~Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana sesungguhnya antara yang hak dengan batil ada pertentangan yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya.~~
Mustafa Masyhur (Jalan Dakwah)


One Family... One Bond...


ACADEMIC DEVELOPMENT PROGRAM (ADP) Brothers - 10/10/09

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

We are still be the selected one to be here, to gather here, to have something that might tight our bonds together, which we will need when the time comes... Only HE, the ONE who knows everything.. And We are just planning and making everything we could, but The Best Planner, and The Best Decider is only HIM....

Thanks for everyone who participate in this programme. May Allah will preserve our bonds by HIS Love, HIS Gracious and HIS Merciful ... ameen (^_^)

Till we meet again in this harmonious family, next time...

p/s : Waiting for the next round... "Futsal Jom"!! (-_-")

Monday, October 12, 2009

Akademi Didik Peribadi...

Masa itu terus bergerak... terus berjalan... terus ke hadapan...
Sama ada kita perasan atau terleka, kita sedar atau tidak, kita terjaga atau tertidur...

Bacalah Al-Quran setiap hari, istiqamahkan diri membaca, tapi jangan lupa ditadabbur ayatnya...
Benar seperti yang disebut Rasulullah SAW,di akhir zaman ramai qara' (yang pandai membaca Quran) tapi sedikit fuqaha' (yang faqih dan arif)...

Maksud hadith Ibn Mas'ud;
"Sesungguhnya engkau berada pada satu zaman yang didapati banyak fuqaha'nya (orang-orang yang faham ayat Al-Quran) dan sedikit pula qara'nya (orang yang pandai membaca ayat-ayatnya) tetapi hudud Al-Quran (larangan-larangannya) tetap dipeliharanya sedangkan hurufnya tidak pula sangat diwajibkannya.Sedikit orang meminta, banyak orang yang memberi.Mereka memanjangkan sembahyang dan memendekkan khutbah. Mereka mulakan saja amal-amal mereka sebelum memulakan percakapan mereka.Dan akan datang satu zaman kepada manusia yang didapati sedikit sekali fuqaha'nya, banyak pula qara'nya (qari-qarinya) dipelihara benar hurufnya tetapi disia-siakan hududnya (larangannya). Banyak orang yang meminta, sedikit orang yang memberi. Mereka memanjangkan khutbah, memendekkan sembahyang. Mereka mula menuruti kemahuan mereka sebelum melakukan amal-amal mereka."


Mengapa terjadi begini? Kita sememangnya telah berada di zaman itu...
Kita dapat menilainya sendiri...Dan diri sendiri pasti merasainya... Terasa mudah sekali untuk membaca, namun untuk memahami dan mengambil pengajaran darinya, susahnya Ya Allah...
Lemah nya IMAN kita...
Penuh bersemangat ketika Ramadhan yang lalu, menghabiskan 1 juzuk sehari, namun setelah selesai Ramadhan, seminggu 1 juzuk pun payah untuk dibace...

Sebenarnya, inilah kekuatan kite! Kelebihan mukjizat teragung Rasulullah yang kekal hingga ke hari pengakhiran. Namun, jika kekuatan yang dianugerahkan ini pun xmampu untuk dimanfaatkan dan diterjemahkan, apetah lagi kekurangan yang penuh melingkari diri...

Kita lemah... ramai hanya bak buih2...
kerana tak ambik peduli isi mukjizat Nabi ini...
Al-Quran hanya menjadi rutin harian (alhamdulillah, nasib baik juga)...
tapi isinya terbiar tak dimakan dan dihadam...
kalo dibaca, lupe dilihat maknanye,
kalo tak dibaca, apatah lagi ....

Patutlah....
bila kita lihat orang Islam... nampak pemimpinnya rasuah...
nampak orang nya pecah amanah... 'janji melayu' dah jadi adat biasa dan keseronokan untuk dibanggakan....
Kita lihat diri kita?? mungkin senarai akhlaq yang tak mengikut Islam lebih banyak bersepah... tapi kate nak jadi Doktor Muslim?

Kalo begitu, jenguk-jenguklah "jendela taqwa"...
wujudkan rase diperhati!!
seperti seorang sedang bekerja yang CCTV sentiasa mengarah kepadanya...
pasti segalanya dilakukan dengan teliti, sebaik mungkin, secermat yang boleh...
Sungguh, Allah sentiasa memerhatikan tindak tanduk kita...
Jadi teruskan beramal dengan sebaik2 amal yang kita mampu...

Baca quran, baca maksudnya... tadabbur ayatnya dalam konteks hidup kita... insyaAllah...

"DAN DEMI SESUNGGUHNYA! KAMI TELAH MUDAHKAN AL-QURAN UNTUK MENJADI PERINGATAN DAN PENGAJARAN, MAKA ADAKAH SESIAPA YANG MAHU MENGAMBIL PERINGATAN DAN PELAJARAN (DARIPADANYA)?" (54:17)

p/s: bro's, ADP for all... akademi dakwah & didik peribadi...semangat2!! (^_^)

Monday, October 5, 2009

Mari Perbaiki Diri...

Kepompong Ramadhan (credit to Dakwah.info)


Alangkah indahnya,

Jika kita yang mengalami "metamorfosis" tersebut setelah 'graduate' dari 'summer course' selama sebulan ini...

Alangkah beruntungnya,

Jika kita telah berusaha sekeras hati, sepenuh kesungguhan untuk menjadi 'best student' dalam kepompong itu...

Alangkah moleknya,

Jika kita dikasihi dan disayangi oleh ' Dean' dan 'lecturers' atas kejayaan yang membanggakan mereka...

Dan alangkah manisnya,

Jika kejayaan itu bukan hanya dikecapi seorang diri, malah semua turut merasainya...


Namun, alangkah ruginya kita,

Jika dengan segala kemudahan dan kesenangan yang tersedia, masih lena dibuai melodi dunia yang sementara dan tidak ke mana...


"Ya Allah, letakkan dunia di dalam genggaman kami, bukan di dalam hati-hati kami..."


Semoga "kepompong Ramadhan" selama sebulan yang lalu mampu mendidik hati ini dan hati kita semua ke arah meneruskan usaha mencari keRedhaanNya.

Mari Perbaiki Diri!! (^_^)


p/s : Alhamdulillah, adik2 ku telah selamat tiba di Poland lbh krg 2 weeks ago...

"Apa cerita bro??", Maaf, terlalu sibuk dengan bermacam2 tugasan memandangkan kelas juga telah bermula... InsyaAllah akan diupdate cite2 adik2 yg macam2 gelagat di Poland ni, xkurang juge bro2 mereka~ (-_-")

Iqra'.... Bacalah Quran, Nescaya Hatimu Menjadi Tenang....

Listen to Quran